Asssalamualaikum..
Sekian lama tak update blog ni. Tetiba merajinkan diri sempena bulan puasa yang mulia ni. Ini pun update dari phone ok.
Alhamdulillah masih berkesempatan menjengah bulan Ramadhan yang mulia ni, alhamdulillah. Entah tahun depan dapat jumpa Ramadhan entah tidak. Apa pun alhamdulillah untuk permulaan hari ini.
Seronoknya bulan Ramadhan kali ni bila cuti sekolah bermula serentak dengan bulan puasa. So takde alasan la nak penat, letih dan macam-macam ye anak-anak. Tuhan dah bagi nikmat tu puasa dengan cuti sekolah sekali hehe. Tapi aku takde la nak cuti sekali dengan diaorang. Aku akan kerja macam biasa je maybe takde cuti kot. Takut kalau aku cuti aku nak marah je pasal nya aku ni pantang sikit kalau puasa orang dok melepek je tak buat kerja.. So baikla aku kerja.
Biar budak-budak dengan bapak budak duduk rumah dan settle la apa yang patut kan.. Pasalnya aku ni kalau puasa kerja-kerja rumah tetap on tapi dalam keadaan yang berpada la.. Tak tau la kenapa, kadang nanti mrhubby kata tak penat ke.. Sabar la ni kan puasa..
Ehh, aku dah terbiasa kot ikut rentak mak abah aku masa kecik-kecik dulu.. Abah aku tu time puasa lagi la aktif tau, mengemas dan buat kerja rumah tak henti. Rehat dan tido kejap pun time sebelum solat zohor dengan petang kejap je.
Kesimpulannya boleh rehat tapi jangan la time puasa ni asyiklah tido dengan nengok TV je... Itu yg kadang aku asik nak marah je huhu.. Untuk itu, aku rela kerja dari cuti hehe..
Okla aku rasa tu je buat masa sekarang. Rasa macam dah banyak sangat aku menaip ni. Nanti aku akan update lagi ye.. Ni baru nak datang mood rajin untuk update blog. Semoga aku terus istiqamah la yea.
Selamat berpuasa untuk semua. Semoga Ramadhan ini antara yang terbaik untuk kita semua ye..
Sekian.
Terima kasih sudi baca.