29.8.13

Sebelum naik sekolah

Tak tau nak letak entry apa, ni aku letak gambar ni kira dua hari sebelum naik sekolah ni, pegi beraya kat KL rumah adik aku. Kalau tak curi masa waktu tu, memang takde masa nak ke KL lagi. Kitaorang ke KL hari Jumaat dan balik esok harinya sebab Ahad tu nak rehat, mrhubby mesti nak rehat sehari sebelum naik sekolah..

 Seronok Zara buat aktiviti seni dengan sepupu dia

 Adik aku Wan dengan Zarif dan Umar 

 Adik aku Yana yang bongsu tu je yang takde

Ini kira perjalanan paling jauh untuk Zahia Aisyah tau. Nasib baik dia ni kira kuat dan boleh berjalan jauh. Alhamdulillah takde sakit so far walaupun boleh dikatakan raya ni banyak jugak kitaorang gerak ke sana sini. Most of the time dia tido je pun..


27.8.13

Dah nak naik kerja

Aihh ada lagi 5 hari sebelum naik kerja setelah bercuti 3 bulan. Satu percutian yang sangat berbaloi hehe. Memang tak rugi cuti 3 bulan ni, tu yang macam dah lemau je nak naik kerja. Perasaan bercampur baur sekarang ni.

Aku memang tengah menyusukan baby dengan cara direct feed dan bottle feed jugak. Kena jugak gunakan botol kalau tak susah Aisyah nak masuk taska nanti. Tapi dia memang payah nak menyusu dalam botol sebab dah selesa sangat direct feed dengan aku..

Banyak dah puting aku tukar ganti setakat ni dia ok dengan puting Doctorbaby yang murah ni ha;


Ok-ok pun tapi still ada menolak jugak. Anak-anak aku ni semua pun memang ada masalah nak hisap dalam botol susu la. Masa Zara la paling aku tak boleh lupa, memang dia tolak abis laa, 6 bulan baru nak hisap botol. Erm Aisyah ni macam ok sikit walaupun ada menolak jugak, huhu..

Ingat Khamis nak hantar ke taska la buat percubaan. Patutnya dah hantar dari semalam tapi rasa tak tergamak gitu seawal pagi nak kena hantar, sedih ok....:( Tapi aku kena jugak hantar...Mrhubby dah bising dah kat aku. Kadang orang laki ni tak paham bonding antara ibu dan anak. Sedih tau, baby dah biasa dengan kita tiba-tiba nak kasi orang lain jaga, hishhhh sayu hati tau..

Ada kang aku apply cuti tanpa gaji kang...Naik kerja aku nak tanya la camana prosesnya, kot la aku nak apply cuti sebab nak susukan anak, boleh kan??

Taknak g taska yea :(

26.8.13

Kisah rambut lebat Aisyah

Oklah kita break kejap cerita pasal raya.Now nak cerita pasal budak kecik Aisyah. Maklumlah raya kali ni dia la yang jadik tarikan semua orang. 

Kebanyakannya yang nampak dia akan tegur pasal rambut dia. "Lebatnya rambut..." Pada aku biasa je maklumlah Zarif dan Zara pun memang macam tu, senang kata keturunan aku ni memang jenis rambut lebat. So memana aku pergi memang semua dok tegur rambut Aisyah.

Lahirnya Aisyah memang rambut sedia lebat.



Dan lebih kurang seminggu lebih lepas kelahiran dia kitaorang memang bawak ke kedai untuk dicukurkan botak kepalanya. Cukur ni dibuat memang sebelum akikah lagi. Tiga-tiga anak memang aku kasi cukur sampai botak. Cukur dengan mesin je memang senang, tapi mrhubby atau aku memang takut nak cukur kepala baby ni sebab kepala dia lembut lagi kan so serahkan pada yang pakar je. Mesin tu bukan pisau tau so takle risau sangat kalau nak tercedera.


See..saya dah botak laa

 Ni masa Aisyah dalam sebulan lebih

 Ni gambar last week

So rambut dia sekarang alhamdulillah makin lebat, tapi macam ada hati nak pergi kedai sebab nak kasi trim sikit, hehe.

Aku letak minyak sikit kat rambut dia tapi bukan nak kasi lagi lebat tapi nak bagi tumbuh rata dan cantik je. Sekarang ni rambutnya jenis terpacak gitu sampai orang pun confuse, ni baby girl ke boy..Walaupun dah pakai pink pun ada orang tetap ingat boy, hehe.

Sekianlah kisah rambut tebal baby Aisyah. Kalau korang tanya aku tips nak bagi rambut baby tebal serius aku tak tau, tak pernah pun aku amalkan apa-apa. Memangnya kami sekeluarga jenis rambut tebal even Zarif tu kalau boleh setiap dua minggu aku nak bagi botak rambutnya sebab cepat sangat tumbuh dan tebal sangat.


21.8.13

Raya ketiga pulak..

Destinasi raya ketiga kitaorang adalah Batu Pahat - Kesang Muar - Melaka..Walaupun arwah atuk dan nenek dah takde lagi tapi kitaorang tetap balik ke rumah kampung (walaupun sekarang dah jadik homestay) untuk gathering keluarga..

Layan gambar ok..

 Ni pun ada yang tak cukup ni..

Keluarga besar kami


 Bergambar kat pondok ni memang acara wajib kitaorang

 Ibu Abah pun nak jugak, hehe

Kami 4 beradik perempuan di Melaka :)

 Masih di Melaka lagi..

Balik dari Melaka tu dalam pukul 5 lebih petang, sampai Batu Pahat pukul 8 malam. Maklum jelah raya ketiga sana sini jalan memang jam la..Walaupun penat tapi memang puas sangat. Sebenarnya dah balik dari Melaka ni, sampai rumah tu mandi, solat dan siap-siap pergi ke rumah makcik tapi kat Batu Pahat je. Tido malam tu memang pengsan lerr..
Raya keempat pun ada cerita lagi, hehe...Sebelum tu letak gambar Zahia Aisyah dan Umar Daniel yea..

Wow, gigih betul aku update blog hari-hari...:)



20.8.13

Raya kedua la pulak | Bila anak tak makan pagi raya

Raya kedua adalah hari yang dok rumah je pasal menerima kedatangan tetamu dari pagi sampailah ke tengah malam. Penat memang tak terkata la sebab keluar masuk dapur tapi seronok sangat sebab bukan selalu dapat jumpa sedara mara..

Aku pulak tak amik banyak gambar raya kedua dan gambar yang ada pun hanyalah gambar budak comel ni je, hehe. Lepas mandi punyalah comel aku siapkan siap dengan headband semua..Itupun amik gambar cepat-cepat sebab Zahia Aisyah ni tak suka benda-benda atas kepala dia..


 Tema ala-ala JDT - merah biru gitu..
Comel je kan..


Aku dah kata kan, dia memang tak suka ada benda atas kepala dia..Tak caya?? Ha..nengok ni, lepas amik gambar yang comel kat atas tu, terus meronta-ronta sampai headband tertutup mata dia, hehe..

Tak comel dahh..


Oh yea semalam aku cakap nak cerita pasal Zarif dan makanan kan..Sebenarnya kan aku baru tau yang Zarif tak suka makan ketupat dan rendang masa hari raya. Senang kata cam gini, masa raya pertama tu masa semua orang dok makan ketupat dan pelbagai makanan lagi, Zarif boleh duduk diam nengok tv je.

Bila aku ajak makan, dia kata tak nak. Masalahnya tahun lepas pun dia buat perangai yang sama. Aku pulak ingat dia nak diet ke kan sebab dia tak cakap pun dia tak suka makan ketupat dan lain-lain maklumlah dia kan jenis makan apa je so tak tau pulak ada benda yang dia tak makan.

Rupanya dia tak suka makan ketupat dengan rendang dan lodeh. Lodeh yang sedap tu dia tak suka makan sebab ada sayur, hai la anak..Sanggup tu dia tahan lapar. Kebanyakan rumah raya pertama tu memang hidang ketupat dengan rendang kan, memang dia tak makan la. Kecuali ada satu rumah tu hidang soto, bukan main dia makan siap hirup kuah soto tu lagi (lapar sangat la tu)..Kesian Zarif dan aku pun sengal jugak, baru tau anak tak suka makan ketupat dengan rendang, sumpah aku ingat Zarif nak diet pagi raya.

Tahun depan kena ubah sikit menu raya ni demi anak, hehe...

19.8.13

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum semua..

Amboi lama betul aku tak update so tangan ni pun dah gatal sangat nak menaip. Apapun SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA, MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP sama ada secara sengaja mahupun tidak.. Aku pun masih bercuti lagi, naik kerja 2/9 nanti. Cuti yang sangat berbaloi untuk aku, hehe. Kata orang memang boleh raya sakan, tapi aku takdelah raya sakan, biasa-biasa je pun..

Selamat bersekolah dan bekerja pada semua, mesti monday blues je kan, hehe..Ok malas nak bebel panjang-panjang, disebabkan dah lama tak update blog mehla nengok gambar yang aku nak letak ni yea..Layannn..(Gambar ni semua ikut turutan yea).

 Macam kembar kan? Beza lahir 5 hari je..:)

 Senyuman di pagi 1 Syawal

Marilah menjamu selera air tangan mak, alhamdulillah

3 beradik - Zarif, Zara dan Zahia Aisyah

 Keluarga yang dah bertambah..:)

 Paksa diaorang bergambar di kala panas terik 
(bergambar kat jambatan ni memang wajib)

 Beraya kat setiap rumah memang kena bawak macam ni senang ibu-ibu nak makan

 Dah kenyang - nak ke rumah yang lain sampai tertido ok

 Bangun tido lapar balik, siap hirup kuah soto si Zarif..
(Nanti aku cerita pasal Zarif di pagi raya - ada kaitan dengan makanan)

 Bila baby dah terjaga kena bergilir jaga 

Raya pertama destinasi kitaorang Batu Pahat - Rengit - Pontian..Walaupun tak banyak rumah raya pertama tu, tapi letih jugak la. Bila malam semua pun lena awal pasal nak buat persiapan menyambut tetamu hari raya kedua. Tu entry esok la pulak yea..

Harap lepas ni aku dapat update blog dengan lebih kerap, banyak benda nak diceritakan ni..











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...