Memang amik masa aku nak update blog ni..Sedap bercuti kan, so nak edit, pilih gambar memang amik masa sangat la, silalah bertabah..
Ni gambar masa Tahun Baru Cina hari Khamis lepas. Baju tu romper masa tahun lepas punya, sampai dah nak masuk dua tahun pun muat lagi, ketat sikit bahagian bawah je tapi still ok. Kebetulan ada kasut merah entah bila punya beli aku pun lupa pakai je la.
Sebenarnya masa CNY tu ada program dengan group futsal mrhubby. Gambar-gambar dengan cerita esok je lah yea itupun bergantung pada mood aku. Ni pun aku boring nengok entry kat blog serupa je dari minggu lepas so marilah kita update entry baru..
Sebenarnya kan aku sakit (suspect kena bisul yang takde mata dan tengah nak membengkak) pheww sakitnya buat aku tak boleh duduk dan mood memang ke laut, terganggu emosi, so taulah eh kat mana bisulnya tu huhu..
Penat aku google hari ni, baguslah pada korang yang banyak bagi info pasal bisul ni, yelah takyah nak malu-malu sebab zaman sekarang kan zaman segalanya di hujung jari. Well aku baru dengar pasal koyok katak, ingat nak g beli la..Pastu member aku suggest guna kapur dengan kunyit hidup, ada yang suruh letak bawang putih, tq la banyak petua..Yea ingat nak jumpa doktor jugak, nengoklah nanti yea..Setakat ni aku boleh solat dan buat kerja tapi kerja ringan-ringan la walaupun sakitnya tuuuuuu, hanya Tuhan yang tahu, boleh menitis air mata tauuuu..Aku ni kononnya kuat jenis tahan sakit, tapi yang ni memang aku emooo sangat ok, boleh nangis.
Dahlah sekian..Tq sudi baca!