29.11.14

Bangun harimau bangun - Tahniah!

Aku takde la follow sangat pun Piala AFF 2014 ni pasal aku rasa Malaysia macam takde harapan je nak menang, kata mrhubby aku takde semangat kesukanan huhu..

Malam ni bila Malaysia vs Singapore, aku cakap maybe seri kot. Biasa kalau aku cakap mostly jadik kenyataan je haha..Bila menang 1-0 bukan main happy lagi tapi bila kena 1-1 terus mrhubby marah aku..Eh, rileks la still ada masa lagi, walaupun aku cakap seri tapi dalam hati aku nak sangat Malaysia menang...:) 

Akhirnyaaa...Malaysia menang 3-1, dua gol (termasuk penalti) di saat terakhir menggembirakan semua peminat bolasepak Malaysia. Tahniah pasukan Malaysia yang layak ke peringkat separuh akhir dan teruskan perjuangan ok.

Esok aku masih cuti lagi, seronoknya cuti lama-lama ni, nak sambung cuti lagi boleh tak, hehehe..



27.11.14

Kisah anak dan makan-makan

Nengoklah gaya budak ni, tak agak-agak, selalu perasan macam dia dah besar sangat..Gelagat yang buat kita rasa geram sangat..

Last week makan kat restoran roti nan yang famous kat BP..Bukan setakat roti nan je, kalau cakap nak makan bubur kat sini jugak la yang famous..Isi perut dengan otak-otak dulu sementara tunggu roti nan sampai..

Ala sweet nya dua anak dara ni pakai baju frozen yang serupa..Entahla kanak-kanak sangat taksub dengan frozen..Tapi jangan risau aku tak beli tudung dan telekung frozen, tak sesuai okkk..

Oh ni kalau datang BP pegi la makan kat Restoran Kari Kambing 40 Hari kat Jalan Air Hitam Yong Peng..Sedap ko...Tak taulah nak cakap sedap camana, tapi aku yang tak minat kambing pun boleh makan, ni ada hati nak repeat lagi ni..Pastu bising perut dah buncit la berlapis laa, waaaaaa.....


Daaa, tu je hehe..Aku tengah cuti la, nanti aku cerita kisah cuti aku next week la yea.

26.11.14

Macam-macam cerita

Ya Allah pemalas betul aku nak update blog lately ni..Cuti sekolah dah mula so mood pun ke laut, eh apa kaitan update blog dengan cuti sekolah ni hehe..Ok, ke manakah korang cuti sekolah ni? Aku pun tak tau la, ikut langkah kaki je, kalau rasa teringin nak ke mana-mana aku g je, bergantung pada bajet. Ni blog pun aku malas nak update, instagram pun sama..Semua pun terabai...

Malam tadi gigih la aku buat cookies..Dua minggu aku rehat dari buat cookies, sekali malam tadi buatlah jugak sebab jiran aka peminat setia cookies aku ni dah order dari haritu..Yelah haritu aku kan sakit so berenti rehat jap..Ingat dia lupa, oh ingat rupanya huhu..Memula mintak satu bekas sekali tambah lagi satu daaa, jadik dua ok..Wah nak start enjin nak mula tu memang payah tapi demi customer kan so gigih la..

Walaupun dua bekas tapi penat ok..Pasal tu aku buat part time jer, sebab sebekas pun payah nak buat ni nak buat berbekas-bekas, memang pengsan laa..Eh, tapi kan aku dah deal dengan vendor butik kat Batu Pahat ni nak jual cookies..Tapi buat dalam bekas kecik la..Start bulan Disember nanti, aku akan hantar choc chip cookies aku dan kerepek pisang (yang akan dipek semula)..Tunggu eh, nanti aku update la kat blog..Maklumlah hidup akan jadi lebih susah tahun depan so kenalah mulakan langkah untuk menambahkan pendapatan..Dapat untung sikit pun bolehla demi sesuap nasi huhu..

So kalau korang balik ke Batu Pahat boleh la ke butik  vendor tu..Aku akan reveal kemudian bila barang dah mula hantar ke kedai hehe...Doakanlah segala urusan dipermudahkan.

Ni kat nuffnang iklan bukan main banyak tapi jumlah nya ciput je takpelah janji ada kan..Tq la nuffnang, walaupun pemalas nak update blog kan...Ikutkan banyak je gambar aku nak masuk kan dalam entry kat blog ni, tapi korang tunggu jelah..Rajin-rajinlah datang ke blog ni walaupun cerita yang ada tak seberapa.

Tq pada yang sudi membaca..Good luck pada mereka yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR hari ni..Jangan risau kalau tak dapat 5A pun bukannya tak cemerlang, tetap dapat naik sekolah menengah kan?

24.11.14

Masak kicap atau kari

Haritu mrhubby ada beli ikan bawal hitam. Aku ingat nak masak la petang ni, dah boring la asik makanan beli je. Kadang aku masak lagi sedap dari yang beli tu tau hehe.

Aku tanya la mrhubby, dia suka bawal tu masak apa? Aku cakap kat dia sweet sour mau tak? Pasal aku memang terer masak sweet sour :)...Tapi tau mrhubby jawab apa, saya suka bawal hitam ni kalau masak kicap atau kari, teringat macam arwah mak masak..

Memang masalah la pada aku sebabnya aku memang tak reti masak kicap dan kari, huhu..Tak taulah kenapa kalau masak kari memang tak semenggah. Tak sedap sebab aku masak kari memang tak letak santan tapi kenapa la kalau mak aku masak sedap jer. Tapi selama ni aku masak mrhubby makan je tanpa menolak, of course la menjaga hati aku kan..Aku sedar tu sebab aku sendiri makan memang rasa tak sedap.

Lepas tu masak kicap, entah kenapa pun selalu tak jadik, tu pasal aku selalu tukar masak kicap tu kepada masak sos tiram sebab kalau masak sos tiram selalunya ok dan jadik je..Menyampah tau, tu pasal aku selalu elakkan ataupun kurangkan memasak kicap dan kari ni..Tapi dua resipi ni pulak mrhubby suka...

Oklah so petang ni aku dah ready nak masak bawal masak kicap. Haraplah jadik, kalau tak jadik gak tak taulah nak kata apa, pasrah je kot. Oh yea untuk resipi petang ni aku dah google dan nak ikut resipi blogger Mat Gebu ----- IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS. Nengok resipinya macam mudah je, hehe..

Doakan ek supaya masakan aku jadik, kalau tak jadik pun mrhubby dan anak-anak aku akan makan jer, kalau tak sedap cakap dalam hati je ok hehe..






20.11.14

Zara dan konvokesyen PASTI 2014

Sabtu lepas berlangsung majlis konvokesyen Zara. Habis dah belajar anak ibu ni, sob..sob..Sedih pulak rasanya bila anak makin membesar, memang rasa macam baru je lahirkan dia ni..



Kali ni majlis diadakan di The Summit Batu Pahat. Orang Batu Pahat confirm la tau The Summit ni, sebelum ada BP Mall dan Square One, The Summit ni la yang paling havoc. Kat sini jugaklah tempat aku selalu dating dulu huhu.. Sekarang tempatnya ala-ala suam je, tak taulah kot lepas ni ada projek baru nak buat kat sini ke kan. Still ada kedai yang beroperasi la dan aku pun ok je majlis buat kat sini, kawasan lapang dan puas untuk si Aisyah tu nak berjalan je, dia mana boleh dok diam.

Lepas daftar je, parents semua tunggu kat bawah, dan anak-anak semua dibawa ke tingkat atas dan dijaga oleh cikgu. Bukan senang oh cikgu nak uruskan anak-anak kecik ni semua, macam-macam karenah hehe..

Untungnya kali ni, majlis dibuat sesi pagi dan sekolah Zara ni giliran yang pertama ambil sijil dan hadiah..:) Ingat lagi tahun lepas buatnya waktu petang dan sekolah giliran yang ketiga terakhir.


Sebelum anak bergerak ke pentas utama, sibuklah aku nak bergambar jugak..Cikgu nengokkan jelah mak-mak yang sibuk nak bergambar dengan anak ni, hehe.. Aisyah tu pun dah cam rimas je rasanya..


Ni tengah tunggu giliran nak naik pentas ni, tapi sayangnya gambar kat pentas tu tak clear la pulak tapi aku tak letak kat sini..


Ni dah turun pentas, tahniah anak ibu..:)

Ingat dah amik sijil semua boleh terus balik tapi tak boleh la pulak sebab diaorang ada buat persembahan huhu. So kena tunggu lagi, tapi takpelah kan, sebab persembahan terakhir kat sekolah tadika.

Zara dan kawan-kawan buat persembahan dikir barat :)
Bagusnya kat sekolah PASTI ni dia akan pastikan anak-anak aktif dan terlibat dengan pelbagai aktiviti

Alhamdulillah dan tahniah!

Semoga Zara dan anak-anak ibu yang lain akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi...Oh lepas ni nak kena tunggu lagi 4 tahun nak masukkan si kecik tu ke PASTI jugak..Sampai bila-bila PASTI tetap di hati.

Terima kasih cikgu-cikgu!!

19.11.14

Belajar menjahit - tambah pendapatan

Insya allah sebelum habis hujung tahun ni aku akan pastikan aku dah pandai buat baju kurung dan tudung :). Tengahari tadi bukan main aku berbalas sms dengan tailor aku, padahal rumah tak jauh pun. Entah kenapa bukan main berkobar nak belajar menjahit. Tailor kata apa-apa pun datang rumah dia dan bincang, yeay..Harap la aku boleh fokus belajar nanti.

Moga niat yang baik dipermudahkan yea, kalau ada rezeki nak belajar buat roti gak. Selagi ada hayat kenalah kaut ilmu selagi boleh. Aku kalau nak suruh sambung belajar akademik memang tak le kan (walaupun kalau dipaksa boleh je) tapi di peringkat umur cam ni baik lah belajar sesuatu kemahiran yang boleh mendatangkan pendapatan..Kalau dah boleh buat baju kurung sendiri lebih rasa puas, dan lebih menjimatkan..:)

Apa je yang kita nak buat sekarang memang menuntut pengorbanan. Macam buat blog ni jugak, nak fikir nak tulis entry apa, fikir tajuk, nak tarik readers, dan paling penting masa..Yea - MASA nak tulis blog tu sendiri. Kalau dah suka tulis blog, ada masa ke takde masa tetap kena cari masa kan? Tapi kalau kata takde masa, memang sampai ke sudah la takde masa..

Sekian, tq sudi baca petang-petang ni :)


Just be cool, tahun depan boleh cuba lagi

Tahun ni Zarif tak dapat sebarang anugerah kecemerlangan, takpelah takde rezeki. Aku cakap kat dia, usaha lagi tahun depan. Tapi result still ok, hopefully dia boleh buat dengan baik lagi pada tahun depan. Tak guna nak marah-marah sebab benda dah lepas. Kadang-kadang rasa tak guna nak push too hard pada anak-anak kan. Masing-masing ada limit, so terima je seadanya lagipun persaingan zaman sekarang terlalu hebat. Aku dah nampak kemahiran yang ada pada diri Zarif, insya allah kalau boleh nak Zarif jadi individu yang berkemahiran di samping berjaya dalam bidang akademik dan agama.



18.11.14

Plan cuti sekolah

Cuti sekolah dah nak dekat..

Mana nak pergi eh? Kalau tanya aku, aku suka laut, aku suka pulau, aku suka ketenangan...Tapi cuaca tak menentu kebelakangan ni, macam tak sesuai. Boleh je nak pergi tapi bergantung pada cuaca la..Kalau nasib baik oklah, nasib tak baik hujan je memang takdelah nak berjalan ke tepi laut ke apa ke kan...

Kalau tanya Zarif dengan Zara confirm diaorang suka je pergi theme park ataupun mandi swimming pool. Itu je yang diaorang suka..

Kalau tanya Aisyah, eh dia mana tau kan, hehe. Tapi Aisyah suka binatang, suka mandi pool, suka maskot dan theme park gak.

Kalau tanya mrhubby dia suka jalan-jalan cari makan..:)

Entahlah yea mana ek nak pergi. Kalaulah Langkawi tu dekat kan bagus, tetiba teringat kat Langkawi pulak, dah kenapa? 

Bagilah idea ke mana korang plan nak bercuti dan berjalan. Tq.

Zara dah 6 tahun

Aku mc semalam tu pasal tak update blog. Sejak kelmarin dah mula selsema, ni pakej anak beranak semua selsema dan batuk. Maybe aku dah tua, antibodi dah lemah ataupun faktor cuaca yang memang tak menentu sejak kebelakangan ni kan, hujan turun sejuk bukan main lagi.

Semalam memang tak tahan sangat so mrhubby kata amik mc je la sebab nengok aku terlepek je nak bangun pun payah, pemalasnya makan biskut pun atas katil je..Memang tak larat nak bangun, kalau boleh nak dr check depan mata malas nak ke klinik, tapi sebab nak amik mc so gigih la bangun menuju ke klinik.

Dahlah semalam birthday anak kesayangan Zara Afina. Alhamdulillah dah 6 tahun. Kesian dia, birthday tapi ibu sakit. Sempat aku buatkan goodies malam sebelumnya untuk dibawa ke tadika dia. Sebab Zara ni asal birthday je cuti sekolah nasib kali ni belum cuti lagi, bawak goodies simple je takde kek pun.


Copy paste dari Instagram je :)

Zara la satu-satunya anak ibu yang dilahirkan pada waktu malam 10.59 malam 17 November 2008. Moga membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah yea sayang. Dia ni nampak je cam lembut tapi keras kepala ok,  tapi dalam keras kepala tu rajin nak buat kerja dan tolong kemas rumah. Sambil kemas sambil bebel (dah macam ciri-ciri aku tu huhu). Tak sangka dah abis sekolah tadika, padahal masa nak hantar dia sekolah dulu punyalah risau sebab dia ni slow dan pasif sikit dari abang Zarif. Tapi bila dah sekolah alhamdulillah prestasi lebih kurang abang dia dan aktif masuk pelbagai aktiviti..:)

Dinner ibu buatkan nasi ayam je

Nengok ada budak tu tak sabar nak makan..

Again - Happy Birthday Zara!

Semalam jugak keluar result yang Zara gagal ke sekolah tahfiz. Takpelah sayang, bukan rezeki adik ok. Sekolah je sama dengan abang Zarif , nanti senang abang tolong bawakkan beg sekolah yang berat. Nanti orang tak boleh buli Zara sebab ada abang yang besar haha..

Oklah sekian entry untuk hari ni, tq sudi baca!








13.11.14

Tips bercakap dengan lelaki

Haritu mrhubby ada share satu video kat fb aku yang aku rasa sangat bagus dan terkena kat muka sendiri la huhu...Actually video tu mengenai TIPS BERCAKAP DENGAN LELAKI. See aku dah kahwin 11 tahun tapi benda cam ni aku suka nak tau sebab komunikasi adalah salah satu elemen utama dalam perkahwinan.


Tak silap aku ada 4 tips tapi dari video ni aku dapat 3 jer tapi tetap bagus dan boleh dijadikan panduan untuk semua. Korang boleh nengok video ni memang best tapi isi penting semua korang boleh nengok mula dari minit ke 4.00 ke atas.


# TIPS 1 - ARAHAN ONE BY ONE

Nak bagi arahan kat orang lelaki ni kena one by one sebab dia tak boleh nak terima semua arahan serentak..Contoh kalau nak suruh anak kapur kasut, kena cakap; "ALI, LEPAS NI TOLONG BASUH KASUT" Tapi biasanya kan, kalau aku pulak, "Zarif, tolong basuh kasut, lepas tu jangan lupa bersihkan toilet..Nanti kalau dah settle semua jangan lupa buang sampah.."
No wonder la Zarif memang basuh kasut je, yang lain semua dia tak buat...So lepas ni aku memang kena learn la nak bagi arahan mesti one by one..Taulah kan, aku ni semua nak cepat je, bagi arahan pun semua kalau boleh nak pukal huhuhu....Kat mrhubby pun kadang macam tu gak, tapi kita pegi ke tips seterusnya...


#TIPS 2 - SEDIAKAN JAWAPAN OBJEKTIF

Aha, yang ni selalu aku buat dengan mrhubby. Selalu aku sediakan jawapan subjektif. Memang contoh penceramah ni sama la cam aku buat dengan mrhubby. Tapi aku bagi contoh ikut versi aku la yea..Contoh macam ni, "Abang, awak nak keluar kan? Belikan sarapan eh.." Mrhubby akan tanya, Awak nak apa?" Dan aku balas, "Apa-apa jelah" -------- ha ni la jawapan subjektif.
So mengikut penceramah ni, lelaki suka jawapan objektif, sebab senang bagi diaorang. Cuba kalau beli sarapan tu aku bagi pilihan, "Saya nak roti canai ataupun nasi lemak yea bang" -- jawapan objektif.
Sebab kan, bila aku cakap, apa-apa jelah, bila mrhubby balik dan beli apa-apa je, ada je yang aku tak berkenan, tu pasal sediakan jawapan objektif, mrhubby pun senang hati hehe..

#TIPS 3 - MASA 10 MINIT

Ni yang aku paham, lelaki ni kalau nak buat tindakan lepas terima arahan dia amik masa 10 minit untuk buat. Contohnya la (versi aku) - "Abang, sampah dah penuh la, tolong buangkan.." Memang tak ler mrhubby nak buat on the spot..It takes time la, katakan masa aku nak mintak tolong tu, dia tengah nengok tv ke atau ngadap hp ke memang amik masa dia nak bergerak ke tong sampah tu..Tapi aku tak pernah kira masa tu 10 minit ke atau kurang mahupun lebih dari tu..Kira bukan mrhubby je la, Zarif pun sama jer.

Kebanyakannya aku memang rasa tertampar huhu. Sebab aku rasa pendekatan aku dengan kaum lelaki kat rumah aku ni semuanya salah. Sebabnya aku rasa, aku ni jenis yang serba serbi nak cepat konon macam proaktif la (kat rumah je ok haha) so pantang la aku nengok semua buat kerja lambat. Tapi bila dengar petikan ceramah ni so terbukak la minda aku sikit untuk lebih memahami lelaki...:)

Agak mencabar tapi aku akan cuba la nak baiki skil komunikasi yang baik antara kitaorang. Bukanlah kata selama ni tak baik, baik jer tapi ada masa kureng jugak, cuma kita boleh perbaiki lagi demi hubungan yang lebih  baik. Mungkin tak semua lelaki macam ni tapi yang aku nengok lelaki yang rapat dengan aku semua cam gini je hehe..


Sekian tq sudi baca!

Salam hari Khamis untuk semua, yeay esok cuti tapi jadual full!

12.11.14

Happy 26th birthday Yana!!

Lambat update sebab bz la bz..Walaupun aku dah letak kat Instagram tapi nak jugak coret kat blog ni..Khas untuk adik bongsu aku yang tersayang. Peminat fanatik drama Korea, Running Man dan seangkatannya.Moksu yang garang pada anak sedara tapi sangat baik hati..:)

Selamat hari lahir yang ke 26 untuk Yana (Nur Liyana), semoga beroleh keberkatan dalam hidup, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dan cepat kahwin, hehe..Insya allah ada jodoh yang baik tengah menunggu tu...:)



Lepas ni korang nengok la berturut entry pasal birthday...:)

11.11.14

Aku yang kolot dan Running Man

Aku memang kolot.

Mula-mula aku tak tau pun apa tu Running Man, rancangan ke nama kumpulan ke? Tak pernah layan Running Man pun. Kenapa semua orang suka Running Man? Kelakar ke? Kenapa adik aku nengok sampai gelak sungguh-sungguh? Baru-baru ni Running Man datang Malaysia yea, punyalah ramai peminat (aku tertengok rancangan apa ntah yang cerita pasal Running Man ni).

Hari tu aku saja tertukar chanel 393 (for the first time sejak melanggan Astro) saja cuba layan Running Man. Kena marah dengan mrhubby ok, dia tak layan cerita Korea dan tak boleh nak nengok Running Man.

Aku tak benci sangat Running Man sebab  selalu yang aku benci tu akhirnya aku suka sangat so bolehlah layan gitu-gitu je. 

Kolot ke aku?? Jangan marah yea die hard fans Running Man :)

Bila si abang minta maaf

Bila belek-belek rupanya banyak je gambar yang aku tak upload masuk dalam blog ni lagi. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku nak masukkan yang ni dulu..



Terpaksa crop dari Instagram aku..Ni hari Jumaat hari tu la, biasalah adik beradik mana ada yang tak gaduh kan. Main, baik lepas tu gaduh..Gitu je lah kerjanya Zarif dengan Zara ni. Ingatkan kalau ada anak laki dengan perempuan ni kurang gaduh sebab lain jantina rupanya sama jer...

Zarif ni memang nampak garang tapi dia ni sensitif..Biasanya dia akan mintak maaf guna surat sebab dia suka menulis..Aku memang dah biasa dapat nota dan surat dari dia, hehe..Si adik dapat surat dari abang ke hulu hilir pegang je surat ni tak taulah bangga ke abang mintak maaf guna surat tak taulah..Yang tak tahan aku baru dapat tau semalam dia bawak surat ni ke sekolah tunjuk kat cikgu dia..Tak tau apa motif Zara sebenarnya, bangga kot dapat surat dari abang hehe..

Punca gaduh dari main badminton je, pasal pukul tak betul dengan muka monyok, alahai..Tu pasal aku cakap pandai gaduh pandai la mintak maaf sendiri..Anak la anak..
 
Seronok tau layan gelagat anak-anak kan, cam aku cakap semalam hilang stress walau ada masa tu menguji kesabaran..

10.11.14

Aisyah si bongsu dan penyeri

Selamat bekerja untuk semua di hari Isnin yang bahagia ini.

Kononnya aku nak bangun seawal pukul 4.30 pagi, beria aku set alarm kat hp tapi penat sangat kot tu yang terlajak sampai 5.30 pagi..Kelam kabut bangun bersiap nak buat bekal nasi goreng dan buat cookies untuk kawan..Mujurlah semua sempat, alhamdulillah.

Oh ye dak Aisyah pun dah mula dihantar ke taska mulai semalam. Suka sangat nengok dia dah sihat, alhamdulillah. Sekarang hari-hari aku suka nak balik rumah sebab dia dah pandai main. Dr kata jangan nak provok dia kan pasal taknak dia nangis teruk, tapi entah kenapa kitaorang suka sakat dia tau, hehe..Geram sangat nengok dia ni suka jerit tak tentu pasal, dahlah suara kuat dengan nyaring..Semalam aku main kejar-kejar dengan dia, suka dengar dia gelak..Rasa macam hilang semua stress kerja..:)

Nanti kalau Aisyah dah besar camana? Dah takde baby lagi huhu..

Nah ni aku letak gambar Aisyah sebelum dia kena HFMD. Saja je pakaikan jubah aku beli masa hari Konvo kat UTHM haritu. Dahlah murah pastu muat-muat je dengan dia hehe. Tu tudung aku pun dia sibuk nak gayakan jugak..Tunggulah nanti aku bisnes tudung budak pulak eh, nak cari material kain ni.

Dahlah dia ni kuat menyusu dan kuat makan, tapi berat maintain je camana tu? Tapi baguslah maintain, gegirl kan kena kurus je senang nak cari baju hehe..

Semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik-baik sahaja yea..Aisyah la penyeri hidup kitaorang sekeluarga sekarang..:)


Oklah sekian..
Tq!

7.11.14

Biarlah Che Ta bersolek

Entah kenapa aku tertarik nak tulis topik Che Ta bersolek sebelum bersalin hari tu..Aku sebenarnya kan kagum sangat nengok Che Ta yang cantik je lepas bersalin kan.

Dari sudut positif, aku rasa Che Ta sangat menjaga kecantikan dan ketrampilan dia. Tak kira dalam apa keadaan sekalipun, aku rasa kalau dia bukan artis pun, dia tetap menjaga pandai menjaga diri. Oklah kita takmo sentuh pasal aurat (sebab itu antara dia dengan Tuhan, manalah tau satu hari nanti hidayah tu datang, insya allah dia akan berubah jadi lebih baik).

Tapi aku suka nengok diri dia yang memang pandai jaga diri. Kan ke dia pernah masuk rancangan Master Chef, pun nampak cantik je time memasak tak kira la memasak kat studio ke ataupun di luar studio masa tu. Tak payahlah kita nak pertikaikan apa yang Che Ta buat, pada aku tak salah dia nak solek ke tak, sebab tu hak individu.

Yang pasti dia memang pandai jaga diri, lagi bila dah kahwin ni mesti la nak nampak cantik depan suami dia kan..Terus terang aku cakap aku memang jeles dengan Che Ta pasal dia cantik dan pandai jaga diri dan ketrampilan. Sebab ada masanya aku ni jenis selekeh je, konon nak nampak sempoi la tapi malas nak siap kan diri. 

Insya allah lepas nengok Che Ta yang cantik lepas bersalin tu, aku bersemangat la nak jaga diri, hehe..Ingat amik yang positif yea -pandai jaga diri..Jangan la asik nak mendengki tak sudah, tak baik tau. Che Ta tu pun manusia biasa ada perasaan so kita doakan yang baik-baik saja ok.

Sekian...tq.

Aisyah scan jantung

Minggu ni aku rasa macam tak kerja sangat. Rasanya cuma masuk kerja hari Ahad je, itupun dah kena keluar setengah hari bawak Aisyah pegi klinik. Lepas tu hari Isnin cuti, Selasa dengan Rabu bertugas kat Melaka, hari Khamis cuti...Wahhh hebat sangat ni, minggu depan masuklah opis balik dan get ready la dengan kerja berlambak, huhu.

Alhamdulillah kesihatan Aisyah makin baik, haraplah Ahad nanti pihak taska dah boleh terima Aisyah. Cuti aku dah tinggal sikit ni, ngam-ngam je nak pergi bercuti masa cuti sekolah nanti. Macam la jauh sangat nak berjalan kan, takde maknanya, jalan dekat-dekat je..Tahun ni cuti aku memang banyak abis, tahun lepas aku tak forward ke GCR pun sebab tau la ada baby so aku memang dah prepare awal sebab aku tau mesti ada kes yang anak aku akan masuk wad ke apa kan..(kalau ada baby, anak tak masuk wad memang tak sah so aku dah memang dah standby cuti).

Tahun depan insya allah cuti akan lebih terancang dan harapnya dapatlah masuk ke GCR (untung masa pencen nanti).

Semalam, bawak Aisyah ke hospital, memang ada appointment dengan dr berkaitan sakit breath holding dia tu kan..Awal Oktober haritu jadik kat taska tetiba muka dia berubah biru sikit tapi dia tak nangis pun. Pengasuh kata dia terkejut nengok Aisyah macam tu tapi lepas dia massage Aisyah, dia terus ok. Well aku pun tak tau sebab apa jadik cam tu, tapi sejak kejadian tu sampai lah sekarang takde apa pun. Aku still ikut nasihat dr jangan nak provok sangat dia ni sebab dia boleh guna nangis dia tu sebagai senjata nak tarik perhatian kitaorang. Kalau takat nangis biasa takpe, ni nangis sampai nak tahan nafas pastu terus muka berubah jadik biru, badan terkulai ingat tak takut ke???

So semalam Aisyah kena scan jantung, itupun dah menangis terjerit-jerit, haishh sabar jelah kan..Alhamdulillah dr kata takde apa so far semua ok. Aku harap oklah..Aku rasa dia ni lebih kepada perangai kot. Tak taulah ek, cuma kitaorang sentiasa berjaga-jaga sebab trauma kejadian beberapa bulan lepas masih menghantui dan tak boleh dilupakan.

Oklah doakan semua yang baik-baik..Nak lunch dulu ni, tata..

Tq sudi baca!

Buli - takpayah duduk hostel

Haritu aku nengok video klip buli budak yang singlet hitam tu sekejap je. Tak sanggup nak nengok sampai abis. Pastu aku tak tau la ada berapa lagi kes buli sebab yang aku tau itu je pun. Sekejap kata dah ditahan, kejap lagi baca kata tu kes 2010, entah tak tau mana yang betul..Maybe kes buli tu bukan satu ada banyak kan??

Aku alergik la bab buli-buli ni walaupun aku tak pernah pun dibuli. Bila nengok dan baca kes macam ni terus rasa risau..Dah kenapa nak buli-buli ni???

Pasal tu la aku takmo bagi Zarif masuk hostel tapi mrhubby nak sangat anak laki dia yang sorang tu dok hostel konon nak ajar berdikari..Takyah la, meh dok dengan aku je, biar aku ajar berdikari huhu. Tu la sorang anak laki aku, walaupun selalu kena marah tapi aku sayang kat dia..Marah kan tandanya sayang..

Banyak sebab yang boleh menyebabkan  anak kita boleh jadik pembuli..Faktor filem yang ganas (macam Wardina cakap tu), kurangnya didikan agama, kurangnya perhatian dari ibu bapa...and the list goes on...

Tapi paling utama aku rasa didikan dari rumah - ibu bapa. Kalau kita dah didik dengan betul mengikut landasan yang betul insya allah kalau pun dia keluar, tak mungkin dia sanggup nak buli atau bertindak ganas. Tapi kalau kurang didikan, tak mustahil la dia boleh membuli dan buat yang bukan-bukan. Kesian la pada mangsa yang dibuli tu..Aku tak boleh bayangkan kalau anak aku yang jadik mangsa buli tu tau, kejam sangat!! Apalah korang rasa bila buli budak lain? Puas ke dapat tendang dengan pukul anak orang? Suka kena tangkap dan masuk lokap ke? Aku selalu cakap kat Zarif, jangan buat sesuatu yang orang tak suka..Tuhan dah bagi nikmat hidup so kena hargai apa yang kita ada dan saling sayang dan hormat orang lain. Zarif tu pun boleh tahan garang jugak (dengan adik je) tapi dengan orang lain hati kecik..Tu yang aku takut dia ni jadik mangsa buli je (mintak dijauhkan..).

Aku harap la lepas mrhubby baca entry ni dan nengok video pasal kes buli tu, harap dia ubah fikiran..Well aku kalau boleh nak semua anak-anak dok dengan aku. Entah kenapa aku tak sanggup nak berpisah, nak masuk hostel tunggu masuk U jelah nanti ok...Harap mrhubby dapat pertimbangkan yang aku takmo anak aku masuk hostel time sekolah ni..

Sekian..



4.11.14

Bila Aisyah kena HFMD pulak...

Minggu ni aku memang diduga bila Aisyah kena HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease). Simptom tu dah mula dari Khamis malam Jumaat tapi tak ketara tapi makin ketara hari Sabtu..Bila dah ke klinik memang sah la.  Tak taulah dapat dari mana sebab kat taska memang takde yang kena HFMD ni, plus aku takdelah ke shopping complex atau park lately ni. Setakat kedai biasa je ada la..

Of course la taska taknak jaga sebab takmo budak lain berjangkit. Conclusion nya memang kena kuarantin la kat rumah. Korang google la kalau nak tau penyakit ni yea. Sebelum ni Zara (masa dia kecik) pernah kena jugak tapi memang semua tak warded sebab tak bahaya cuma elakkan hantar taska jer. Macam Aisyah ni memang merengek jer..Dalam mulut ada ulser so nak menyusu tu memang payah sikitlah (by the time aku tulis entry ni dia dah ok sikit). Tapi alhamdulillah, walaupun ada ulser, Aisyah cuba jugak nak minum dan masih lagi nak makan walaupun tak banyak macam sebelum ni.

Aku cuti dari semalam, hari ni dan esok pulak aku ada pergerakan ke Melaka (ada event fakulti kat sana), so aku bawak semua family..Mrhubby terpaksa cuti esok dan kena jaga Aisyah sebab Aisyah ni nak melekat dan merengek sikit-sikit..Aku tak boleh elak dari event ni sebab memang kena terlibat..Zara pulak minggu ni tengah exam tapi dah mintak kebenaran cikgu dia untuk replace exam hari Rabu tu hari Khamis..Zarif pulak terpaksa cuti Rabu dan sekolah agama memang tak sekolah..

Suka ke tak memang terpaksa berkorban. Well, macam abah aku cakap nak besarkan anak bukan senang, masa sihat kita memang suka tapi masa sakit memang terpaksa berkorban. Mujurlah aku ada bos yang memang memahami. Contoh macam hari ni, aku dah isi borang pergerakan (so aku datang opis jap settlekan kerja), mrhubby jaga Aisyah kat rumah (dia dah mintak kebenaran pihak sekolah), dalam pukul 10 aku balik dan mrhubby ke sekolah semula..

Mencabar ok (lap peluh), kena pulak anak yang meragam, merengek nak melekat jer. Macam semalam memang aku agak penat, so petang semalam aku masuk ofis sebab nak rehat..Ok nak rehat datang ofis yea (nasibla rumah dengan ofis memang dekat je). Walaupun anak sakit, aku cuba aturkan masa sebaik mungkin untuk diri, untuk keluarga dan urusan kerja. Selagi boleh buat, aku buat sebaik mungkin.

Aku rasa hidup aku dah mencabar dengan anak yang sakit HFMD tapi bila bukak fb semalam ramai lagi kawan aku yang diduga lebih berat, ada yang suami dan anak masuk wad sakit denggi, ada yang anak kena operate sebab appendix dan macam-macam lagi. Aku percaya Tuhan berikan ujian ni mengikut kemampuan hambaNya. Aku terima dan aku redha, harap korang doakan Aisyah cepat sembuh yea.

Sekian, tq sudi baca.

2.11.14

JDT kalah melalui penalti pada Final Piala Malaysia 2014

Amboi tajuk kat Kosmo - 10 pemain Pahang tendang bintang Johor DT..

Haritu masa JDT menang lawan Felda United terus aku update kat blog kan malam-malam. Bila kalah takmo update ke malam tadi, hehe..Ikutkan hati nak jugak update malam tadi tapi dah ngantuk la, sebab main sampai dah ke tengah malam pastu tak kuasa nak bukak laptop, leceh (banyak alasan pulak kan :))

Tahniah la pada pasukan Pahang, tapi game malam tadi memang ok antara dua pasukan, masing-masing nak menang kan? Mana ada pasukan nak kalah, Pahang nak kekalkan kejuaraan, JDT pulak dahagakan Piala Malaysia haruslah masing-masing main bersungguh. Well jujurnya aku predict Pahang menang 3-2, see aku JDT tapi aku rasa Pahang menang camana tu??

Game drag sampai penalti, well bila dah sampai penalti mestilah based on luck. So, Tok Gajah ada luck, dia dah pijak harimau selatan..Good job!

Tuhan belum izinkan JDT nak genggam Piala Malaysia, rileks la, sampai ke final pun dah kira bertuah ok. Kita cuba next year. 
 
Bila dah menang atau kalah ni takyah la kita nak provok pulak yea fans sekalian. Bersukan tu kan sesuatu yang menyihatkan so fikiran kita pun mestilah sihat jugak. Ni baca kat fb, yang A hentam B, C hentam D, provakasi sana sini, takmo ok..It's just a game, nak seronok-seronok. Tahun depan ada lagi ok.

Semestinya hati saya pada JDT!


- Tahniah pada TMJ sebab mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak di Johor. Masa Johor takde team bola kan, aku support pasukan Kelantan sebab ada Khairul Fahmi, ermmmm..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...