17.6.14

Berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang (Final)

Ni nak langsaikan entry tertunda sebelum cuti sekolah huhu..Redha je la yea..:)

Boleh baca entry berkaitan;

BERJALAN KE ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG (I)

BERJALAN KE ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG (II)

So kita akhiri la sesi berjalan ke Zenxin Organic Park hari ni ok...Lepas dah habis dan puas nengok dan bagi arnab makan kitaorang teruskan perjalanan yang tak jauh ni ke tempat seterusnya.

 Aktiviti menangkap ikan

Bila dah masuk ke Zenxin ni memang budak-budak dapat ticket free untuk main tangkap ikan ni..Ala tangkap-tangkap je bukan boleh bawak balik pun ikan tu..Saja main tangkap ikan suka-suka..:) Percayalah mana-mana budak pun suka je buat aktiviti ni..

Aisyah sorry la yea, boleh pandang saja padahal dia punyalah excited kalau boleh nak masuk terus dalam kolam tu, dia ingat swimming pool agaknya

 Sebelah kolam ikan ni ada tempat memanah - kena bayar RM20 untuk berapa minit eh, aku lupa la
tapi ok gak la

Macam pro tapi abis memanah bengkak sikit, hehe sian dia..

Memula aku pun nak memanah sebab ni antara sukan yang aku minat tapi hasrat terus terbantut sebab masa tu pelancong dari Singapore ramai sangat menunggu nak memanah jugak..




Selain dari kawasan menangkap ikan dan tempat memanah ada jugak kawasan untuk menjual pokok bunga..Ala pokok comel cam kaktus dan macam yang kat dalam gambar tu la...Aku ni mana la tau nama pokok tu semua kecuali kaktus jer..
 

Ni adalah hasil balik dari Zenxin Organic Park tu..


Sekian dah abis dah sesi berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang...Kira oklah untuk perjalanan yang tak sampai setengah hari pun..Kalau dapat jalan waktu pagi lagi ok redup ni jalan waktu matahari betul tegak di kepala, huhu..

Terima kasih sudi baca!!



 








3 comments:

  1. La..ayah ecah rupanya.lingatkan atlit memanah kebangsaan tadiii...heheh

    ReplyDelete
  2. Jangan terpanah arnab tu sudah...!

    hehe

    ReplyDelete
  3. Oh.. cikgu suka sukan memanah ye Huda
    Kakak boleh tak tahu lokasi ini tau Huda. Nantilah bila jenjalan sana kakak nak singgah.
    Nampak pokok bunga itu yg kakak geram:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...