10.8.17

Semoga arwah tenang di sana

Assalamualaikum,

Amboi lama betul menghilang kan diri..
No tak menghilangkan diri pun. Ada je, hari-hari bukak blog dan baca blog orang lain tapi tak mampu nak update. Itu je.

Ya Allah macamana la nak bagi mood tu ada kan untuk update blog.
Nengok orang lain rajin je, okla lepas ni kena rajinkan diri dengan lebih hebat lagi hihi.

Ini pun tak tau nak start dari mana sebenarnya. Sebab terlalu banyak cerita, dari sebelum raya sampai la cerita raya pun tak update, teruk betul. Tapi aku nak mulakan dulu dengan kisah ni yang aku rasa sangat terkesan.

29 Julai 2017 yang lepas aku terima berita yang agak mengejutkan di mana ex bos aku pada tahun lepas telah meninggal dunia.

Masa terima whatsapp (wa) lewat petang tu, kebetulan aku berada di luar dengan keluarga. Aku baca banyak kali wa yang masuk tu pasal aku tak percaya sebab Khamis lepas aku baru je ber wa dengan arwah. Betul ke wa ni? Betul prof dah meninggal dunia?

Nengok group wa lain senyap je macam takde apa-apa berlaku. Tapi bila aku dah terima dua wa dari dua orang sumber yang pastinya sahih, apa lagi nak dikata. Innalillaiwainnailahirojiun. Sesungguhnya mati itu pasti, tidak cepat mahupun lambat, sampai masa kita semua akan pergi.

Allah..Masih teringat-ingat aku punya menggigil dengan rasa berdebar-debar waktu terima wa tu semua. 

Aku sempat sebagai setiausaha dia setahun sebulan sahaja. Aku boleh kategorikan arwah sebagai seorang yang agak tegas, berpendirian, aktif dalam bidang kokorikulum dan sangat aktif menulis. 

Masa mula-mula nak kerja dengan arwah aku pun takut tapi bila dah lama-lama tu ok la. Stress pasal kerja dan stress pasal bos semua orang akan mengalaminya kan. Mana ada kerja dengan bos tak stress ye tak..Alhamdulillah meskipun aku dah berpindah ke ofis lain tapi hubungan baik dengan arwah masih terus berkekalan.

Apatah lagi aku suka dapatkan khidmat nasihat arwah berkaitan penulisan atau tentang perkataan-perkataan bahasa melayu. Sebab kadang kita ni kan kerja kena buat surat so ada la few words tu macam tak pasti ejaannya so aku selalu rujuk kat arwah. Arwah ni ibarat macam kamus la gitu dan aku pun kagum dengan arwah sebab banyak hasil penulisan artikelnya keluar di akhbar.

Alhamdulillah lepas naik raya haritu dapatlah berjumpa dengan arwah [kira sebulan sebelum arwah meninggal dunia]. Banyak kenangan dengan arwah ni sebenarnya yang memang tak dapat dilupakan. Kalau nak cerita kat sini pun takut tak abis je.

Apa yang aku boleh katakan, arwah memang baik dan alhamdulillah aku juga dapat meluangkan masa untuk ziarah semasa jenazahnya sampai dan dapat jumpa isteri arwah.

Aku doakan arwah ex bos aku Prof Dr Ahmad Esa dicucuri rahmat, tenang dan damai di sana.





3 comments:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  2. Inalillah.. Semoga arwah tenang di sana.. in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainailaihirajiun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...