11.6.17

Selamat Hari Lahir yang ke 4 tahun - Zahia Aisyah

Assalamualaikum.

2 Jun 2017, Aisyah atau lebih senang aku dan family panggil Yaya saja genap berumur 4 tahun. Cepatnya la masa berlalu. Sorry la Yaya sayang, lepas 9 hari baru la ibu nak update dalam blog ibu ni.

Baju yang dipilih sendiri nak pakai pada 2 Jun tu padahal tak ke mana pun
Itu adalah dress kakak Zara yang adik aku buat masa wedding adik aku yang ketiga
(berapa banyak adik daaa hehe)

 Budak yang makin keletah dan makin bijak lagi panjang akal dan kepoh

 Priceless..
Ibu rindu awak masa baby, tahun depan nak sekolah tadika ke?
3 tahun lagi nak sekolah rendah??


Memandangkan hari lahir Yaya jatuh pada bulan puasa, so kitaorang dah buat majlis makan-makan dengan kakak2 ipar aku dua minggu sebelum puasa. Why mereka? Sebab diaorang rajin buat majlis makan2 ajak kitaorang so aku pun ajak la diaorang pulak..Simple jer pun..

 Ni kek yang aku buat - kecik dan simple je kek span pun..



 Nampak tak kecomelan kek tu, hehe. 
Cukup2 je, memang habis haritu jugak.

Suka la Yaya tu..
Masa ni aku masak nasi serai, ayam masak tomato, salad dan buah tembikai jer.

Ni rupa dalam kek span Yaya tu, gigih tak gigih jugak la buat ni..
Nasib la jadik hehe.

Ok ni pulak adalah majlis sambutan hari lahir Yaya di taska pada 24 Mei 2017.
Kek coklat tempah dengan kawan sekolah mrhubby tema Didi and Friends favourite Yaya..

Yaya dan kek..

Yaya dan girlfriends dia..

Yaya dengan cikgu dan kawan-kawan

See, memang meriah kan sambutan hari lahir Yaya tahun ni. Alhamdulillah atas semua rezeki yang diberikan.

Dannn..

Last but not least..

Malam Sabtu lepas, rasanya ni yang akhir la kot..
Mak aku teringin nak nengok Yaya dengan Umar potong kek sesama maklum je la diaorang ni lahir selang seminggu dan aku pun berpantang dengan adik aku ni sesama kat rumah mak aku pada tahun 2013. Umar lahir dulu lepas tu baru la Yaya.

Mak mintak aku buatkan kek red velvet so aku pun buat la dengan dibantu mrhubby. Tunggu Umar dan family adik aku dari KL malam tu, dalam 9 lebih diaorang sampai dan terus potong kek. Enjin si Umar tu tak panas lagi dah kena potong kek, mau dia tak buat drama huhu..Abaikan aku yang serabai dan sememeh tu pasal lepas sesi potong kek je dah terus nak balik ke rumah.

So begitulah kisah Yaya dan hari lahirnya.

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ni macam-macam kisah dan dugaan dalam membesarkan Yaya tapi kitaorang tempuh dan redah jer. Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan yang kau berikan pada Yaya dan anak-anak aku yang lain. Moga Yaya membesar sebagai anak yang sihat, bijak dan berjaya dunia akhirat, Aaminn..

Sekian, thanks sudi baca.
End.









1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...