Salam Khamis untuk semua.
Ni sekarang aku dah habis waktu bekerja tapi belum balik lagi. Baru lepas hujan lebat, sejuk sikit bumi ni. Dah ler pagi tadi aircond rosak, lepas tu panas membahang..Lepas tu Tuhan bagi sejuk dengan turunkan hujan yang lebat, alhamdulillah.
Takde apa nak tulis sebenarnya cuma nak share pasal semalam. Rasa semua pun dah tau bila ada yang viral kat fb dan whatsapp kan.
Berkenaan alasan remeh dijadikan punca bercerai. Serius terkejut bila aku baca antara alasan-alasan tersebut.
Apa ingat kahwin ni main-main ke? Ada antara alasan kat atas tu yang boleh menyebabkan aku bercerai ok (nauzubillah). Tapi kita kan ada otak dan iman, agak-agak ler kot. Memang semua alasan ni alasan yang remeh..Ishh tak boleh terima la..
Bila berkahwin logikla kita kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan kita kan. Macam tu jugak dengan aku ..Aku tak suka pasangan aku berdengkur tapi nak buat camana kan, dah dia macam tu aku kena terima la..Lagi satu pasangan aku memang cerewet bab bersiap dan baju semua..Maybe cikgu kot haruslah cerewet. Lagi satu aku ni jenis tak kisah dan asal boleh jer..Memang beza sangat laa so kenalah terima kan..Kalau bab bersiap dan beli baju dan macam-macam pasangan aku boleh dikatakan lebih cerewet dari aku, sangat lerrr..
Pada aku kena tolerate la..Jangan la sebab-sebab yang remeh macam ni nak bercerai. Dah belanja kahwin mahal-mahal pastu sesenang je nak bercerai dengan alasan yang tak masuk akal ni..Lagi aku geram bila alasan nak cerai tu pasal anak demam dan tak sihat, ehhh jahatnyaaa..
Dunia memang dah akhir zaman..
Terus terang la, aku memang ada je gaduh dengan pasangan yang adakalanya emo dan mulalah kata nak berpisah la apa la..Tapi biasanya aku je la yang emo macam tu (dah kata perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu kan). Nasibla dia tu penyabar (memang patutnya suami kena penyabar dan bersikap tenang).
Alhamdulillah aku akan cuba pertahankan hubungan ni ke akhir hayat. Memang sentiasa ada kekurangan, tak puas hati, gaduh dan macam-macam lagi. Senang kata masih lagi belajar memahami dan mengenali meskipun dah 12 tahun pun usia perkahwinan. Kalau kata dugaan tu, fuhhh dugaan 5 tahun awal berkahwin aku dah rasa, 10 tahun dugaan pun dah rasa, ni dah lepas 10 tahun harapnya keadaan akan bertambah baik seiring dengan kematangan usia kitaorang, chewaaahhh..
Doakan yang terbaik yea..Aku pun akan selalu doakan hubungan korang semua hingga ke Jannah.
Jangan la gunakan alasan yang pelik-pelik dan remeh cam ni untuk bercerai. Ingatlah anak-anak adalah pengikat kasih sayang selamanya..
Sekian, terima kasih sudi baca!