10.1.17

Tahniah Faiz Subri

Salam semua..

Harini kebanyakan media baik di suratkhabar maupun di media sosial semua berkongsi rasa gembira bila Mohd Faiz Subri [pemain bolasepak Pulau Pinang] dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah PUSKAS bagi jaringan gol tercantik untuk tahun 2016.

Bangga sebab dia berjaya mengharumkan nama Malaysia dan mengangkat diri dia sebaris dengan pemain-pemain terkenal dunia..

Aku tak tau pun ada siaran langsung kat tv lagipun majlis kat Zurich sana diadakan pada waktu malam bersamaan dengan jam 1.30 pagi waktu Malaysia..Aku tengah sedap tido kot hehe..

Tapi aku tau kebanyakan peminat dan rakyat Malaysia mesti tertunggu-tunggu dari malam tadi kan dan mengharap Faiz Subri yang akan menang. Alhamdulillah!

Nak nengok video dia menang boleh terus pergi kat youtube..Aku cuba letak kat sini tapi tak boleh sebab ada content dari FIFA so kena nengok kat youtube la ye..




Tahniah sekali lagi dan semoga ini satu permulaan untuk kejayaan yang seterusnya baik untuk Faiz Subri sendiri maupun untuk pemain-pemain bolasepak yang lain..


Sekian, thanks sudi baca..

Love - Huda.

9.1.17

Kisah minggu lepas dan weekend [6-7 Januari 2017]

Salam Isnin untuk semua..

Macamana dengan tahun baru korang? So far ok tak?

Untuk aku la kan, permulaan yang aku rasa macam tak best la..Banyak yang sedih je masuk tahun baru ni tapi aku terus positif la..Kadang kita rasa benda tu tak elok untuk kita tapi Allah kata benda tu elok dan baik untuk kita so redha je la..

Orait..terus ke gambar la yea.

Ni kawan sekolah mrhubby buat ni..
Sana sini sibuk viral kuih keria antarabangsa tu kan..
Aku tak dpt rasa lagi so kawan dia ada buat, dahla comel, lembut dan sedap pulak tu..
Nak buat sendiri, memang mintak maaf la walaupun senang kan, huhu..
Ni kawan dia jual RM5 untuk 10 biji yang comel..

Ni hari Jumaat lepas, keluar cari barang dapur sambil mengubat jiwa lara huhu..
Aku stress sikit since Rabu lepas, entry akan datang aku cerita la pasal apa stress sikit tu kan..
Tudung ala pucci yang murah (ni mrhubby belikan hehe)

Nengok adik abang yang mengada..
Geram je dengan si Yaya kecik ni..
Nanti aku cerita kan perkembangan Yaya yang nak masuk 4 tahun 2017 ni..

 Sabtu lepas nak balik rumah mak abah..
Eh pucci lagi, haha..Serius pucci murah je, sana sini jual RM10 je kan..
Yang belakang tu semua poyo je..:)

Balik dari rumah mak abah petang Sabtu tu singgah makan cendol durian kejap, sedapp
Memang weekend aku hancur punah dengan diet..
Time kerja je la boleh diet dan jaga makan (kadang ke laut jugakk)

Ni bekal untuk budak-budak dan bapak budak semalam - 8/1/17
Aku dah siapkan bahan-bahan semua dalam fridge
Bangun pagi terus goreng je..

Ni bekal untuk pagi ni - 9/1/17
Spageti goreng - buah jambu - biskut oat
Aku pesan kat semua sila makan termasuk sayur tu sekali..
Kadang diaorang ni memilih nampak sayur je terus tolak tepi..

Pagi ni aku terjaga lewat sikit dalam pukul 5 tu..Tu consider lambat untuk aku sebab selalu aku akan terjaga dalam pukul 4.15 atau 4.30..Ni memang terus bangun dan terus prepare macam-macam..Nasiblah dah memang sediakan bahan-bahan dari malam..

Ikutkan badan terasa penat sangat. Tapi aku kena paksa diri kalau tak kesian kat budak-budak semua kan..Takut takde tenaga dan takut lapar waktu rehat. Satu la aku nak puji kat Zarif walaupun dia budak lelaki tapi dari darjah satu sampai lah darjah 6 ni dia still nak bawak bekal. Takde pun rasa malu..Maybe sebab dia suka makan dan dia malas nak beratur panjang kat kantin kan..Tak tau la kalau dah masuk sekolah menengah tahun depan camana pulak kan..

Oklah guys..
Setakat ni dulu..Banyak kerja nak settlekan this week..

Thank sebab sudi baca!
Love - Huda.

2.1.17

Cerita 2017 [Kisah sekolah dan bekal anak-anak]

Assalamualaikum...

Tadaaaa..Selamat bertemu kembali.

Salam tahun baru 2017. Ampun dan maaf dipinta sebab lama tak menulis. Haihh entah siapa-siapa je la nak jenguk ke sini. Kalau ada terima kasih diucapkan.

Well, azam baru nak rajin menulis macam sebelum ni. Teruk betul prestasi aku tahun lepas..Niat je berkobar tapi tak tercapai pun.

Ok kat negeri Johor ni dah mula naik sekolah semalam. KL dan certain tempat masih lagi bercuti sebab amik cuti tahun baru kan? Ok sakan eh korang cuti sampai esok baru naik kerja. Kata mrhubby patutnya selaraskan la semua cuti esok baru naik, hehe dia tension la tu pasal semalam pun dia dah mula kerja kan..

Patutnya plan asal semalam aku tak cuti memandangkan ramai staf ofis yang cuti sebab menguruskan anak2 sekolah kan. Tapi aku mana la ada anak darjah satu ke tadika ke kan so semuanya ok je la dan patutnya tak cuti. Tapi last minit rasa macam ada je benda-benda tak settle so end up aku pun amik je la cuti. Malam tu gak call bos mintak cuti, nasib dia pun cuti gak so ok je la..settle. 

Okla, dipendekkan cerita dapat bangun awal dan prepare bekal untuk diaorang. Well aku pulak yang excited diaorang nak sekolah.

First day bawakkan roti gulung sosej je, senang je, lepas tu bawakkan cheese tart haha. Sorryla aku lupa nak beli buah tu yang ganti cheese tart..

Pengawas katanya tahun ni..
Zarif dah darjah 6 dan Zara dah darjah 3
Cepatnya la masa berlalu..


Sesi semalam semua ok je. Alhamdulillah. Budak-budak penat tu biasalah, itupun belum masuk kelas ngaji lagi. Kelas ngaji start minggu depan. Tahun ni Zarif agak sibuk dan penat sikit la sebab tahun ni dia amik UPSR, mesti ada banyak kelas tambahan kat sekolah plus tuisyen lagi. Ehh seram ok. Takpela aku dah set minda aku untuk terima apa saja sebab aku tau kekurangan dan kelebihan Zarif. Tapi aku taknak mengalah sebab selagi ada masa aku tau Zarif berpeluang untuk dapat result yang baik. Just do it, usaha dan doa pada Allah. Insya allah aku dan mrhubby akan tolong Zarif selagi mampu.

Disebabkan aku cuti, adik lelaki aku dari KL datang kejap rumah aku bawak la adik ipar aku dari Pahang yang belum pernah sampai ke rumah aku di Parit Raja ni..Kebetulan aku pun rindu nak jumpa anak sedara yang bam-bam lagi bulat tu si Nawra, cucu bongsu mak abah aku.

 alala si bulat ni geramnyaaa..Yaya tu dok menempel je la sebelah Nawra
Eh Yaya memang suka baby tau, suka sangat..
Tapi sorry la Yaya, awak je la jadi baby ibu abah ok..

Bawak adik dan adik ipar aku jalan-jalan ke Parit Raja, tunjuk tempat kerja aku semua
boleh si bulat ni tidoo..
Bila balik rumah je boleh pulak tersedar, sabar je laa..

Dan ini adalah bekal diaorang untuk harini. Jemput-jemput ikan bilis je beserta kerepek pisang.
Ok still takde buah. Stress ok.
Petang ni beli buah k.


Gitulah cerita serba ringkas tentang hari pertama 2017. Aku harap 2017 adalah tahun yang baik dan membawa perubahan kepada kami sekeluarga. Moga Allah permudahkan urusan segalanya insya allah.

Sekian.

Thanks sudi baca dan singgah sini.
Doakan aku terus gigih untuk menulis yea kawan-kawan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...