Salam..
Ni aku nak kisahkan masa majlis perkahwinan anak bos aku.
Rasa macam rugi kalau tak selit dalam entry blog hehe..
Walaupun majlis dah pun berlangsung sebulan yang lalu iaitu pada 23 September 2017 tetapi kenangan tu masih ada.
Bila dipanggil untuk menolong bos mestilah aku tak tolak kan, lagipun ni pertama kali kena bekerja dengan bos baru ditambah kena menolong di majlis perkahwinan anaknya, satu pengalaman baru.
Nah layan gambar je la yea, biar gambar berbicara gitu..
Ecehh, gambar depan rumah..
Padahal masa ni hujan lebat ok..
Ok dah sampai rumah bos, gambar depan pelamin pulak
Kain kitaorang semua disponsor oleh bos...
Bajet sopan gitu dayang-dayang kononnya hehe
Ni adalah sebahagian team aka officemate dari International Office
Dengan student bos aku..
Dengan Kak Ayue..
Bos aku buat khemah makan-makan kat area belakang rumah dia
Kawasan memang luas tapi tetamu memang penat sikit la jalan kaki dari depan ke belakang
Muka lega semua lepas makan..
Kalau tak, sebelum tu semua lemah je, letih ko buat kerja hehe..
Dengan bos aku - Profesor Dr Noraini Kaprawi
Ni muka dah nak balik dah..
Dah lencun baju, peluh bukan menitik lagi dah jurai abis dah hehe..
Mekap pun dah mencair..
Ok itu la pengantin dengan mak ayah serta Sultan Johor ok..
Tapi aku tak dapat pun salam sultan pasal busy gituuu layan tetamu haha..
Terima kasih bos sebab bagi peluang bersama-sama dalam majlis ni, penat pun tapi rasa berbaloi sangat..Lupa pulak nak amik gambar cenderahati yang bos bagi. Semua tetamu dapat 3 botol kicap Jalen dan 1 botol sos cili, memang terbaik la..
Sumber gambar ni dari pelbagai handphone dan gambar yang last tu dari photographer rasmi pengantin..
Ok la..
Thanks siapa yang sudi singgah dan baca entry ni..
End.