28.5.15

Sambut birthday Aisyah awal | Birthday Umar

Salam hari Khamis..Kejapnya dah nak masuk weekend. Sukalah semua student dan cikgu-cikgu dah nak cuti sekolah, bagi kami kat Johor ni, hari ni kira last la yea, hoooraaayyy!!

Sebelum aku teruskan, nak cakap TAHNIAH pada pasukan JDT kesayangan aku tu yang menang 5-0!!..Woww permainan menarik malam tadi, rasa macam nengok filem yang sangat hebat..Tahniah kerana berjaya mara ke suku akhir AFC..Kita jumpa bulan Ogos nanti, sayang JDT ketat-ketat, muah ciked! :) --ikut style budak zaman sekarang...Good job!! Tahniah TMJ!!

Ok aku pun makin lama makin malas nak update blog, maybe kesan sakit kot tu penyakit malas datang, ok-ok lepas ni aku rajin-rajinkan diri yea, banyak sangat cerita tapi aku up yang penting-penting dulu hehe..

Memandangkan hari ni dah hari Khamis, jomlah kita buat majlis birthday Aisyah hari ni. Ikutkan tarikh lahir dia 2 Jun 2013. Tapi itu kan waktu cuti sekolah, ingat tak, time aku nak lahirkan dia tu, mrhubby mintak aku bersalin cuti sekolah, memang makbul la doa mrhubby tapi kesian la kat dia..Nak buat kat nursery waktu cuti sekolah budak tak ramai so tiap tahun bermula dari tahun lepas memang kita buat makan-makan awal sikit.

So tahun ni aku jadi ibu yang terajin sikit..Selalu memang impian tinggi melangit tak ingat, berlagak nak buat kek sendiri. Oklah, just go on. Sebenarnya bahan-bahan banyak tersimpan dalam fridge tak guna lagi, cream cheese stok mak bagi sampai dah nak expired Jun ni, so dari tak guna meh la kita buat kek..Aku cam biasalah kek yang boleh buat soft cotton japanese cake je. Boleh la kan, janji ada..


Dari lepas maghrib nak sampai ke tengah malam jugak buatnya. Ok takde la hebat, janji dalam tu masak dan ada bentuk kek dan tak bantat oklah..Cuma tepi-tepi tu cam crack sikit tapi lantak la kan..Aku letak cream cheese kat atas tu, pastu tabur serbuk coklat dan badam yang disangai dulu..Sesuka hati aku je buat, haraplah cikgu-cikgtu taska suka dan enjoy makan, kalau ada terkurang dan tak sedap mintak halal la yea..


Lepas tu a few goodies pack untuk kawan-kawan Aisyah aka Yaya (panggilan kat taska). Ala simple je ni, takde apa..Ingat nak buat cam mak-mak kat kelab bento buat, amboi tak cukup masa la. Aku buat apa yagn termampu je la janji anak-anak taska happy.

Pagi ni aku buatkan roti bunga sosej sikit (tak sempat nak amik gambar la, huru hara aku pagi ni) potong kan buah epal dan beli kuih sikit untuk diaorang..

Yang kesian dekat aku dengan Zarif Zara la..Sambil buat sambil ngences nengok pasal semua pun tak boleh makan huhu..Aku cuma cakap nanti ibu buat lagi la untuk korang, ni untuk budak-budak taska..Sabar la yea anak-anak, si Zarif berulangkali cakap, "Eii sedapnya ibu buat untuk diaorang, kita tak dapat pun.." Padahal yang aku buat semua ni dia dah pernah makan pun tapi nama pun budak-budak kan..Takpelah balik nanti aku buatkan untuk diaorang la..

Kebetulan pulak hari ni 28hb adalah hari lahir anak sedara aku UMAR DANIEL yang bijak dan comel tu..Memang Umar ni dengan Aisyah beza setakat 5 hari jer.

Umar sayang, selamat hari lahir Maklong ucapkan. Semoga Umar terus membesar dengan bijak, sihat dan ceria selalu. Semoga Umar juga menjadi anak yang soleh dan hormat orang tua. Sayang Umar selalu yea.:)



Oklah banyak dah ni aku tulis. 
Sampai sini dulu..Thanks sudi baca..

Sekian ~

26.5.15

Bila semua sakit, sakit, sakit...

Minggu lepas memang minggu aku sekeluarga diduga. 

Minggu di mana aku hanya bekerja sehari pada hari Ahad dan hari lain adalah MC. Well memang rekod aku nak clear MC tahun ni lebur dek mc yang banyak tahun ni disebabkan sakit mata. Tak mintak pun memang dr dengan baik hatinya nak bagi huhu..Selalu sehari dua je dah baik, ni hampir seminggu. Minggu ni aku naik kerja pun siap ada cakap macam tak baik lagi mata aku, ehhh takkan nak mc lagi kot..

 Ni MC hari kedua dan ketiga

 Masa ni dapat MC hari keempat

Memula Aisyah demam dan sakit mata, lepas tu berjangkit kat aku, lepas tu Zara pulak. Kiranya weekend kitaorang macam tak weekend la, berulang alik ke klinik saja. Zara pulak semalam baru naik sekolah sebab demam panas dan muntah-muntah, memang lembik sokmo la. Suruh makan ubat punyalah seksa, nak telan antibiotik mrhubby sampai kena bawak dia ke bilik air sebab dia nak muntah. Mindset tu dah cakap nak muntah, baru masuk sikit je tapi muntah yang banyak..So makanlah kat bilik air supaya senang nak muntah huhu..Kalau muntah, masuk lagi ubat sampai la kau tak muntahkan balik..

Penat memang penat, ni pun Aisyah masih lagi selsema dan batuk..Tu lagi satu, nak makan ubat memang seksa jugak menangis dan habis ubat disembur keluar. Ni la orang kata bukan senang nak senang. Nak anak memang best tapi time sakit ni sama-sama kena jaga dan jangan ada yang pentingkan diri.

Aku kena terima anak-anak sakit ni sebab memang lama sangat diaorang tak sakit nak-nak lagi Zara tu, last dia sakit teruk masa baby la..Lain dari tu sihat alhamdulillah, setakat batuk selsema sikit tu biasalah..Hari Ahad tu bila dia demam mrhubby la kena jaga takkan la aku nak cuti sebab aku baru naik kerja, maklumlah MC dah lama sangat, nak mintak cuti dengan bos lagi, takut la pulak. Nasib mrhubby sedia nak amik cuti..Bab ni aku puji kat mrhubby pasal dia tak berkira (tapi kena nengok dengan masa dan tugas jugak, pasal cikgu bukan boleh cuti sebarang - tapi sebab dah abis exam so oklah), pagi Ahad tu terus la whatsapp dengan Pengetua dan GPK dia, alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan.

Takpelah anggap je sakit tu penghapus dosa. Moga semuanya baik-baik untuk kita semua, yang penting cuti sekolah nanti semua sihat hendaknya, walaupun takde plan nak ke mana pun cuma nak berehat-rehat di rumah jer.

Minggu ni Zara dan Zarif ada exam sekolah rendah. Semoga keduanya dapat jawab soalan dengan baik. Petang ni pulak ada sambutan hari guru kat sekolah agama. Baru malam tadi diaorang cakap boleh bawak makanan atau hadiah, alamak penat aku fikir apa la nak bawak petang nanti. Ingat nak buat apam polkadot tapi malas nak buat pulak..Last-last aku buatkan coklat je, ala homemade coklat tu..Sekarang ada kat fridge, tengahari nanti aku masukkan dalam bekas dan ribenkan je la :) 

Tq sudi baca..





22.5.15

Ngeri dengan komen..

Ngeri..

Ngeri sebab baca komen-komen orang kat IG..Kita ni kadang lupa ek pahala dengan dosa. Tak rasa bersalah ke tangan tu menaip menulis benda yang kita tak tau sahih ke tak (rujuk pasal kes bekas suami isteri yang dah cerai yang masih tak settle-settle lagi). Korang mesti tau pasal semalam xwife reveal no phone somebody (malas nak ulas, yang tak tau pegi google, kalau taknak tau lagi bagus).

Well aku tak peduli pasal kes tu pasalnya bukan aku yang terlibat tapi kesian la jugak kat anak-anak diaorang.

Tapi lebih memberi kesan bila yang mengomen tu, amboiii..kalau mulut yang bercakap tu macam nak kena cili la..Tak kiralah korang side mana ke apa ke, tapi macamlah kita ni tau masalah yang diaorang hadapi sampai nak mengata yang bukan-bukan..Korang dah macam batu api tau tak? Dosanya tak tertanggung ok. Bayangkan esok kalau mati, nak merangkak kat padang mahsyar nak mintak maaf, azab ok..

Kita yang orang luar tak tau apa ni dok diam-diam sudah. Doa jelah supaya masalah diaorang ni selesai dengan cara baik..In sya allah ada jalannya tu..Manalah tau ramai-ramai doa, hati yang keras akan jadi cair dan lembut kan..

Ye aku memang ngeri baca komen-komen tu semua sebab aku sendiri tak mampu nak taip dan kondem orang sebegitu rupa..Andai kalau sebelum ni ada yang terlepas mintak maaf la, tapi kalau boleh elakkan la mengata dan jadi batu api pada perkara yang kita sendiri tak tau kesahihannya..Fitnah di akhir zaman ni memang sangat dasyat laa...

Salam Jumaat..
Selamat berhujung minggu..






21.5.15

Mc... Mc.. Sakit mata

Assalamualaikum semua..      

 Masuk harini empat hari aku mc ok.. Dalam sejarah sepanjang kerja ni la pertama kali mc aku yang paling lama 4 hari straight termasuk minggu lepas ada sehari sebab demam..

Sebenarnya berat  nak pujuk hati ni duduk je diam rehat kat rumah sebab aku asik fikirkan hal kerja dan rasa bersalah mc lama-lama.. Ye la kesian kat bos, kesian kat kawan kena handle kerja dan lain - lain. Tapi mrhubby kata dah dapat mc tu duduk rehat je la, ni dah la aku sakit mata kalau aku pergi ofis berjangkit dengan semua orang lepas tu berjangkit dengan anak-anak kawan aku dah payah pulak, kena pulak sekarang ni musim exam.. So dia kata jangan penting kan diri, fikirkan dari segi kesihatan.. Kang nanti takut orang cakap aku ni mengada pulak nak tunjuk rajin depan bos walaupun sakit, huhu..

Yelah mrhubby, mak aku pun pesan benda yang sama.. Dia kata nanti kalau dah baik mata tu dah sihat nanti nak kerja dari pagi ke malam pun takpe hehe.. Okla kan.. Tapi aku mc pun aku still boleh jawab phone dari rumah pasal aku divert kan phone opis ke hp aku.. Pastu boleh la setakat nak check email aku dan bos.. Itu je la aku boleh buat..


Duduk rumah ni aku muhasabah diri la.. Ye la, sakit ni bukan aku yang mintak.. Dah Tuhan bagi so kenalah beringat.  Mungkin Tuhan sayangkan aku nak bersihkan dosa-dosa yang banyak.. Nak suruh aku ingat kat Tuhan, asik nak fikir kerja je kan..

Aku dapat sakit ni berjangkit dari baby Aisyah, tak tau la dia dapat dari mana.. Kalau dah duduk taska tu adalah kot dari sesapa.. Pastu aku ingat aku kena sakit mata ni tak serius ingat sehari dua akan baik rupanya tak ler pulak, makin merah dan teruk la... Semalam masuk klinik ketiga aku pergi dan harap nya akan baik in sha Allah.. Mudah-mudahan weekend ni akan baik la yea.. Aku risau je kat Zarif dan Zara, sebab minggu depan ni diaorang periksa sekolah rendah.. Harapla tak berjangkit kat diaorang walaupun risiko tu tetap ada..


Ni aku taip dari handphone jer, kalau ada typo ataupun tak betul maaf la yea.. Lama tak update blog, takut korang tercari-cari je hahaha, eh ada ke yg cari aku?


Dah sekian... Tq sudi baca!  Doakan mata aku cepat baik yea...










17.5.15

Salah tempat selfie dik..

Salam di hari Ahad. Selamat berhujung minggu pada yang bercuti. 
Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis waktu ni walaupun aku malas sebenarnya.

Harini aku scroll fb so mata tertarik dengan kisah budak yang selfie dengan pro canselor uitm..Katanya digantung setahun eh? Berani giler kan dia..

Aku bekas graduan Uitm Shah Alam mengaku memang Uitm terikat dengan segala prosedur, undang-undang dan protokol yang ketat. Terus terang guard Uitm Shah Alam la yang aku paling takut ok. Nampak pak guard je dah macam nampak polis trafik. Keja asik nak saman je, sepanjang aku drive kat sana asik la kena tahan, kalau tak kena saman pasal parking memang tak sah..Walaupun aku bawak kereta, aku sanggup jalan kaki dari kolej Mawar kat belakang tu sampai lah ke fakulti OM, giler jauh ok..Takpe anggap je exercise, nak naik bas aku tak sanggup pasal bas takde yang kosong memanjang je penuh. Ok dulu aku dok kolej Kenanga sampai sem 5 kot, lepas tu aku sambung dok kolej Mawar yang ada lif tu, masa tu bangunan baru, bilik air pun baru so puas hati :)..Eh baru teringat aku tengah jalan kaki nak pergi kolej, aku kena panggil dengan pak guard yang bagi surat saman sebab aku pakai baju atas punggung (walaupun aku berjaket masa tu). Hebat giler pak guard masa tu tau..

Ok berbalik pasal budak selfie tu memang kesian ok. Tapi dik, akak tak kiralah adik lulusan Fotografi ke apa ke kan..Akak tau niat adik tu nak tunjukkan rasa gembira sebab berjaya dapat Diploma tapi tempat tu salah dik..Selfie memang tak salah dik, tapi tak kena tempat dik. Terus terang adik dan pro canselor tu dua generasi yang berbeza. Kita kena belajar hormat orang, acara, tempat dan protokol dik. Tak semua benda yang kita buat orang akan suka, so apa yang adik dah buat ni jadikan pengajaran. Akak pun tak tau nak rasa marah ke tidak dengan tindakan selfie adik ni..Tapi kalau akak, memang takkan buat la dik, akak memang penakut orangnya..Hukuman tu bagus sebagai peringatan, tapi cukuplah dengan teguran je takpun gantung je satu sem, setahun tu lama sangat..Kesian adik nak sambung belajar nanti terbantut kena gantung setahun..

Untuk pelajar lain yang nak konvo, tak payah terikut-ikut nak buat kelainan melainkan dah dapat keizinan urusetia majlis dan universiti. Ingat kita ikut je prosedur dan protokol yang ada in sya allah semuanya ok. Lagi satu belajar hormat menghormati yea...

Sekian dari akak bekas graduan UiTM Shah Alam...





13.5.15

Emosi tak stabil

Balik kerja semalam aku adalah manusia yang sangat emosi. Menangis beria, dan aku rasa itulah nangis aku yang paling teruk sekali, aku pun lupa bila kali akhir aku nangis paling teruk macam tu, tapi itu la semalam itulah yang jadik. Kalau gaduh dengan mrhubby pun tak macam tu tau, kadang tak nangis pun :)

Takpelah, nangis tu kan elok untuk kesihatan mata, at least bolehlah buang kotor-kotor kat mata aku kan..

Nangis boleh buat kita rasa reda..Kadang ada banyak benda yang kita simpan dan pendam dalam hati, konon kita kuat dan cekal tapi yang berlaku sebaliknya pulak kan.

Well hari ni aku dah ok, takpe apa yang berlaku semalam aku dah tinggalkan. Takde apa la, macam mrhubby kata itu perkara kecik tapi tak taulah apa yang dah berlaku kat aku semalam. Kata mrhubby kadang dia pelik dengan aku, bila nasihatkan orang beria-ia dan perkara yang berlaku semalam tak selari dengan segala nasihat dan kata-kata positif selama ni..

Yelah aku pun manusia jugak kan, tentulah ada hati dan perasaan. Takkan sepanjang masa nak rasa gembira, mestilah ada masa aku rasa down. Anyway tq to mrhubby dan mak...Mak memang best, waktu aku tengah beria nangis, dia boleh whatsapp..Mak memang ada instinct yang sangat bagus, dan semua kata-kata nasihat mak aku pegang. In sha allah semuanya baik-baik belaka...

Dahh..malas nak fikir lagi, terus maju ke depan.

Nasib baik JDT menang last minit malam tadi tau, at least mengubat duka lara hehe..

Sekian tq sudi baca!!


At least aku pun ada kawan-kawan kat blog ni jugak..Love all!!



12.5.15

Kisah panik di pagi Jumaat

Ini berlaku pagi Jumaat lepas. 

Waktu yang aku tengah sibuk-sibuk nak buat breakfast, tapi sempatlah masa tu dah buat nasi goreng. Ingatkan nak buat lempeng la, tapi disebabkan perkara ni terus tak jadik.

Kebetulan pagi tu mrhubby tolong aku kat dapur. Dalam masa yang sama, anak-anak semua dah bangun. Lepas tu diaorang semua sibuk main sambil Zarif ni dukung Aisyah kat belakang badan dia..Lepas tu diaorang sampai kat dapur dan mrhubby marah diaorang dan suruh Zarif turunkan Aisyah sambil cakap bahaya dukung Aisyah macam tu..Budak kalau dimarah mana reti kan dengan Aisyah nya tergelak-gelak suka..So Zarif ni pun dah separuh badan nak turunkan adik dia (waktu ni aku tengah hidang nasi kot), TIBA-TIBA AKU TERDENGAR BUNYI BENDA JATUH KE LANTAI DAN TERPANDANG KEPALA AISYAH DAH TERHENTAK KE LANTAI TU..Bunyi yang kuat dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang bunyi jatuh tu kat telinga aku.


Dah memang aku ni panik tak boleh benda-benda semua ni jadik, terjerit-jerit la kitaorang sambil nangis sebab Aisyah macam dizzy dan terus senyap. Muka pucat dan terus senyap, kejap-kejap dia nak pejamkan mata macam nak pengsan pun yea gak..Masa tulah mrhubby rasa bersalah tak terus amik Aisyah dari Zarif dan lain-lain..Aku tau nak jerit je, sambil usap-usap kepala Aisyah. Mujurlah klinik depan rumah dah bukak. Zarif dah menangis tak tentu arah la dengan rasa bersalah yang amat sangat. Senang kata semua nangis la sebab taknak perkara buruk jadik kat Aisyah.

Terus kitaorang ke klinik depan rumah tapi dr belum sampai, aku terus cakap, "ni emergency, mintak dr datang sekarang, boleh tak.." Kebetulan rumah dr pun tak jauh. Dr pun dah tau sangat masalah anak aku ni kan pasal dulu kes dia nangis sampai biru-biru tu, mrhubby bawak Aisyah ni ke rumah dia di tengah malam. Aku risau sebab Aisyah memang senyap je, macam tak de reaction langsung..Aku dah membayangkan kena warded kat hospital la apa la, panik tak tentu arah kan aku ni..

Tak lama dr datang dan check dia kata Aisyah ok semuanya, cuma terkejut sebab jatuh pasal tu dia senyap jer. Dr kata in 2-3 hours kalau dia tak ok atau ada muntah-muntah boleh datang semula klinik dan amik surat untuk buat x-ray. Sebab dari mula dia jatuh sampailah ke klinik tu dia takde muntah pun, alhamdulillah. Tq jugak pada dr sebab tak kenakan charge pun waktu tu.


Balik dari klinik terus bawak dia pegi kedai beli aiskrim dan bawak pegi playround sebab nak buat dia happy. Actually dia pun still diam je tapi bila nengok abang dengan kakak main dia boleh la senyum-senyum dan makan aiskrim..Masa tu aku dah bersyukur sangat la, maybe dia terkejut kot sebab jatuh.

Lepas tu sampai rumah je terus mandikan dan tido..Mak aku dah bising suruh pegi hospital buat xray je sambil perhatikan kot dia ada muntah ke apa ke kan..Dalam 10 lebih mrhubby pegi klinik depan rumah tu lagi mintak surat sebab nak bawak pegi hospital untuk further check up.

Alhamdulillah kat hospital perkhidmatan memang laju dan superb..Dr kata kalau takde muntah tu dah kira bagus tapi dr tak suggest buat xray masa tu sebab dia nengok Aisyah ok dan dia kata insya allah Aisyah takde fracture...Oklah dr dah kata macam tu dan dalam masa yang sama aku pun rasa Aisyah ok. Nurse pun kata kalau xray tu nak nengok ada fracture je atau tak tapi kalau nak kesan darah beku ke apa ke memang tak nampak la..

Oklah aku serahkan pada yang pakar dan alhamdulillah sejak itu sampai hari ni segalanya baik saja untuk Aisyah. Terima kasih pada yang mendoakan untuk Aisyah. Sungguh gelak tawa Aisyah penyeri hidup kitaorang...

So sekarang kitaorang lebih alert, bukanlah tak alert sebelum ni tapi lebih lagi. Anggap je perkara berlaku hari tu macam wake up call untuk aku maybe ada masa aku dan mrhubby cuai dan tidak peka. So untuk sementara waktu Zarif dan Zara tak boleh dukung adik sesuka hati. Dr pun pesan jangan marah Zarif kadang dia tak sengaja, yelah benda dah nak jadik kan..

Aisyah jatuh sikit camni aku punya panik dah macam apa dah..Tak boleh bayangkan kalau anak jatuh terhempas dan lain-lain..Ya Allah jauhkan la dari segala perkara yang tak elok, Amin.

Untuk rujukan semua termasuk aku










10.5.15

Kalau boleh nak jadi macam mak!

Assalamualaikum..
Salam hari Ahad dan selamat berhujung minggu bagi yang bercuti..



Kalau boleh nak jadi seikhlas dan selembut hati mak.
Kalau boleh nak jadi se pemurah mak..
Kalau boleh nak jadi seorang yang pemaaf macam mak..
Kalau boleh nak jadi seorang yang sangat tak berkira macam mak..
Kalau boleh apa yang ada pada mak nak, ada pada diri ni..


Sejak minggu lepas mak tak berapa sihat, dua hari berturut aku dah balik rumah nengok keadaan mak yang tak berapa sihat, mungkin lelah masa majlis wan hari tu tak abis lagi. Takpelah mak, duduk kat rumah rehat dan jangan buat kerja berat-berat. Takde apa aku nak bagi melainkan doa yang berterusan agar mak diberikan kesihatan yang baik dan berterusan dan dapat bersama dengan keluarga tersayang..

Semalam aku buatkan mak puding roti simple jer, dapat duduk, makan dan berbual dengan mak  dan abah adalah momen yang terindah.  Sesibuk mana pun kita, bila dapat duduk dan berbual dengan mereka adalah perkara paling seronok dalam hidup. 

Love u forever mak!!




7.5.15

Perangai cam Yuhanis - Hati Perempuan

Kadang-kadang kan aku rasa buang masa aku nengok Hati Perempuan. Serius, drama tu takdelah best sangat tapi entah kenapa la aku sanggup membuang masa untuk nengok cerita tu..Kadang on off jugak.

Di saat orang lain memang mengutuk dan membenci drama tu aku masih lagi mampu bertahan dan membuang masa. Well pada aku semua pelakon baru tu ok jer, walaupun adakalanya macam kaku tapi dah nama pun pelakon baru kan, logik laa..Lama-lama berlakon nanti ok la.

Lagi satu aku tak baca pun novel tu so memang nak tau la apa akan jadik seterusnya..Cuma aku rasa plot drama tu tak menarik sangat. Tapi aku maafkan jelah, so terus jugak nonton. Maybe aku tertarik dengan skirt dan tudung mumuscarves yang heroin tu pakai kot. Dahlah dia nampak comel dan cantik jer.

Lagi satu yang buat aku nak nengok tu sebab aku rasa karakter perempuan tu kadang macam aku..Yea macam aku walaupun aku rasa takdelah memanjang aku nak gaduh dengan suami aku cam tu. Tapi perangai tu cam gitulah..Senang kata unpredictable la..Bila aku nengok perangai perempuan tu camtu, aku yang rasa meluat dan menyampah, tetiba aku rasa macam diri ni ditampar-tampar sebab ada sikit perangai aku pun camtu..Kejap ego kejap baik, kejap mengada lepas tu tak romantik..

Entah bila drama tu nak abis ntah. Harap la kita semua jadi isteri dan perempuan yang patuh pada suami dan saling hormat menghormati pasangan ok. Nasib la aku dapat suami penyabar, tapi suami aku bukan tengku ok haha..


Dan dia ayah penyayang..:)



Sekian, tq sudi baca..
Selamat berhujung minggu..






6.5.15

Cerita malam tadi - tak boleh jadik cikgu laa

Malam tadi bulan sangat cantik kan?? Bulan yang penuh, bersungguh la aku nak amik gambar malam tadi, kebetulan amik budak balik dari ngaji so beria betul aku nak amik gambar tapi gini je lah yang dapat, maklumla guna kamera phone yang biasa-biasa je..

janji nampak kan bulan tu bulat dan penuh, cantik sangat tau..

ajar Zara buat matematik

Konon malam tadi nak buat churros untuk bekal budak-budak pagi ni, tapi terus tak jadik sebab dah melekat ajar Zara matematik. Mula-mula mrhubby yang ajar Zara maths ni, dia kalau ajar punyalah baik dan lembut je, kadang ada jugak part tegas tu tapi still lembut la pada aku. Tapi bila aku nengok si Zara ni cam ala-ala tak paham je, terus aku take over..Taulah kan suara ibu ni kalau dah mengajar camana..Dah nak dekat pukul 11 malam suara memang dah tak boleh pelan la..Kalau jiran-jiran terdengar harap maaf la..Mata Zara dah nak berair, tapi aku cakap kat dia, "tak payah nangis Zara, sebab ibu sayang Zara ni tau.." 

Aku time ajar je memang cam tu tapi lepas tu aku boleh tido golek-golek dan peluk dia semua, takde masalah pun..:) Tapi mrhubby boleh kata, aku ni kalau jadik cikgu memang contoh cikgu yang garang, yang jenis suka tinggi suara dan suka baling buku kalau budak tak pandai ---- statement dari mrhubby bila nengok aku ajar Zara, padahal aku takde pun baling buku ke huhu...Aku ni kurang sabar je, tapi mrhubby kata kita kena banyak bersabar dan tak boleh nak expect lebih-lebih dari budak darjah satu..

Actually Zarif n Zara sangat beza, so kesabaran aku memang adakalanya menipis sikit laa..So harap dari mrhubby je la untuk sabarkan aku..Maybe dia cikgu so dia taulah ada part yang kena sabar dan lain-lain..


Sambil mengajar kakak, datanglah pulak budak kecik ni mengacau aku sambil sibuk pakai baju si kakak dok main lari sana sini, aduhaii..Memang bertabah dan sabar banyak laa..Dia ni pulak bukan nak tido awal, aku memang suka bagi dia aktif dulu malam-malam sebab time tido tu dia tak banyak ragam, senang je tido nya..


Konon nak buat churros bagai untuk pagi ni memang takdelah..End up ni je yang aku mampu buat malam tadi dan sejukkan semalaman dan buat bekalan ke opis..Weh aku datang awal pukul 7 pagi dah sampai opis tau..:)

Tu resipi apa ek aku pun lupa tapi aku copy dari majalah I Sihat. Actually tu aku pakai quick oat dan aku gaulkan dengan susu coklat. Sebenarnya oat tu letak sikit je dan lebihkan buah-buahan segar tapi aku boleh letak banyak pulak oatnya (tulah takmo baca resipi betul-betul)..Takpelah nanti boleh buat lagi, oklah untuk pagi-pagi ni dah kenyang pun...Later aku bagi resipi siap gambar dari majalah tu k untuk rujukan semua..:)

Tq sudi baca!!!

p/s- belum abis update pasal majlis adik aku kahwin laa..

5.5.15

Cuti empat hari santai dan masak-masak

Harini aku datang seawal pagi ke ofis tapi punyalah lengang, ingatkan cuti lagi hari ni, mana tau kot aku yang tersilap tarikh naik kerja ke kan..Dahla bos pun takde, kalau sambung cuti lagi kan best hehe..Haritu beria aku semangat nak kerja tapi taklama dah cuti sampai 4 hari tu..Dah sebab cuti dah datang malas balik..

Memang cuti ni takde ke mana-mana pun. Banyakkan rehat kat rumah sebab susah nak dapat cuti 4 hari straight ni. So rehat sesambil kemas dan nengok tv saja. Lagi satu aku tak sanggup nak harung jammed panjang musim cuti ni..

Kebetulan pulak 1 Mei malam, kakak ipar aku no. 2 buat majlis tahlil arwah suaminya yang baru meninggal minggu lepas. 2 Mei malam pulak, kakak ipar no. 1 buat majlis birthday cucu no 3 dia. Ala semua memang makan-makan saja, alhamdulillah rezeki di musim cuti.

Sarapan pagi Jumaat - ni kira nak abiskan stok..
Yang segala roti dan kentang tu untuk budak2 yang jakun tak makan makaroni

 Ha ni lunch hari Jumaat tu, entah apa yang rasuk aku hari Jumaat tu memang terlebih rajin nak memasak saja..

Lepas tu Jumaat petang tu dah balik rumah mak abah pasal malam tu ada kenduri tahlil kan. Malam tu pulak makan nasi beriani, so memang aku ada reason besar untuk naik berat badan, pasrah je laa..

Hari Sabtu kita raikan birthday budak kecik ni, Irdeena dah setahun dah..


Nengok kek tu bukan main sedap lagi..

sedapnyaa kek..

Ini adalah menu lunch untuk hari Ahad

 Semalam makan laksa sarawak guna perencah segera je, senang..:)

 Alhamdulillah rezeki cuti-cuti ni..

Gitulah kesimpulan cuti empat hari aku yang dok rumah ni memang dok rehat sambil buat kerja-kerja rumah la..Memang aku malas nak berjalan pasal aku tau sana sini mesti jalan jammed..

Sekian, tq sudi baca!








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...