21.5.12

Semuanya kerana rumah baru

Bertemu lagi di hari Isnin. No monday blues eh, excited nak pergi kerja ok..:)  Sebenarnya takde cerita yang menarik dari aku.

Lately ni memang sibuk uruskan rumah, insyaallah dalam 70% renovation dah settle. So sekarang dah start fikir pasal hiasan dalaman rumah. Ermm, sebelum ni pun pernah ditulis kat blog, yang part ni agak payah sikit. Lagi-lagi nak dapatkan keserasian perbincangan antara 2 orang yang memang tak sependapat langsung.

Konsep rumah kitaorang seperti yang pernah ditulis sebelum ni (eh, ada ke aku bagitau ek?) adalah MODEN & MINIMALIS. Konsep ni memang dipersetujui bersama memandangkan kitaorang tak suka banyak-banyak barang, cepat rimas. Tapi part nak pilih barang-barang lain tu memang susah sikit.

Taulah kan, mrhubby ni orang yang kreatif dan berseni sebaliknya pulak dengan aku, jadinya pilihan dia selalunya memang advance sikit dari aku..Kadang benda senang jadi remeh, dan boleh jadik gaduh pulak tu..Ala, gaduh-gaduh manja ler. Setakat ni kitaorang amalkan give and take la, takmolah ikut kepala masing-masing, kan? Setiap barang yang dipilih dan nak dibeli mesti ada kegunaanya dan paling penting ikut bajet, takmo membazir dan beli sebarangan.

Pheww, pening-pening..haraplah semuanya ok je. Dan korang pun takyahlah nak expect yang hebat kat rumah aku, takde maknanya. Pastinya rumah aku akan nampak simple dan kosong je..:)




11 comments:

  1. kalau kena dengan budget, oklah huda. Pilih jgn tak pilih...hehe

    ReplyDelete
  2. BEst tol bile dah ade rumah sendiri. Rumah baru lak tu. Haih!@

    ReplyDelete
  3. Kakcik suka rumah yang lapang (tak sarat dengan perabut) sebab senang nak bergerak. :)

    ReplyDelete
  4. Teringat zaman mula2 pindah rumah sendiri dulu. Semangat shping perabut.. :D

    ReplyDelete
  5. sy pun suka simple je.. x serabut mata dan sennag nak kemas.. tambah2 lg ader anak kecik nih..

    ReplyDelete
  6. sekarang macam-macam konsep ada....
    tak sabar nak duduk dah yup......

    ReplyDelete
  7. Kakak punya rumah kosong Huda... sofa set pun kakak letak di porch. Peralatan rumah kakak pulak semua kakak pilih tapi kalau bab yg berkaitan electrical abang yg pilih...

    Kalau kosong senang bila ada kenduri-tahlil org duduk... itu cara kakaklah...

    ReplyDelete
  8. hehehehe.. samalah konsep kita.. tp perabot masih blm bertukar lg... senangnya dlm memilih ni.. En. hubby serahkan 100% pada saya asalkan kena pada budget yg ada.. jgn over budget sudah.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. rumah saya pun simple je..tak de hiasan2 dinding ke..bunga2 dalam rumah ke..sebab tak minat.anak pulak tengah lasak..memang tak mau padatkan sangt ruang tamu dan ruang2 yang ada..lagipun rumah saya selalu ada sedara mara datang macam rombongan.agak susah la kalau sempit2 ni..kalau berhias dengan pasu lagi la bahaya..boleh angin satu badan kalau itu ini ada yang jatuh dan pecah..heheh

    ReplyDelete
  10. mencabar yer masuk rumah baru nih...hehe

    ReplyDelete
  11. Yang simple2 tu lebih baik. Senang nak kemas rumah :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...