25.6.14

Congo Bar & first customer

Kelmarin aku bawakkan Zara bekal Congo Bar. Tak tau apa Congo Bar? Sila google, nengok rupa bentuknya yea...
Lepas tu balik dari sekolah, Zara kata cikgu dia cakap sedap Congo Bar tu...Dan mrhubby cakap cikgu Zara nak beli Congo Bar tu..Aku macam whattt? Nak beli?

Aku ni bukanlah pakar buat kuih, kek dan biskut...Aku buat Congo Bar tu pun main-main je ok, suka-suka nak bagi anak makan..Rupanya cikgu dia memang bersungguh ok nak order siap whatsapp lagi..Aku rasa macam biar betul ni, sebab memang tak pernah jual kat orang pun apatah lagi nak letak harga memang tak reti la..

Tapi disebabkan cikgunya beria betul nak order Congo Bar tu makanya aku pun mengalah..Yelah kan, kesian pulak bila orang bersungguh nak tapi aku tak layan..Makanya aku pun buat la malam tu dengan bantuan mrhubby. Dengan penuh hati-hati ok aku buat maklumlah katanya nak jual huhu...


Ini sebelum bakar 
(aku buat sempoi je loyang pun main belasah je apa yang ada)


Ginilah rupanya lepas dibakar
Bolehla yea (walaupun bahagian tengah tu cam tenggelam ke bawah sikit)


Serius aku tak tau pun apakah rasa Congo Bar yang nak jual ni sebab lepas buat terus packing, rasa ok kot sebab esoknya dapat feedback yang positif dari cikgu tu..

Harga yang aku jual? Ini memang payah, aku ni kadang jenis tak sampai hati, tapi kalau tak sampai hati macamana nak jual kan? Korang google jelah harga Congo Bar ni berapa tapi aku tak letak harga semahal tu sebab ni pun first customer (aihh malu oh nak sebut customer hehe) dan rupa pun  tak molek sangat so aku bagi diskaun sikit..

Alhamdulillah yang penting cikgunya suka, itu dah memadai untuk aku..Terima kasih pada yang beli yea..Aku bukak order lagi ke tak? Hahaha tu tak pastilah, senang kata kalau ada nak order upon request kot sebab ini bergantung pada masa dan kemampuan aku...



7 comments:

  1. akak..share resepi plsss...


    kak, mn tau ni peluang akak mulakan bisnes.. haaaa..rezeki ni kak

    ReplyDelete
  2. Waaa kalu dah ada yg oder tu confirm sedap sgt tu...sila sila share resepi ye :D

    ReplyDelete
  3. Dah good start tu :)
    Try la iklankan menerusi FB..blog..
    Insya Allah, kalau sedap, ramai yg beli

    ReplyDelete
  4. Kalau tak sedap tak bersungguh cikgu Zara tu order
    Mestilah sedap Huda...
    Apa lagi openlah siapa nak order:)

    ReplyDelete
  5. Buatnya senag kan huda..sebab senang tu yang tak sampai hati nak letak harga mahal2 kan??tapi bahan nya tu boleh kata mahal le jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. baiknya mr hubby tolong.... kalau uncle tolong tengok je la... hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    rezeki kn dtg tk di sangka2.
    permulaan yg baik..

    sedih bila maju bisnes rmi plk yg berhasad..(terharu, n menangis) sdg berlku pd knor.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...