14.6.16

Cerita Ramadhan 1437H

Alhamdulillah hari ini dah 9 Ramadhan 1437. 
Sekejap je kan.

Minggu depan confirm dah berkumandang lagu raya. Pejam celik, pejam celik tau-tau esok dah raya, huhu..

Setakat ni puasa alhamdulillah masih lagi lancar, masih lagi boleh bangun sahur dan anak-anak pun cergas je time bangun sahur, tak memilih sangat makanan walaupun sahur kitaorang mostly makan roti je..Tapi memang diaorang ok je. Walau pun dah sekolah dan petang tu semua mulalah dah letih tapi alhamdulillah ok jer..Mudah-mudahan semua pun ok je la sampai ke akhir nanti, insya allah.

Setakat ni memang aku masak sendiri je tapi ada jugak ke bazar tapi jenguk-jenguk dan nengok-nengok la hehe. Takat beli kuih sejenis dua gitu, lepas tu bila aku dapat stok frozen karipap dah tak beli kuih kat bazar lagi terus goreng kuih sendiri je la. Lagi puas dapat makan kuih karipap panas-panas. Budak-budak kat rumah ni bila goreng karipap panas laju je semua abis makan. Cuba kalau beli, lambat betul nak habiskan..

Kadang memang buntu nak masak apa, tapi mrhubby dah bagitau dari awal, jangan bazir masak. Biar sikit tapi abis. Kadang lepas terawih lapar la jugak, tapi setakat ni ok je la. Makan je la cookies ke apa je yang ada untuk alas perut. Aku memang biasanya takde nak kunyah ke makan lagi kecuali kalau betul-betul lapar sangat, takpun kunyah je la kurma yang ada yea tak hehe..

Ni antara menu yang aku sempat amik gambar haritu, lain dari tu tak sempat la pulak nak amik gambar huhu;

Eh ni menu berbuka hari apa ek, bukan main semua mengejar sotong tu. Buat sotong masak kunyit berkuah, redha je la masa masak tu harapla rasanya ok..Alhamdulillah licin terus sotong ni..

Ni pulak menu buka puasa hari keempat - Ayam masak kicap - Brokoli goreng - Sambal goreng tempe dan bilis - karipap pusar daging (frozen goreng sendiri)


Senang kata semua yang aku masak ni majoritinya habis ler. Memang mrhubby tak bagi simpan sampai sahur sebab dia sendiri tak sahur makan nasi, tu pasal masak sikit-sikit jer, yang penting abis..


Haritu kat fb aku banyak la pulak orang dok share pasal buat popia ni..Sumpah aku memang tak reti sangat buat popia ni..Tapi bila dah berlegar kat fb aku, terus rasa teringin nak makan panas-panas. So mehla kita menggulung popia ni kan. Ala boleh la tu, gambar atas tu hasil kerja aku, mrhubby dengan Zarif.

Intinya aku ikut sama macam kat fb tu kubis dan carrot yang disagat/dihiris halus..Zarif dan Zara ni manalah suka makan sayur sangat tapi bila buat inti popia sayur ni habis dimakan la pulak, pun laju jer abis. 

Ha ginilah kejadiannya selepas digoreng, nampak molek gitu hehe..Masa ni bawak balik ke rumah mak, so time nak makan buka tu dah sejuk dan kurang molek sikit..Kalau makan time panas memang crunchy la..Kalau buka kat rumah kuih yang nak digoreng memang aku goreng dah nak hujung-hujung supaya panas gitu..Macam tu jugak dengan air panas, pun biar panas betul huhu..


Alhamdulillah setakat ni tu je yang ada gambar. Aku suka je nengok orang share menu buka puasa ni. Takde la aku rasa orang nak riak ke apa ke kan. Yelah, bila orang share ni dia memberikan inspirasi nak masak apa, itu je.

Untuk menu buka petang ni tak pasti apa, serasa-rasa macam nak makan sardin la pulak, pastu teringin nak sup ayam la pulak, hmmm nengok la camana kan..

Oklah thank sudi baca.
Sekian ~






5 comments:

  1. Betul tu kadang2 buntu nak masak apa hihi
    pergi bazar pun dh tau nak beli apa, cuci mata nampaknya..
    berselera ank2 tgk masakan ibu..mahu tak berebut

    ReplyDelete
  2. Kalau macam kakak tak buntu masak sebab hari-hari beli aje Huda
    Cuma masak nasi dan jerang air aje:)

    ReplyDelete
  3. saya suka entry mcm ni sebab bagi saya idea !

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap popia huda tu..
    Semalam akak berbuka dengan popia juga..
    Suka anak2 tapi bukan akak yg buat..
    Orang yg buat hahaha..

    Huda yg rajin membuat sendiri..
    Tabik dengan huda ni..

    ReplyDelete
  5. hehe.. mmg penat jugak kepala mikir menu nk msk hari2 kan.. lya msk simple2 j

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...