25.5.16

Celebrate birthday Aisyah [3 tahun] awal sebelum cuti sekolah

Alhamdulillah pagi ni dapat bersiap dan sampai ke ofis awal. Itupun terlambat bangun dekat pukul 5.15 baru terbangun sebab tido lewat semalam.

Ok hari ni aku buat majlis makan-makan untuk Aisyah kat taska. Kebetulan birthday dia jatuh pada 2 Jun nanti waktu cuti sekolah so memang tiap tahun kena buat awal. Kalau buat tarikh 2 Jun nanti confirm tak ramai budak ke taska maklumlah mana yang parents cikgu memang tak hantar anak-anak ke taska..So kalau nak meriah memang kena la buat awal. Kebetulan ada sorang lagi parents nak buat majlis anak dia pun hari ni jugak, memang double celebration la - murah rezeki anak-anak taska termasuk pengasuhnya.

Gigih aku dari balik kerja petang semalam memang buat macam-macam kerja, dengan nak masak untuk dinner dan nak buat cupcake lagi huhu. Supermom gitu, nengok orang lain boleh buat kita pun nak jugak la kan, demi anak tercinta gitu. Ni kalau sekarang ni aku letak kepala kat bantal mau aku boleh tido sampai petang ok, hehe..

 Ni semua guna plastik dan riben sedia ada, kita DIY saja.
cuma beli biskut dan coklat.

 Yes dear, you are going 3 years old, how time flies..
Ibu nak Aisyah masa baby, sekarang ni dah kepoh okkk..
Inilah penceria aku sekeluarga..


Yup ini yang aku bekalkan pada anak-anak taska tadi. Buttercheese cupcake, topping dengan buttercream - entah apa la rasanya aku pun tak tau huhu. Haraplah sedap maklumlah bukan pro baker ok. Tu pagi ni aku buat roti gulung sosej macam terhangus tapi sedap ok serta honeydew dan watermelon.

Memang saja taknak bagi kek besar. Senang budak-budak nak makan dua kali ngap je masuk mulut haha..3 cupcake besar tu untuk Aisyah la sebab 3 tahun hehe..Tak payah nak potong-potong cake, kalau nak tiup lilin je pastu terus makan, senang cerita. Tak taulah macamana pengasuh nak susun nanti, pandai-pandai diaorang la yea..

Tengahari nanti aku akan topup dengan KFC sikit sebab Aisyah suka makan ayam, so boleh la makan dengan kawan-kawan dia.

Actually masa 2 Jun nanti pun ada celebration khas dalam family kitaorang tapi more privacy la kononnya. Hanya kita-kitaorang jer untuk lebih saling menghargai hubungan antara satu sama lain, chewahh..

Pheww buat ni je pun tapi letih ok..Tak tau la camana mak-mak yang lain boleh buat bento yang lebih hebat untuk birthday party. Terkejar-kejar aku dengan nak siapkan bekal untuk Zarif dan Zara, dengan nak mandi, siap nak pergi kerja..Setiap kali huru hara dan nak serabut je, aku akan selalu ingatkan diri untuk positif dan tenang, in sya allah semuanya boleh hehe..

Ok, itu je dulu untuk hari ni..
Sekian, thanks sudi baca yea!
Tata..









7 comments:

  1. Pergkhh hebat mung buat cake udet!

    ReplyDelete
  2. Betul juga Huda kalau dah cuti sekolah sah-sah yg anak cikgu tak ke taska dah
    OK tu mesti bebudak suka menikmatinya.

    ReplyDelete
  3. Kejap nak masuk 3 tahun...
    kita ni mmg hebatkan semua kerja bole dibuat...
    rajin dgn tak aja

    ReplyDelete
  4. dah besar dah dia...rajin nya awak Huda..siap buat cup cake..kalau saya sah2 la bakar kek sebiji dengan brownies je..malas nak banyak2 kerja....hhahaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan nak buat camtu, tapi kebetulan ada sorang lagi parents pun buat birthday untuk anak dia jugak dan bawak kek besar jugak..Lagi satu saja buat kecik2 ni senang budak nak makan....

      Delete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. dah 3 thn dia..cpt sgt msa bjln..moga trs mbesar dgn sihat ye..comel kek kecik2 tu..cute je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...