30.6.14

Selamat Berpuasa

Kalau la boleh sambung cuti lagi hari ni huhu (mengada kan padahal dah cuti 4 hari)..

Ok tak terlambat untuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, dah masuk hari kedua hari ni alhamdulillah. Moga ibadah kita diterima Allah Taala.


Zarif masih lagi berpuasa dan harapnya hari ni masih kuat bertahan maklumlah kan dah mula sekolah. Waktu sekolah ni biasanya memang mencabar sikit, so tengahari biasanya aku akan balik rumah sebab boleh nengok dia sekali. Memang la takde makan tapi nak bagi semangat kat anak hehe..Sebab waktu tengahari tu la kadang dia mula lembik dan dok merayu macam-macam..

Zara pulak belum puasa lagi sebab tengah batuk dan selsema. Ni aku pun dah berjangkit dari dia la ni. Kepala rasa bengal je, kalau tak tahan tadi mau dah amik mc tapi insya allah masih bertahan..Tapi Zara takmo bawak bekal air ataupun makanan. So aku assume dia tak makan langsung kat sekolah ni sampai tengahari (sebab sekolah memang tak provide makanan bulan puasa ni). Tapi aku percaya Zara boleh bab puasa ni (setengah hari pun ok la kan) sebab dia ni susah nak makan.

Aisyah? Hehehe, mestilah dia tak puasa..Aiyoo budak cinonet ni bukan main aktif lately ni..Tak terkejar ibu ke sana sini. Sabtu lepas kepala Aisyah luka sikit (terjatuh dari kerusi - stool kecik Ikea tu) jatuh tersembam ke lantai...Fuhhh, luka tapi dah bawak jumpa doktor so doktor kata ok dan takde apa..By this time aku tulis entry ni luka dah kering pun. No. 3 ni memang lain macam sikit la, hehe..

Selamat Berpuasa untuk semua yea..

27.6.14

Bisnes adik beradik | Segalanya di hujung jari

Amboi bila dah cuti ni nak update blog pun terasa malas..

Tapi hari ni update ringkas jelah k..Dari dulu nak update tapi tak ter update-update..So kali ni aku update jugak pasal bisnes adik beradik..

Adik-adik aku ni walaupun ada job lain tapi minat bisnes. Well aku je la yang malu-malu kucing nak bisnes. Adik-adik aku ni kira aktif la bisnes online. So korang boleh la jenguk apa yang diaorang jual kalau berminat yea..Kakak kenalah support bisnes adik beradik kan?

Well dalam dunia bisnes ni mesti ada turun naiknya, bukan selamanya kita akan untung je yea tak, so risiko-risiko di sebalik bisnes ni pun kita kena amik kira bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..Cuma aku respect sebab adik-adik aku kental.

Aku pernah terbaca kata-kata Dr. Azizan Osman.."Walaupun kita ada barang yang berkualiti sekalipun tapi takde marketing yang baik pun tak guna" means dalam dunia bisnes ni marketing is the main point. Macamana nak marketing tu memang kena tuntut ilmu dari yang pakar. Tapi dalam dunia internet segalanya di hujung jari ni korang kena rajin dan hati kena kuat dan tabah. Kalau barang tak terjual jangan kecik hati k, teruskan marketing..Segalanya online je sekarang ni..:)

Aku cakap pun beria tapi bila nak melibatkan dalam bisnes ni kecut ok, hati kecik..So nak kena bagi hati besar sikit baru boleh buat..Tunggu k, tunggu aku akan buat..:)

Ok dah melalut pulak, ni bisnes adik aku yang kedua..Pertamanya dia jual sunhat, korang boleh nengok kat web dia;





Lagi satu dia ada buat;




Ha yang ni adik aku design birthday goodie bags. So ada banyak karakter kartun yang kalau anak-anak korang nak boleh tempah je dari adik aku atau suami dia. So far so good bisnes ni, dah berapa tahun jugaklah dia on bisnes ni. Korang boleh nengok karakter kartun yang korang nak dekat website adik aku antaranya theme Frozen yang meletup-letup sangat sekarang ni..


Ni pulak bisnes adik aku yang ketiga;

Pertamanya dia buat bisnes buat website dan buat domain dll. Korang boleh check la kat web dia, incase korang nak buat bisnes dan perlukan website bolehlah rujuk pada adik aku ni yea..Blogger redmummy dan beautifulnara pernah dapatkan khidmat dari adik aku ni.



Lagi satu bisnes terbaru dia buat adalah bisnes fashion. Yang ni dia baru buat tahun ni so korang pun boleh la support yea.





Terima kasih sudi baca yea!!






26.6.14

JDT Juara Piala Liga dan Cuti Umum

Ale..ale..ale...ale...Luaskan kuasamu Johor....





Amboiii lena tido ku malam tadi hehe dan bertambah lena bila tau hari ni cuti ok..Tapi sebenarnya tak la lena sangat ok..

Ok sebelum tu tahniah pada pasukan JDT yang telah berjaya menewaskan pasukan Sarawak 1-0..Well kalau nengok malam tadi aku rasa macam susah sangatlah JDT nak menang sebab Sarawak pun main bersungguh-sungguh..Lagi aku rasa bertambah susah nak menang bila Selangor pulak dah dapat jaringkan gol menentang Selangor PKNS...

Tapiiiiii semuanya atas kuasa Tuhan, alhamdulillah Piala Liga milik JDT :)..Sebenarnya memang tak lena tido sangat sebenarnya malam tadi sebab lepas je  JDT menang, kat fb cakap negeri Johor cuti..Asiklah dok ngadap hp ber whatsapp sana sini sebab nak confirmkan betul ke cuti..Kang aku beria cuti orang datang kerja pulak, kan ke naya tu..

Pagi ni semua pun bangun awal pagi tapi still whatsapp masih lagi berkira-kira nak pegi kerja ke tak, end up budak-budak yang dah siap pakai baju sekolah terus salin baju lain sebab memang cuti. Zara yang patutnya ada hari terbuka hari ni ditangguhkan ke hari Selasa. Zarif aku suruh cuti jelah sebagaimana arahan cuti umum tu sebab dia pun dah lepas hari sukan semalam so kira berbaloi la..Taska Aisyah pulak memang dah cakap tutup hari ni..Mrhubby jelah yang kena datang sekolah sebab ada hari sukan, makanya cuti umum hari ni akan digantikan sebelum raya nanti..

Aku pulak direct whatsapp bos tanya pasal cuti ni dan dia kata mana-mana program yang dirancang hari ni kira proceed je sesiapa yang takde kaitan apa-apa boleh cuti so aku pun CUTIII yeaaayyy!!

Kira orang Johor cuti sampai Ahad tau...Wah berbaloi-baloiiii (sengih sampai telinga, hehe). Bagus gak cuti lama sebab banyak kerja rumah nak buat, kain baju aku dah menggunung ni..

Terima kasih Sultan Johor,  terima kasih TMJ, terima kasih kerajaan negeri Johor dan terima kasih pasukan JDT..


 Bagus gak cuti hari ni, anak-anak tolong ibu kemas rumah yea..:)



25.6.14

Congo Bar & first customer

Kelmarin aku bawakkan Zara bekal Congo Bar. Tak tau apa Congo Bar? Sila google, nengok rupa bentuknya yea...
Lepas tu balik dari sekolah, Zara kata cikgu dia cakap sedap Congo Bar tu...Dan mrhubby cakap cikgu Zara nak beli Congo Bar tu..Aku macam whattt? Nak beli?

Aku ni bukanlah pakar buat kuih, kek dan biskut...Aku buat Congo Bar tu pun main-main je ok, suka-suka nak bagi anak makan..Rupanya cikgu dia memang bersungguh ok nak order siap whatsapp lagi..Aku rasa macam biar betul ni, sebab memang tak pernah jual kat orang pun apatah lagi nak letak harga memang tak reti la..

Tapi disebabkan cikgunya beria betul nak order Congo Bar tu makanya aku pun mengalah..Yelah kan, kesian pulak bila orang bersungguh nak tapi aku tak layan..Makanya aku pun buat la malam tu dengan bantuan mrhubby. Dengan penuh hati-hati ok aku buat maklumlah katanya nak jual huhu...


Ini sebelum bakar 
(aku buat sempoi je loyang pun main belasah je apa yang ada)


Ginilah rupanya lepas dibakar
Bolehla yea (walaupun bahagian tengah tu cam tenggelam ke bawah sikit)


Serius aku tak tau pun apakah rasa Congo Bar yang nak jual ni sebab lepas buat terus packing, rasa ok kot sebab esoknya dapat feedback yang positif dari cikgu tu..

Harga yang aku jual? Ini memang payah, aku ni kadang jenis tak sampai hati, tapi kalau tak sampai hati macamana nak jual kan? Korang google jelah harga Congo Bar ni berapa tapi aku tak letak harga semahal tu sebab ni pun first customer (aihh malu oh nak sebut customer hehe) dan rupa pun  tak molek sangat so aku bagi diskaun sikit..

Alhamdulillah yang penting cikgunya suka, itu dah memadai untuk aku..Terima kasih pada yang beli yea..Aku bukak order lagi ke tak? Hahaha tu tak pastilah, senang kata kalau ada nak order upon request kot sebab ini bergantung pada masa dan kemampuan aku...



24.6.14

Tempat baru dan terima kasih

Maaflah lately ni memang agak sibuk sikit..Nak baca blog kawan-kawan dan tinggalkan komen memang tak sempat..

Ahad (kelmarin) aku dah mulakan kerja di ofis baru (cerita pasal Pindah). So far so good, sebab baru lagi so tak boleh nak cerita banyak la, yang penting kita fikir baik dan positif saja. Bos dan kawan-kawan baru semua pun ok alhamdulillah.

Terima kasih pada ex bos dan kawan-kawan yang sudi buat majlis perpisahan untuk aku dan kawan lain yang kena pindah jugak kelmarin...Pastinya sampai sekarang aku masih teringat kenangan dengan kawan-kawan kat ofis lama, serius kawan-kawan kat ofis lama memang havoc dan kecoh. Haraplah satu hari nanti kita akan bekerjasama lagi..

Hadiah yang memang sesuai sempena kedatangan bulan Ramadhan ni
Terima kasih banyak-banyak


Don't worry yea, aku tak hilang dan aku cuba update blog macam sebelum ni, ada banyak cerita nak tulis ni..Tunggu jap lagi aku free aku update lagi k..

Tq sudi baca!







19.6.14

Gambar hilang | Aisyah yang berjaga pagi

Ok serius banyak gambar dalam blog ini hilang ok..Entah semalam tangan aku tekan macam-macam  kat hp la kat Google +, so end up bila refresh kat blog banyak gambar yang hilang!! Tapi memang aku rasa ada yang dah terbuang kot haihh entahlah..

Bila aku baca dari blog Abang Hasrul Hassan, maybe aku ada terbuat antara 7 Sebab Gambar Hilang tu..Well, benda dah nak jadik..

Stress! Aku kena masukkan satu-satu balik kalau aku nak (memang boleh buat balik tapi amik masa la), malam tadi aku cuma letak balik untuk entry semalam yang aku post termasuklah buat header baru..Kalau korang nengok older post confirm banyak gambar dah takde tapi aku akan buat mana yang termampu jelah..

Disebabkan stress, so hari ni update ringkas jelah, takde mood ok...

Baby Aisyah sekarang ni bukan main lagi, dah macam alarm aku, setiap pukul 5.30 pagi confirm nangis..Dah bagi susu pun still nangis nak aku dukung dia jer..Bagus tu memang bagus sebab bangun awal pagi kan tapi tak bagusnya masa tulah jugak aku nak siapkan bekalan untuk anak-anak, nak solat dan nak mandi lagi..Memang kelam kabut jugak la..

Tapi automatiknya dalam pukul 6.30 dia akan tido balik..

Ha tiap pagi memang camni la rupanya, siap dengan biskut lagi kat tangan


 Memang ginilah gayanya tiap pagi dengan abang Zarif tercinta huhu
Zarif tu kan bantal empuk dia..


Sekian nanti kalau rajin aku update lagi, terima kasih sebab sudi baca...




18.6.14

Balik kampung di Kesang Muar aka Homestay Kasih Sayang

Ok hari ni aku macam tenang sikit so bolehlah upload banyak gambar sempena balik kampung Kesang Muar hari Khamis lepas..

Kisah pasal kampung aku kat Kesang Muar (dah jadik homestay pun) aku pernah tulis kat blog ni, rasa dah banyak kali kot..Korang boleh google je HOMESTAY KASIH SAYANG..
Oklah ni aku bagi link --- HOMESTAY KASIH SAYANG DALAM SUASANA KAMPUNG.


Sebenarnya abah aku ajak balik kampung sebab nak nengok kebun kelapa sawit dia..Jadik bertolak balik kampung seawal pagi dalam pukul 8 sebab abah dah janji dengan orang yang nak racun kat kebun tu dalam pukul 10 pagi..

 Nengok beg belum habis letak kat dalam budak-budak dah sibuk main badminton ok

 Ha buat apa tu Aisyah??
Aisyah pulak balik kampung sakan berjalan sana sini maklumlah kawasan luas..

 Selain kawasan luas banyak jugak pokok-pokok bunga


 Kalau dulu arwah nenek rajin jaga semua pokok bunga tapi sekarang upah tukang kebun sekolah depan homestay ni yang jaga pokok-pokok bunga yang ada


 Sorry terpaksa blur, seksi maa..
Bawak kolam balik kampung lepas tu mandilah semua sama-sama..:)

Kebetulan hari yang kitaorang balik tu adalah hari Nisfu Syaaban dan bermulanya Piala Dunia awal pagi tu..

Nengok Aisyah sibuk ngendeng kat atuk nak nengok video

Mrhubby dalam pukul 4 gitu bangun dengan Zarif nengok perlawanan pembukaan Piala Dunia. Zarif tu bangun jap je lepas tu tido balik huhu..Aku confirmlah tido tak mungkinlah nak bangun semata nak nengok bola hehe..

Awal pagi Jumaat tu abah aku dah keluar awal belikan breakfast..Ni yang abah aku belikan ni tak abis pun. Tapi serius kuih muih tu semua sedap ok, kuih tu beli 4 = RM1. Oh ye ni semua abah aku beli kat Sungai Rambai..



Balik dari kubur arwah atuk tengahari tu, mak aku belikan sate Muar..Weii, sedap giler!
Muar dan sate mana boleh berpisah kan?? :)


Sebelum kaum lelaki pergi solat Jumaat, kitaorang posing-posing jap maklumlah petang tu dah nak balik..Kalau tak amik gambar maka takdelah entry untuk hari ni hehe..

 Buai ni dah lama ohh sejak zaman aku baby lagi sampai aku dah ada anak nii..


Pose kat pondok wajib

Nengok Aisyah tu apa je lah yang nak dikutip kan..

Al-fatihah untuk arwah atuk aku..

Nak kopek durian ni memang seksa betul, sian kat mrhubby


Tapiii bila dah kopek, nikmatttt...

Dalam pukul 3 lebih gitu terus aku siap-siap konon nak bergambar kat sawah belakang umah arwah atuk ni. Mak dan abah aku tak ikut, diaorang kemas-kemas je kat umah sebab nak balik BP lepas asar.

 Awww mengada sangat nak letak gambar sendiri kan..
Nampak tu dahi Aisyah berbekas merah, jatuh katil kat kampung ni huhu

Nah amik nak bergambar kat sawah sangat...:)
Monopod sangat ler..

Dan lagi...

Amboi banyak betul gambar tuan blog letak hari ni hehe
Ni perasan konon anak satu, percaya tak???

 Yeay..cuti yang pendek tapi bermakna
Ni amik gambar monopod dari bawah la pulak huhu..

In sya allah panjang umur kita akan balik kampung aka Homestay Kasih Sayang ini yea...:)


















17.6.14

Berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang (Final)

Ni nak langsaikan entry tertunda sebelum cuti sekolah huhu..Redha je la yea..:)

Boleh baca entry berkaitan;

BERJALAN KE ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG (I)

BERJALAN KE ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG (II)

So kita akhiri la sesi berjalan ke Zenxin Organic Park hari ni ok...Lepas dah habis dan puas nengok dan bagi arnab makan kitaorang teruskan perjalanan yang tak jauh ni ke tempat seterusnya.

 Aktiviti menangkap ikan

Bila dah masuk ke Zenxin ni memang budak-budak dapat ticket free untuk main tangkap ikan ni..Ala tangkap-tangkap je bukan boleh bawak balik pun ikan tu..Saja main tangkap ikan suka-suka..:) Percayalah mana-mana budak pun suka je buat aktiviti ni..

Aisyah sorry la yea, boleh pandang saja padahal dia punyalah excited kalau boleh nak masuk terus dalam kolam tu, dia ingat swimming pool agaknya

 Sebelah kolam ikan ni ada tempat memanah - kena bayar RM20 untuk berapa minit eh, aku lupa la
tapi ok gak la

Macam pro tapi abis memanah bengkak sikit, hehe sian dia..

Memula aku pun nak memanah sebab ni antara sukan yang aku minat tapi hasrat terus terbantut sebab masa tu pelancong dari Singapore ramai sangat menunggu nak memanah jugak..




Selain dari kawasan menangkap ikan dan tempat memanah ada jugak kawasan untuk menjual pokok bunga..Ala pokok comel cam kaktus dan macam yang kat dalam gambar tu la...Aku ni mana la tau nama pokok tu semua kecuali kaktus jer..
 

Ni adalah hasil balik dari Zenxin Organic Park tu..


Sekian dah abis dah sesi berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang...Kira oklah untuk perjalanan yang tak sampai setengah hari pun..Kalau dapat jalan waktu pagi lagi ok redup ni jalan waktu matahari betul tegak di kepala, huhu..

Terima kasih sudi baca!!



 








16.6.14

Abah-abah yang hebat

Salam hari Isnin untuk semua..Anak-anak dah kembali semula ke sekolah kan so life agak busy macam biasa..

Well semalam memang hari yang agak sibuk untuk aku bermula seawal pagi menguruskan anak-anak nak ke sekolah, buat bekal untuk diaorang sampailah kelam kabut dengan urusan ofis dan macam-macam lagi. Semalam juga aku dah lapor diri ke ofis baru, baru lapor je tapi aku belum start bertugas lagi..Maybe next week kot sebab aku nak kena settlekan kerja yang ada di ofis sekarang dulu..Bos baru nampaknya macam ok, harapnya ok jelah kan..But knowing me, aku ni jenis manusia yang redah saja, jenis yang takde hal la..Bos garang ke bos baik ke bos cerewet ke, kita redah dan redha saja la..

Ok, semalam ikutkan adalah hari bapa..Tak kisahlah semalam ke atau bila-bila, kita semua memang wajib sayang ibu dan bapa kita yea tak..

Disebabkan semalam adalah hari naik sekolah so takde apa celebration pun. Aku cuma mendoakan agar mrhubby dan abah diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan..

Nengok keadaan abah hari ni syukur sangat berbanding tahun lepas bila abah kena slip disc dan menjejaskan sikit kesihatan dia..


Abah memang kuat semangat melawan sakit slip disc dia tahun lepas. Alhamdulillah memang jauh beza sangat keadaan abah tahun lepas dan sekarang. Walaupun dah kurang tapi abah masih lagi dapatkan rawatan dan dalam proses pemantauan..

Percayalah role model dalam hidup aku adalah abah, sejak kecik sampailah sekarang. Abah memang orang yang tegas tapi aku suka cara abah nasihatkan kitaorang sebab abah takkan pukul tapi dia akan panggil kitaorang (kalau dia marah atau tak puas hati) dan akan cakap direct saja..Cuma apa yang dia cakap tu pedihla dan terus menusukkkk dalam hati tauu..Apa yang dia cakap tu memang boleh buat kitaorang nangis ok (siap sedu sedan lagi)...Respect abah so much!!! Thank you for being a great father..


 Terima kasih menjadi abah yang baik untuk mereka


Exactly mrhubby adalah orang yang sangat penyabar dan lagi sporting kot dari aku huhu..Senang kata anak-anak ni memang manja dan mengada la dengan abahnya..
Thanks for being a great, open minded and sporting father to them. Banyak lagi perjalanan dalam hidup ni kita kena lalui (in sya allah kalau panjang umur). 

Tak lupa juga didoakan semoga roh arwah abah mertua ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..-Al-fatihah ~


 












12.6.14

Tenangkan diri

Amboi tajuk bukan main lagi huhu.. Tenangkan diri la sangat.. Sebenarnya balik kampung kat Kesang Muar (dah dijadikan homestay sekarang) dan aku pernah cerita kat blog ni pasal rumah kampung kat Kesang ni..

Balik kampung dengan mak abah aku sekali... Anggap jelah ni jalan-jalan untuk anak-anak aku sebab cuti sekolah memang kitaorang takde ke mana pun sebab memang dah plan nak jalan akhir tahun je huhu...

Oklah aku menaip ni pun guna hp mencabar okeh...

Selamat bekerja untuk yang bekerja esok dan selamat bercuti pada yg bercuti...

Tq..

11.6.14

Cucuk setahun & Pavlova tak cukup sifat

Haihh, bila nak kena pindah ofis ni perasaan dah bercampur baur, emosi dah mula terganggu, entah apa-apa..Malam tadi dah mula la aku mimpi masuk ofis baru, jumpa dengan bos baru, huhu..Bukanlah excited sangat nak pindah, rasa biasa-biasa je tapi tulah emosi terganggu katanya huhu..

Dahhh takmo emosi terganggu so mehla layan gambar tak seadanya ni..Sebelum to tahniah pada pasukan JDT sebab menang dalam game malam tadi 3-0 lawan SIME DARBY, dahlah takde live kat tv..Asal takde live je mesti menang banyak gol..Kalau tunjuk live je confirm kalah takpun seri..

Oklah minggu ni memang tak banyak sangat gambar..

Ni gambar Aisyah Rabu lepas amik injection untuk setahun. Tapi dia rileks je kena cucuk aku yang cuak bila nengok jarum tu tapi dia maintain jer..Bagus Aisyah, baby cool hehe..

Dah besar dah anak ibu


Kelmarin aku cuba pavlova...Bila time rajin mengada la nak try itu ini..Tapi ni aku namakan pavlova tak cukup sifat..

Kenapa tak cukup sifat? Sebab meringue tu macam terkeras sikit, lepas tu termanis, lepas tu tak cukup buah-buahan, lepas tu tersalah beli whipping cream, sedih kan?

Walaupun tak cukup sifat, tapi kira ok la..At least aku dah tau camana nak buat pavlova hehe


Sekian, terima kasih sudi baca!




10.6.14

Pindah

Amboi lamanya tak update, huhu.

Semalam aku baru dapat surat arahan bertugas bertukar ke pejabat lain. Biasalah staf macam aku ni bila bertugas melebihi 5 tahun di satu-satu pejabat memang akan ditukarkan.

Bermula 15hb Jun (Ahad ni) akan report duty di pejabat baru tapi aku nak mintak extend sampai hujung bulan means awal puasa baru bertugas di tempat baru.

Perasaan?? Ermm, sedih tu dah pastilah. tapi aku ni jenis ikut flow je. Kalau dah diarahkan bertukar so kena ikut jelah kan..Kalau taknak ikut arahan baik berhenti kerja hehe..

Ikutkan terlalu banyak kenangan kat pejabat sekarang....Tempat yang mengajar aku banyak perkara  terutamanya tentang hubungan yang baik sesama manusia. Dan jugak tempat yang banyak tekanan hehe, tapi aku suka cabar diri walaupun ada masanya aku rasa tak mampu nak handle tapi aku follow je the flow..Yelah baru setiausaha nak tension bagai belum jadik lecturer pun hehe..

Walaupun kena pindah tapi aku puas, sebab apa yang aku nak dan capai kat ofis sekarang ni aku dah dapat..So aku rasa aku akan pindah dengan rasa tenang kot..:) cuma sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang super best dan havoc kat sini..:(

Sementara ada masa lagi baik aku settlekan baki kerja yang ada dan have fun dengan member-member yang best ni..Nak packing barang semua maybe weekend je kot, kang kalau packing awal orang kata aku tak sabar nak keluar pulak..

 Gambar takde kena mengena dengan cerita di atas
Ni semalam masa nak hantar ibu g keja, nengok punya sedap dia tido dengan abang dia


Terima kasih sudi baca!







5.6.14

Kenduri Kawin di JB & RSC

Salam hari Khamis..

Sabtu lepas bawak mak abah pergi kenduri kahwin di Wisma Glulam Johor Bahru..First time aku dengar nama wisma ni dan first time jugaklah aku datang ke sini..

Design bangunan ni cantik dibuat dari kayu..

Cantik kan, penuh dengan bunga-bunga gitu

Ni semua hasil idea pakcik kepada pengantin saudara Razak Ahmad - Pemilik Flora ETC.

Mungkin ada yang tak kenal Razak Ahmad, ni aku selitkan kisah dia RAHSIA SENTUHAN MAGIS RAZAK (Petikan Kosmo Online). Manalah tau kot-kot ada yang nak kahwin dan suka hiasan bunga-bunga gini bolehlah dapatkan perkhidmatan dia kan?

 Serius nasi beriani ni memang sedap!

Nak bergambar dengan kereta mewah tu tapi takut so jauh-jauh jer


Balik dari kenduri kahwin ni aku ajak mak round kedai-kedai kat belakang Jakel..Kat situ kan ada banyak butik muslimah (kebanyakannya jual online jugak)..Kebetulan pulak butik Rina Salleh Clothing baru bukak haritu..

Mak aku yang excited terus ajak singgah..

Mak aku belanja beli 3 shawl, tq mak!
Rasanya akan datang ke sini lagi sebab tak puas kot nak berjalan kat butik-butik yang ada di area ni


Lepas balik dari Rina Salleh Clothing (RSC) ni kitaorang solat Zohor dan lepas tu terus gerak ke Iskandar sebab nak tunjukkan mak abah aku kawasan baru tu..Dapat jugak la bawak diaorang ke Puteri Harbour..

 Akhirnya sampai jugak mak abah ke sini..

Nengok muka monyok jer..

Petang tu balik dari JB kat highway punyalah jam, geram jer..Yelah kan hari Sabtu pertama cuti sekolah haruslah kereta banyak..Maybe orang lain pun sibuk cam aku ke kenduri kahwin atau balik kampung ke..

Kitaorang terpaksa exit ke Simpang Renggam sebab tak sanggup nak redah jam nak exit ke Air Hitam..Tapi nak sampai ke tol Simpang Renggam pun jam jugak sabar dan pasrah jelah..

Tapi bagus jugak lalu Simpang Renggam sebab aku lama tak lalu situ, boleh tahan jugak Simpang Renggam ni kan, ingatkan pekan kecik je, huhu..Marah Lieya Latif kalau baca statement aku ni..

Ok sekian, terima kasih sudi baca.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...