Kisahnya berlaku Rabu baru ni.
Dalam pukul 4 lebih gitu, mrhubby whatsapp aku yang waktu tu masih di ofis dan bagitau yang dia dan Zarif tertido sampai pukul 4 dan terlepas waktu untuk ambil Zara balik dari sekolah agama..
Dia terus bangun sebab teringatkan Zara..Dengan Zarif nya tak pergi sekolah agama sebab tertido. Yup selalunya mrhubby akan alert waktu Zara balik sekolah agama. Sebab waktu dia nak hantar Zarif pukul 3.30 tu adalah waktu dia kena ambil Zara sekali.
TAPI, haritu nak jadik cerita kan. Maybe mrhubby penat sangat tu yang dia tertido dengan Zarif sekali, langsung tak sedar apa.
Dipendekkan cerita, mrhubby pun keluar la nak pergi ambil Zara ni kan, dia dah terperasan Zara yang kecik lemah gemalai tu dah sampai kedai dekat taman aku...Wehh, korang tau tak jarak dari sekolah agama tu kalau betul-betul ke rumah aku tu adalah nearly 1 km kot (anggaran je) tapi still jauh untuk budak baya Zara yang mana Zara kena jalan kaki dari sekolah agama tu keluar ke jalan raya besar lepas tu naik pulak jejantas besar, turun lagi ke tepi jalan raya nak masuk ke taman aku, grrrr....
Selama ni Zarif jalan kaki aku ok je sebab Zarif tu badan besar, ada taekwando..Memang aku yakin sangat kat dia plus dia ada kawan-kawan..Ni alahai Zara kot, dah la kecik cinonet je, lemah gemalai, takde taekwando..Perempuan kottt? Dahlah zaman ni macam-macam hal boleh berlaku kan..
Of course aku risau..Kalau apa-apa jadik kat dia kan susah. Lepas tu mrhubby kata bila jumpa dia, macam dia nangis sikit ke apa ke kan..Memang sejak dia sekolah rendah dan sekolah agama tak pernah la kitaorang lepaskan dia jalan kaki..Memang tak benarkan la. Zarif je kitaorang benarkan sebab macam aku cakap dia ada kelebihan sebab badan dia besar dan dia ada taekwando, huhu..
Haihh la, harap-harap la lepas ni takde la berlaku lagi kes camni. Alhamdulillah semuanya selamat kan. Tapi still aku risau. Aku dan mrhubby pun dah pesan kat Zara, kalau apa-apa jadik lepas ni kalau lambat ke apa ke kan, masuk balik sekolah agama jumpa cikgu mintak cikgu call kan kitaorang dan jangan jalan kaki lagi. Agaknya masa tu dia panik kot dah takde orang tu pasal dia jalan kaki sebab sepatutnya lepas balik sekolah agama tu dia ada kelas mengaji.
Dulu-dulu masa aku seusia Zara ni takde hal pun jalan kaki pergi balik sekolah agama, tapi tu duluu, takde kes-kes jenayah, rogol, culik dan lain-lain yang berlaku macam sekarang. Ni sekarang kita kena alert dengan keselamatan anak-anak.
Semoga perkara ni jadi iktibar untuk aku dan mrhubby. Baru malam tadi aku bagitau mak aku sebab aku tau kalau aku bagitau awal confirm kena bebel dan mak akan risau. So malam tadi aku tido umah mak baru la aku bagitau, hehe..
Sekianlah kisah panik kitaorang.
Yang penting alhamdulillah semua selamat.
Terima kasih kerana sudi baca.