26.9.17

Zarif - UPSR 2017

11-14 hb September 2017.
UPSR.

Aku yang berdebar-debar. Rasanya debaran tu lebih dari tuan punya badan yang nak amik exam.

Hari pertama peperiksaan UPSR 2017

Aku beritahu Zarif, buat je yang terbaik. Keluarkan segala-galanya masa exam tu. Dah usaha kita tawakal je la. 

Aku pun takdelah expect nak Zarif dapat 6A, kalau dia bagi aku result 6A tu memang magic dan miracle la..Aku target dia 3A je, tapi berapa dia bagi pun aku ok je. Don't worry, in sya allah aku open minded dengan segala result yang dia bagi..Bebel tetap bebel haha..

Ni revise untuk Subject Sains esoknya

Siangnya dia bagitau soalan Maths kertas 2 susah, banyak jalan kerja gitu. Well, dah kementerian nak KBAT gitu  kan pasrah je la Zarif..Ikut kan je la..

Aku pun pasrah la gak. Bila dapat soalannya aku try la gak, untuk aku ni aku rasa ok la cuma mmg ada banyak jalan kerja,untuk anak-anak yang slow learner maybe amik masa sikit la. Takpelah benda dah lepas usah dikenang.

Tapi kesimpulan yang aku boleh buat hasil dari exam UPSR lepas Zarif dalam keadaan tenang dan macam biasa la ayat dia dari darjah satu sampai la ni - Oklah, senang...Ok, boleh buat..Kalau susah pun dia sebut time Maths paper 2 tu je la, tapi still boleh buat gitu..

Sama-sama la kita tunggu keputusannya ye Zarif. 
Moga Allah permudahkan semuanya.

Thanks sudi baca.
End.

 



23.8.17

Tahniah Hafiz Jantan!

Salam.

Ok masih lagi hot dengan Sukan Sea 2017.

 Tahniah Khairul Hafiz Jantan
Bangga!

Tahniah!
Its ok walaupun perak jer but still a medal right?
Bangga!

Aku upload yang aku nengok jer.
Aku tak dapat nengok pun polo yang si KJ dan Putera Mateen tu lawan semalam.
Tapi takpela..

Di saat kita semua rakyat Malaysia tengah seronok dan gembira saksikan acara Sukan Sea ni boleh pulak ada cerita dan gosip pasal pernikahan selebriti tu.

Hmm..Kalau kau bukak media sosial fb dan apa2 la mmg kisah tu je la diperkatakan.
Aku malas nak masuk campur pun tapi malu ok,huhu.

Aku dari taknak tau dan takminat pun terus terfollow cerita dia, haihh laa
Semalam aku terus tanya dan mintak pendapat ustaz ok hehe..

Tapi kan aku tetap rasa perkahwinan diaorang sah..
Aku rasa la..
Sebab pengesahan cerai tu diaorang tu dari segi dokumentasi saja.

Kalau rukun nikah tu cukup semua dah sah.
Kesilapan di sini tidak mengesahkan perceraian dan tiada dokumen. Moga urusan mereka dipermudahkan hendaknya.

Aku malas nak ulas lebih-lebih. Biarlah pakar dan hakim tentukan segalanya.
Kita doakan yang baik-baik saja ok.

Okla, tu je nak bagitau
Thanks la sudi baca ok.

End.



 







21.8.17

Bila cuti rehat dan nengok acara Sukan Sea 2017

Salam.

Semalam aku cuti rehat sebab rasa macam letih sangat pasal baru balik dari KL hari sebelumnya. 
Macam la aku yang drive kan hehe padahal duduk sebelah jer.
Mrhubby rileks je dengan budak-budak boleh kerja dan sekolah lagi.
Eh, tapi kan sejak naik cuti raya yang lepas baru aku perasan takde cuti langsung, oklah ni baru cuti.

Oklah disebabkan cuti semalam so dapatlah aku nengok beberapa acara sukan sempena Sukan Sea 2017 ni.

Eh aku bukan kaki sukan ok, kaki bangku lagi.
Tapi bila nengok atlit-atlit ni beraksi satu perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi mewakili negara.
Terus terbayangkan Zarif yang sedang beraksi **berangan [mana tau jadi kenyataan kan]

Sebelum tu aku nak share jugak aksi atlit diving kita si Dhabitah yang comel ni masa nak nyalakan obor. Eh comel sangat tauu..


Masa mula-mula tertanya jugak, eh kenapa si Dhabitah ni kan?
Tapi aku terfikir pasal dia muda lagi kot so sesuai la dia yang terbang gituu..
Yang lain dah berumur so payah la kan..

Dan mrhubby kata, pasal dia atlit diving mestila dia tak takut tinggi kan..
Ha ye jugak kan..
Baca ni kenapa KJ pilih Dhabitah nyalakan obor --- [KLIK]

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pingat emas semalam, antara yang aku nengok acaranya ialah;


 Memang menarik sangat game bola jaring semalam ni tau
Malaysia vs Singapore [final]

 Game ragbi ni pun best
Walaupun sebelah pagi tu kalah dengan Thailand huhu
Tapi final dengan Singapore terbaik la

Dan acara recurve memanah ni
Aku dapat rasakan tekanan dia petang semalam
Nengok atlit dari Vietnam tu rileks jer
Anyway congrats at least dapat perak dah terbaik jugak tuu..


So sebagai rakyat Malaysia jomlah beri sokongan pada semua atlit Malaysia yang berjuang untuk kejayaan pasukan Malaysia.

Sukan SEA KL 2017 akan berlangsung dari 19-30 Ogos 2017.
Nak tau maklumat lanjut korang boleh [KLIK] 


Sekian..
Thanks sudi baca.
End.




16.8.17

Anugerah Cemerlang [April 2017]

Salam

Cerita lama lagi..
Berlangsung pada 11 April lepas.

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.
Memang tak terduga, selang empat tahun terima rezeki ini sekali lagi.
Terima kasih pada yang menilai dan yang memberi untuk penilaian pada 2016.
Terima kasih pada arwah bos aku sebab dia la antara sebab aku layak dan dipilih untuk terima anugerah ini.

Sebenarnya pada hari kejadian ni aku cuti dan tak sihat. Memang betul-betul tak sihat.
Ikutkan aku taknak pergi pun.
Berulangkali aku tanya husband nak pergi ataupun tak?
Sampai la sejam sebelum acara bermula aku buat keputusan untuk pergi, huh..



Dengan kawan sefakulti sebelum ni 
Alhamdulillah sama-sama dapat
Tapi sekarang aku dah berpindah ofis..

Semua ni bekas kawan-kawan sefakulti
Tahniah untuk semua

Nasib baik la dapat duduk semeja dengan kawan setiausaha jugak

Nasiblah duduk dengan semua perempuan
Duduk kat meja ni semua ikut abjad
Ada kawan aku semeja dengan semua lelaki kecuali dia sorang je perempuan

Alhamdulillah
Semua rakan setiausaha yang terima APC, tahniah geng..

So belanja mak abah dan anak-anak weekend tu, tanpa doa diaorang aku pun takkan berjaya..
Mrhubby takde pasal dia ke  Terengganu..

Thanks sayang..
Sebab sayang pun saya berjaya jugak..
Ye la kadang sayang izinkan saya balik lambat.
Sanggup ikut saya ke ofis weekend untuk buat kerja-kerja kan..
Eh tapi aku dengan dia sama je la, gila kerja jugak huhu..
I mean sanggup buat apa saja demi kerja la kononnya..

Ini orang yang banyak doakan aku
Thanks mak..
Tak tau nak cakap macamana tapi rasanya tak terbalas lagi segalanya..


Aku dah rasa dua kali dalam tempoh empat tahun dan dalam masa 12 tahun aku bekerja.
So aku rasa akan datang bagi peluang kat orang lain pulak..
Pada aku ni semua rezeki. Aku dah rasa so bagi orang lain pulak sebab aku tau ada orang lain yang belum pernah rasa dan layak untuk dapat.

Definisi cemerlang tu sangat berbeza pada setiap orang mahupun yang menilai.
Bukannya duduk depan komputer dan tak ke mana-mana tu cemerlang.
Skop kerja kita semua berbeza, so penilaiannya juga harus berbeza.
Moga ada rezeki untuk orang lain pulak.

Aku cuma nak kerja macam biasa dan tenang-tenang saja.
Nak betulkan apa yang tak betul dan nak berubah jadi insan yang lebih baik.
Banyak kekurangan pada diri.
Mohon Allah izinkan aku untuk terus bernafas supaya aku boleh ubah, balas serta buat apa yang patut aku buat.

Oklah..
Sekian, thanks sudi baca.
End.




Hari Setiausaha [Mei 2017]

Salam..

Eh gigih aku meng update blog ek..
Bukan main lagi hehe..
Tu la dia, bila nafsu dah membuak dan mula rasa rindu pada blog..
Aku nak delete banyak gambar-gambar yang ada so kena la rajin update entry yang ada ni..

Ok ni kisah sambutan Hari Setiausaha pada bulan Mei 2017 yang lalu.
Sebenarnya Hari Setiausaha ni pada setiap hujung bulan April..
Tapi kitaorang buat sambutannya awal Mei yang lepas kalau tak silap 3 Mei kot. Dibuat di Hotel Crystal Inn Batu Pahat bermula pada jam 2.30 petang.

Meh la nengok gambar tak seadanya ni yea..
Gambar-gambar ni semua dari pelbagai handphone dan kamera rasmi huhu..

Temanya kasual
Aku pun pakai simple jer, sarung apa yang ada jer..

 Tempat cabutan bertuah ni selalu jadi tumpuan kitaorang la
Tertengok-tengok apa hadiah yang menarik sambil berharap untuk menang

Kasi full view sikit
Aku ni bab cabutan bertuah memang tak berapa bertuah sangat tapi alhamdulillah
Apa yang dapat tu bersyukur dan terima je..

 Antara menu yang ada la
Bab buah ni memang laju je abis..

 Tak silap aku ni nasi goreng kot..

 Butter prawn kalau tak silap
Aku amik sikit je pasal aku kureng sikit makan udang ni..

 Kari Ayam
Sedap la jugak

 Ok sayur yang sedap
Laju je makan brokoli tu

 Ni meja khas untuk AJK tertinggi setiausaha

 Yang bukan AJK duduk ler kat meja belakang-belakang huhu
Antara kawan-kawan..

 Dapat hadiah tupperware
Janji ada kan hehe

Ada sesi potong kek [read pavlova]
bagi mereka yang lahir pada bulan 1 hingga 5 je [pasal majlis dibuat bulan 5]
Tu aku dengan kawan-kawan yang lahir bulan 3
Dah kenapa aku cam nak nangis tu hehe

Kami setiausaha yang setia dan berusaha gituu

Ok full view
Ni pun tak cukup korum, ada yang tak dapat datang.


Sebenarnya hari setiausaha ni memang kita anjur dan kita raikan sendiri. Yelah nak harapkan siapa yang nak raikan untuk kita kan, so rai sendiri je la..Yang penting enjoy.

Nak jumpa semua ni pun bukan senang..Masing-masing sibuk, kalau nasib baik dapat la jumpa time kursus ke, time ada event penting ke..Atau pun masing-masing communicate guna wasap jer, group tu memang aktif [ada jugak kebaikan wasap ni huhu].

Pada aku, semua ni kawan-kawan aku. Takde istilah kawan rapat ke, bff ke and so on.
Kami bekerja bersama dan saling memerlukan.

Harapnya hubungan ni akan dikekalkan dan majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. 

Love all.

Sekian.
Thanks sudi baca.
End.






15.8.17

Tahniah YAM Tunku Aminah & Encik Dennis Muhammad

Salam,

Semalam 14 Ogos berlangsungnya majlis pernikahan YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dengan pasangannya Encik Dennis Muhammad Abdullah. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Aku pun nak share jugak gambar pengantin kat sini walaupun aku tau ramai dah nengok kat fb kan sejak semalam. Saja nak buat kenangan dalam blog.

 Manisnyaaa...

 Nice and sweet

 Cantik walaupun tengah nangis..

 Majlis persandingan malam tadi
Baju yang simple dan menarik

 Aku suka veil dia..

 Tak tau nak kata apa selain cantik semata..

 Mata yang nengok pun cantik je, just baju kurung ok

Tahniah sekali lagi YAM Tunku Aminah dan Encik Dennis
Moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat


Suka dengan pakaian yang YAM Tunku Aminah pakai, simple dan manis jer. Cuma baju kurung je yang penting majlis berjalan dengan lancar, sempurna dan meriah. 

Moga perkahwinan terus kekal bahagia selamanya.

[Korang boleh ke situ untuk nengok banyak lagi gambar-gambar yang cantik ok]

14.8.17

Bengkel di Le Grandeur Palm Resort Johor [6-8 April 2017]

Cerita dah lama kan hehe.
Pasrah la, tapi nak buat jugak entry pasal sayang kalau dibiarkan dan rugi je gambar-gambar kenangan yang aku amik masa bengkel haritu kat sini.

Lagipun boleh la buat rujukan sesiapa yang nak ke Le Grandeur Palm Resort Senai Johor ni [KLIK]. Aku pun first time ke sini, alhamdulillah rezeki kan. Semua yang pergi dapat bilik Deluxe Single so dapatla bawak family ke sini..Tapi aku tak dapat bawak Zarif sebab tak silap aku dia ada bengkel ke ataupun latihan sukan. Takpelah lain kali kalau ada rezeki kita boleh ke sini lagi la yea, cuma akan datang tu kena bayar sendiri la hehe. Yang pergi ni free jer.

Layan gambar je la kan, memang tu yang orang nak nengok kan..

Salah tulis nama U tu bukan UITM tapi UTHM 

Masa baru sampai bukan main excited lagi diaorang
Aku pun excited gak cuma tak tunjuk je, maklumlah datang kerja kan..

 Katil besar memang muat la untuk 4 orang
Nasib aku kurus tau kahkah..






 Tempat mandi asing ehh, best kan..

Ada bath tub lagi
Kesian budak tu jakun hehe..

 Aku bengkel full dari siang sampai malam
Sampai ke tengah malam gitu, tapi aku ni bukan la penting sangat buat ada-ada jer hehe
Bila ngantuk aku terus naik bilik huhu


Hari baru sampai tu aku masak dari rumah so takyah nak keluar bilik. Bila aku ke bengkel so diaorang duduk je la bilik rehat-rehat dan nengok tv sambil makan-makan. Puas hati dapat masak sendiri dan diaorang boleh makan puas-puas. 

Leceh kot nak keluar pergi kedai. Kitaorang punya bilik tingkat 3 nak jalan dari bilik ke lif punyalah jauh, lepas tu nak turun lagi pergi parking nak cari kedai lagi haihh leceh kan..Tapi first day je lah boleh camtu, hari kedua dan hari ketiga memang kena keluar cari makan jugak, kalau fikir leceh tak makan ler korang huhu..
 Ni view dari balkoni bilik aku, tenang je rasa..
Nasib baik view tak mengadap pool kalau tak lagi menggelupur si Yaya tu haha..

 Ha berendam la..

Pool ni aku yang punya - gitu konsepnya haha


Time diaorang mandi manda ni aku tengah berbengkel la
Abahnya la tukang layan hehe
Nasib baik time pergi ni bukan cuti sekolah so memang tak ramai orang dan free la..

 Untuk peserta bengkel of course kitaorang ada disediakan makan minum
Memang makan semua sedap-sedap la
Puas hati..

Yumss...

 Ni kalau tak silap hari kedua berbengkel
Petang tu habis awal so aku tak makan kat hotel, aku ajak budak-budak makan luar
Kesian la kan aku makan sedap-sedap diaorang makan bungkus jer
so aku ajak la mrhubby dan anak-anak makan luar...

 Bilik 333

 Layan kejap view senja tu
Resort ni terletak dekat dengan Senai Airport dan memang laluan kapal terbang


 Cantik kan..
Memang puas hati ke sini, bila ada kat dalam ni aku terlupa yang aku kat Johor jer

 Sebelum start bengkel malam kedua tu aku ajak diaorang jalan-jalan di sekitar resort

 Nampak beca ni amik la gambar jugak..
Menarik kan..

 Hari ketiga dan hari akhir..
Gambar last kat bilik

 Sebenarnya dari malam kedua tu aku nak bergambar kat library ni tapi diaorang takut
Ye la kan malam, kang tetiba ternampak apa-apa yang tak patut huhu
So aku ajak lagi bergambar kat sini sebelum balik


 Ni ha ada kolam kanak-kanak bahagian lain pulak, memang besar resort ni
Sebelum balik kitaorang jalan-jalan la dulu ke kawasan ni semua

 Tenang je kan dengan rimbunan pokok-pokok yang menghijau
Nyaman

 Kalau ada abang Zarif lagi seronok kan

 Last but not least
Kenangan bengkel yang seronok
Ada yang kat gambar ni dah berpindah ke tempat lain termasuk la exbos aku, huhu..


Terima kasih untuk kenangan yang menyeronokkan, walaupun datang untuk kerja tapi tak stress pun. Kita positif dan enjoy saja.

Akan datang mungkin aku akan pertimbangkan untuk ke sini lagi, saja-saja untuk tenangkan diri hehe. Nanti-nantila bila ada rezeki lebih.

Akhirnya berjaya sudahkan entry ini. 
Nantikanla entry raya aku haha.

Thanks sudi baca.
Bye...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...