17.7.13

Habis pantang & Baby Aisyah

Officially aku dah habis pantang yeay..Tapi tu tak bermakna aku boleh berjalan-jalan sukahati. Setakat keluar rumah dok dalam kereta dan pusing-pusing je. 

Baby Zahia Aisyah pun dah sebulan lebih..:)

Perkembangan baby? Alhamdulillah so far so good. Tapi sejak kebelakangan ni memang aku diduga. Ohhh, nasib cuti 3 bulan. Aisyah kerap terjaga lewat malam sampailah ke awal pagi...Mencabar kan? Kadang dia tido jam 3 pagi, kadang 4 dan haritu pukul 6 pagi baru dia nak tido ok??? Wahh sangat mencabar..

Mungkin disebabkan dia banyak tido siang kot. Tapi ada jugak masanya bila siang dia berjaga, lewat malam pun dia buat perangai, hmm. So aku layankan ajelah. Waktu berjaga tu dia menangis hanya nak susu, lepas tu dia nak orang main dan agah-agah dia je. Takpe, aku akan tune masa supaya dia tau bezakan waktu siang dan malam. Bayangkan kalau aku dah mula kerja dia berjaga macam tu, tension la jugak kan...

Bila abang dan kakak dia balik sekolah, aku suruh jer diaorang main-main dengan baby Aisyah tapi still baby nak tido jugak, hmmm..Waktu orang tak layan dia sangat masa tu pulak dia terjaga, hehe..

Eh, kadang macam tak percaya pulak dah ada 3 anak tau..Rasa seronok sangat walaupun agak sibuk. 




9 comments:

  1. Aisyah lahir siang tu pasal dia suka berjaga malam kot Huda. Amani pula lahir malam suka tido malam, siang asyik jaga je, susah juga akak nak buat kerja asyik nak layan dia....

    Ni teori akak je...hihi.

    gambar pertama tu nampak Aisyah betul muka Zarif, tp bila dah gambar berdua dengan zarif takdelah sangat, iras tu tetap adalah.

    ReplyDelete
  2. Masih baru lagilah Huda. Masuk dua-tiga bulan dia dah bula selesa tidur malam. Jgn bimbang kadang ada baby jenis macam ini especially yg jenis suka tidur siang.

    Lagi ramai anak memang lagi seronok..

    ReplyDelete
  3. yeay!!! merdeka....tahniah2....comey baby....

    ReplyDelete
  4. Eh! Baby Aisyah dkt2 wajah dgn abang Zarif. Comel je tgk 3 beradik ni. Hehehehehe!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, dah habis pantang...
    seronok abang/kakak ada adik kecil..

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak blogging..dah habis pantang baru nak wish Welcome kat baby Aisyah.

    Umur macam ni mmg jadi burung hantu mama-mama semua. Dengan kerap bangun menyusu. Mujur bila dah nak naik keje, rutin dah berubah. Takpelah, nak manja-manja dgn ibu dulu kan, Aisyah?

    ReplyDelete
  7. baby aisyah macm muka abang... biasalah tu kak huda.. baby kecilkan mmg byk ragamnya. kena byk sabar yer. Belum tentu lg betulnya lahir siang berjaga malam, lahir malam berjaga siang kak.. Anak Queen sorg lahir malam sorg lahir siang 2-2 elok je tido bila time malam. berjaga bila nk minum susu ajer.

    ReplyDelete
  8. mikhail dulu pun mcm tu..tapi sekarang dia tido dari jam 12mlm sampai 11 pagi..dasyat kan..haha

    ReplyDelete
  9. montelnya aisyah.. hai aisyah. aunty pun ada aisyah jugak :-)welcome back huda. happy blogwalking yeah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...