16.8.17

Anugerah Cemerlang [April 2017]

Salam

Cerita lama lagi..
Berlangsung pada 11 April lepas.

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.
Memang tak terduga, selang empat tahun terima rezeki ini sekali lagi.
Terima kasih pada yang menilai dan yang memberi untuk penilaian pada 2016.
Terima kasih pada arwah bos aku sebab dia la antara sebab aku layak dan dipilih untuk terima anugerah ini.

Sebenarnya pada hari kejadian ni aku cuti dan tak sihat. Memang betul-betul tak sihat.
Ikutkan aku taknak pergi pun.
Berulangkali aku tanya husband nak pergi ataupun tak?
Sampai la sejam sebelum acara bermula aku buat keputusan untuk pergi, huh..



Dengan kawan sefakulti sebelum ni 
Alhamdulillah sama-sama dapat
Tapi sekarang aku dah berpindah ofis..

Semua ni bekas kawan-kawan sefakulti
Tahniah untuk semua

Nasib baik la dapat duduk semeja dengan kawan setiausaha jugak

Nasiblah duduk dengan semua perempuan
Duduk kat meja ni semua ikut abjad
Ada kawan aku semeja dengan semua lelaki kecuali dia sorang je perempuan

Alhamdulillah
Semua rakan setiausaha yang terima APC, tahniah geng..

So belanja mak abah dan anak-anak weekend tu, tanpa doa diaorang aku pun takkan berjaya..
Mrhubby takde pasal dia ke  Terengganu..

Thanks sayang..
Sebab sayang pun saya berjaya jugak..
Ye la kadang sayang izinkan saya balik lambat.
Sanggup ikut saya ke ofis weekend untuk buat kerja-kerja kan..
Eh tapi aku dengan dia sama je la, gila kerja jugak huhu..
I mean sanggup buat apa saja demi kerja la kononnya..

Ini orang yang banyak doakan aku
Thanks mak..
Tak tau nak cakap macamana tapi rasanya tak terbalas lagi segalanya..


Aku dah rasa dua kali dalam tempoh empat tahun dan dalam masa 12 tahun aku bekerja.
So aku rasa akan datang bagi peluang kat orang lain pulak..
Pada aku ni semua rezeki. Aku dah rasa so bagi orang lain pulak sebab aku tau ada orang lain yang belum pernah rasa dan layak untuk dapat.

Definisi cemerlang tu sangat berbeza pada setiap orang mahupun yang menilai.
Bukannya duduk depan komputer dan tak ke mana-mana tu cemerlang.
Skop kerja kita semua berbeza, so penilaiannya juga harus berbeza.
Moga ada rezeki untuk orang lain pulak.

Aku cuma nak kerja macam biasa dan tenang-tenang saja.
Nak betulkan apa yang tak betul dan nak berubah jadi insan yang lebih baik.
Banyak kekurangan pada diri.
Mohon Allah izinkan aku untuk terus bernafas supaya aku boleh ubah, balas serta buat apa yang patut aku buat.

Oklah..
Sekian, thanks sudi baca.
End.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...