20.7.16

Kisah Raya Pertama 2016

Oklah meh la kisah raya pertama. Takmo simpan lama-lama nanti terus tak update. Nengok je lah gambar yea..

Sebenarnya konon nak tema kaler merah tahun ni, tapi hampeh. Tema entah ke mana-mana. Jumpa baju Zara dengan Aisyah kaler purple pink ni terus la semua ikut beli warna yang lebih kurang sama. Entah kenapa aku tak yakin dengan kaler merah huhu..Nengok orang lain pakai cam cantik je kan.

 Sorrylah agak tak senonoh di gambar, maklumlah dah mula makan, selalu aku akan amik gambar makanan dulu tapi tak sempat la haritu busy..

Budak berdua ni siap dulu.
Jubah tu beli kat bazar je. Sekarang kat tengah trend letak dokoh-dokoh ni, aku konon nak cabut takmo sama dengan orang lain tapi mrhubby kata jangan cabut sebab dia nampak cantik..Okla tu so pasrah je la kalau merata jumpa orang pakai jubah lebih kurang macam ni hehe..

Aku lebih suka Zara tu pakai tudung sarung dari shawl, tapi dia ada je la shawl tapi aku yang pemalas nak pakaikan. Kang tak lama dah senget benget..Dah la dia ni kaki tido, kang aku yang meroyan nengok shawl dia tak betul kat dalam kereta..

 Eh mengada nak interframe jugak, rasa macam melebar jer..


Lepas habis solat jomlah kita saling bersalaman meminta maaf.


Adik bongsu yang masih single lagi

Raya tahun ni macam suram la sikit sebab out of 5 siblings, yang balik adalah dua..Aku kalau tak balik memang nak kena hempuk la dengan mak aku kan haha..So aku memang dah jatuh kategori wajib ada ok.

Adik ketiga dan adik lelaki aku tak balik kali ni. Maklumlah kg mertua semua jauh so kenalah ada giliran, takpe kitaorang faham lagipun bulan puasa haritu diaorang dah balik jumpa parents aku dulu. Adik kedua memang time raya kedua baru dia balik. Tiap tahun memang camtu pun so memang kitaorang faham la kan sebab ada sistem giliran kan..Yang penting raya mesti ada orang kat rumah..

 Family aku dengan mak abah
Hamik kau, senada je semuanyaaa, kontra betul dengan kaler dedaun hijau kat belakang tu..

Anak-anak aku dengan mak abah..

Selesai semua sesi bergambar jomlah balik kg mak kat Rengit Batu Pahat. Ala dalam 40 ke 45 minit gitu perjalanannya.

 Pose wajib kat jambatan ni setiap tahun hehe..
Nyampah betul Zarif boleh tak pakai songkok la pulak..

Freestyle la pulak..

Pose lagi..Aiyaa

Mabuk la korang nengok pose kitaorang je ek..Tabah dan redha la..Time raya ni je la nak beria bergambar. Oh ye raya tahun ni je la mrhubby dengan Zarif pakai ala style Sultan Johor gitu, takmo sut lengkap, nak pakai baju melayu dengan slack hitam..Suka hati la kan, aku follow jer. 

Sesudah beraya kat dua rumah makcik aku kat Rengit meh la bertolak ke Pontian pulak..Ha nampak tu, apa daa, perjalanan jauh sangat kan so memang kena tido la, ngantuk kot. Si kecik memang aku mandikan weh sebab panas sangat kan..Zara tu pun baru lepas mandi jugak tapi aku suh sarung balik baju tu huhu..Pasrah la kan sebab aku nak dia pakai jubah tu sampai petang.

Lentok abis Zara ni..

 Nampak si Aisyah tu, habis dah jubah entah ke mana hehe..
Panas kan, so aku maafkan je la dia pakai baju lain.

 Ni kat rumah last di Benut Pontian, pose kat pondok ni pun wajib gitu tiap tahun
Tapi tahun ni ada kes tragik sikit...

Aisyah boleh jatuh dari tangga batu kat pondok tu, tapi anak tangga yang last la, kepala kena kat lantai..
Mendapatlah luka dan benjol tu..Tapi aku diam je tak bagitau parents aku, takut kott..Aku upload kat instagram, baru mak aku dapat tau, alhamdulillah takde apa-apa..Biasalah budak tengah hyper kan..


Oklah sekian cerita raya pertama 2016. Nanti aku nengok ada kisah raya kedua tak sebabnya raya kedua tu aku dok rumah je layan tetamu tapi ada kisah tragik jugak laa..Nanti aku tuliskan kisahnya yeaa..

Sekian, thanks sudi baca!










14.7.16

Cerita Pra Raya 2016

Oklah sebelum cerita pasal hari raya kita cerita dulu sebelum raya tu yea..

Aku dah mula amik cuti start dari Ahad 3 Julai..Amboi bukan main lagi tahun ni aku beria betul amik cuti, dah ler dapat cuti khas 10hb tu, lepas tu rasa tak cukup lagi aku sambung pulak hari Isnin 11 hb tu lagi hehe..Total aku amik cuti raya kali ni adalah 4 hari, bukan main lagi..Kalau tahun-tahun sebelum ni setakat dua hari je takpun tiga hari la paling lama...

Oklah jom layan gambar yang tak seadanya ni..

 Aku ada la amik order biskut walnut choc chip yang simple je. Ala biskut yang mudah je kot. Bukak order pun tak banyak pasal kemampuan aku terhad tapi alhamdulillah..Terima kasih yang order dan beli dengan aku..kalau ada kekurangan mohon maaf..Tapi kalau nak order bila-bila pun tak kisah..Buat cookies ni kat rumah aku rasa tak sempat tetamu datang dah abis, camana la niii..

 Terima kasih en bos..Moga dimurahkan rezeki sentiasa yea, Amin..
Syukur alhamdulillah.

 Kad raya dari adik lelaki aku. Memang dia lukis sendiri ni pasal dari kecik memang dia suka lukis.
Suka parents aku dapat kad dari satu-satunya anak laki dia. Pergi beraya pun bawak kad raya ni ok.
Maklumlah kali ni giliran sebelah mertua so dia tak balik Batu Pahat, so syahdu la sikit..

Oh ni adalah small token yang aku bagi pada orang-orang yang special utk raya.
DIY jer sebab bahan-bahan ni semua ada kat rumah, daripada terbiar je, biarlah kita hias kan..

 Sehari sebelum raya aku mintak anak-anak aku buat biskut cornflakes ni.
Yelah bagi diaorang rasa moment nak raya buat biskut semua kan..Biskut cornflakes je pun, mudah sangat..Tu pun diaorang asik bising je, "eh banyak lagi ke nak kena buat?" Padahal aku beli cornflakes kotak kecik je, belum lagi kotak besar...

Dapat hadiah basikal dari jiran depan rumah. Anak-anak dia dah besar remaja takmo naik basikal lagi tu pasal bagi kat anak-anak aku. Rezeki di akhir Ramadhan, terima kasih jiran. 

 Ko nengok, nak balik rumah parents aku yang jaraknya adalah dalam 17 ke 18 kilometer je..Tapi sesak jugak la nengok barang yang nak di bawak hehe..Mengalahkan kampung yang jauh je kan..Oklah tu at least ada feeling nak balik kampung ok..

 Sebelum balik rumah parents, kemas rumah dulu dan isi siap-siap segala kerepek dan kuih-kuih..Alahai aku rasa banyak orang dalam rumah ni yang makan berbanding tetamu luar huhu..

Terus lengang jalan kat area rumah aku ni. Kereta student langsung takde. Kebetulan diaorang terus cuti 3 bulan. Bulan 9 nanti baru  naik sem baru. Ni kalau hari biasa dan student ada, kiri kanan kereta penuh ok..

 Malam raya bermulalah tugas aku kat dapur tolong mak. Pisau pink aku - bagi semangat sikit nak mengupas bawang dan lain-lain, tajam ok pisau tu..Masa baru beli bulan puasa haritu, aku punya teruja nak guna, sampai jari sendiri pun luka - pisau makan tuan huhu..

Malam raya jugak abah busy kemas rumah dengan adik bongsu aku. Dan hias bunga. Yup abah aku yang hias bunga semua bukan kitaorang. Aku takde bakat la, abah aku ni jiwa seni kalau dia campak-campak bunga tu pun tetap jadi cantik, tak macam aku, takde bakat..


Oklah sekian dulu entry pra raya..Nanti-nanti esok lusa kita sambung cerita pasal raya pulak yea..

Thanks sudi baca entry ni.
Sekian..















10.7.16

Salam Aidilfitri 2016


Mohon maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa dan terguris hati semasa memberi komen di blog-blog kalian. Moga kita semua dapat menikmati Syawal ini dengan saling menziarahi kaum keluarga, saudara mara dan merapatkan ukhuwah sesama kita. Pelihara hubungan yang baik sesama manusia semoga Allah merahmati semuanya. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan ke mana-mana destinasi, in sya allah.

Sekian..
Salam sayang;

-Nurulhuda dan keluarga-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...