Assalamualaikum,
Syawal 1440H tinggal lagi berbaki 2 hari. Jadi aku harap sangat menjelang hari terakhir Syawal ni dapatlah aku update cerita raya aku keseluruhannya. Tak sanggup aku simpan gambar banyak-banyak dalam hp ni. Baik aku simpan kat blog ni dengan ceritanya sekali [kalau la aku rajin kan].
Raya tahun ni semua adik2 aku ada mulai raya kedua. Pada malam raya yang ada kat rumah hanyalah aku, adik yang ketiga dan keempat. Oklah kali ni aku masak siap2 dari rumah sebab mak tak kuat dan tak sihat sangat. Aku pun taknak la bebankan mak. Mana yang aku boleh buat aku buat dan mudahkan je.
Kita terus ke gambar-gambar la yea. Cerita panjang2 pun bukan ada yang nak baca sangat hehe.
Antara menu yang ada
Sarapan pagi dulu sebelum solat raya
Kami kecuali Umar yang moody
Serba pink la kononnya
Tahun ni semua pakai baju apa yang ada je.
Zarif dan abah beli je baju tu dan pakai seluar hitam
Aku beli je baju siap [lain aku nak lain dapat,murah je pun]
Zara dan Yaya [baju last year je]
Sesi bermaafan dengan atuk nenek
Abah mak yang tersayang
Alhamdulillah Allah izinkan lagi kami bersama lagi raya tahun ini
Anak-anak
Aku dan mak
Sebenarnya ada cerita jugak di malam raya hinggalah raya pertama ni
Yang penting aku masih lagi dapat salam tangan mak
Nampak tak teknik sorokkan perut kahkah
Benci tau, aku berisi dia molek je kurus
Atuk nenek dengan cucu yang ada kecuali Umar
Ambil kesempatan bergambar dekat lokasi yang popular di kalangan pengantin
Tapi ala kadar je la maklumlah tak pro macam ni laa
Ecececeh...
Pengantin lama giteww
Nak tepek jugak kat sini
suka nengok warna hijau tuu, sejuk je mata kan
Tuan blog jadi kena la ada banyak gambar dia walaupun...
Abah dan pokok tak dapat dipisahkan
Candid kononnya
Tempat wajib ambil bila di kampung Rengit
Benci bila tudung tersenget2 ni tapi nampak cantik la pulak
Macam ni la cuaca masa kat Rengit raya pertama tu
Panas koo..
Panas-panas pun tetap nak bergambar jugak kan
Peluh jangan cakap laa
Balik dari Rengit terus ke rumah sendiri untuk sesi ambil gambar lagi
Sebenarnya budak2 tu esp Zara dan Yaya dah ngantuk tapi kitaorang paksa jugak haha
Raya pertama kot mana boleh penat2 kena la ambil gambar lagi kan
Diaorang tak mintak maaf lagi kat kitaorang rupanya so buatlah kat rumah sendiri
Kan dah kata tuan blog memang kena ada gambar banyak-banyak haha
Pasrah la yea
Aku memang simple je, tudung bawal je sudah
Malas nak shawl bagai dah aku jual tudung bawal kan memang la kena pakai bawal je
Sekian la kisah raya pertama kami yang tak seadanya
Sebenarnya raya pertama kami lepas dari rumah mak tu, terus la kami semua [mana yang ada] gerak ke rumah makcik-makcik [kakak2 mak] di Rengit. Terlupa la pulak nak ambil gambar makcik-makcik aku.
Selalunya lepas di Rengit akan bergerak ke Pontian ke rumah kakak mak lagi satu dan sebelum balik ke Batu Pahat akan ke Benut untuk singgah beraya ke rumah atuk saudara. Tetapi disebabkan keadaan kesihatan mak yang tak mengizinkan kami hanya ke Rengit sahaja. Ye la apa-apa kena utamakan kesihatan mak dulu kan.
So begitu la raya pertama kami yang sederhana tapi cukup bahagia untuk kami sekeluarga bila dapat berkumpul bersama keluarga tersayang.
Okla esok kita ke part 2 pulak aka raya kedua yea.
Taknak baca takpe yang penting ada kenangan aku di sini tau. Akhirnya update jugak blog aku ni tauu, yeay.
Sekian.
Thanks sudi baca.
Alhamdulillah. Biar sederhana asal bahagia... :)
ReplyDelete