Salam Isnin untuk semua..
Macamana dengan tahun baru korang? So far ok tak?
Untuk aku la kan, permulaan yang aku rasa macam tak best la..Banyak yang sedih je masuk tahun baru ni tapi aku terus positif la..Kadang kita rasa benda tu tak elok untuk kita tapi Allah kata benda tu elok dan baik untuk kita so redha je la..
Orait..terus ke gambar la yea.
Ni kawan sekolah mrhubby buat ni..
Sana sini sibuk viral kuih keria antarabangsa tu kan..
Aku tak dpt rasa lagi so kawan dia ada buat, dahla comel, lembut dan sedap pulak tu..
Nak buat sendiri, memang mintak maaf la walaupun senang kan, huhu..
Ni kawan dia jual RM5 untuk 10 biji yang comel..
Ni hari Jumaat lepas, keluar cari barang dapur sambil mengubat jiwa lara huhu..
Aku stress sikit since Rabu lepas, entry akan datang aku cerita la pasal apa stress sikit tu kan..
Tudung ala pucci yang murah (ni mrhubby belikan hehe)
Nengok adik abang yang mengada..
Geram je dengan si Yaya kecik ni..
Nanti aku cerita kan perkembangan Yaya yang nak masuk 4 tahun 2017 ni..
Sabtu lepas nak balik rumah mak abah..
Eh pucci lagi, haha..Serius pucci murah je, sana sini jual RM10 je kan..
Yang belakang tu semua poyo je..:)
Balik dari rumah mak abah petang Sabtu tu singgah makan cendol durian kejap, sedapp
Memang weekend aku hancur punah dengan diet..
Time kerja je la boleh diet dan jaga makan (kadang ke laut jugakk)
Ni bekal untuk budak-budak dan bapak budak semalam - 8/1/17
Aku dah siapkan bahan-bahan semua dalam fridge
Bangun pagi terus goreng je..
Ni bekal untuk pagi ni - 9/1/17
Spageti goreng - buah jambu - biskut oat
Aku pesan kat semua sila makan termasuk sayur tu sekali..
Kadang diaorang ni memilih nampak sayur je terus tolak tepi..
Pagi ni aku terjaga lewat sikit dalam pukul 5 tu..Tu consider lambat untuk aku sebab selalu aku akan terjaga dalam pukul 4.15 atau 4.30..Ni memang terus bangun dan terus prepare macam-macam..Nasiblah dah memang sediakan bahan-bahan dari malam..
Ikutkan badan terasa penat sangat. Tapi aku kena paksa diri kalau tak kesian kat budak-budak semua kan..Takut takde tenaga dan takut lapar waktu rehat. Satu la aku nak puji kat Zarif walaupun dia budak lelaki tapi dari darjah satu sampai lah darjah 6 ni dia still nak bawak bekal. Takde pun rasa malu..Maybe sebab dia suka makan dan dia malas nak beratur panjang kat kantin kan..Tak tau la kalau dah masuk sekolah menengah tahun depan camana pulak kan..
Oklah guys..
Setakat ni dulu..Banyak kerja nak settlekan this week..
Thank sebab sudi baca!
Love - Huda.
Assalamu'alaikum Huda...
ReplyDeletePermulaan 2017 juga agak tidak seronok buat kakcik. Kadangkala rasa memang 'down' sangat, susah nak kekal positif... Semoga Allah SWT segera hilangkan rasa tidak seronok ini...
ta tahu lah kita nannti ada rajin macam akak ta..buat breakfast untuk amai time dia school nanti..hihihihi
ReplyDelete