31.12.14

Bye 2014

Hari akhir untuk 2014. Bersyukur sebab masih bernafas di kala ini.

Terlalu banyak suka duka 2014 dan aku boleh simpulkan tahun yang agak 'gloomy' untuk aku. Bermula dari awal tahun bila anak aku disahkan Scabbies dan seterusnya kena breath holding attack. Begitu juga dengan kesihatan suami di awal tahun yang agak tidak baik dan alhamdulillah keadaannya makin pulih selepas itu.

Kemudiannya satu negara dikejutkan dengan berita MH370 yang hingga kini masih menjadi tanya, pasti meninggalkan memori hitam bila kehilangan itu jatuh pada hari lahir aku sendiri 8 Mac. 

Pertengahan tahun alhamdulillah rezeki untuk aku bila diberi penghargaan Anugerah Khidmat Cemerlang 2013, sesuatu yang tidak diduga dan aku anggap rezeki Aisyah (2013 waktu aku mengandungkan dia) dan doa dari mak abah dan sokongan dari kawan-kawan di ofis lama. Thanks guys!

Berpindah ke ofis baru beberapa hari sebelum puasa sesuatu yang mengejutkan tapi sekali lagi rezeki bila aku perlu menjaga Dekan, naik taraf sikit dari sebelum ni..:) Alhamdulillah, insya allah moga segala urusan dalam tugasan harian dapat dilaksanakan dengan baik. So far kat tempat baru semua ok, memula nak cari rentak dan serasi tu bukan senang. Tapi alhamdulillah, makin baik setakat ni.

Kejadian tragis MH17 sebelum menyambut Hari Raya 2014 buat satu negara sekali lagi tersentak. Sesungguhnya Tuhan menguji kami dengan dugaan demi dugaan. Moga roh mereka semua dicucuri rahmat dan diberkati Tuhan hendaknya.

Ke fasa akhir sebelum  2014 menutup tirai, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di negeri di Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan yang mengalami kerosakan yang amat teruk dan aku boleh anggap bagai tsunami kecil. Moga Allah ampunkan dosa kita semua, moga mangsa semua tabah dalam mengharungi kehidupan. Sungguh, aku sendiri tak kuat andai ada di tempat mereka.

28 Disember dalam kita sibuk bercerita kisah banjir di negara sendiri, dikejutkan pula dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501. Semalam telah dipastikan pesawat dijumpai di Kepulauan Bangka Belitung. Besar sungguh dugaanmu Ya Allah. Walaupun pesawat Air Asia Indonesia hakikatnya pemilik Air Asia adalah dari Malaysia. Dalam tempoh setahun 3 kejadian pesawat udara melibatkan negara Malaysia. Moga semua mayat dapat dijumpai dan dikebumikan dengan selamat.

Tapi di sebalik semua ni, ada la jugak secebis kisah aku yang nak dibanggakan hehe. Bila aku mula cabar diri untuk buat kek dan biskut. Bermula dari tak minat akhirnya aku dah mula up sikit untuk berbisnes. Eh, bukan bisnes kek, baru biskut je..Tu pun baru satu jenis, insya allah aku cuba baiki dari masa ke semasa. Tak mudah tapi aku cuba. Bukan senang nak senang katanya. Maklumlah aku kan bekerja full time so kenalah pandai cari masa tak boleh la nak fokus pada buat biskut je kan lain la kalau aku ni tak kerja..So far alhamdulillah, moga Tuhan permudahkan semua urusan aku.

Gitulah beberapa kisah di 2014 ini. Moga 2015 yang akan menjengah esok akan jadik lebih baik untuk aku dan keluarga. Moga segala kisah pahit dan duka pada 2014 ini akan menjadi pengajaran dan panduan kehidupan aku untuk akan datang.

Semoga kesihatan aku, mak abah dan keluarga juga akan bertambah baik untuk tahun akan datang ni. Begitu juga dengan majlis perkahwinan satu-satunya adik lelaki aku pada bulan Mac 2015 nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian, bye 2014!!









29.12.14

Cuaca sejuk & jangan sebarang tulis dan share

Alhamdulillah bila tarikh persekolahan nanti ditangguh pada 11hb Januari 2015. Aku expect patutnya tangguh dua minggu hehe. Hakikatnya aku tak sabar budak-budak ni naik sekolah Ahad ni tau, mental aku dah get ready ni nak masak bekal untuk diaorang di pagi hari tapi kita kena fikirkan sedara kita di Pantai Timur tu kan.. Aduh tak tertanggung rasanya bila nengok keadaan mangsa banjir. Harap tabah yea semua. Insya allah ada hikmah di sebalik kejadian ni semua.

Cuaca kebelakangan ni memang tak menentu, kejap hujan kejap cerah. Cam malam ni waktu aku tengah taip ni, bukan main sejuk lagi..Aku memang tak mandi malam la kalau dah sejuk cam ni, gigil oii, kulit aku dah menipis kot maklumlah makin berusia hehe. Kata mrhubby aku tak boleh pegi luar negara pasal sejuk berangin kat Parit Raja pun aku dah komplen. Bagusnya bila cuaca camni memang takyah nak bukak aircond tapi si Zarif tu boleh suka-suka je nak bukak aircond waktu malam, entah kulit apa agaknya. Bila dia dah tido je terus kitaorang tutup. Tak tau ke aku ni asik berselubung je. Dengan kat opis pun sama tau, dengan aircond, sejuknya sampai ke tulang, kalau boleh bawak selimut, aku dah selubung dengan selimut sambil buat kerja haha, pakai blazer pun cam tak beri kesan..

Bila dah cuaca cam sejuk-sejuk ni perut asiklah lapar je kan? Tak cukup-cukup makan, bila makan camni teruslah teringat keadaan mangsa banjir kat Pantai Timur tu kan. Macamanalah diaorang makan, harapnya bantuan makanan dan lain-lain tu sampai ke empunya badan kan. Sedih bila baca katanya bantuan tak sampai dan macam-macam kisah lagi. Aku ni baca semua yang ada kat fb dan media sosial tapi baca jelah. Kadang susah nak percaya tapi tulah aku cuma jadik silent reader je, sebab seram nak share kalau berita tak sahih ni semua, kang tak pasal SKMM cari aku naya je..

Kita ni jadik blogger nak tulis atau nak share kat fb pun kena berpada-pada dan pastikan info itu sahih. Jangan memandai tulis dan main share je takut boleh mendatangkan fitnah yea tak?

Oklah saja tulis malam-malam ni pasal siang tadi memang tak sempat walaupun aku cuti sebab teman abah buat checkup kat hospital.

Sekian.



28.12.14

Pesawat Air Asia QZ 8501 hilang

Allahuakbar!

Tak tau apa rasa bila terbaca berita ni, berulangkali aku baca nak pastikan samaada berita ni betul atau sebaliknya..



Sama-samalah kita berdoa pada Tuhan..Banyak betul musibah untuk Malaysia pada tahun 2014 ini. Meskipun ini pesawat Air Asia Indonesia tapi kita tau Air Asia ni dari Malaysia dan hak milik orang Malaysia..Semoga pesawat ini dijumpai, Amin.

27.12.14

Banjir lagi

Banjir yang berlaku ni sebenarnya kita boleh jangka akan berlaku kerana sememangnya kita berada di musim tengkujuh. Tapi kita tak jangka sebenarnya ia akan berlaku sebegini besar dan kawasan yang tak terjangka dinaiki air juga terlibat sama, malah difahamkan air naik dengan begitu cepat.

Walaupun aku tak berada di Kelantan dan negeri yang dilanda banjir tapi pengalaman 2006 buat aku teringat-ingat sampai sekarang. Meredah air banjir di rumah dan juga di tempat kerja, air yang gelap tak nampak apa, sejuk so aku dapat rasakan apa yang mereka rasa. Sungguh dugaan berat untuk mereka tambah lagi sekolah akan naik kurang seminggu lagi. Aku sendiri tak pasti adakah aku kuat andai diduga macam tu?

Segala gambar dan komen di fb atau di media sosial aku baca. Ya, orang kita begitu berterus terang, mungkin dah tak mampu menanggung sabar lagi.  Kalau diizinkan nak je aku ke Kelantan untuk bantu apa yang mampu, sebab sebelum ni pun pernah terlibat dengan Pusat Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir. Insya allah, aku akan packing mana pakaian yang masih elok dan tak dipakai lagi untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Walaupun sumbangan kita tak seberapa harapnya dapat membantu mereka di sana. 

Kadang terfikir kenapakah kita tidak buat satu bangunan / dewan khas di satu tempat yang selamat (selain menggunakan sekolah ) untuk penempatan mangsa banjir..Mungkin kita akan bina beberapa tempat/dewan begitu siap dengan stor untuk menempatkan khemah yang sesuai dan lain-lain. Bila tiba musim tengkujuh dan banjir berlaku, tempat /dewan khas itu boleh digunakan. Anggap je tempat/dewan itu selamat/tidak dilanda banjir. Tapi kalau diusulkan pasti jawapan diberi, membazir je, kalau tak banjir tempat tu nak buat apa, guna sekolah lagi jimat..Nengok majalah 3 hari tu, since kejadian tsunami pada 2004, diaorang dah buat satu bangunan tinggi di Acheh untuk persediaan andai berlaku tsunami lagi. Bertingkat-tingkat supaya rakyat Acheh tau tempat untuk menyelamatkan diri, kita hanya berusaha tapi Tuhan yanag menentukan ye tak. At least kita amik iktibar dan pengajaran. Well, orang kita selalu tidak amik iktibar..Dah terantuk baru nak terngadah.

Semoga mereka semua tabah!! By the way harini anniversary aku ke 11 tahun. Kita cerita lain yea..


24.12.14

Banjir di Kelantan - moga mereka tabah

Ya Allah tak tau nak cakap macamana keadaan banjir yang berlaku di Kelantan. Salah sorang kawan aku ada kat Kelantan sebab ada kematian ahli keluarga di Tanah Merah, tapi sekarang dia dah stuck kat Kuala Krai, jalan terputus dan tak boleh ke Tanah Merah.

Aku share gambar dari dia (dengan kebenaran) yang sekarang ni dia tengah menginap di Damar Inn dan bersiap sedia untuk berpindah disebabkan kenaikan air yang mendadak. Katanya hujan non stop kat sana.




Ya Allah berilah ketabahan kepada semua mangsa banjir ini. Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku, moga kita semua muhasabah diri dalam semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2014 ini. Kalau tak silap Ustaz Heryanto dalam rancangan Tanyalah Ustaz tu pernah berkata (lebih kurang aku paham macam ni la) --- kadang-kadang musibah yang berlaku pada seseorang tu adalah petunjuk untuk kita supaya muhasabah diri, so renung-renungkan la..Contohnya, Tuhan nak bagi petunjuk pada si B, tapi dia bagi dugaan/ujian pada si A dengan harapan si B akan amik iktibar dan muhasabah diri.

Tuhan menduga seseorang itu mengikut kemampuannya. Semoga kita semua mengambil iktibar dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Kelantan dan mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini. Semoga kawan aku akan selamat sebab aku suruh dia sentiasa update info memandangkan bekalan elektrik dan air telah ditutup. 

Kalau nak tau laporan berkenaan lalulintas di Kelantan boleh refer link ini -- LALULINTAS DI KELANTAN.

Sekian...

22.12.14

Menu sarapan anak-anak dan kalendar kuda

Grrr..Harini aku lewat masuk kerja, pukul 8.01 minit, hmmm. Aisyah meragam pulak pagi ni, selalu kalau mrhubby pegang dia ok je, tapi ni mrhubby pegang dia mengamuk la pulak. Jadik nak taknak aku kena la pegang dia sambil buat sarapan, huhu...

Sarapan pagi ni, aku bawak bekal nasi goreng

Mihun goreng tu rupanya memang tak semenggah pun sebab guna bahan yang ada dan memang mi khas untuk anak-anak sebab tu bahan ala kadar je, hehe. Kek butter tu aku buat dari malam tadi, tapi dah tinggal tu je. Dah dua kali aku buat, Zara punyalah suka kek butter ni, entah berapa kali dia makan..


Saja bongkar majalah lama ni. Aku suka beli kalau ada menu untuk anak-anak senang nak buat rujukan. Kadang masak untuk anak-anak ni menunya takdelah susah sangat, kadang kalau kita buat beria pun diaorang taknak makan pun..Yang simple tu la kadang diaorang makan banyak betul tak?Tu mihun goreng tak semenggah tu hasil dari nengok kat majalah ni la, cuma aku tak cukup bahan kalau cukup bahan cantik molek la rupanya..:)


Haa ni aku suka..Semalam dapat kalendar kuda ni, banyak-banyak kalendar, ni jelah yang aku suka sebab dengan jelas aku nampak hari cuti umum dan cuti sekolah semua. Ha nengok tu cuti CNY, 4 hari tu cuti yeay..Bagi warga Johor dan weekend nya hari Jumaat, bila cuti umum jatuh hari Jumaat, ia akan forward ke hari Ahad...Bagi yang weekend hari Sabtu Ahad dah memang confirm 4 hari kan.. Habis dah aku nengok cuti umum sampai hujung tahun..Agak seronok jugaklah tahun 2015 ni memang kena rancang sebaiknya la kalau nak buat kenduri kahwin ataupun nak berjalan ke kan..Yang tak seronoknya GST je la huhu..

Oklah, till then bye..



21.12.14

Kisah harga taska dan beli barang sekolah

Salam hari Ahad.

Macamana bola semalam? Kira oklah kan naib juara, kalau ikut prediction aku yang masuk final Vietnam dengan Thailand. Takpe Harimau Malaya, cuba lagi akan datang yea..

Pagi ni dapat makluman dari pihak taska, harga baru akan datang. Untuk umur Aisyah sampai 3 tahun nanti 300rm. Kira bertambah RM50 dari harga sekarang. Well aku boleh katakan murah lagi kot, sebab ada taska yang lain harganya cecah RM350. Aku ni walaupun kata murah, tapi tetap rasa sakit. Maklumlah banyak sangat benda yang akan naik harga akan datang tu, so semuanya nak berjimat cermat. Tapi jimat celah mana pun aku tak tau la..Redha dan pasrah jelah. 

Aku tak kisah pun la kalau kerajaan nak naikkan harga setinggi mana pun tapi biarlah berpada dengan pendapatan yang kita ada. Ni pendapatan sama je tapi naik harganya macam-macam. Entahlah tak guna nak merungut kan so kita kena la usaha apa saja yang mampu untuk baiki taraf hidup. Insya allah rezeki ada di mana-mana. 

Kadang dah tak mampu nak fikir, redah jelah tahun depan dengan seadanya. Semalam baru beli sikit barang dan baju sekolah anak-anak. Phewww, lap peluh jugak la nengok harganya. Aku cuma belikan Zarif seluar sekolah jenama Canggih dua pasang je, lain tu jenama biasa je. Reason aku beli seluar jenama tu sebab kaler dia cantik takdelah luntur walaupun dah basuh banyak kali. Sehelai seluar tu harganya RM41.50 ok huhu. Baju sekolah agama memula ingat nak beli jenama Canggih jugak pastu aku terus ubah sebab satu baju harganya RM30.50 (tak masuk seluar) so aku kena la carik option lain, pasal takkan nak beli baju sekolah Zarif sepasang je, paling kurang pun 3 pasang. Nasiblah kat Batu Pahat ni ada Jalan Penggaram (jalan di mana ada banyak kedai-kedai lama yang banyak jual uniform sekolah dan beg sekolah dengan harga yang masih mampu milik lagi). Ada satu kedai tu aku tanya satu set baju sekolah agama dia jual RM30 lebih satu set dengan seluar...Tapi aku belum beli lagi, this week kot aku beli. Insya allah kain dia pun berkualiti, kena pandai carik la..Zara punya memang takde yang Canggihnya, jenama lain ntah apa nama dia pun aku lupa tapi bagusnya ada diskaun. Jenama Canggih langsung takde diskaun.

Anak sorang nak belanja ok lagi, ni anak dua orang kena pandai la berbelanja kan? Mana barang yang elok dan masih boleh digunakan pakai je apa yang ada, tak semestinya naik sekolah semua kena pakai yang baru. Kalau baju sekolah dan kasut tu of course la kena yang baru. Alhamdulillah Zarif paham dan mana yang elok dia pakai lagi terutama alat tulis la, tapi ada jugaklah yang aku tambah.

Sekianlah kisah hari ni.




18.12.14

Memang kalah la..

Takut nak tulis prediction aku masa game bola semalam, sebenarnya kan aku memang dah predict kalah pun 2-0. Tapi takmolah tulis kan takut kena hentam la pulak, huhu...Tapi aku bagitau kat mrhubby dengan Zarif yang aku rasa Malaysia akan kalah. Lepas tu semua nak marah aku, cakap mulut aku masin la, cubalah doakan yang baik-baik ke...Ye mulut aku memang cakap kalah tapi dalam hati harap menang..

Eeh sekali kalah la, betul pulak tu 2-0 huhu..Aku pun tak nengok game tu betul-betul, haraplah Malaysia boleh main dengan baik masa kat Bukit Jalil yea..Yelah takmolah kalah lagi, untung final ni ada timbal balik tau..So harimau please bangun yea..

Nah upah gambar - pewaris blogger picisan :)

Sekian dulu, kita nak makan laksa la, sedapnyaaa...

17.12.14

Kisah cuti sekolah dan makanan

Aww, header baru..Tengah test ni, aku bagi assignment kat mrhubby. Saja dera dia suruh buatkan header, so ni baru first, aku nak macam-macam, customer cerewet gitu haha..So sementara cuti ni buatkanlah 4-5 header, kalau cantik aku guna..Nanti kalau boring bolehlah main tukar-tukar eh :)

Frust betul malam tadi takde drama Satu Hari, punyalah eksaited tunggu depan tv..Ntah kenapa takde aku tak tau pulak, katanya dua minggu eh, takpelah kita tunggu je ok. Ni semalam aku terbaca something yang menarik dari blog Kak Yus tentang TEKNIK BAD. Sapa yang tak tau boleh baca. So disebabkan dah tiga hari aku terbangun lambat means aku sedar lepas azan subuh so semalam aku cuba amalkan teknik bad tu, alhamdulillah pagi ni aku boleh tersedar pukul 5.30 pagi. Korang baca teknik tu insya allah korang faham dan boleh amalkan.

Disebabkan dah terbangun awal dapatlah aku sediakan breakfast untuk mrhubby dan anak-anak. Ni kira makan sekali la sampai tengahari, aku dah tentulah bawak bekal, jimat kos.



Cuti sekolah ni topik utama memang makanan je lah. Hari-hari nak kerah idea nak fikir apa lah nak buat untuk anak-anak supaya tak lapar hehe. Fridge kat umah tu dalam sehari entah berapa kali la diaorang bukak tutup. Kalau fridge tu boleh cakap confirm dia kata, apa lagi la yang korang nak cari sebab bukan ada apa pun kat fridge tu. Kalau letak makanan ke air ke tak sampai setengah hari atau tak sampai sehari habis semua..

Malam kelmarin aku buatkan aiskrim malaysia tamar coco..Aku tukang buat je tapi tak makan pun, pasal aku kurang gemar aiskrim ni..Aiskrim mcd pun aku tak makan ok.


Gitulah kisah cuti sekolah dan makanan. Sebenarnya mrhubby pun banyak mainkan peranan dok rumah ni, dia la kena layan budak dua org kat rumah, ada je benda yang mrhubby masak kat rumah. Kadang rasa cam best gak, balik rumah ada makanan terhidang ehhh..Cuti la sekolah lama-lama eh hehe..

16.12.14

Drama yang aku tonton di tv

Suamiku Encik Sotong


Drama ni setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mulanya aku tak minat pun nak nengok, tak teruja pun nak nengok, dengar tajuk pun cam hmmmm..Tapi Zara peminat cerita ni entah kenapa dia suka aku pun tak tau..Walaupun ada scene yang aku rasa dia tak patut nengok..So disebabkan dia suka so aku pun terpaksa nengok sekali..Baru dua episod aku nengok so aku rasa cam bolehlah layan..Bagusnya aku boleh pantau sekali dan boleh terangkan perkara-perkara yang tak sepatutnya kat Zara... 


Antidot 


Drama ni setiap hari Selasa pukul 10 malam di TV3. Baru mula Selasa lepas. Well, aku nengok drama ni sebab Remy Ishak je, aku kan peminat setia dia huhu. Setakat minggu lepas tak nampak lagi pun Remy Ishak ke aku yang terlepas..Macam menarik jugak, so kenalah nengok..Kalau tak silap aku drama ni arahan Khabir Bhatia.


Satu Hari





Drama ni setiap hari Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam. Sekali lagi lakonan Remy Ishak, mestilah aku nengok...Aku tak taulah kalau hero lain aku tak heran sangat tapi kalau Remy Ishak ni lainlaaa, haha..Tak kisahlah dia macam bangla ke tetap dia best...Kalau dia berlakon tu macam ada jiwa gitu..Wah kalau dah minat siap ada jiwa bagai hehe...


Kasih Berbisik


Drama setiap hari Rabu dari pukul 9 malam selama sejam. Lakonan Remy Ishak lagi hehe. Rasa tak lama lagi dah nak abis episod ni..Ke dah abis ek? Belum abis lagi kan...Haihh puas betul dapat nengok Remy Ishak beberapa kali dalam seminggu..


Keluarga Iskandar 2

Ini pastinya drama yang sangat sesuai ditonton seisi keluarga...Tak sah tak gelak kalau nengok drama ni..Lepas tu penggambaran dibuat kat JB tu yang rasa dekat sangat dengan drama ni, cewahhh..



Ok ni lah antara drama-drama yang aku layan kat rumah..Ada masa on off jugak tapi sedaya upaya cuba tahan mata demi Remy Ishak haha...Kalau drama gini memang confirmlah mrhubby taklayan..Kalau kitaorang nengok drama ni dia mestilah buat kerja lain.

Tapi mrhubby kaki filem gak especially filem English la..Mana dia nak layan filem atau drama melayu cam aku, kenalah kontra kan..So baru serasi namanya..Kalau dia kena nengok filem melayu mesti disebabkan aku..Dan aku kalau kena nengok filem English disebabkan dia hehe..Paling tak boleh lupa kena nengok filem Star Wars yang berapa episod tu kat wayang ok..Dahlah aku tak layan Star Wars yang lama2 tu so bila dah kahwin kena pulak nengok, sebab sayang punya pasal ikut je dan bertabah jelah...



Oklah tu je...tata.:)

Berjalan dan Bekerja di Berjaya Waterfront Hotel JB - Edisi 2 aka final

Ok sambung lagi kisah di JB. Sepanjang aku bermesyuarat memang mrhubby je la yang kena layan anak-anak termasuklah si kecik tu. Untuk pengetahuan si kecik tu memang taknak botol susu yea. Aku bawak ke hotel tapi memang dia taknak, haihhh tak taulah sampai bila dia nak macam ni, tahun depan dah nak 2 tahun..Memang bertabah dan sabar jela..Kat taska dia minum sebab memang takde aku kan, ni selagi dia nampak aku memang takkan dia minum botol la, tapi bagusnya dia ni sebab dia suka makan...Sogok je dia dengan makanan confirm ok hehe..

Sementara ibu mesyuarat, pergilah mandi manda yea anak-anak...



Dia ni memang tak takut air ok, sesuka hati nak gerak sendiri tanpa pelampung


Kat bilik air ada bath tub tapi tak tau kenapa dia tak suka, lagi suka duduk dalam sinki huhu


Bila mood tak baik, sogoklah dengan makanan pun tak jalan, ni dia mengamuk nak berdukung je, ni mrhubby WA aku gambar ni suruh naik bilik bagi dia susu huhu...

Hari Jumaat, pukul 11 malam gigih kitaorang keluar nak ke sini, saja jalan nengok lampu
kesian kat diaorang asik duduk dalam bilik je, so kenalah korbankan rasa penat tu jap

Nengoklah keluar pakai baju tido jer so balik bilik boleh terus tido hehe
Ni ala-ala I-city gitu tapi menarik dan tertarik

Yang penting semua happy..:)

Sekianlah kisah bekerja sambil berjalan di JB. Masih tak berpeluang ke Legoland tahun ni. Insya allah tahun depan dah selitkan tu antara target 2015, bergantung pada rezeki dan kemampuan, Amin.

15.12.14

Berjalan dan bekerja di Berjaya Waterfront Hotel JB - Edisi 1

Ok meh aku ceritakan pengalaman masa bermesyuarat di Berjaya Waterfront Hotel JB. Kalau korang tak tau, asal namanya dulu The Zone Regency Hotel, letaknya kat kawasan bebas cukai dekat Stulang tu. Pemandangan memang cantiklah sebab sebelah laut. Tak macam MSuites depan tu dulu pemandangan cantik tapi sekarang dah ditambak so laut dah jauh, tak cantik huhu...

Aku bawak suami dan anak-anak ikut sebab senang dan kebetulan kawan yang sepatutnya sebilik dengan aku tak dapat pergi so rezeki kitaorang la..Sukalah anak-anak dapat dok hotel, dua malam pulak tu huhu, pasal selalu tido semalam je..:)

Bab mesyuarat takde masalah pun. Tapi bab hotelnya, cantik memang cantik dan besar..Tapi sebab besar tu yang aku malas. Kena parking kereta kat tingkat 6 (memang dah dikhaskan untuk visitor hotel) lepas tu, kena turun lif ke tingkat 1 nak daftar bilik..Pastu sesat barat la mencari tempat reception nya..Letih oiii dengan ada anak kecik, masa nak daftar ni kitaorang tak angkut beg sekali..Kebiasaannya cam gitulah, beg bawak nanti sebab mrhubby dengan Zarif yang akan bawak, first kitaorang akan survey dulu..Dah sampai reception settle semua, nak g nengok bilik pulak..Naik lif, rupanya kena swipe kad kat lif barulah dia bawak ke tingkat bilik..Tak swipe, lif tak gerak ok haha..Kitaorang dapat tingkat 10, fuh jenuh gak nak berjalan ke bilik tapi oklah, tak jauh sangat dari lif..Ada member aku dapat lagi jauh dari lif, memang penat...

Untungnya hotel ni dapat dua kad, satu kad mrhubby aku pegang letak kat bilik, satu lagi aku pegang. Kena ingat kalau nak turun memang kena bawak kad ni sebab kalau nak turun lif, takyah nak swipe, tapi kalau nak naik memang kena swipe kad..Lagi satu kalau nak naik ke car park, terpaksa melalui jalan yang jauh.Yang kalau kau dah tertinggal barang kat kereta, memang kirim salam la nak patah balik amik..Dengan nak swipe kad kalau nak naik memang orang malas la nak patah balik ke kereta..

Kesimpulan yang aku boleh buat, hotel ni tak friendly sangat la untuk kitaorang..Lagi-lagi kalau nak ke cark park tu terpaksa melalui dewan tempat kitaorang buat mesyuarat. Ada sekali tu mrhubby terserempak dengan kitaorang yang tengah break kejap..Walaupun malu terpaksa jugaklah lalu hehe..Kalau orang nak checkout bawak beg memang terpaksa jugak lalu depan dewan yang ada buat majlis ke dan lain-lain sebab memang tu jelah laluannya nak ke lif untuk ke car park..Kalau masa tu semua peserta kat dalam dewan taklah malu sangat, tapi kalau masa tu mmg peserta tengah keluar dan take a break, nampaklah korang yang lalu bawak beg dan baju kotor semua nak check out huhu..Cuma kat sini makanan dia sedapppp...Pada aku sedaplah dengan dessert yang best, tapi tak taulah kat selera orang lain.

pemandangan dari tingkap bilik aku

bilik luas ok, cuma takde tanda kiblat terkial-kial kitaorang cari kiblat guna kompas

setiap malam kat sini penuh semua minum a**k
siap dengan persembahan nyanyian lagi tau

ni view dari kolam renang
tu feri terminal kot kalau nak ke Batam Indonesia

See nampak feri tu nak ke Indonesia la tu..ha seberang tu Singapore la

Sebelah paginya dah mandi kan, petangnya nengok jelah..
Kakak dengan abangnya dah pengsan tido kat bilik je

Insan yang bertanggungjawab menjaga Aisyah si banyak karenah ni..


Nanti aku sambung edisi kedua pulak k walaupun takde ke mana saja nak share gambar..Gambar kat Hotel ni takdelah banyak, takde mood nak amik pasal aku bekerja kan..Lagi satu penat berjalan tu yang malas tu hehe...Oklah nanti aku sambung lagi jangan lupa baca k..

12.12.14

Yeay, tahniah pasukan Malaysia - layak ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Ok, memang semalam aku predict kalah tapi dalam hati mmg mengharap menang. Logiknya sebagai rakyat Malaysia memang aku harap menang..Tapi pasukan Harimau Malaya ni kalau kita excited dan terlalu mengharap memang selalunya kalah je..So perasaan tak mengharap sangat tu lah yang kadangkalanya buat kita menang hehehe..

Pagi semalam ada pemanggil kat radio Hotfm call deejay diaorang pun cakap yang dia taknak nengok dan berharap sangat..Sebab selalu dia nengok dan excited mesti kalah..Aku rasa pasukan Malaysia tertekan dan terlalu nak menang tu pasal diaorang boleh! Macam pasukan Vietnam diaorang pun hebat jugak, so tahniah la pada kedua-dua pasukan..Dalam pertandingan mesti ada yang menang dan kalah kan..Tapi aku tak dapat nengok pun game semalam kecuali dua gol pertama je, itupun ngam-ngam sebelum aku keluar dari bilik nak turun ke bilik mesyuarat.

The best part is, penyokong pasukan Vietnam takde pun nak membalas balik pada penyokong kita disebabkan tindakan pendek akal sebahagian kecil penyokong kita hari tu kan..Tahniah penyokong Vietnam..Sebab tu Nabi pun pernah ajar, kalau orang buat tak baik kat kita, jangan balas yea tak..

Oklah aku nak siap-siap ni..Budak-budak pun bukan main excited nak mandi kolam semua...Nasiblah dalam bilik air ada bath tub.

 Duduk hotel ni sangat memenatkan, penat berjalan je ok..

11.12.14

Mesyuarat di hujung minggu

Insya allah lepas Zohor nanti akan bertolak ke Johor Bahru ada bengkel fail meja ofis di Berjaya Waterfront Hotel JB..Tak taulah kat mana mrhubby nak nengok bolasepak nanti, selain TV9 kat mana lagi boleh nengok bola ek? Chanel tv hotel ada TV9 ke?? Aku macam rasa Malaysia kalah huhu..Jangan marah eh, rasa je tapi dalam hati harap menang ok..Doakan yang terbaik yea mana tau Tuhan nak tolong dan ada rezeki Malaysia melangkah ke final yea tak?

Budak-budak bukan main seronok lagi bila nak ke JB..Lebih lagi bila kata nak tido hotel, diaorang seronoklah, aku tak seronok sebab pergi atas sebab kerja...Bestnya jadik budak-budak kan, tau happy je..Diaorang tau pergi hotel ada kolam dan nak berenang, huhu..Haraplah ada bath tub kat bilik tu, so bolehlah aku hilangkan stress berendam dalam tu huhu..

Aihh aku jeles betul la semua orang dok update pegi Big Bad Wolf kat Mines kan? Eiih sakit hati tau sebab asal Big Bad Wolf je mesti tak dapat nak join hmmm...Selalunya adik-adik aku akan pergi bagi pihak aku, tapi aku memang tak pernah dapat pergi sendiri..Aku ni suka sangat buku, nampak buku tu lebih menyeronokkan dari nengok emas haha..Entah ek, aku ni memang addicted dengan buku...Kalau mrhubby nak bagi aku hadiah anniversary bagi aku buku je memang aku dah seronok la..Takyah bagi benda lain :) Tu kira kalau takde bajet bagi je buku, kalau ada bajet lebih, bagilah benda lain haha...

Rasanya aku kena ucapkan terima kasih pada abah sebab dia memang menggalakkan kitaorang adik beradik suka membaca dari kecik lagi macam tu jugak dengan perpustakaan, dah sebati dengan kitaorang dari kecik...Sebab tu sampai besar aku suka membaca, tak kiralah bahan bacaan tu majalah ke apa ke tetap suka membaca...:)

Sekianlah untuk hari ni..Nak siap-siap balik ni, tak habis kemas lagi, tata semua..Selamat berhujung minggu.

10.12.14

WhatsApp dan kisahnya

Sekarang SMS orang dah tak heran sangat, bila semua orang sibuk nak WhatsApp (WA) je kan..Aku percaya korang punya WA bukan sorang dua je, tapi mesti ramai siap ada pelbagai group lagi. Macam aku pun ada banyak group dalam WA, group family la, opis la, group undi la, group bisnes, group sedara dan lain-lain. Aku sebenarnya takde masalah je semua ni sebab aku rasa penting jugak. Kadang banyak info kita boleh dapat dengan segera melalui group WA macam ni..

Cuma aku risau part nak membalas je. Kadang bos WA aku, aku kena perhati betul-betul dan amik masa sikit sebab sebelum ni aku jenis laju jer dan pernah la tersalah balas so aku takmo kisah aku tersalah balas tu jadik lagi. Tapi ni kes kat opis lama la. Nak balas kat mrhubby tapi terbagi kat bos, kan malu..Lagi pulak, masa tu bos tu tengah duduk depan aku, nasib takde benda sulit yang aku tulis tau huhu...

So tak kisahlah korang nak berWA cuma kena berhati-hati jangan sampai salah membalas dsb hehe...Sebab kadang sebab WA je pun boleh buat orang kecik hati dan bergaduh. Aku ok je cuma aku selalu risau part nak balas WA tu so kena perati betul-betul orang yang send tu hehe..

Sekian..

9.12.14

Bila Zarif pergi kem sempena cuti sekolah

Rabu, Khamis dan Jumaat lepas, first time kitaorang hantar Zarif ke Kem Cinta Allah, Rasul dan Ibu bapa  sempena cuti sekolah. Programnya tiga hari je buat kat Batu Pahat, nak tido boleh, nak balik pun boleh. Since ni first time Zarif ikut program camni dan tempat yang dekat, so aku kata ulang alik je la sebab aku rasa dia macam tak boleh nak uruskan diri lagi je..Lagipun nak dia biasakan diri pergi kem macam ni..Kalau dia ok barulah aku proceed dengan tido kat kem cam ni, yelah nak galakkan anak-anak, aku takmolah terus drastik so kena slow-slow. Ini pun masa nak suruh pergi kem ni muka ketat semacam je...Penat psiko dia tau...

Ni masa first day, nengok Zarif dia je yang besar kan huhu tapi yang sebelah dia tu pun comel gak..

Walaupun tiga hari je tapi ada pelbagai aktiviti yang dijalankan kat situ, singkat tapi bermakna untuk diaorang. Bila aku tanya Zarif, buat apa kat sana? Belajar apa? Dia bukannya nak cerita banyak, geram je aku...Tapi budak laki kan mana suka nak kena paksa-paksa.. Cuma dia ada cerita yang diaorang ada solat dhuha dan solat tasbih, alhamdulillah...

Ada satu hari tu jugak dia cakap, fasi cerita pasal ibu bapa sikit lagi air mata dia nak keluar..Aku tanya, kenapa tak nangis terus? Lagi bagus kalau nangis tau, hehe...

Ni hari terakhir semua pakai baju melayu - senang nak solat Jumaat
Hari terakhir ni pun merangkap ada pertandingan busana muslim


Ahaha, Zarif dengan busananya
Ini mrhubby la yang gayakan dah macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee je aku nengok hehe
Songkok siap letak brooch aku lagi tu..


The best part is Zarif menang pertandingan busana ni dan dapat peserta terbaik lelaki keseluruhan, alhamdulillah. Tahniah anak ibu. Bila aku tanya, apa Zarif buat? Dia kata takde apa pun, kita buat biasa je..Hmm biasalah Zarif, kalau suruh cerita memang payah sangat laa..


Ini baru peringkat permulaan, insya allah akan datang banyak lagi yang program yang ibu abah akan hantar Zarif yea...Moga Zarif dapat manfaat dari program sebegini. Ikutkan cuti sekolah ni kita kena pelbagaikan aktiviti yang berguna untuk anak-anak. Sakit mata aku kalau asik nengok tv je. Walaupun cuti, aku ajar diaorang untuk buat kerja rumah. Bukan dok rumah goyang kaki je. Sesekali kena bukak buku, baca buku dan buat latihan. Nak nengok tab ke pc ke semua ada masanya. Kalau rajin kita pun kena buat aktiviti dengan anak sekali baru diaorang tak boring. Macam Zarif ni dia minat buat origami sementara cuti sekolah ni aku ok je takde masalah..

Kebetulan anak ex dekan fakulti aku sebelum ni pun ke sini. Itupun mrhubby perasan bila terjumpa xbos aku masa waktu penutup, tapi masa tu aku tak pergi hehe..

Oklah sekian kisah hari ni. Maaf la lewat keluar entry biasalah bz hehe...



8.12.14

Tergelincir dan terjatuh

Uiii lamanya tak update, bz ok, bz.....

Niat nak update pastu malas, pastu pc lembap, pastu malas lagi last-last terus malas nak update..

Petang semalam aku pening kepala teruk sangat, tak taulah maybe cuaca panas sangat, petang aku rehat kat bilik solat ofis, duduk dalam bilik gelap-gelap rasa lega sikit. Nasib petang tu cuaca dah mendung aku harapkan hujan lebat tapi taklah pulak...Aku punya ubat sakit kepala ni bila cuaca redup, hujan dan sejuk jer..Mujur pagi ni pun cuaca redup je taklah panas sangat macam semalam. Kata member, aku stress, tak taulah stress apa..Apa je keadaan dan ujian yang mendatang, aku tabah je hadapi.

Balik petang semalam aku diuji bila tergelincir dan terjatuh depan bilik air. Dahlah masa jatuh tu aku tengah dukung Aisyah. Masa tu mrhubby nak mop lantai, so titisan air dari mop tulah yang buat aku tergelincir. Macam kaki kanan aku ni terlipat la pasal aku dengar bunyi kat bahagian lutut tu, huhu..Terus aku tergolek dan terbaring..Sakitnya Tuhan je tau, memula tu aku mengesot jugak ke bilik sebelah bilik air tu...Lama jugak aku terbaring je cuba tahan sakit..Lepas tu dah ok sikit walaupun still sakit lagi, mrhubby dah urutkan sikit tapi urut slow je..Ni pun aku g opis terdengkot-dengkot ni...Biasanya aku bersila kat kerusi tapi ni aku tak buat pun sebab rasa sakit...So terpaksa luruskan je..Ni kalau urut betul ni mau kena tarik kaki aku ni bagi tegak betul huhu..

Inilah pengubat hati lara, yang bujang tu dah susah nak bergambar sekarang ni..
Si kecik tu susah nak minum botol, akak minum botol baru dia ikut tu pun isi air sejuk, cuba letak susu, confirm dia dah campak dulu...


3.12.14

Produk Chocolate Chip - Cookiesjer

Bukan senang nak senang. Tak taulah kenapa aku suka menyusahkan diri ataupun aku suka kepada kepuasan. Entahlah tak tau tapi aku memang suka menyusahkan diri untuk dapatkan kepuasan huhu.

Bermula bulan Disember dan secara rasminya pada hari ini produk cookiesjer aku akan dihantar dan dijual di butik vendor DeLittleEllmariConceptBoutique  (Instagram : Delittleellmari_boutique) di Batu Pahat.

Cookiesjer dah ada instagram rasmi silalah follow :)


Patut aku dah hantar produk 1 Disember hari tu tapi tak sempat nak siapkan so aku dah janji dengan owner butik hari ni aku hantar tapi aku start dengan 10 bekas dulu..10 bekas nampak cam sikit tapi penat ohhhh tu pun aku sambung 3 bekas pagi ni memang freshly baked la..Memang bukan senang nak senang la..

Once aku dah komit so memang kena bagi perhatian 100% la, walaupun malam tadi aku dah mengeluh ngantuk tapi sebab mrhubby bagi semangat so aku gigihla..Dahlah diri sendiri yang sibuk nak bisnes pastu mengadu ngantuk la letih la hehe...

Barulah aku paham bukan senang nak carik duit sendiri melalui bisnes kan. Terus terpikir orang yang berniaga kuih muih, nasi lemak dll setiap pagi, mesti diaorang gigih bangun seawal pagi demi sesuap nasi kan, huhu...


Mengada nak siap riben bagai haha, biarlah kan...


So sesiapa yang ada kat Batu Pahat dipersilakan la ke butik vendor ni, oh ye nanti aku bagi detail pasal butik vendor ni lagi. Secara kasarnya butik ni letaknya di jalan belakang AEON BIG BATU PAHAT. Korang follow je instagram butik ni..Aku akan update detail kemudian, internet sekarang tahap slow gila yang sangatlah menguji kesabaran aku nak menaip ok, grrrrrrrrrrrrrrrr...

Sekian tq sudi baca!

2.12.14

Kacang pool haji - Kat BP pun dah ada la

Nama je orang Johor tapi baru pertama kali makan Kacang Pool Haji ni..Katanya popular kat JB. Sanggup google tempat nak makan ni, mujur ada kat Plaza Angsana, so makan di situ je. Aku amik satu je tapi roti yang bertambah. Roti bertambah pun berbayar ok bukan free huhu.


Beria makan kacang pool ni kat JB rupanya dua hari lepas aku baru dapat tau ada gerai kacang pool ni kat Batu Pahat. Kalau kat BP gerainya ada kat kedai makan benteng berdepan dengan Hospital Putra. Aku pun tak pernah datang situ tapi member yang bagitau huhu..So lepas ni takyah la aku nak ke JB nak makan kcang pool ni pasal kat BP pun dah ada...

Ok jujur cakap kacang pool ni ok sedap dan kena je dengan tekak aku, pasal dia ada daging cincang dan kacang...Nak buat sendiri pun boleh je, korang google je ada je resipi kacang pool ni...Uniknya roti tu cam buat sendiri kot pasal saiznya tinggi hehe..Tapi kalau 5 orang makan share tak cukup satu roti tu pasal kena order lagi..

Sekian...

1.12.14

Kereta terbang dan 2020

Salam hari Isnin, baru naik kerja hari ni setelah bercuti minggu lepas dan semalam. Bukan main lagi bercuti konon nak hilangkan stress, nah naik kerja hari ni silalah mengadap kerja yang banyak..Nasib bos takde tapi seawal pagi dia wasap cakap g KL hari ni..

Ikutkan menduga betul nak bangun pagi ni sebab hujan turun dengan lebat dari sebelum subuh sampailah waktu nak pergi kerja tadi, haihh..Takkan nak sambung cuti lagi kot so gigihkan diri ke ofis, Aisyah pun kita hantar ke taska, sian dia hehe..

Sebenarnya banyak gambar nak up kat blog tapi tak sempat nak edit so nanti la dulu. Cuma nak tanya korang pasal WAWASAN 2020. Eh, tetiba pulak nak tanya pasal WAWASAN 2020. Dulu masa zaman sekolah teringat cikgu selalu tanya pasal WAWASAN 2020. Kira berdegar-degarlah pasal WAWASAN 2020. Kira macam hebat betul tahun 2020 tu..

Salah satu subjek yang aku ingat adalah lukisan bila cikgu suruh imaginasikan tahun 2020. Kira kena buat lukisan masa tahun 2020 tu ler. Wahhh tahun 2020 tu kan hebat so antara yang aku lukis masa tu adalah kereta terbang. Kelasss kereta terbang ok, kira tahap dah canggih sangat tu kereta boleh terbang. Ada lagi kot yang aku imaginasikan tapi dah lupa ler pulak maklumlah imaginasi budak sekolah masa tu pasal digembar gemburkan hebatnya 2020 tu..

Hari ni 1 Disember 2014, kurang sebulan menginjak ke 2015. Lima tahun lagi jejak ke 2020. Tak pasti adakah imaginasi kereta terbang aku bakal jadi kenyataan? We'll see....




29.11.14

Bangun harimau bangun - Tahniah!

Aku takde la follow sangat pun Piala AFF 2014 ni pasal aku rasa Malaysia macam takde harapan je nak menang, kata mrhubby aku takde semangat kesukanan huhu..

Malam ni bila Malaysia vs Singapore, aku cakap maybe seri kot. Biasa kalau aku cakap mostly jadik kenyataan je haha..Bila menang 1-0 bukan main happy lagi tapi bila kena 1-1 terus mrhubby marah aku..Eh, rileks la still ada masa lagi, walaupun aku cakap seri tapi dalam hati aku nak sangat Malaysia menang...:) 

Akhirnyaaa...Malaysia menang 3-1, dua gol (termasuk penalti) di saat terakhir menggembirakan semua peminat bolasepak Malaysia. Tahniah pasukan Malaysia yang layak ke peringkat separuh akhir dan teruskan perjuangan ok.

Esok aku masih cuti lagi, seronoknya cuti lama-lama ni, nak sambung cuti lagi boleh tak, hehehe..



27.11.14

Kisah anak dan makan-makan

Nengoklah gaya budak ni, tak agak-agak, selalu perasan macam dia dah besar sangat..Gelagat yang buat kita rasa geram sangat..

Last week makan kat restoran roti nan yang famous kat BP..Bukan setakat roti nan je, kalau cakap nak makan bubur kat sini jugak la yang famous..Isi perut dengan otak-otak dulu sementara tunggu roti nan sampai..

Ala sweet nya dua anak dara ni pakai baju frozen yang serupa..Entahla kanak-kanak sangat taksub dengan frozen..Tapi jangan risau aku tak beli tudung dan telekung frozen, tak sesuai okkk..

Oh ni kalau datang BP pegi la makan kat Restoran Kari Kambing 40 Hari kat Jalan Air Hitam Yong Peng..Sedap ko...Tak taulah nak cakap sedap camana, tapi aku yang tak minat kambing pun boleh makan, ni ada hati nak repeat lagi ni..Pastu bising perut dah buncit la berlapis laa, waaaaaa.....


Daaa, tu je hehe..Aku tengah cuti la, nanti aku cerita kisah cuti aku next week la yea.

26.11.14

Macam-macam cerita

Ya Allah pemalas betul aku nak update blog lately ni..Cuti sekolah dah mula so mood pun ke laut, eh apa kaitan update blog dengan cuti sekolah ni hehe..Ok, ke manakah korang cuti sekolah ni? Aku pun tak tau la, ikut langkah kaki je, kalau rasa teringin nak ke mana-mana aku g je, bergantung pada bajet. Ni blog pun aku malas nak update, instagram pun sama..Semua pun terabai...

Malam tadi gigih la aku buat cookies..Dua minggu aku rehat dari buat cookies, sekali malam tadi buatlah jugak sebab jiran aka peminat setia cookies aku ni dah order dari haritu..Yelah haritu aku kan sakit so berenti rehat jap..Ingat dia lupa, oh ingat rupanya huhu..Memula mintak satu bekas sekali tambah lagi satu daaa, jadik dua ok..Wah nak start enjin nak mula tu memang payah tapi demi customer kan so gigih la..

Walaupun dua bekas tapi penat ok..Pasal tu aku buat part time jer, sebab sebekas pun payah nak buat ni nak buat berbekas-bekas, memang pengsan laa..Eh, tapi kan aku dah deal dengan vendor butik kat Batu Pahat ni nak jual cookies..Tapi buat dalam bekas kecik la..Start bulan Disember nanti, aku akan hantar choc chip cookies aku dan kerepek pisang (yang akan dipek semula)..Tunggu eh, nanti aku update la kat blog..Maklumlah hidup akan jadi lebih susah tahun depan so kenalah mulakan langkah untuk menambahkan pendapatan..Dapat untung sikit pun bolehla demi sesuap nasi huhu..

So kalau korang balik ke Batu Pahat boleh la ke butik  vendor tu..Aku akan reveal kemudian bila barang dah mula hantar ke kedai hehe...Doakanlah segala urusan dipermudahkan.

Ni kat nuffnang iklan bukan main banyak tapi jumlah nya ciput je takpelah janji ada kan..Tq la nuffnang, walaupun pemalas nak update blog kan...Ikutkan banyak je gambar aku nak masuk kan dalam entry kat blog ni, tapi korang tunggu jelah..Rajin-rajinlah datang ke blog ni walaupun cerita yang ada tak seberapa.

Tq pada yang sudi membaca..Good luck pada mereka yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR hari ni..Jangan risau kalau tak dapat 5A pun bukannya tak cemerlang, tetap dapat naik sekolah menengah kan?

24.11.14

Masak kicap atau kari

Haritu mrhubby ada beli ikan bawal hitam. Aku ingat nak masak la petang ni, dah boring la asik makanan beli je. Kadang aku masak lagi sedap dari yang beli tu tau hehe.

Aku tanya la mrhubby, dia suka bawal tu masak apa? Aku cakap kat dia sweet sour mau tak? Pasal aku memang terer masak sweet sour :)...Tapi tau mrhubby jawab apa, saya suka bawal hitam ni kalau masak kicap atau kari, teringat macam arwah mak masak..

Memang masalah la pada aku sebabnya aku memang tak reti masak kicap dan kari, huhu..Tak taulah kenapa kalau masak kari memang tak semenggah. Tak sedap sebab aku masak kari memang tak letak santan tapi kenapa la kalau mak aku masak sedap jer. Tapi selama ni aku masak mrhubby makan je tanpa menolak, of course la menjaga hati aku kan..Aku sedar tu sebab aku sendiri makan memang rasa tak sedap.

Lepas tu masak kicap, entah kenapa pun selalu tak jadik, tu pasal aku selalu tukar masak kicap tu kepada masak sos tiram sebab kalau masak sos tiram selalunya ok dan jadik je..Menyampah tau, tu pasal aku selalu elakkan ataupun kurangkan memasak kicap dan kari ni..Tapi dua resipi ni pulak mrhubby suka...

Oklah so petang ni aku dah ready nak masak bawal masak kicap. Haraplah jadik, kalau tak jadik gak tak taulah nak kata apa, pasrah je kot. Oh yea untuk resipi petang ni aku dah google dan nak ikut resipi blogger Mat Gebu ----- IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS. Nengok resipinya macam mudah je, hehe..

Doakan ek supaya masakan aku jadik, kalau tak jadik pun mrhubby dan anak-anak aku akan makan jer, kalau tak sedap cakap dalam hati je ok hehe..






20.11.14

Zara dan konvokesyen PASTI 2014

Sabtu lepas berlangsung majlis konvokesyen Zara. Habis dah belajar anak ibu ni, sob..sob..Sedih pulak rasanya bila anak makin membesar, memang rasa macam baru je lahirkan dia ni..



Kali ni majlis diadakan di The Summit Batu Pahat. Orang Batu Pahat confirm la tau The Summit ni, sebelum ada BP Mall dan Square One, The Summit ni la yang paling havoc. Kat sini jugaklah tempat aku selalu dating dulu huhu.. Sekarang tempatnya ala-ala suam je, tak taulah kot lepas ni ada projek baru nak buat kat sini ke kan. Still ada kedai yang beroperasi la dan aku pun ok je majlis buat kat sini, kawasan lapang dan puas untuk si Aisyah tu nak berjalan je, dia mana boleh dok diam.

Lepas daftar je, parents semua tunggu kat bawah, dan anak-anak semua dibawa ke tingkat atas dan dijaga oleh cikgu. Bukan senang oh cikgu nak uruskan anak-anak kecik ni semua, macam-macam karenah hehe..

Untungnya kali ni, majlis dibuat sesi pagi dan sekolah Zara ni giliran yang pertama ambil sijil dan hadiah..:) Ingat lagi tahun lepas buatnya waktu petang dan sekolah giliran yang ketiga terakhir.


Sebelum anak bergerak ke pentas utama, sibuklah aku nak bergambar jugak..Cikgu nengokkan jelah mak-mak yang sibuk nak bergambar dengan anak ni, hehe.. Aisyah tu pun dah cam rimas je rasanya..


Ni tengah tunggu giliran nak naik pentas ni, tapi sayangnya gambar kat pentas tu tak clear la pulak tapi aku tak letak kat sini..


Ni dah turun pentas, tahniah anak ibu..:)

Ingat dah amik sijil semua boleh terus balik tapi tak boleh la pulak sebab diaorang ada buat persembahan huhu. So kena tunggu lagi, tapi takpelah kan, sebab persembahan terakhir kat sekolah tadika.

Zara dan kawan-kawan buat persembahan dikir barat :)
Bagusnya kat sekolah PASTI ni dia akan pastikan anak-anak aktif dan terlibat dengan pelbagai aktiviti

Alhamdulillah dan tahniah!

Semoga Zara dan anak-anak ibu yang lain akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi...Oh lepas ni nak kena tunggu lagi 4 tahun nak masukkan si kecik tu ke PASTI jugak..Sampai bila-bila PASTI tetap di hati.

Terima kasih cikgu-cikgu!!

19.11.14

Belajar menjahit - tambah pendapatan

Insya allah sebelum habis hujung tahun ni aku akan pastikan aku dah pandai buat baju kurung dan tudung :). Tengahari tadi bukan main aku berbalas sms dengan tailor aku, padahal rumah tak jauh pun. Entah kenapa bukan main berkobar nak belajar menjahit. Tailor kata apa-apa pun datang rumah dia dan bincang, yeay..Harap la aku boleh fokus belajar nanti.

Moga niat yang baik dipermudahkan yea, kalau ada rezeki nak belajar buat roti gak. Selagi ada hayat kenalah kaut ilmu selagi boleh. Aku kalau nak suruh sambung belajar akademik memang tak le kan (walaupun kalau dipaksa boleh je) tapi di peringkat umur cam ni baik lah belajar sesuatu kemahiran yang boleh mendatangkan pendapatan..Kalau dah boleh buat baju kurung sendiri lebih rasa puas, dan lebih menjimatkan..:)

Apa je yang kita nak buat sekarang memang menuntut pengorbanan. Macam buat blog ni jugak, nak fikir nak tulis entry apa, fikir tajuk, nak tarik readers, dan paling penting masa..Yea - MASA nak tulis blog tu sendiri. Kalau dah suka tulis blog, ada masa ke takde masa tetap kena cari masa kan? Tapi kalau kata takde masa, memang sampai ke sudah la takde masa..

Sekian, tq sudi baca petang-petang ni :)


Just be cool, tahun depan boleh cuba lagi

Tahun ni Zarif tak dapat sebarang anugerah kecemerlangan, takpelah takde rezeki. Aku cakap kat dia, usaha lagi tahun depan. Tapi result still ok, hopefully dia boleh buat dengan baik lagi pada tahun depan. Tak guna nak marah-marah sebab benda dah lepas. Kadang-kadang rasa tak guna nak push too hard pada anak-anak kan. Masing-masing ada limit, so terima je seadanya lagipun persaingan zaman sekarang terlalu hebat. Aku dah nampak kemahiran yang ada pada diri Zarif, insya allah kalau boleh nak Zarif jadi individu yang berkemahiran di samping berjaya dalam bidang akademik dan agama.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...