20.8.13

Raya kedua la pulak | Bila anak tak makan pagi raya

Raya kedua adalah hari yang dok rumah je pasal menerima kedatangan tetamu dari pagi sampailah ke tengah malam. Penat memang tak terkata la sebab keluar masuk dapur tapi seronok sangat sebab bukan selalu dapat jumpa sedara mara..

Aku pulak tak amik banyak gambar raya kedua dan gambar yang ada pun hanyalah gambar budak comel ni je, hehe. Lepas mandi punyalah comel aku siapkan siap dengan headband semua..Itupun amik gambar cepat-cepat sebab Zahia Aisyah ni tak suka benda-benda atas kepala dia..


 Tema ala-ala JDT - merah biru gitu..
Comel je kan..


Aku dah kata kan, dia memang tak suka ada benda atas kepala dia..Tak caya?? Ha..nengok ni, lepas amik gambar yang comel kat atas tu, terus meronta-ronta sampai headband tertutup mata dia, hehe..

Tak comel dahh..


Oh yea semalam aku cakap nak cerita pasal Zarif dan makanan kan..Sebenarnya kan aku baru tau yang Zarif tak suka makan ketupat dan rendang masa hari raya. Senang kata cam gini, masa raya pertama tu masa semua orang dok makan ketupat dan pelbagai makanan lagi, Zarif boleh duduk diam nengok tv je.

Bila aku ajak makan, dia kata tak nak. Masalahnya tahun lepas pun dia buat perangai yang sama. Aku pulak ingat dia nak diet ke kan sebab dia tak cakap pun dia tak suka makan ketupat dan lain-lain maklumlah dia kan jenis makan apa je so tak tau pulak ada benda yang dia tak makan.

Rupanya dia tak suka makan ketupat dengan rendang dan lodeh. Lodeh yang sedap tu dia tak suka makan sebab ada sayur, hai la anak..Sanggup tu dia tahan lapar. Kebanyakan rumah raya pertama tu memang hidang ketupat dengan rendang kan, memang dia tak makan la. Kecuali ada satu rumah tu hidang soto, bukan main dia makan siap hirup kuah soto tu lagi (lapar sangat la tu)..Kesian Zarif dan aku pun sengal jugak, baru tau anak tak suka makan ketupat dengan rendang, sumpah aku ingat Zarif nak diet pagi raya.

Tahun depan kena ubah sikit menu raya ni demi anak, hehe...

7 comments:

  1. Hahahaha sama mcm princess.kalau pakai headband mmg cm tu.hahaha.

    ReplyDelete
  2. Anak-anak kakak dulu masa kecik pun sama macam Zahia tau. Apa je benda atas kepala cepat aje tangan dia capai nak buang, kalau tak sampai boleh menangis..

    Kesian abang tak suka ketupat ye. Tapi bagus juga Zarif ni tak komplen apa-apa - nasib baik Huda dah sedar..

    ReplyDelete
  3. Alahai comelnya. Ini yang tiba2 buat akak teringin nak baby lagi nih.

    ReplyDelete
  4. As-salam HUda..

    Aduhai.. comel betul baby dia.. geram tengok pipi dengan paha baby..

    Alahai.. siannya Zharif.. sanggup berlapar sebab tak suka ya.. kalau auntie ketupat dan rendanglah yang kena ada di pagi raya he..he..

    ReplyDelete
  5. saya masa kecik pun tak suka lemang ketupat, dodol,wajik rendang..dah besar baru rasa semua tu sedap..

    wah!Aisyah dah macam pompom girl la..heheh..

    ReplyDelete
  6. lebih kurang aeish masa kecil tak suka letak apa2 atas kepala...
    tapi tetap comel...

    ingatkan diet yup zarif..rupanya tak makan..

    ReplyDelete
  7. comeynya zahia.. semangat betul badan dia mcm abg zarief.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...