13.7.15

Hari Raya - Guna dan pakai semula yang lama

Lebih kurang 4 hari lagi nak beraya.

Pada aku biasa-biasa jer. Sambutan lebih bermakna kalau kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna di bulan Ramadhan yang mulia. Sedih bila Ramadhan dah nak abis, rasa macam baru je puasa tiba-tiba dah nak abis, entah dapat bertemu lagi ke tak tahun depan. Moga dipanjangkan umur untuk bersama lagi pada tahun depan dengan kesihatan yang lebih baik.

Aku akan mula bercuti dari Khamis, Isnin dan Selasa depan. Masuk kerja semula sama hari dengan budak-budak naik sekolah. Tapi, kalau ada perkara-perkara yang urgent maybe aku akan naik awal kot pasal ada banyak perkara nak selesaikan naik cuti nanti. Kawan-kawan aku pun ramai naik kerja hari raya keempat tu (Hari Isnin).


Haritu teringin sangat nak makan mi kari, masak kejap je untuk diri sendiri pasal orang lain takmo makan mi kari, apa laa..rugii..


Ok dah berapa tahun memang tak tukar langsir baru (padahal langsir bilik je..Selagi boleh guna meh la kita basuh dan guna semula, takyah membazir)


Ni pun tikar basuh dan guna semula..Lagipun raya ni kejap je so takde la sakan sangat pun..Ekonomi tak stabil ni memang takde nak beli baru ke apa ke..


Last week antar kasut kat cobbler, kebetulan aku ada sepasang kasut yang masih elok lagi. Tapi aku pakai baru berapa kali lepas tu talinya terputus..Then cobbler ni betulkan cuma RM4 saja, yeayy..Puas hati tau..Tq mrcobbler!


Aha, haritu tetiba ada kawan tanya bukak order tak choc chip cookies..Memang aku tak open order pasal tau kemampuan diri. Tapi bila dia kata dia teringin nak, so aku buatlah untuk dia, insya allah hari ni siap, esok boleh hantar. Aha, last-last minit buat cookies barulah fresh kan..Tq ain sebab percaya akak..Lain kali kalau nak boleh order lagi yea, takyah tunggu raya pun boleh order ikut kemampuan diri jugak hehe..

Tapi ada lagi beberapa balang nak siapkan untuk makcik dan jiran. Oklah tu untuk tambah duit kocek tepi..:)


Sekian, tq sudi baca yea!
Aku tau mood semua memang nak beraya tapi aku ok lagi ni..







6 comments:

  1. Yeay!TQ tau kak..sudi watkan utk ain..syg akk ketat!!

    ReplyDelete
  2. sama lah....saya pun apa yg elok dan boleh di gunakan dari tahun2 sudah di gunakan kembali utk tahun ni. persiapan yg ckup sederhana

    ReplyDelete
  3. akak pun tak tukar langsir, baju pun sepasang je, kuih tahun ni buat 4 jenis, tp cik din ada gak yg dia tunjuk, kata dia tak sampai hati bila org masuk bilik dia tunjuk kuih tp tak beli langsung huhu.

    ReplyDelete
  4. samalah aku nok...tak tukar baru apa pun..yang penting kelengkapan anak2 je...
    kami sgt besederhana tahun ni..kuih pun beli 3 jenis je..haha...

    ReplyDelete
  5. betul tu, yang mana kita boleh jimat dan pakai lagi xpayah membazir..

    Berbelanja pada yg betul2 keperluan sahaja

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...