Assalamualaikum,
Harini ada kawan-kawan yang bercuti kan sempena Nuzul AlQuran? Selamat bercuti yea..Bolehla jalan-jalan cari baju raya hehe..
Ok.Kejap je dah 17 Ramadhan kan, kurang dua minggu lagi dah nak masuk Syawal. Lepas tu Ramadhan pun berlalu pergi, ehh sedihnya..Entah boleh sambut lagi ke tak puasa next year kan..So marilah sama-sama manfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ni.
Weekend ni dan minggu depan dah nak kena buat biskut raya - ala cookies choc chip je ok haha, biskut paling senang je, anak aku Zara pun boleh buat..Alhamdulillah ada orang order, ala biasa je pun. Aku takdelah open order besar-besar sebab tau kemampuan diri. Oven pun tak besar, nanti la tunggu kalau oven aku besar boleh la orang nak order. Ni setakat buat suka-suka je. Banyak kerepek je kat rumah ni dari biskut raya sebab orang sekarang ni datang lagi suka makan kerepek plus kita sebagai tuan rumah ni nanti sibuk-sibuk nak masak benda lain kan...
Oklah jom nengok apa ada untuk entry kali ini;
Weekend lepas tekak ni teringin nak makan marble cheese kek, tapi bahan yang ada tu terhad termasuklah gula kaster dan creamcheese tapi diri ni nak jugak buat, ha buatlah kau tapi terkurang bahan..So pasrah dan redha je la..Memang tak pernah buat ok, first time buat la..
Yang buat corak ni mrhubby
Oklah jadik tapi kurang manis, tapi makan jugak hehe
Tapi aku nak cuba buat marble yang lain yang aku rasa lagi lembut dari yang aku buat ni
Nanti kalau dah buat aku tepek gambar kat sini lagi ok hehe
Kan kat fb banyak orang share pasal buat susu campur kurma untuk tenaga kan..Aku dah pernah buat sebelum ni memang sedappp..Tapi time puasa ni tak terbuat-buat lagi. Niat nak buat tu dah banyak kali tapi sampai ke sudah tak terbuat lagi.
Satu hari mrhubby tunjuk gambar susu kurma ni;
Ada kawan dia jual kat sekolah, dia tanya aku nak beli tak? Mula-mula aku takmo beli sebab rasa macam boleh buat sendiri kan. Lagipun aku tak tau apa review orang yang dah minum susu ni. So aku biarkan kawan-kawan dia beli dulu susu ni dan minum dulu..Beberapa hari lepas tu, ramai kawan dia dok repeat order cakap sedap, so aku pun terpengaruh la nak beli..Ok memang sedap, boleh lalu di tekak hehe.
Dan anak-anak aku tetiba la pulak boleh minum dan cakap sedap. Padahal sebelum ni bila aku buat, semua takmo minum sebab diaorang kurang gemar makan kurma. Lagi best esoknya Zara boleh kata, "Adik rasa bertenaga ibu lepas minum susu kurma tu, kawan-kawan adik cerita pasal makanan pun adik sikit pun tak lapar tau.." --- nampak tak propa haha..
Setakat ni macam tak de jual kat pasaraya pun, lagi senang order dengan kawan mrhubby tu..Tau-tau dah sampai kat tangan. Harga RM8, tak taulah orang lain kalau beli dapat murah dari ni..Korang yang tak beli lagi boleh la beli, kalau rajin baik buat sendiri ok..
Ini pulak ada lauk buka puasa semalam - paprik ayam dan telur dadar je. Ni adalah lauk fav anak bujang aku si Zarif tu. Dia kalau makan ni berkali-kali boleh tambah. Personally paprik ni pun memang fav aku jugak. Time dating dulu memang banyak kali aku makan ni, sampai mrhubby tanya, tak jemu ke asik makan paprik je hehe..
Ikutkan semalam aku nak beli je makanan tapi aku macam tak yakin la nak beli makanan kat luar (kecuali dari penjual yang aku yakin je la), so dalam penat-penat semalam gigihkan diri la jugak masak..Ala paprik ni la senang sebab kau campak je sayur semua kat dalam tu..Yang penting habis makanan kan..
Oklah, selamat bercuti pada yang bercuti. Aku dah mula isi tarikh cuti, yeayy, tiga hari je..
Thanks pada yang sudi baca yea!
Sekian..