Aku dah mula amik cuti start dari Ahad 3 Julai..Amboi bukan main lagi tahun ni aku beria betul amik cuti, dah ler dapat cuti khas 10hb tu, lepas tu rasa tak cukup lagi aku sambung pulak hari Isnin 11 hb tu lagi hehe..Total aku amik cuti raya kali ni adalah 4 hari, bukan main lagi..Kalau tahun-tahun sebelum ni setakat dua hari je takpun tiga hari la paling lama...
Oklah jom layan gambar yang tak seadanya ni..
Aku ada la amik order biskut walnut choc chip yang simple je. Ala biskut yang mudah je kot. Bukak order pun tak banyak pasal kemampuan aku terhad tapi alhamdulillah..Terima kasih yang order dan beli dengan aku..kalau ada kekurangan mohon maaf..Tapi kalau nak order bila-bila pun tak kisah..Buat cookies ni kat rumah aku rasa tak sempat tetamu datang dah abis, camana la niii..
Terima kasih en bos..Moga dimurahkan rezeki sentiasa yea, Amin..
Syukur alhamdulillah.
Kad raya dari adik lelaki aku. Memang dia lukis sendiri ni pasal dari kecik memang dia suka lukis.
Suka parents aku dapat kad dari satu-satunya anak laki dia. Pergi beraya pun bawak kad raya ni ok.
Maklumlah kali ni giliran sebelah mertua so dia tak balik Batu Pahat, so syahdu la sikit..
Oh ni adalah small token yang aku bagi pada orang-orang yang special utk raya.
DIY jer sebab bahan-bahan ni semua ada kat rumah, daripada terbiar je, biarlah kita hias kan..
Sehari sebelum raya aku mintak anak-anak aku buat biskut cornflakes ni.
Yelah bagi diaorang rasa moment nak raya buat biskut semua kan..Biskut cornflakes je pun, mudah sangat..Tu pun diaorang asik bising je, "eh banyak lagi ke nak kena buat?" Padahal aku beli cornflakes kotak kecik je, belum lagi kotak besar...
Dapat hadiah basikal dari jiran depan rumah. Anak-anak dia dah besar remaja takmo naik basikal lagi tu pasal bagi kat anak-anak aku. Rezeki di akhir Ramadhan, terima kasih jiran.
Ko nengok, nak balik rumah parents aku yang jaraknya adalah dalam 17 ke 18 kilometer je..Tapi sesak jugak la nengok barang yang nak di bawak hehe..Mengalahkan kampung yang jauh je kan..Oklah tu at least ada feeling nak balik kampung ok..
Sebelum balik rumah parents, kemas rumah dulu dan isi siap-siap segala kerepek dan kuih-kuih..Alahai aku rasa banyak orang dalam rumah ni yang makan berbanding tetamu luar huhu..
Terus lengang jalan kat area rumah aku ni. Kereta student langsung takde. Kebetulan diaorang terus cuti 3 bulan. Bulan 9 nanti baru naik sem baru. Ni kalau hari biasa dan student ada, kiri kanan kereta penuh ok..
Malam raya bermulalah tugas aku kat dapur tolong mak. Pisau pink aku - bagi semangat sikit nak mengupas bawang dan lain-lain, tajam ok pisau tu..Masa baru beli bulan puasa haritu, aku punya teruja nak guna, sampai jari sendiri pun luka - pisau makan tuan huhu..
Malam raya jugak abah busy kemas rumah dengan adik bongsu aku. Dan hias bunga. Yup abah aku yang hias bunga semua bukan kitaorang. Aku takde bakat la, abah aku ni jiwa seni kalau dia campak-campak bunga tu pun tetap jadi cantik, tak macam aku, takde bakat..
Oklah sekian dulu entry pra raya..Nanti-nanti esok lusa kita sambung cerita pasal raya pulak yea..
Thanks sudi baca entry ni.
Sekian..
OK juga Huda buat kuih anak-anak suka makan. Nanti dah besar buat-buat penat setiap satu balang pun sampai habis syawal masih ada lagi..
ReplyDeleteps: Raya ke dua tu kakak ada di Taman Koperasi seharian tau Huda, sebab kami buat hari keluarga. Sesak/ramai (kami guna dua-dua rumah termasuk yg homestay kami juga) siap ada microfon lagi. Rasa kakak dengar sampai rumah mak Huda kot:)
baiknya jiran bagi beskal…
ReplyDeleteuncle nak pindah sana lah!