16.8.17

Hari Setiausaha [Mei 2017]

Salam..

Eh gigih aku meng update blog ek..
Bukan main lagi hehe..
Tu la dia, bila nafsu dah membuak dan mula rasa rindu pada blog..
Aku nak delete banyak gambar-gambar yang ada so kena la rajin update entry yang ada ni..

Ok ni kisah sambutan Hari Setiausaha pada bulan Mei 2017 yang lalu.
Sebenarnya Hari Setiausaha ni pada setiap hujung bulan April..
Tapi kitaorang buat sambutannya awal Mei yang lepas kalau tak silap 3 Mei kot. Dibuat di Hotel Crystal Inn Batu Pahat bermula pada jam 2.30 petang.

Meh la nengok gambar tak seadanya ni yea..
Gambar-gambar ni semua dari pelbagai handphone dan kamera rasmi huhu..

Temanya kasual
Aku pun pakai simple jer, sarung apa yang ada jer..

 Tempat cabutan bertuah ni selalu jadi tumpuan kitaorang la
Tertengok-tengok apa hadiah yang menarik sambil berharap untuk menang

Kasi full view sikit
Aku ni bab cabutan bertuah memang tak berapa bertuah sangat tapi alhamdulillah
Apa yang dapat tu bersyukur dan terima je..

 Antara menu yang ada la
Bab buah ni memang laju je abis..

 Tak silap aku ni nasi goreng kot..

 Butter prawn kalau tak silap
Aku amik sikit je pasal aku kureng sikit makan udang ni..

 Kari Ayam
Sedap la jugak

 Ok sayur yang sedap
Laju je makan brokoli tu

 Ni meja khas untuk AJK tertinggi setiausaha

 Yang bukan AJK duduk ler kat meja belakang-belakang huhu
Antara kawan-kawan..

 Dapat hadiah tupperware
Janji ada kan hehe

Ada sesi potong kek [read pavlova]
bagi mereka yang lahir pada bulan 1 hingga 5 je [pasal majlis dibuat bulan 5]
Tu aku dengan kawan-kawan yang lahir bulan 3
Dah kenapa aku cam nak nangis tu hehe

Kami setiausaha yang setia dan berusaha gituu

Ok full view
Ni pun tak cukup korum, ada yang tak dapat datang.


Sebenarnya hari setiausaha ni memang kita anjur dan kita raikan sendiri. Yelah nak harapkan siapa yang nak raikan untuk kita kan, so rai sendiri je la..Yang penting enjoy.

Nak jumpa semua ni pun bukan senang..Masing-masing sibuk, kalau nasib baik dapat la jumpa time kursus ke, time ada event penting ke..Atau pun masing-masing communicate guna wasap jer, group tu memang aktif [ada jugak kebaikan wasap ni huhu].

Pada aku, semua ni kawan-kawan aku. Takde istilah kawan rapat ke, bff ke and so on.
Kami bekerja bersama dan saling memerlukan.

Harapnya hubungan ni akan dikekalkan dan majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. 

Love all.

Sekian.
Thanks sudi baca.
End.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...