23.7.13

Kaki Aisyah ok


Masa Aisyah lahir doktor kata kaki kanan Aisyah ada bengkok sikit. So lepas sebulan doktor suruh ke hospital untuk buat follow up.

Jumaat lepas bertemankan mrhubby dan Zara kitaorang ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk checkup. Hasilnya doktor kata kaki Aisyah ok dan semua pun normal. Mungkin masa awal lahir nampak macam bengkok sikit disebabkan position baby dalam perut. Syukur alhamdulillah bila dah tak perlu follow up ke hospital lagi. Cumanya doktor suggest lepas mandi buat urutan sikit kat bahagian tapak kaki tu..









Kisah petang Ahad lepas

Kisahnya berlaku petang Ahad lalu..

Balik dari rumah mak lepas Asar tu, kitaorang terus ke Parit Raja. Mrhubby dan Zarif pergi ke kedai jap nak beli barang, sementara aku, Zara dan baby Aisyah tunggu kat dalam kereta.

Dalam beberapa minit tunggu dalam kereta tu, tiba-tiba tingkap kereta diketuk seseorang. Sorang perempuan agak berumur dan sorang budak laki lebih kurang 9-10 tahun. Perempuan tu atau senang kata aku panggil makcik tunjukkan buku-buku agama kat tangan dia. Mulanya aku takmo turunkan tingkap kereta tapi rasa macam tak baik pulak kan..

So, aku pun turunkan tingkap kereta dan makcik tu tanya la nak beli buku tak? Tapi aku cakap dengan baik yang aku takmo beli buku..Sambil tu aku pun ambik beg duit dan nak bagi derma kat makcik tu..Sekali bila nengok dalam beg duit, kosong la pulak..Aku dah bagi duit kat mrhubby suruh beli barang so dah takde duit. Tapi takkan aku nak suruh makcik dan budak tu pergi macam tu je, kesian kat diaorang..

Lepas tu tetiba aku teringat yang mak ada hulur duit RM10 untuk baby Aisyah (mak kata ada orang bagi masa majlis Akikah yang lepas). Aku ambik duit tu dan terus hulur pada makcik (memang rezeki diaorang). Sambil tu aku cakap yang aku tak perlukan buku-buku yang ada pada makcik tu (sebab kebanyakan buku yang makcik tu tunjuk aku dah ada).. TAPI makcik tu bersungguh-sungguh nak bagi aku salah satu buku yang ada pada dia..


Lepas makcik tu pergi, aku nampak dia pergi dari satu kereta ke satu kereta..Tapi kebanyakannya tak layan (waktu tu kebanyakan orang sibuk nak beli makanan kat pasar ramadan). Kesian aku nengok makcik tu..Mungkin orang taknak layan sebab sibuk nak beli makanan ataupun orang taknak layan sebab takut makcik tu tipu kot?  Entahlah, aku taknak ulas bab tipu-tipu ataupun diaorang di bawah sindiket apa-apa ke. Yang penting niat kita ikhlas dan bersangka baik, lain-lain tu atas urusan dia dengan Tuhan. 

Moga Tuhan rahmati hidup makcik tu sekeluarga. Pemberian aku memang tak seberapa pun nak dibandingkan dengan orang lain yang penting aku rasa puas apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ni..







18.7.13

Sahur yang mudah

Korang sahur apa tadi? Untuk aku bulan puasa ni, waktu sahur la yang agak mudah tapi kena kreatif sikit la. Sebabnya mrhubby takmo makan berat-berat. Nasi dan lauk memang takdela. Tapi aku ok je kalau makan nasi dan lauk disebabkan dia taknak so aku pun malas la nak masak nasi dan lauk even lauk lebih buka pun dia taknak.

Mrhubby cuma mau roti saja. Cuma kita kena kreatif la. Contoh hari ni roti dengan sosej, esok roti dengan telur, ke lusa roti dengan tuna ke..Kalau takde semua tu, makan roti dengan butter dan kaya pun ok jer..Tak kisahlah roti biasa ke, roti oat ke, roti arab, roti burger..Suka hati as long as namanya roti..Kata mrhubby dia tak biasa dan tak boleh nak makan nasi dengan lauk di waktu awal pagi.

Alahai senang la sangat. Zarif awalnya pun suka makan nasi dengan lauk tapi sekarang dah tak lagi, dia pun prefer makan roti jugak..So takdelah kerja aku nak masak atau panaskan lauk yang lebih..Bagus jugak kan, memudahkan kerja aku, hehe.

Lain orang lain caranya kan..Senang kata aku fleksibel la..Kalau ada lebih nasi dengan lauk semalam, aku sahur tu je..Kalau tak makan nanti membazir la pulak..So korang macamana?

17.7.13

Habis pantang & Baby Aisyah

Officially aku dah habis pantang yeay..Tapi tu tak bermakna aku boleh berjalan-jalan sukahati. Setakat keluar rumah dok dalam kereta dan pusing-pusing je. 

Baby Zahia Aisyah pun dah sebulan lebih..:)

Perkembangan baby? Alhamdulillah so far so good. Tapi sejak kebelakangan ni memang aku diduga. Ohhh, nasib cuti 3 bulan. Aisyah kerap terjaga lewat malam sampailah ke awal pagi...Mencabar kan? Kadang dia tido jam 3 pagi, kadang 4 dan haritu pukul 6 pagi baru dia nak tido ok??? Wahh sangat mencabar..

Mungkin disebabkan dia banyak tido siang kot. Tapi ada jugak masanya bila siang dia berjaga, lewat malam pun dia buat perangai, hmm. So aku layankan ajelah. Waktu berjaga tu dia menangis hanya nak susu, lepas tu dia nak orang main dan agah-agah dia je. Takpe, aku akan tune masa supaya dia tau bezakan waktu siang dan malam. Bayangkan kalau aku dah mula kerja dia berjaga macam tu, tension la jugak kan...

Bila abang dan kakak dia balik sekolah, aku suruh jer diaorang main-main dengan baby Aisyah tapi still baby nak tido jugak, hmmm..Waktu orang tak layan dia sangat masa tu pulak dia terjaga, hehe..

Eh, kadang macam tak percaya pulak dah ada 3 anak tau..Rasa seronok sangat walaupun agak sibuk. 




15.7.13

Ceritera Puasa 1434H

Assalamualaikum..

Bersua kita kembali. Rindu oh nak mengetuk keyboard ni. Agak sibuk minggu lepas so komitmen pada blog terpaksa diketepikan seketika.

Harap tak terlambat la aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kawan-kawan. Dah nak masuk seminggu baru nak wish kan, hehe. Harap puasa kali ni memberi makna pada semua dan memberi peluang pada kita untuk meningkatkan amal ibadah.

Untuk aku alhamdulillah semuanya pun baik belaka dan hari ni barulah aku berpeluang nak masak sendiri sebab dari mula puasa hari tu aku stay kat rumah mak abah. Untuk berbuka nanti masih tak tau nak masak apa, jap lagi nak google resipi, hehe..

Zarif puasa tak? Alhamdulillah 5 hari dapat puasa penuh. Lagipun dia dah besar, walaupun ada jugak 'drama' yang dibuat puasa pertama hari tu tapi kitaorang terus support dia. Aku tau ada anak orang lain seawal umur 5 dan 6 tahun dah boleh puasa penuh tapi perangai setiap anak tak sama kan. In Sya Allah kali ni aku harap dia mampu puasa sebulan. Bukan puasa je tapi solat pun kena laksanakan jugak la, puasa kalau tak solat pun tak guna jugak kan.

Letih sangat la tu...

Maaflah kalau terpaksa nengok gambar makanan pagi-pagi ni yea, korang semua dah besar kan mesti tak kisah nengok gambar makanan kan, hehe..Aku nak letak jugak gambar juadah berbuka masa kat rumah mak hari tu. Tapi mula dari puasa kedua la sebab terlupa nak ambil gambar masa first day puasa.. Kebanyakan makanan memang mak yang masak, aku tukang tolong je..:)

 Day 2

 Day 3

Day 4

Ok..nanti kalau rajin aku buat entry lagi yea...Dah pegi buat kerja semua, aku nak kemas rumah sementara baby cik Aisyah tu tengah lena dibuai mimpi..:)





4.7.13

Salah siapa???

Masa di awal pantang hari tu kat rumah mak, aku excited la nak bertungku. Aku beli tungku herba dari produk BIODEX.


Kat kotak produk tu kata boleh panaskan tungku tu kat dalam microwave dalam 10 minit. Lepas dah panas bolehlah letak atas perut. Aku dah membayangkan rasa bestnya laa bertungku tu kan, but end up jadinya begini la pulak.....


Kesian kan aku, huhu..Aku ikut macam dia tulis dalam kotak tu la, boleh panaskan kat microwave. Dasar pemalas kan padahal boleh je kalau aku nak kukus jap atas dapur gas je. Tapi nak kerja senang kan. Baru 3 minit aku panaskan microwave mak aku dah berasap-asap.

Asap tu pulak keluar dari microwave dan merebak sampai ke dapur ke ruang tamu dengan ayah aku yang tido pun boleh terbangun dek terbau wangian herba yang semerbak dah bercampur dengan bau hangit..

Aku pun terkejut dan terus stop kan microwave tu dan nengok tungku aku dah rupa macam gambar atas tu...Malang betul nasib aku. Mak aku cakap takyah nak lama sangat kalau panaskan. Kalau nak panaskan kat microwave tu aku rasa mungkin 30 saat atau seminit dah memadai kot..

Kesimpulannya angan-angan aku nak bertungku tu musnah sama sekali. Nak beli yang baru pun tak terbeli-beli lagi. Tapi ayah aku ada beli tungku moden (untuk kegunaan dia) yang boleh panaskan guna elektrik tu, mungkin aku pinjam je la ayah aku punya nanti, hehe.

Dalam kes aku ni, siapa patut dipersalahkan? Arahan di kotak produk tu ke atau aku sendiri yang tak guna logik akal? Hmmmmm...

2.7.13

Takpe JDT - kita cuba lain kali yea..


Tahniah pada pasukan Kelantan yang berjaya dalam final Piala FA hari Sabtu lepas. Pasukan JDT kalah tipis je 1-0. Walaupun tewas tapi kami tetap setia dengan JDT..Yeah, Luaskan Kuasamu Johor....Kita cuba lagi di lain kali...

Biasalah hero kan memang kalah dulu, haha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...