20.2.18

Zarif 13 tahun - 31 Januari 2018

Salam.

Hi, baru nak buat post tentang hari lahir Zarif yang ke 13 tahun pada 31 Januari 2018 yang lalu.

Kebetulan tarikh 31hb Januari tu adalah hari cuti umum sempena Thaipusam, ha memang elok sangat la tu dapat cuti umum. Asalnya takde plan apa-apa tapi Zarif dan team rugby dia ada latihan la pulak. Tiba-tiba dapat idea nak buat makan-makan bagi Zarif dan kawan-kawan dia. So gigih la ibu dan abah hari tu prepare macam-macam. 

Nak jadikan cerita, pagi tu la baru nak buat cupcake kan, konon nak fresh la..Faham je la bila melibatkan budak2 rugby lepas tu budak lelaki mesti la makan banyak kan. So aku nak buat cupcake 2 adunan. Tengah2 adun tu, handmixer aku buat perangai..Terus stuck kau, padahal lama tak baking tuu, padan la muka..

Nasib la Tesco dalam taman perumahan je, tunggu la Tesco bukak jam 8.30 pagi [malu wei nak g Tesco seawal pagi tapi kena jugak sebab nak kena beli handmixer tu].

 Ha gigih tak gigih ko, demi anak tersayang kannn...
Ala beli yang murah jer buat sementara..


Dah dapat tu, apa lagi balik rumah, terus la aku dan mrhubby pulun buat apa yang patut. Aku nak buat buttervanilla cupcake dan topping buttercream, makaroni goreng dengan keropok je. Ala menu simple dan sempoi kata orang. Tapi nak siapkan semua tu sebelum pukul 11 pagi, bayangkan la camana kitaorang kat dapur tu..

Tengah fokus dengan segala kerja kat dapur tu, tetiba dapat pulak whatsapp dari mak yang nak datang rumah aku tengah hari tu..Waa, apa lagi makin huru hara la aku. Dengan rumah yang tak senonoh, dapur yang berkecah hehe..

 Buttervanilla cupcakes with buttercream toppings

Makaroni goreng daging simple




Oh kek lagi satu tu, jurulatih yang belikan sebab ada dua orang yang sambut hari lahir
Gitu la bila bersama dengan kawan-kawan
Bila mrhubby kata makanan laju je abis, aku dah cuak la [aku takde kat sekolah] takut tak cukup kan..Tapi nama pun makan santai-santai hehe..


 Terima kasih mak, abah dan makcik aku yang sudi datang hari tu

 Terima kasih mak yang sudi masakkan pulut kuning dan rendang ayam, alhamdulillah

 Semua pun kekenyangan

 Malam tu saja surprise kan dia coklat dan belon hehe
Thanks kat kawan aku sebab sudi amik order walaupun last minit
Malam ni juga adalah malam yang berlakunya gerhana bulan tu..


Untuk Muhammad Zarif, ibu abah dan adik-adik akan selalu doakan yang terbaik untuk Zarif. Jadilah anak yang patuh pada suruhan Allah dan mendengar kata kedua ibu bapa. Juga jadilah seorang abang yang penyayang dan pelindung pada adik-adik yang dikasihi. Jangan mudah terpedaya dengan fitnah dan hasutan luar yang boleh merosakkan diri Zarif. Love you forever.

Ha, habis jugak entry ni hehe.
Banyak lagi entry tertunda niii...

Sekian, terima kasih bagi yang sudi baca.

-End-








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...