12.4.16

Kisah macam-macam

Ni antara gambar-gambar yang ada kat folder aku. Entah dah pernah masuk kat blog ataupun tak aku pun ingat-ingat lupa, tapi takpe aku letak je la untuk tatapan semua.

Gambar ni hasil minggu-minggu sudah, ada jugak masa cuti sekolah yang lepas. Biasalah dok peram je kan, nak update tak gerak-gerak..

Ni berangan je kat rumah pakai instant shawl adik aku bagi, budak-budak sekarang pun dah ber instant shawl bagai..

Ni lauk masa bila ntah aku masak (rasanya weekend kot) walaupun simple tapi makan sehingga menjilat jari ohhh..

Ni masa cuti sekolah haritu, amik masa sikit untuk bawak anak-anak nengok movie Boiboiboy..Punyela ramai orang masa tu, sampai kitaorang duduk tiga dari depan ok, amik kau mendongak la jugakk..Tapi yang kelakarnya budak kecik tu dok behave je sambil makan popcorn, lepas 30 ke 40 minit toleh lagi dah tertido ok, haha..Lena betul sampaila abis movie ni, sabar je laa..

Suka Zara dapat kaftan dari Terengganu (thanks mak sebab belikan)..

 Ni chicken wrap, yummy..aku lupa ni aku buat masa dinner ke breakfast. Makan ni memang mengenyangkan nasib la semua pun makan..

Merajuk dan marah kat aku sebab aku nak rampas bear buruk dia tu haha..Sebenarnya tu semua patung kakak dia. Tapi dia nak mengangkut segalanya naik tido kat katil sebelah dia, dah la tido sama dengan aku penuh dengan macam2 patung hehe..

Ok anak bujang ni dah boleh harap dah. Senang kerja aku. Setakat nak goreng fries ke, masak burger ke, masak roti canai semua dah boleh serah kat dia la..Sikit hari lagi aku nak suruh dia buat roti jala pulak hehe..

Hari Sabtu lepas entah kenapa moodnya tetiba nak pakai dress kakak..Bukan main nak melawa lagi dan memilih nak pakai baju. Alahai kenapa cepat sangat dah besar.



Oklah tu je buat masa ni. 
Thanks sebab luangkan masa membaca. 
Sekian ~






7 comments:

  1. Comelnya ber instant shawl...mula2 dok cuba lama2 nk berkenan kan
    amboi boleh diharap dah ank bujang tu, senang nnti
    tup..tup dh makin besar dh ank2 kita..cepatnya masa berlalu

    ReplyDelete
  2. Kalau abang pun dah boleh diharap ke dapur apa lagi anak dara yg besar mestilah dah pandai nak melaram cantik. Adik pun sama dah kata perempuan mesti dah pandai memilih baju mana yg disukai.

    ReplyDelete
  3. zara nampak cantik sangat pakai shawl..nampak dah besar sangat..besar nanti cantik ni..:)

    ReplyDelete
  4. cer bagi menu chicken wrap tu.. nampak macam sedap sangat la...:)

    ReplyDelete
  5. lya pn suak rndomkan dlm 1 eentry mcm ni je.. simpan kt blog.. hehe..
    dh blh diharapkan si abg... ringan skit beban mama kan..
    comey sgt kakak bertudung

    ReplyDelete
  6. bertuah hah...anak bujang pandai kat dapur dah....senang kan ajar anak dr awal....

    ciken wrap tu menarik...dah lame lieya tak buat...pi manda nanti nak cari le....kdg2 mlm malas nakmkn nasi...menu2 mcm tu le sedap.....rase ringan sikit perut ...

    lagi satu pic win, pic lauk lemak labu tu....kene regu plak tu dgn lauk2 lain....terliyooooooooo sebab i is puase nieeee hahaahahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...