28.5.14

Berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang (Part II)

Hai..Sebenarnya anak-anak aku dah mula cuti sekolah sejak semalam..
Yang dua orang tu memang dok dengan abahnya jelah dan baby tu hantar je kat taska macam biasa. 

Pagi ni diaorang ikut mrhubby ke sekolah sebab mrhubby ada kelas tambahan.

Ok sambung entry semalam lagi hari ni part II pulak...Mana yang tak baca entry semalam meh klik ni BERJALAN KE ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG (PART I)

Ntah-ntah ni part yang terakhir kot hehe..Dah layan je gambar ok.

Sampailah ke rumah arnab ni...


Adalah beberapa arnab yang berkeliaran sana sini
Pengunjung boleh masuk ke sini untuk bagi arnab makan..


 Mulanya Aisyah dok atas tu tak ikut masuk ke dalam tempat arnab tu tapi cam kesian je kan..


 Bila dah bawak masuk takutlah pulak dia, sabar jelah kan..


Fuhh nampak kan cuaca yang panas tu, lastly Aisyah berdukung jelah

 Nah gambar buat kenangan, gambar aku takyah letaklah sebab gemukkk huhu

Nengok ada satu arnab yang manja, cuaca panas dia dok berteduh bawah ni tido kot tu..


Dah puas  main arnab semua jom ke bahagian lain pulak yeaa..


 Cuaca yang memang terik cam aku cakaplah nasib nak ke tempat arnab tu ada jalan berbumbung
Aku kan puteri lilin tak boleh kena panas hehehe


 Berdepan dengan tempat arnab tu ada ladang pokok buah naga tapi aku tak jalan pun dalam tu sebab faktor masa ok..


Ehh, memang patut la aku buat part by part macam banyak la pulak kan, hehe..Ok tunggukan part seterusnya nanti..:)












27.5.14

Berjalan ke Zenxin Organic Park Kluang (Part I)

Amboi macam jauh sangat je aku berjalan ke Zenxin Organic Park sampai nak buat part by part hehe..

Maaflah lambat update hari ni, kerja banyak sangat hari ni, agak kelam kabut sikit tapi tetap nak update walaupun lambat.

Apa tu Zenxin Organic Park?

The largest and the first open-to-public organic farm in Malaysia, Zenxin Organic Park offers visitors valuable insights into the techniques and virtues of organic farming, combining education and recreational fun in the process.

Walaupun jarak rumah aku taklah jauh sangat dengan Zenxin Organic Park tapi tak pernah ada hati nak jejak ke situ sampailah minggu lepas hati tetiba teringin nak ke sana. Yelah kan asik bawak anak-anak ke shopping mall je so kali ni nak bawak ke tempat yang lain pulak.

Sabtu tu pergi dah nak dekat pukul 11 sebab tunggu Zarif balik dari taekwando. Cuaca hari tu memang baik panas terik ko..

Aktiviti yang boleh dibuat katanya..

Ha tu harga tiket...

Settle bayar semua korang akan diberi sticker comel ni dan tampal je la kat baju


Anak-anak aku memang suka pergi sini sebabnya boleh buat aktiviti lain dari yang lain terutama Zarif la..Zarif memang cergasss hehe..


Nampak tak cuaca tu?? Panas kan, sampai kat sini dalam pukul 11 lebih nak dekat pukul 12 tengahari tu, memang panas berdenting sangat la..Mujur la ada jalan berbumbung tu, so senang la nak berjalan kan..Tapi tujuan aku nak berjalan ke sini sebabnya nak nengok pet jer. Eh tapi bukan ada pet je tau ada ladang tumbuhan jugak..

 Kiri dan kanan tu semua berbagai jenis pokok herba

 Peta satu park
Sebenarnya besar dan luas siap boleh berbasikal lagi tapi aku tak cover semua takde masa dan tak larat memang niat nak ke tempat pet saja..

Aisyah memang sedap tido dalam kepanasan

 Nasib dari jalan masuk tu nak ke tempat binatang ni tak jauh 

Elok sampai sini je Aisyah molek je bangun, suka dia nengok semua binatang ni tau


Ok dah tu dulu k, ni kira baik aku update ni hehe..Kalau tak update blog satu hari rasa macam hidup tak sempurna, haha..

Sekian, terima kasih sudi baca..







26.5.14

Tahniah Malaysia | Pra Birthday katanya..

Selamat pagi..

So macamana? Perasaan ok ke tak ok? Ok aku nengok betul-betul masa Dato Lee Chong Wei main je lain semua setakat on off..

Diaorang dah main sehabis baik kan, cuma belum diizinkan Tuhan nak bawak balik Piala Thomas tu lagi..Cuma aku kecewa sikit kat beregu pertama kita tu je, aku rasa diaorang hilang fokus sikitlah, at least masa set kedua tu kalau diaorang fokus mesti dah menang tak payah main sampai rubber set kan?? Well....

Apapun Tahniah pada pasukan Jepun sebab pertama kali menggenggam Piala Thomas tu, untuk pasukan Malaysia memang semua dah main yang terbaik, dua tahun lagi boleh cuba lagi ok..Cuma peluang nak dapat malam tadi memang dah sipi-sipi lagi-lagi pasukan China takde kan, huhu...

Yelah nasib baik tak cuti hari ni sebab aku memang dah plan baik sangat buat birthday party (party sangat la kan hehe)..Takdelah, buat makan-makan kek sesaja dengan budak taska Aisyah..Kalau cuti (kononnya cuti kalau Malaysia menang ye ke??) habislah plan aku kan? :)

Sebenarnya birthday Aisyah 2 Jun nanti tapi masa tu cuti sekolah takut ramai kawan-kawan dia takde so buatlah awal sikit jadik dapatlah budak-budak taska merasa..Dua orang anak aku memang birthday time cuti sekolah, Zara dan Aisyah..Kalau Zarif pulak birthday nya asiklah kena kat cuti Tahun Baru Cina hehe..Memang gitulah setiap tahun..


 Ala goodies biasa je, setakat biskut dan cocopie je
Itupun jenuh aku check logo halal dan isi kandungannya dan fikir positif je


Taulah kan sejak isu coklat cadbury tu walaupun ada logo halal JAKIM tapi still berlaku perkara tak diingini so aku harap semuanya ok dan mohon pihak berkuasa lakukan tindakan sewajarnya kan..Benda halal haram ni bukan boleh buat main-main apatah lagi makanan sebab jadi darah daging kan...


 Yeayy, padahal hari ni belum setahun pun :)


Aku letak kartun Little Einstein sebab dia suka kartun tu, padahal dia tak faham pun hehe..Eh tapi dia nengok kek ni semalam dia teruja rasa dia kenal kot muka dia dengan kartun tu kat situ..Tangan laju je nak capai semalam..


 Eh best la tepi-tepi ni pun ada muka Aisyah..
Krim macam banyak kan, tapi kalau tak suka krim tu takyah makan tapi aku suka krim laa..


Kek ni kek butter biasa je tapi aku suruh tambah walnut kat dalam tu..Tapi kitaorang pun pandang je semalam, belum dapat rasa lagi hehe..Harap ada lebih sikit la untuk kitaorang dapat rasa sikit tapi kalau takde pun ok jer, takde hal..:)

Oh ye kek ni aku tempah dari KAK YATI LUVLYTASTE. Sesiapa yang duduk Batu Pahat silalah order dari KAK YATI LUVLYTASTE...


Sekian dan terima kasih sebab sudi baca...Malaysia still the best!! Tahniah sekali lagi Malaysia!!








25.5.14

Mencuba pampers jenama Goon

Selalu aku pakai pampers Drypers atau Mamipoko, tapi semalam aku rasa macam cuba yang lain la pulak..So far anak aku ok je takdelah rashes sebab pampers ke apa ke, ok je kot sama jugak macam minum susu takde alahan apa pun..

Nak tau aku beli pampers baru apa semalam?

Ini dia...

Yeaaa pampers GOON ok

Serius aku pun tak pernah dengar ok..Tapi haritu member ofis aku yang cakap pampers ni ok, baru malam tadi Aisyah pakai tapi ok je, not bad la..

Aah aku pakai pampers pants sebab Aisyah sekarang ni bukan main aktif dan lasak jadinya aku beli pants je senang terus sarung je..

Harga semalam aku beli RM25 lebih adoi lupa pulak lebihnya berapa...Yelah bosan kan asik pakai pampers sama je sesekali nak tukar yang lain..Kalau tak ok aku patah balik je pakai yang lama hehe..


22.5.14

Ragam peperiksaan

Aku : Zara boleh jawab periksa tak?
Zara : Adik tak boleh jawab..

Aku : Ha, adik tak boleh jawab?? Abis tu macamana?
Zara : Tapi adik buat la..

Aku : Tadi kata tak boleh jawab..
Zara : Memanglah adik tak boleh jawab nanti orang tiru..

Aku : Boleh jawab ke tak??
Zara : Tak boleh jawab laa sebab meja kan jauh-jauh kalau adik jawab nanti kawan adik boleh tiru la jawapan adik..

Aku : Jadik adik boleh jawab ke tidak?? 
Zara : Adik tak jawab la tapi adik buat...

Ohhhhhh. ok aku paham aku paham...Aku tanya boleh jawab ke tak? Tapi Zara ni dia ingat jawab tu guna mulut...Sebab tu dia kata tak jawab tapi dia kata dia boleh buat, hehe...Zara la Zara...



Pagi ni pulak;

Aku : Zara nanti buat cantik-cantik tau lukisan..
Zara : Ala, tak sempatlah..

Aku : Eh kenapa pulak..
Zara : Cikgu selalu nak cepat, cikgu tak kisah kalau buat tak cantik

Mrhubby : Eh, buatlah cantik-cantik
Zara : Kenapa nak buat cantik-cantik?

Mrhubby : Sebab kalau buat cantik nanti dapat markah tinggi ok
Zara : Yelaa....


See, ragam Zara..Dia je yang banyak soalan dan banyak karenah tapi rajin baca buku hehe..Cumanya hari-hari asik tanya, esok sekolah ke? Periksa lagi ke? Bila nak abis periksa nii? Ha itu soalan dia hari-hari..

Adoi dik, ni baru sekolah tadika tau belum lagi masuk sekolah rendah, huhu..Seram memikirkan tahun depan tau tapi fikir positif jelah..

Kalau Zarif tu memanjang senang je la..Macam aku selalu kata dia tu macam takde masalah, just follow the flow..

Semoga keduanya akan beroleh kejayaan hendaknya..





21.5.14

Resipi roti bunga daging

Sekarang ni aku makan nasi sekali sehari je konon nak diet (diet sangat laa..). Bila malam aku macam takde selera sangat nak makan dan biasanya aku akan masak ringkas jer..Tapi bergantung jugak pada permintaan anak-anak..Biasanya malam memang makan yang simple je, kalau nak makan berat macam nasi biasanya makan petang.

Malam tadi aku buat ni jer, tak tau nak namakan apa, roti bunga ok kot, hehe..

Aku pun tak tau nak cakap ni apa ek tapi aku follow RESIPI INI
 


Roti putih tu kau letak kat dalam bekas macam tu ke, atau bekas muffin ke suka hati korang la..Kalau nak buang kulit tepi roti pun boleh, kalau taknak pun takpe tapi aku buang jer..Lepas tu isi dalam tu aku guna daging cincang, ayam dan sosej sikit.

Apa-apa korang refer kat RESIPI INI yea.. Cuma bab telur tu aku tak letaklah sebiji kat semua bekas sebab aku rasa macam banyak sangat je..Aku cuma amik 2 biji telur dan aku kacau lepas tu aku tuang sikit-sikit kat dalam setiap bekas..Last sekali aku letak keju biasa tu aku koyak cam tu dan letak je atas roti tu...

Boleh rujuk RESIPI INI yea..

Baru keluar dari oven

Oklah sedap..(mestilah aku puji sedap ok, sapa lagi nak puji hehe)..Eh tapi memang sedaplah..Cuma aku tak letak sos lada hitam sebab takde cuma aku tabur serbuk lada hitam je..

Serius baby Aisyah bukan main makan lagi makan ni laju je, Zara makan ni sebekas pun tak abis camana tu? Zarif, jangan cakaplah makan apa pun sedap jer..Ha dia jugakla tolong habiskan makanan Zara..

So kalau korang nak cuba masakan simple ni bolehlah cuba dan ikut RESIPI INI.






20.5.14

Macam-macam ada..

Hari ni kita cerita rojak la yea (maksudnya cerita macam-macam bukannya cerita pasal makanan rojak tu tau), minggu ni macam malas nak amik gambar la pulak, asik malas je, apa nak jadik niiii..


Ni penangan Kuch Kuch Hota Hai Sabtu petang lepas..Pasal cerita tu abis lambat dekat pukul 6 baru settle padahal 5.30 aku dah kena keluar rumah, nak pegi bandar..Mujur ada smartphone memang dari awal aku dah install apps TV3, so sambung nengok kat hp jelah, puas hati hehe..

Tu tudung Aidijuma murah je RM10 je, ramai orang pakai tudung ni tau sebab murah, huhu..Sekali masa aku keluar ni ada pulak orang jalan sebelah aku pakai tudung sebiji camni sama ok..Redha jelah...

Aisyah kat taska camnilah gayanya..Lately ni moody je asik nak melekat je dengan pengasuhnya
(gambar sumber dari Whatsapp Taska)

Ni masa cuti Wesak haritu, selalu naik benda alah ni excited tapi ni biasa-biasa je
moody gigi nak tumbuh kot..

Ni petang semalam aku suruh Zarif bawak Aisyah ni jalan-jalan kejap kat luar rumah
kalau tak kerjanya asik la nak melekap je ngan aku susah aku nak buat kerja lain


Ni berjemaah namanya, Zara masih menyusu lagi tapi tak kerap la, sekarang ni dalam sehari 2-3 kali je, boleh je minum pakai cawan tapi pakai botol lagi syok kan..Dia pun sedar diri dah besar hehe


Ok dah tu jer..Oh yea Aisyah dah boleh jalan tau, nanti aku amik video ni kasi korang nengok k..:) Alhamdulillah setakat ni perkembangan dia semua ok dan normal...





19.5.14

Bila baby kena makan ubat

Nah rupa budak yang takmo makan ubat..


Sebenarnya Aisyah ni ok jer, dia kan tak sihat sekarang ni tu pasal kena makan ubat..Tapi bagusnya Aisyah ni walaupun nangis-nangis tetap makan ubat, sambil duduk pun dia boleh makan tau..Kalau macam Zara dulu memang seram betul nak bagi makan ubat sebab dia jenis sembur-sembur ubat tu dan muntahkan balik..Dia punya nangis nak bagi makan ubat tu macam aku nak bagi racun je gamaknya, huhu.

Tapi sekarang Zara dah jadik good girl, dah tak kisah nak makan ubat pun. Dia psiko masa baby je, bila dah masuk 2 tahun gitu dia dah pandai nak makan ubat, sekarang kalau tak sakit pun sibuk nak makan vitamin sendiri, hehe..

Anak korang ada masalah makan ubat tak??


Jom Shake n Take...

Aku baru je beli Shake n Take, maklumlah nengok orang tayang-tayang kat fb semua kan..Lama dah aku nengok benda alah ni tapi tahan nafsu je nak beli.

Awal tahun hari tu mrhubby ada beli herbalife tapi tak makan-makan, aku memanglah pemalas nak shake kan benda alah tu sebab nanti dia tak jadi smooth sangat, silap-silap berketul kan..So bila dah ada Shake n Take ni senang jelah buatnya, masuk je semua campur sikit air dan ais blend saja, ohh sedapnya..Sekarang herbalife pun dah tinggal sikit hehe..

Oh ye herbalife tu mrhubby punya yea, aku amik ESP, tapi haritu dah abis pun aku tak beli baru lagi, ni nanti nak beli lagi la..Ni sebab Shake n Take punya pasal..:)

Aku beli Shake n Take ni dari member sekolah. Dia dok tayang kat fb, ishh terus tak boleh kawal nafsu huhu..Rupanya kawan aku ni pun tolong jualkan stok kawan dia..:) RM55 je ok. Kalau korang nak beli boleh la order..

See ada 2 botol - tak payah berebut dengan mrhubby, hehe

TAPI kan semalam....

Aku dah tertengok orang post lagi kat fb pasal Shake n Take ni tapi versi yang terbaru lagi..Adoii tergugat iman, tapi ku tahan jua..Baru beli takkan nak beli lagi kan..

Nengoklah kaler dia yang menarik tuuuu, antara penambahbaikan Shake n Take 2 yang ni kan;

Sumber gambar : FB MALIK NOORA

Newly Improved Shake 'n Take@ (Shake 'n Take 2) in da houz..yeayy!!
A must-buy item :-
•sesuai utk buat puree, porridge, smoothies, ice-blended, etc
•design blade yg lebih bgs utk menghasilkan tekstur yg halus
•blade/bilah boleh ditanggalkn dan diganti dgn penutup botol (xperlu minum dlm keadaan blade masih attached)
•last but not least..gojesnye warna blender dia u olls..i loiike!hehe

Sekiranya korang ada yang berminat nak beli Shake n Take 2 yang terbaru ni bolehlah PM MALIK NOORA kat FB yea..Eh aku tak kenal dia tapi sebab aku tertarik dengan Shake n Take 2 ni aku tolong promote suka-suka je...











18.5.14

Rezeki...

Alhamdulillah, aku tak pernah dapat iklan banyak camni, blogger lain mungkinlah tapi blogger ala-ala suam cam aku ni, pemalas nak update pulak tu, tetiba dimurahkan rezeki camni..


Tinggal rajin dengan tak je nak update blog..Kalau time rajin bukan main lagi cuba kalau tak rajin hehe..Apapun terima kasih pada Nuffnang sebab sudi bagi rezeki camni, lain kali boleh lah bagi lagi..:)


Selamat Hari Guru!!!

Walaupun hari ni dah 18 Mei tetap nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya selama ini..Dari Tadika Gertak Merah JB, Sek Rendah Kebangsaan Convent JB, Tengku Mariam School Batu Pahat, TIGS Batu Pahat, Kolej Matrikulasi Chermai Bahau Negeri Sembilan, Infotech Mara, UiTM Shah Alam...Terima kasih pada semua..

Selamat Hari Guru untuk mrhubby juga..Jumaat 16 Mei warga Johor cuti so sambutan diteruskan pada hari ni..Gambar yang aku dapat ni fresh dari mrhubby, hehe..Teruslah aku up kat blog untuk tatapan dia jugak hehe..Tema pakaian untuk sekolah dia adalah RETRO..So kenalah bergaya cara orang lama sikit..Ala lelaki nak bergaya takdelah susah mana pun sempoi jer..

 Retro sangat ler tuuu, haha..

 Siap ada basikal semua tu, macam-macam gaya ler..


Ni versi warna..:)

Aku tau bukan senang jadik cikgu ni..Selama ni aku rasa jadik cikgu tu kerjanya mengajar jer, tapi bila dah kahwin dan nengok sendiri kehidupan seorang cikgu aku tau tugas diaorang lebih berat dari tu..Macam semua orang kata cikgu ibarat lilin membakar diri, memang ye la kot..Cikgu berkorban masa, tenaga dan emosi..Bukan senang untuk mendidik anak bangsa, lagi-lagi kalau cikgu dah berumahtangga ada anak kecik semua..

Aku bercakap sebab aku nampak sendiri hakikat kehidupan seorang cikgu tu..Mudah-mudahan berkat kesabaran dan keikhlasan seorang cikgu mendidik anak bangsa akan dapat ganjaran yang setimpal, insya allah..

SELAMAT HARI GURU!!

15.5.14

Buku Masakan Anak

Yeay hari Khamis..Asal hari Khamis je suka, mestilah suka sebab Khamis petang kerja setengah hari je. Kan kitaorang balik pukul 3.30 hehe..Tapi biasanya, hari Khamis la kerja aku banyak dan bukan setiap Khamis pun aku dapat balik awal macam minggu lepas pukul 4 lebih jugak aku balik huhu..Tapi it's ok sebab rumah dekat jadik takde hal sangat..

Sebenarnya takde apa sangat nak cerita sebab aku kekurangan gambar. Aku ni kalau nak baca blog orang aku suka nengok gambar..Lagi besar gambar tu lagi aku suka sebab dia attract minat aku, hehe..Antara blog yang aku suka baca sebab selalu letak gambar yang clear adalah blog LIEYALATIF , WAHIDA, FILLANIE dan ELLY.

Ada banyak je lagi blog yang aku suka baca, paling penting adalah gambar hehe..So disebabkan aku kekurangan gambar jadik apa yang ada jelah ok..


Ni dah sebulan lebih kot aku beli buku ni..Beli kat fb, join group Kelab Bekal/Bento Malaysia ada member tu jual buku ni (kalau tak silap ler). Aku ni bukanlah terer masak sangat tapi bolehlah untuk anak-anak aku ni terutama Zara dan Aisyah la..Zarif takyah nak ikut resipi sangat, dia makan je apa yang terhidang hehe..

Ishh kalau nengok orang yang post bento kat Kelab Bento tu rasa cam nak nyorok bawah bantal ok, kagumnya aku dengan mak-mak yang sangat rajin buat bento tu..Nak post gambar bekal anak aku kat situ pun tak mampu ok, malu sangat, jauh sangat bezanya, huhu..

Baru beberapa resipi je aku buat, ala senang-senang je tapi kalau sifat M tu datang memang tak pandang dah buku ni huhu..Sifat M sila pergi jauh-jauh...

Ni masa cuti Wesak hari tu..
Minggu ni memang minggu peperiksaan, fuhh cabaran betul nak uruskan anak-anak..

 Ala-ala seksinya budak ni, hehe
Rambut dah pendek cam Wynona Ryder :)

Sekarang ni tengah selsema dan batuk lepas tu asik meragam je maybe sebab gigi nak tumbuh kot tapi lambat betul nak keluarnya tu pasal meragam dan mengamuk je..Lagi 17 hari dah nak masuk setahun ok..

Dah tu je nak cerita..Tq sebab baca!




14.5.14

Zarif - Taekwando grading

Ni gambar dua ke tiga minggu lepas ni masa Zarif grading untuk ke 2nd belt biru..Dahlah dia group yang terakhir fuh penat menunggu sebab semua pun ikut sekali masa ni.


Ikutkan Zarif kena lawan dengan budak perempuan yang sebelah dia ni (kalau tak silap aku la) tapi korang nengok la beza badan..Seram jugak aku, nasib sir dia panggil dan tukarkan dia dan lawan dengan budak perempuan sebelah kanan dia yang sama tinggi tu..Itu pun sir dah bisik kat dia jangan tendang kuat sangat hehe..

Zarif kalau nak grading ni memang takde herannya la, nak hafal step ke apa ke, cam biasa la rileks memanjang je, tapi bila sampai masa boleh buat, huhu...Yang penting boleh buat kan, so harap lepas ni teruslah sampai ke black belt yeaa..


Dan oh yea, ni message dari Zarif untuk aku hari Ibu hari tu, hehe;

Uhuhuhu, sedih tauuu...

Memang pun banyak kali dia mintak maaf kat aku sebab banyak kali dia kena marah. Marah bukan sebarang marah tapi marah bersebab..Tapi marah aku kat dia takdelah lama, biasalah marah ibu dengan anak..Lepas marah baik semula..:)

Dalam peringkat umur macam Zarif ni la kita nak disiplinkan dia, tapi dalam proses ni la cabarannya tu besar dan menduga betul..Tu pasal la ada marah-marah, tapi  marah-marah sayang katanya hehe..






12.5.14

Kisah kami di hujung minggu lepas

Memang malas betul nak update blog walaupun ada beberapa iklan nuffnang, nak kena rajin update walaupun mood ke laut haha..

So macamana sambutan Hari Ibu semalam? Aku memang tak sambut apa pun sebab mak aku pun pergi KL dan aku kerja..Yang pasti kasih sayang pada ibu memang setiap masa tapi untuk raikan ibu memang tak salah kan? Tak yah tunggu semalam pun tetap boleh raikan yea tak?? :)

Ok jom layan gambar minggu lepas k.

 Ni masa nak breakfast semalam, Aisyah tak boleh dok diam kat babyseat tu tau

Abis bfast, cari barang basah sikit kat AEON BIG
Zara tu je dah penuhkan separuh dari troli camana tu, hehe

Lepas solat Jumaat baru dapat makan (masak paprik ayam jer - senang dan jimat masa)
Senang masak satu lauk je campak je semua kan?? :)

Tak taulah kenapa Aisyah suka sangat main dekat fridge vitagen ni tau dan suka cabut benda alah tu

Hari ni mula periksa sekolah agama - budak yang senang hati sepanjang masa
Moga terang hati untuk jawab soalan nanti yea

Taman abah - kawasan terapi abah

Cognitive skill katanya - Kesian fav pen aku habis dibukaknya sampai abis huhu

Nah amik dua anak dara tido...


Ahaaaa, ni yang terbaik...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Haaaa ni la Aisyah sekarang, gambar pun blurrrr menunjukkan yang aku terus berkejar kat dia ok..
Haihhh anak la anak....:)


Sekian terima kasih sebab sudi baca. Esok cuti ada la masa untuk rehat dan lipat baju lagi huhu..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...