30.7.15

Riang raya kedua 2015


Raya kedua aku sebenarnya takdelah ke mana. Memang lazimnya raya kedua memang kat rumah parents aku je menerima tetamu.

So raya kedua haritu aku dan adik-adik aku memang bertungkus lumus kat dapur. Seawal 11 pagi menerima tetamu sampailah ke tengah malam. Phewww, pandai-pandailah cari masa nak berehat. Memang penat tapi seronok sangat dapat jumpa sedara mara yang jumpanya setahun sekali time raya ni la..

Kitaorang masak soto jer. Itupun berapa kali tambah kuah, begedil dan ayamnya...Tapi alhamdulillah semua pun habis, kalau ada lebih pun sikit je..Malam tu tido kepenatan oii, tapi nama pun raya, so memanglah penat.


Adik bongsu aku Yana paksa aku buat kek semata-mata nak letak dalam bekas kek yang dia baru hadiahkan kat mak aku. Padahal sebelum ni aku dah pernah buat kek ni, tapi nak dijadikan cerita pagi raya kedua tu, kali ketiga barulah menjadi kek ini tau..Dua kali cubaan sebelum tu hmmm..Ala kek senang ni, Victoria Sandwich Kek jer, ni pun aku dapat rasa sikit jer.


Eh mengada sangat budak kecik, entah apa dia nengok dan fikir tu hehe


 Kat tengah tu makcik aku aka kakak mak aku


Tudung purple menantu makcik aku dan tudung coklat kanan tu anak makcik aku :)


Family aku dan keseluruhan family makcik aku, meriah weii
Ni la tetamu akhir kitaorang hari raya kedua malam tu


Kalau  nak ikutkan memang banyak gambar untuk raya kedua ni tapi entah kenapa tak amik ek. Maybe sebab dah kelam kabut ke atau memang kitaorang dok sibuk kat dapur tu pasal la tak amik gambar..End up aku bongkar gambar ni je untuk raya kedua..Takpelah janji ada dari takde.

Dah tunggu raya ketiga pulak haha..
Penat la hehe..

Sekian, tq sudi baca ~



27.7.15

Riang raya pertama 2015

Ok sekarang meh la kita nengok gambar raya yang biasa-biasa jer dari aku dan keluarga. Ni hanya untuk raya pertama masa hari Jumaat 17 Julai hari tu.

Kitaorang makan dulu sebelum solat. Balik dari solat dan siap-siap mulalah sesi mintak maaf semua. Macam aku cakap kali ni meriah sikit sebab ada adik ipar baru (excited sebab tu la satu-satunya adik ipar perempuan yang ada). Kira satu pengalaman baru untuk dia beraya di Johor buat pertama kalinya.

Masa raya pertama ni takde adik aku yang kedua (memang tiap tahun dia akan balik pagi raya kedua). 

Aku dengan mak sama-sama pakai Aidijuma..:)

Suppose aku patut pakai tudung plain tapi tak sempat nak beli, end up pakai je la tudung apa yang ada, yang penting buat-buat confident la..Aku memang takde cari baju beria, malas pun ye, ada baju kat tailor pun aku tak amik lagi..Memang malas je tahun ni..


Nengok Aisyah ni mengada nak salam pun nak kena berteman..Tu dia pakai baju kakak dia, so sweet. Memang aku tak belikan Aisyah baju kurung baru sebab aku nak dia pakai baju kakak dia..:) Lagipun baju kurung tu molek lagi tau, rugi kalau beli baru, biarlah tak bertema pun..Cekak rambut tu sumbangan dari adik bongsu aku, meriah tak agak-agak..

Gambar salam yang lain takde pasal bergegar, ni je yang kurang gegarannya hehe..



Ni kalau gambar terang ni confirm dari hp abah aku..Benci nampak aku gemuk kat situ tapi tak kisahlah gemuk senang hati haha..


L- Ecah (adik ipar) - Rai (adik no 3) - aku - Yana (adik no 5 aka bongsu)


Kami sekeluarga - see takde tema kan..
Actually nak tema kelabu tapi takpe la, lecehla nak sedondon-dondon ni..
Colorful kan cantik..


Ok ni versi separuh badan :)
Nampak kan Aisyah punya cekak yang menyerlah dalam gambar, lain semua tenggelam dek cekak dia tu..


Dah jomlah kita gerak ke kampung sebelah mak di Rengit dan Pontian..
Kalau dok bergambar tak sudah-sudah bilanya nak gerak dengan sebenarnya kitaorang dah berlengas tau, padahal baru amik gambar je tu..


Lagipun Jumaat tu nak kena gerak awal sebab yang lelaki nak kejar Solat Jumaat kan..Dari rumah mak aku kat Batu Pahat tu nak gerak ke Rengit adalah dalam setengah jam ke 40 minit la..Tak jauh kan, tapiii...


Budak kecik ni boleh sedap tido sampailah ke rumah makcik aku tu..Kat rumah tu pun dia bantai tido kat katil dari mula datang sampailah nak balik, itupun aku yang kejutkan ok..Kalau tak kejut tu, tak tau la sampai bila dia nak bangun..


Ha budak kecik tu dah baru bangun la tu..
Yang duduk sebelah mak aku pakai tudung hijau tu la makcik aku aka kakak mak aku yang kitaorang panggil uteh.


Dari umah uteh tu gerak umah makcik aku lagi satu (kakak pada mak aku yang kitaorang panggil maknjang) tapi kat situ kitaorang tak amik gambar la pulak..Maklumlah sampai situ tahap berlengas kitaorang dah macam apa ntah..Rasa macam nak mandi tapi tak mandi, pasrah la kitaorang dalam tahap berlengas tu. Rehat, makan, solat (sementara yang lelaki pegi Solat Jumaat). Untuk Aisyah haruslah aku mandikan dia..Nengok dia mandi, rasa best je..Memang raya pertama tu cuaca panas ok.

Dari Rengit kitaorang gerak ke Pontian pulak ke rumah kakak mak lagi kat situ. Perjalanan adalah dalam 40 minit. Aku tido la apa lagi, ngantuk sungguh.



See, ni baju kakak Zara lagi, hehe.. Cuma seluar tu je aku alter bagi pendekkan sikit. .:)
Nampak kan cuaca sangat panas tuu..


Tapi kat sini ada budak tu nak jadik Cinderella ok.


Nama pun raya kan, mestilah penat. Dia dah sedap tido kat dalam kereta, bila kena kejutkan memanglah mengamuk. Zara ni la satu peel dia, pantang kalau kena kejut bila dia dah sedap tido (macam perangai aku ok tapi dia teruk lagi huhu) 


Sambil jalan nak masuk rumah mengamuk-ngamuk lepas tu sandal siap tertanggal, dia boleh biarkan je dan jalan kaki panas-panas macam tu..Kitaorang biarkan dia layan moody dia tu sampai la dia ok balik, hai la anak..

Kat rumah makcik aku ni memang sedap je makan, padahal dalam kereta aku cakap dengan mrhubby takmo makan lagi. Sekali bila nengok menunya, laju je tangan aku menambah, pasrah je la.. 

Kat sini pun tak bergambar agaknya sedap makan tu yang tak larat nak bergambar hehe..Dari rumah makcik aku ni, kita menuju ke rumah akhir di Benut Pontian, tak jauh pun.


Nahla gambar empunya diri, memang dah tahap letih dan berlengas tahap apa ntah..


Ni budak-budak memang tak reti penat dan tak reti dok diam.
Tak rupa orang pun ye jugak hehe


Kat rumah ni memang sakan masing-masing bergambar..Eh tapi kan kitaorang dah masuk dulu rumah ni dah berbual dan makan minum semua, takdelah sampai-sampai terus bergambar tak molek la kalau cam tu kan hehe..


Ecah - Rai - Alip (suami Rai) - mrhubby

Settle rumah ni terus kitaorang balik BP..Memang raya pertama hebat untuk kitaorang. Kenangan yang tak boleh dilupakan. 


Keletihan diaorang mewakili keletihan kitaorang jugak :)


So end day 1, esok sambung day 2 pulak..
Malas aku nak edit gambar, terus letak la semuanya..

Sekian tq sudi baca ~













23.7.15

Menu Raya 2015 | Antara fav - Burasak

Salam bersiaran kembali hehe.

Blog pun mau cuti raya jugak, memang raya kali ni paling puas hati la. Gembira la ada adik ipar baru kan lepas tu semua pun ada hari raya ni walaupun ada yang balik raya kedua tapi tetap meriah..

Jomlah kita nengok menu mak aku hari raya haritu.

Selalunya kitaorang makan ketupat je tapi kali ni bukan takat ketupat, tapi ada macam-macam..


Ketupat palas - ni mak mertua adik aku buat, first time aku makan..


Ada burasak dan lemang jugak...

Rendang ayam dah tentulah kena ada, nyumss sedappp

Ini keseluruhan menu masa raya pertama hari tu - syukur alhamdulillah


Ok now aku nak cerita pasal makanan orang bugis -Burasak..Setiap kali raya ni antara favourite mrhubby. Selalunya kat rumah mak aku memang ketupat je. Tapi kali ni macam-macam ada termasuklah burasak ni.

Dua hari sebelum raya sempatlah aku order dengan kawan sepupu kat Rengit. Korang yang tak pernah nengok meh nengok kat bawah ni;


Burasak ni beza dengan ketupat sebab dia dimasak dengan santan dan dibungkus dengan daun pisang muda. Korang boleh google je resipi burasak ni yea..Aku tak tau detail sebab aku pun tak reti masak burasak ni tau makan je hehe...


Nengok tu berapa lapis dibungkus dengan daun pisang tu..

Dalam tu ada 6 keping burasak, yang aku beli ni harganya RM10 untuk 6 keping (dalam 1 bungkus). Haritu aku beli RM80, untuk makan kat rumah RM40 je bakinya tu semua untuk adik-adik aku bawak balik KL.

Ikutkan burasak ni makannya dengan asam pedas ikan parang. Tapi kitaorang tak makan pun dengan asam pedas ikan parang tu tapi makan dengan serunding dan rendang jer.

Lupa pulak nak amik gambar isi dalam tu, eh tapi korang google je la ek, boleh nengok isi dalamnya, sedap tauuu..

Ok tq sudi baca.
Nanti esok lusa aku update lagi gambar yea..






15.7.15

Salam Aidilfitri 2015

Ulang tayang gambar tahun lepas

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap, terkecil hati dan terkasar bahasa jika ada yang terasa dengan tulisan di blog ini (harap takde la, huhu). 

Bagi yang nak berjalan jauh dan bertolak ke kampung, semoga berhati-hati di jalanraya yea. Jangan drive laju-laju, biar lambat asalkan selamat yea. 

Moga panjang umur kita akan berjumpa di Ramadhan yang akan datang..

Love all ~

Sekian, tq sudi baca!!

13.7.15

Hari Raya - Guna dan pakai semula yang lama

Lebih kurang 4 hari lagi nak beraya.

Pada aku biasa-biasa jer. Sambutan lebih bermakna kalau kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna di bulan Ramadhan yang mulia. Sedih bila Ramadhan dah nak abis, rasa macam baru je puasa tiba-tiba dah nak abis, entah dapat bertemu lagi ke tak tahun depan. Moga dipanjangkan umur untuk bersama lagi pada tahun depan dengan kesihatan yang lebih baik.

Aku akan mula bercuti dari Khamis, Isnin dan Selasa depan. Masuk kerja semula sama hari dengan budak-budak naik sekolah. Tapi, kalau ada perkara-perkara yang urgent maybe aku akan naik awal kot pasal ada banyak perkara nak selesaikan naik cuti nanti. Kawan-kawan aku pun ramai naik kerja hari raya keempat tu (Hari Isnin).


Haritu teringin sangat nak makan mi kari, masak kejap je untuk diri sendiri pasal orang lain takmo makan mi kari, apa laa..rugii..


Ok dah berapa tahun memang tak tukar langsir baru (padahal langsir bilik je..Selagi boleh guna meh la kita basuh dan guna semula, takyah membazir)


Ni pun tikar basuh dan guna semula..Lagipun raya ni kejap je so takde la sakan sangat pun..Ekonomi tak stabil ni memang takde nak beli baru ke apa ke..


Last week antar kasut kat cobbler, kebetulan aku ada sepasang kasut yang masih elok lagi. Tapi aku pakai baru berapa kali lepas tu talinya terputus..Then cobbler ni betulkan cuma RM4 saja, yeayy..Puas hati tau..Tq mrcobbler!


Aha, haritu tetiba ada kawan tanya bukak order tak choc chip cookies..Memang aku tak open order pasal tau kemampuan diri. Tapi bila dia kata dia teringin nak, so aku buatlah untuk dia, insya allah hari ni siap, esok boleh hantar. Aha, last-last minit buat cookies barulah fresh kan..Tq ain sebab percaya akak..Lain kali kalau nak boleh order lagi yea, takyah tunggu raya pun boleh order ikut kemampuan diri jugak hehe..

Tapi ada lagi beberapa balang nak siapkan untuk makcik dan jiran. Oklah tu untuk tambah duit kocek tepi..:)


Sekian, tq sudi baca yea!
Aku tau mood semua memang nak beraya tapi aku ok lagi ni..







6.7.15

Cerita petang kelmarin

Ok gini kisahnya..

Dalam 15-20 minit sebelum berbuka, waktu aku tengah berehat kat bilik, mrhubby tengah mandi, Zarif masuk ke bilik dan bagitau, "Ibu, ada orang datang rumah la, dia nak jual barang.."

Adui malas betul rasanya aku nak keluar dahlah nak dekat maghrib lagi kan, mrhubby dalam toilet la pulak. Aku suruh Zarif tanya, dia jual apa..Zarif jawab acuh tak acuhla, cakap tak tau dan paksa aku keluar..

Dan, Zara pulak dengan beraninya boleh terus meluru keluar tanya orang tu..

"Ibu, cepatlah keluar..Orang tu jual keropok la.."

Alamak, aku dahla tak keluarkan duit lagi, ada RM1 je dalam purse..Lepas tu malas pulak nak panggil mrhubby kat toilet tu..

Aku pun terus keluar dari bilik dan jengah dari pintu je.

"Kenapa yea"

Lelaki yang agak muda dalam akhir 20-an kot, kulit sawo matang, sambil galas beg biru besar ala-ala beg plastik Ikea tu kat bahu..

Bercakap dalam loghat Terengganu (tapi aku tak reti nak tulis dalam loghat tu so aku tulis biasa je k)

"Akak, beli keropok kak, 3 paket RM10"

Aku yang macam blur dan sengal terus cakap "Eh, takpelah saya dah ada.."

Kebetulan memang ada banyak keropok kat rumah, haritu kawan mrhubby pun belikan dari Terengganu lepas tu salah sorang pensyarah kat fakulti aku pun ada bagi keropok jugak..

"Akak...tolonglah beli keropok ni, satu peket RM4 jer.."

Alahai sayunya hati, dahlah nak dekat waktu berbuka..So aku terus keluarkan RM1 yang ada dan korek tabung emergency.

Terus bagi kat Zara dan beli satu paket keropok tu..

Dia terus ucap terima kasih dan berlalu ke rumah sebelah..

Masuk je dalam rumah, Zarif dan Zara terus marah aku..

"Apalah ibu ni, dengarlah dulu dia cakap, ni dia baru cakap 3 paket RM10, terus ibu cakap dah ada keropok.."

"Kan lepas tu dia kata kalau beli satu RM4 jer, kesian dia tau, takde duit agaknya.."

Dalam kecoh-kecoh tu, mrhubby keluar dari toilet dan tanya apa hal..Zarif pun mulalah cerita (biasalah kepoh hehe)

"Kenapa awak tak amik purse saya dalam kereta?"

Ala, aku pun tak terfikir nak amik purse ke apa ke..Fikir nak buka je time tu..:)

Ok, ni dugaan dalam bulan puasa apatah lagi hampir kepada waktu berbuka. Maybe dia sangat memerlukan duit waktu tu, taknak mintak sedekah at least dia menjual keropok. Yelah dalam situasi ekonomi negara yang sangat hangat diperkatakan sekarang, rakyat memang terdesak. Mereka akan buat apa saja untuk dapatkan duit.

RM4 pada orang lain maybe tak besar, pada aku besar nilainya (bila tak berduit), dan pada lelaki itu maybe sangat tak ternilai harganya..

Teringat tulisan Irfan Khairi, rezeki setiap orang berbeza-beza. Itu rezeki dia pada petang itu, Aku harap dia dapat lebih. 

Aku tau Zarif dan Zara kalau tiba bab-bab ni, diaorang memang cepat simpati. Cuma aku ni adakalanya skeptikal dengan orang yang kita tak kenal. Ya Allah mohon Tuhan terus bersihkan hati ni di bulan yang baik ini.

Sekian, tq sudi baca ~




1.7.15

Bersyukur | Harga minyak naik lagi

Macam-macam kisah berlaku minggu ni la, selain dari kes budak didera tu adalah kisah artis yang tu la, amboi bulan puasa ni kot, banyak-banyak taubat dan beringatlah yea. Semalam aku baca macam dia dah mintak maaf, kalau betul kira oklah maklumlah aku takdela follow dia kat media sosial ni semua, tak kuasa tauuu..

Malam tadi korang nengok tak? Tak tau lah korang nengok ke tak? Tapi aku nengok rancangan Sembang Sahur pukul 11 malam tadi, antara slot dalam rancangan tu adalah beberapa orang pengacara TV3 dengan selebriti dan ustaz pergi bersahur ke salah sebuah rumah di Kuala Krai Kelantan. Allah sedihnya, pakcik tu duduk kat rumah transit tapi depan rumah dia tu ada 2,3 khemah untuk ahli keluarga dia seramai 21 orang la..Ehh sedih ok bersungguh-sungguh aku nangis tau. Pakcik tu OKU dan tak kerja tapi ada anak dia yang kerja la untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Dapur diaorang pun kat khemah je, kalau time hujan lebat siap bocor lagi. Ya Allah, hebat kan ujian diaorang semua. Ustaz yang datang tu pun cakap la, di sebalik ujian ni semua kita kena sentiasa rasa bersyukur, insya allah ada hikmah di sebalik semua ni. Masa sahur tu, team Mcdonalds datang dan bawak bekalan makanan untuk anak-anak kecik semua, lagi laju air mata aku mengalir. Memang sebak sangat mengenangkan ada nasib orang lain yang lebih susah dari kita.

Ye, kita kena sentiasa bersyukur. Macam kita selalu ada pilihan untuk makan apa setiap kali waktu berbuka dan bersahur tapi diaorang ataupun mereka-mereka yang nasibnya tak sebaik kita, belum tentu ada pilihan dan mungkin berfikir nak makan apa? Yelah mungkin diaorang takde duit dan lain-lain untuk beli makanan..

Sebab tu untuk raya kali ni aku takde beria pun, serius tak beria sangat mengenangkan bajet yang ketat, selain segala-galanya naik harga..Kalau bersiap pun lebih kepada anak-anak je la. Mereka berhak gembira. Untuk aku dan mrhubby segalanya biasa saja.

Start tengah malam tadi, harga minyak naik lagi, RON 95 - 10 sen manakala RON 97 - 20 sen. Yea, apalagi nak cakap --- tabah jela. Kalau bising-bising pun bukannya ada pilihan lain kan? Suka tak suka kena jugak isi minyak, haihhh..

Aku rasa orang-orang atasan ni kita kena suruh dia masuk program realiti la. Cuba duduk dan selami selama seminggu ke dua minggu kehidupan rakyat marhaen ni, nengok mampu ke tak mampu nak survive..

Sakit jiwa tau.

Sekian, tq sudi baca..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...