15.3.15

Cuti sekolah - adik nak nikah

Bila jarang berblog, iklan nuffnang yang masuk bukan main lagi tapi jumlahnya takdelah banyak pun, ala seadanya je pun. Tapi terima kasihlah dengan iklan yang berderet-deret tu yea..

Minggu ni adalah minggu cuti sekolah di mana aku akan masuk ke ofis takdelah seawal pukul 7 pagi macam biasa. Kalau cuti sekolah je mesti aku akan lewat sikit sebab taska Aisyah bukak 7.30 pagi so biasanya 7.45 atau 7.50 baru dapat slide kehadiran. Tapi kalau hari sekolah bukan main awal aku datang hehe..

Korang ke mana cuti sekolah ni?

Aku takde ke mana melainkan ke Temerloh Pahang hari Jumaat sebab adik lelaki aku akan melangsungkan pernikahan hari Jumaat malam. Hari Khamis petang aku akan bertolak ke KL dan esok pagi hari Jumaat tu terus ke Temerloh. Whoaa memang penat rasanya tapi demi adik kan.

Sabtu majlis sebelah pihak perempuan tapi habis majlis je aku akan terus balik ke Johor al maklum je la hari Ahad tu kan dah mula sekolah, tapi aku nak mohon cuti lagipun hari Isnin 23 Mac kan cuti umum negeri Johor sempena Istiadat Kemahkotaan Sultah Johor. Lepas tu Zarif pulak hari Ahad tu la nak ada friendly bolasepak.

So pasrah je lah bila cuti minggu dah tak sama kan, kena pulak anak-anak aku dah sekolah rendah bukannya boleh main nak cuti sesuka hati kan..Tapi kalau Zara penat hari Ahad tu takyah la sekolah, nengoklah camana. Zara tu pantang kata cuti, memang dia suka je. Zarif pun pantang kata cuti sebab dia suka nak sekolah hehe..Dua orang yang perangai berbeza.

Ikutkan aku ada banyakkkkkk gambar nak upload tapi kekangan masa. Serius aku suka berblog, sebab kita boleh bercerita dan bagi info pada semua orang. Well tunggu bila aku free aku akan update gambar kitaorang k. Baca cerita takde gambar macam boring kan??

Sekian tq sudi baca.






3 comments:

  1. saya tak de kemana2 pun..balik kampung pun minggu depan je...minggu ni kena dok umah je la..tak de makan angin..paling2 pun pi beli barang dapur kat Aeon atau tesco..hahhhaah,,,,..selebihnya dok umah tolong anak belajar..nak periksa nih..:)

    ReplyDelete
  2. lya pon sjk ct sek ni mmg lewat sikit drp kebiasaan... klo hari sek, kul 7.15 -7.30 mmg dah menapak kat ofis ni..
    lya pon xde bcuti kemana-mana..komitmen kerja.. tp adalah bw asya pusing2 bndar & tgk wayang je.. nk blik kg pon, sekankang kera..cuma time kerja tu htr rmh nekma dia, blh main2 dgn spupu..xdelah bosan

    ReplyDelete
  3. zarif sama perangai mcm anak aku si abang tu, suka pi sekolah...sebab ramai kawan2 katanya...hahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...