12.1.16

Progress Zahia Aisyah [2 tahun 7 bulan]

Alhamdulillah dapat update hari ni yeay..

Ok lama aku tak cerita kan pasal Aisyah kan kat blog ni,rasanya la kan hehe..

2 Januari haritu genap la Aisyah si bongsu tu usianya 2 tahun 7 bulan, lagi lima bulan nak jejak 3 tahun. Alahai kejapnya la masa...Janganlah besar sayang. 

Tapi peringkat umur macam ni memang macam-macam la nak layankan si Aisyah ni..Budak tengah sibuk nak explore sana sini dan panjang akal katanya. Mrhubby gelarkan dia budak ribut. Memang macam ribut la..Boleh berubah watak tak kira masa, aku pun confuse. Terus terang setiap kali dia buat perangai, memang menguji sabar aku dan mrhubby. Yang selalu jadi mangsa keadaan dia memang Zara la. Dengan Zarif tak banyak hal sangat tak tau la kenapa maybe sebab perangai diaorang hampir serupa kot huhu..Kalau dengan Zara memang panas jer laa..


Ha ni satu perangai dia tangan kata orang mengakas jer..Tak boleh diam, entah apa-apa je dia akan buat, terkuis sana sini..Ni aku terleka jap jer, pusing balik nengok dia jadik camni..Sampai tahap pasrah la, nasib lipstik tu molek lagi ok..Kadang-kadang depan aku memang selamba dia pakai lipstik tu, saja nak menunjuk depan aku. Time aku pakai memang dia dok nengok jer, apa nak jadik niiii..


Ha ni lagi satu peel bukan-bukan. Memang abang dengan kakak takdelah perangai macam ni. Tak tau la kenapa dia taksub sangat dengan swimming suit ni haha. Memang kata orang pantang nampak tu pasal jadik camni. Sanggup ok tido dengan swimming suit, kang kalau bukak dia mengamuk..Memang bukan perangai aku pasal aku tak reti berenang pun haha..Haiih anak la anak, sampai aku kena sorokkan swimming suit ni tau pasal dia asik nak pakai jer..


Ni pulak gambar hari Jumaat ke Sabtu lepas. Dia boleh dok tertido kat situ pasal dah penat main. Masa nengok dia tertido tu rasa eh dah kenapa ni..Kesian ada kelakar pun ada. Aku memang suka amik gambar Aisyah tido. Rasa cute jer, macam-macam gaya ada dia tido.

Progress Aisyah setakat 2 tahun 7 bulan ni;

- Boleh cakap dan faham arahan tapi pelat (dia la satu-satunya anak yang pelat)
- Asiklah tanya 'apa ni abah?' 'buat apa tu?'
- Lari memang laju sangat, suka pergi playground 
- Suka makan
- Dah berhenti bf 
- Terer main game subway surfers ok (aku tak boleh terima ni, mesti Zarif yang ajar huhu)
- Suka baca buku jugak (tapi ikut cara dia la sebab dia tak boleh dok diam, kata ribut kan huhu)
- Dah boleh mengira dan baca ABC la tapi versi pelat la
- Baca doa sebelum tido
- Suka buat sepah

Itu antara yang aku ingat la..Tapi dia ni memang tak macam Zara boleh dok diam kita popok dia belai-belai dia nak baca bedtime stories tu memang tak ler..Tak macam Zarif dengan Zara boleh dok diam kalau baca buku cerita semua. Ni semua dia nak cepat semata...

Apapun untuk aku dan mrhubby dia ni sangatla penghibur hati kitaorang. Walaupun macam ribut ke sana sini, aku selalu doakan Aisyah sentiasa sihat dan aktif. Biarlah rumah  bersepah sekalipun tapi hati aku senang sebab dia sihat walafiat. 

Oklah, thanks sebab sudi baca.
Sekian..



5 comments:

  1. Hehe mcm ribut ya Huda? Rasa sama je lebih kurang dgn Amani, amani pun kuat ngamuk tu kalau tak dpt apa dia hendak...huhu

    ReplyDelete
  2. comelnya zara... be a good girl sayang.... anak saya pun mesti macam ni sekarang....

    ReplyDelete
  3. Huda ni mesti tersilap tajuk terletak nama Zara
    Sebenarnya nak kisahkan Aisyah si comel ligat ini kan.
    Semakin ligat semakin banyak akal Huda:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak hehe..Thanks akak sebab ingatkan, itulah kan, nak tulis nama Aisyah tertulis Zara pulak..Baru tiga anak dah lupa hehe

      Delete
  4. heheh..aktif sungguh dia..sampai kan tidur pun duduk..tak sempat nak baring agaknya tu..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...