25.3.15

Cerita ke Temerloh

Ok kejap je dah hari Rabu kan, esok dah hari Khamis, separuh hari yeay..

Ok jomlah terus ke cerita pernikahan satu-satunya adik lelaki aku di Temerloh Pahang, bandar ikan patin wehh..Favourite aku tuhhh..

Bertolak ke KL hari Khamis petang lepas aku balik kerja, tapi bukanlah exact balik dari kerja terus ke KL, gitu gini, kemas apa yang patut, betul-betul masuk highway adalah pukul 7.30 malam ok..Biasalah anak 3 campur aku dan mrhubby kemas tak sudah-sudah, singgah banyak tempat, biasalah kan..

Kebetulan aku puasa haritu, so buka puasa pun dalam kereta je makan cream puff hehe. Lepas tu berhenti kat RNR Yong Peng untuk solat dan makan.

Aku masak sendiri ok pasal malas nak pegi makan kat kedai, kena jimat sekarang ni, anak ramai kang makan tak berbaloi kena gst bagai lagi (walaupun belum 1 April) harga semua mahal..So mehlah jimat masak sendiri seadanya..

Makan di parking kereta je senang..
Aku masak - ayam masak sos tiram, telur dadar dengan ikan bilis goreng je


Malam tu tido kat rumah adik aku di Damansara, sampai pun dalam pukul 10.30 gitu..Alhamdulillah mrhubby mampu drive sorang diri, aku dan anak-anak biasalah tertido..Tapi sesekali aku terbangun aku berbual la dengan mrhubby sian kat dia kan..

Dalam kereta memang dah penuh dengan segala macam harta..

Bertolak ke Temerloh hari Jumaat pagi sebelum solat Jumaat. Alhamdulillah perjalanan molek je, kitaorang bertolak nearly pukul 11 pagi dan sampai dalam pukul 1 gitu, ngam-ngam orang nak pergi solat Jumaat la..

Kitaorang check in kat Hotel U Boutique Temerloh. Hotel ni memang simple dan best. Sebulan sebelum datang aku dah book cakap nak dok family room. Rate yang aku dapat RM130 satu malam, dok kat tingkat 2, tapi takde lif ok. So hangkut la segala beg ke apa ke naik ke tingkat 2. Tak silap aku hotel ni 3 tingkat je. Mak abah aku dok tingkat 1 sebab dia tak kuat nak naik tangga tinggi-tinggi.

Bilik kitaorang boleh tahan besar la, oklah for bajet hotel macam ni. Kalau korang datang Temerloh aku recommend hotel ni, simple, bersih, ada wifi, ruang gosok kat luar bilik yang mudah. Ada kedai makan kat bawah (takde cafe kat hotel no bfast semua yea - hotel bajet), Temerloh Mall kat belakang hotel, ada 7E dan kedai yang berdekatan, memang mudah la segala-galanya..:)

Simple and basic je

3 katil puas hati aku haha

Balik dari solat Jumaat, parents aku ajak kitaorang dan semua makcik dan pakcik aku untuk lunch..Apalagi ikan patinlah kan...

Ni dia Gobang Maju

Pergghhhh sedapnya ikan patin masak tempoyak, terasa-rasa kat tekak ni, kuah pekat sedap hirup
Satu mangkuk tu aku punya sorang tu tau..

Kat sini makannya self service, kena beratur kat kaunter tu, tapi nasi dan lauk semua dia dah siapkan, korang amik je la..Bila bab ikan patin tu baru dia cedokkan dan tanya nak bahagian badan ke kepala..Aisyah pun makan ikan patin ok..:)

Ha tulah bakal pengantin, masa ni adik no 3 aku tak sampai lagi..

Meja yang sana tu (abah aku pakai tshirt hijau) tu meja abah n mak aku serta makcik pakcik semua
Aku dan family serta dua adik kat meja yang ni la

Ada jugak antara makcik pakcik aku yang tak reti makan ikan patin ni, tapi tak taulah ek, aku ni memang peminat ikan sungai..Ikan keli, patin dan ikan talapia antara minat aku la, boleh makan bertambah. Aku tak kisah pun patin ni masak tempoyak ke tak, kalau masak asam pedas pun aku makan je, memang sedappp..Anak aku semua makan je takde hal kecuali Zara la, dia ni suka ikan goreng je, ikan berkuah ni semua memang kurang la dia makan.

Balik dari makan tu kitaorang berjalan-jalan dan bergolek-golek rehat di bilik menantikan majlis pernikahan yang berlangsung pada waktu malam..


Kebetulan rumah pengantin perempuan ni berdepan dengan hotel je..Memang dekat sangat la, nak jalan kaki pun boleh tapi berpeluh sikit la..Tapi memang dekat sangat dan agak mudah untuk kitaorang semua.

Tu yang masa majlis nikah Zarif boleh buat perangai, dia dah tak tahan nak buang air kecik, dia suruh kitaorang balik hotel semata-mata dia nak buang air kecik, lepas tu suruh datang balik rumah pengantin. Demand pulak tu takmo tumpang rumah orang nak buang air kecik. Tak pernah dia buat perangai pergi rumah orang kahwin macam ni tau..Memang aku tak layan lerr, tapi terpaksa balik awal gak (lepas nikah dan makan).

Ok gambar nikah nanti aku upload, banyak sangat niii...

Tq sudi baca!
 

























3 comments:

  1. Mencari tempat singgah yg dekat dgn destinasi rumah pengantin itulah yg terbaik Huda
    Apa lagi nak bawa anak-anak. Tak payah buang masa. Lima minit masa pun boleh sampai.

    ReplyDelete
  2. wow...hotel tu nampak bersih la nok..ada wifi semua ok lah tu...rm130 je pulak tu...terbaek lah...

    anyway, aku tak reti makan ikan patin, tapi aku pernah masak ikan patin tempoyak...hehe...

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka makan aikan patin lagi2 kalau buat asam pedas..peghhh!!jeles tengok gambar..dah la lama tak jumpa nasik nih..huh!sabar je la..hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...