8.7.19

Raya 2019 [Hari Kedua]

Salam.
Ok kita terus ke posting raya kedua 2019.
Tak kisah la walaupun dah masuk bulan baru, dah Zulkaedah, aku tetap nak habiskan posting raya. Better late than never gitu.

Untuk raya kedua, biasanya kami tak ke mana sebab menunggu tetamu datang ke rumah untuk beraya. Mostly dari anak2 saudara sebelah mak [Rengit Clans].

Biasanya kami masak tapi untuk tahun ni malas la nak masak2 sebab selalunya bila masak2 kami tak dapat jumpa apatah lagi berbual dengan saudara mara sebab asyik keluar masuk dapur je. Tahun ni order je dengan kawan aku iaitu Nasi Ayam. Dapatla makan dan juga berbual bersama-sama.


 Sedang menunggu tetamu

 Oh ye sebenarnya cuaca hari raya kedua tu hujan turun dari pagi
Sesejuk rasa gitu, tapi kebanyakan saudara datang ke rumah waktu petang hinggalah ke malam.

 Nuha and her fav Kak Zara

 Yaya and her 'terpaksa' pose
Ye la bila ibu asyik suruh pose dan ambil gambar jer macamana la dia tak marah

Sorry la tuan punya blog nak interframe lagi huhu

With my cousin yang tarikh lahirnya sama dengan aku 
Baju putih tu anak dia, dah bermenantu dan bercucu Kak Nana ni.




Terima kasih banyak-banyak pada sepupu-sepupu dan semua saudara mara yang sudi hadir masa raya kedua ini. Alhamdulillah Allah izinkan kita semua termasuk mak abah aku berjumpa dengan semua. Semoga ukhuwah ini akan berkekalan selamanya. Amin.

Ok selesai cerita raya kedua aku, hehe.
Next raya ketiga pulak, yeay.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...