2.2.15

Sebak - bercerai susu ibu

Belum lagi bercerai tau, masih dalam percubaan ni..

Tau tak perasaan nak pisahkan anak dengan susu badan macamana? Sedih ok..

Bulan 6 nanti Aisyah genap 2 tahun so dari sekarang aku memang latih dia guna botol. NOTE : Kat taska dia minum guna botol sebab kawan-kawan semua memang minum guna botol susu..

Tapi bila dia kat rumah dah tentu dia nampak aku, nampak botol ke sippy cup semua dia campak ke tepi. Macamana tu?

Kelmarin aku cuba amik dan sapu asam jawa nak nengok dia still nak hisap ke tak? Aku buat step by step la, nak nengok reaksi dia. Dia tolak ok, takmo hisap bila tergigit asam jawa tu je dah buat muka, mencebik siap ludah-ludah lagi, huhu..

Tapi bila dia nangis tu sebak rasanya..Masa dia menolak tu aku sua kan botol susu, takmo jugak, nangis je la..Hishhh camana tu? Ok takpelah, still ada masa lagi ni, untuk pisahkan tapi aku buat slow-slow la, yang penting dia nak hisap botol kat rumah. Kat taska minum tapi kat rumah taknak camana..

Jujurnya aku suka je dia bf ok, sebab aku pun pemalas nak buat susu kat botol..Time mood dia ok memang takde hal, tapi bila dia moody semua orang dia taknak dengar dia menangis je aku yang susah nak buat kerja lain. Lepas tu jenis yang nak baring lama kat sebelah dia, aku ok je kalau dah baring tu confirm tido terus. Tapi nanti kang mrhubby bising kata aku tido awal la apa la huhu..Tu kalau dia dah tido tu aku kena bangun dari katil kena slow motion tak boleh ada bunyi pun, silap sikit terbangun memang siap ler..

Hari-hari aku practice bagi botol tapi still tak berjaya, macamana ni? Aku dah baca macam-macam tips nak pisahkan susu badan ni tapi tulah nanti aku akan cuba mana yang ok..Haraplah by bulan 6 nanti dia dah ok nak menyusu sendiri. Sebab macam aku pernah cakap anak-anak aku sebelum ni sebelum 2 tahun semua dah berhenti sendiri, Aisyah ni la yang paling lama setahun 8 bulan dah ni, huhu..

Ok masa umur Aisyah 2 bulan ke 3 bulan pernah bagi dia botol susu, aku pernah upload dalam instagram macam --- KLIK LINK
(Korang kena klik nengok camana rupa Aisyah nak hisap botol susu tu..)

Memang kesian ok, masa tu abah aku nengok siap cakap dahlah takyah paksa, masa tu dia memang haus, so aku guna la botol susu, tapi nengok dia punya nangis tu, kesian kan..Habis tu habis tapi tak tahan part dia nangis tu..

Oklah, till then bye..Nanti aku pikir idea lagi..

4 comments:

  1. Mikhail sampai sekarang masih BF..pernah jugak cuba pisahkan tapi rasa macam tak mengganggu pulak.saya kan tak kerja..dia pulak nak menyusu time nak tidur je..waktu lain dia sibuk buat kerja..jadi sebab tu saya rasa tak pe la terus bf sampai sendiri berhenti..

    ReplyDelete
  2. As'salam..
    Sy pernah lalui situasi ni 2 thn lps..mmg sedih n sebak kn ble nk cerai susu ni..ank sy jg ckup2 2 thn..tp nk buat cmne mmg kena cerai sbb msa tu prgnant..tp x prgnant pun kena cuba crai jgk..hii..tabahkn hati ye..smg bjaya ..

    ReplyDelete
  3. As-salam huda..

    bestnya dapat susukan anak sampai umur 2 tahun.. akak takde rezeki.. dpt BFkan anak-anak sampai umur 2-3 bulan aje.. semoga Aisyah dapat biasakan diri dengan susu botol di rumah nanti2.. insyaALLAH..

    ReplyDelete
  4. tahniah, kerana berpeluang bagi susu badan..bukan senang nak BF & ceraikan susu bila tiba masanya.. fasya lgsung x berpluang dulu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...