10.2.15

Tak dapat nak restock

Batuk dan selsema aku still tak baik lagi, sikit lagi nak baik so bertabah je la..

Semalam orang butik dah call mintak restock lagi creampuff dan choc chip granola bars tapi disebabkan aku kurang sihat ni tak dapatlah nak restock. Alhamdulillah permintaan still ada lagi, syukur. Walaupun aku ni bukanlah pro baker tapi bolehlah nak buat jual walaupun rupa tu biasa-biasa je..

Sebelum ni kan aku pernah cerita yang aku hantar cookies kat butik kan tapi sekarang dah tak hantar lagi sebab cookies lambat jual, hasil perhatian aku dryfood memang susah sikit kot, terjual tu terjual tapi dia slow..So aku nengok biasanya makanan dalam chiller dan warmer yang cepat laku tu yang aku decide buat creampuff dengan choc chip granola bars..:)


Buat masa sekarang aku hantar dua butik tapi ikut kemampuan la kan nak hantar stock tu, biasanya hantar butik vendor ni takdenya la kita hantar stok banyak sangat, kadang 10, kadang 5 pun aku pernah hantar hehe. Yelah kalau hantar banyak-banyak lambat terjual pun tak syiok gak kan..So far alhamdulillah, biasanya bayaran akan dibayar hujung bulan (setelah ditolak sewa ok). Hantar makanan ni semua ada sewanya yea, bukan boleh hantar free je huhu..So bulan lepas aku dah dapat payment alhamdulillah, mula-mula memang sikitlah, tapi bulan ni aku dah nekad kena selalu restock (dan kualiti pun kena la ok) untuk pastikan hasil di akhir bulan nanti lebih sikit dari bulan lepas hehe.

Bukan senang nak senang kalau nak berjaya, kena keluar dari zon selesa, kena buat benda yang asalnya aku takde jiwa dan tak minat, tapi kalau ada kesungguhan insya allah semuanya akan jadi dan boleh. Lagi satu takboleh putus asa dan bersedia terima kritikan dan perubahan. Aku takdelah belajar formal dari mana-mana kecuali dari mak aku (yang memang ada kebolehan buat kek dan kuih). 

Lagipun aku rasa konsep butik vendor ni sangat bagus sebab boleh bantu kita cari side income. Yelah kurang risiko, marketing pun diaorang buat (plus kita pun boleh tolong buat - promo kat instagram je, fb pun boleh). 

Kat Batu Pahat je aku rasa ada lebih 5 kot butik vendor, belum dekat kawasan lain lagi..Hei, butik Zawara pun nak bukak kat Batu Pahat ok hehe..

Penat tak? Hmmm serius aku cakap memang penat ok buat ni semua, penat sangat! Tapi aku enjoy, sebab sambil buat tu sambil aku bereksperimen dan belajar untuk buat yang lebih baik. Tapi hari tu bila aku buat something kat choc chip granola bars tu, ada pulak customer tak suka, dia lebih suka rasa dan tekstur asal, well biasalah customer always right, nak puaskan hati semua orang bukan senang kan? :)

Till then tata! Tq sudi baca!





4 comments:

  1. Lupa pulak kakak hari itu balik BP nak tanya Huda butik mana satu.
    Kemajuan yg baik kalau masih ada yg membeli Huda - bila dah makin ramai customer dah senang dah..

    ReplyDelete
  2. all the best nok...ko punya cookies mmg sedap!
    kalau aku dapat cookies hari tu tak pecah, sure aku dah tolong promote kt blog dan instagram aku...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..mula2 mmg payah kan kak..lama2 nnt bisnes kak makin maju n dpt perhatian..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. mdpt smbutan...
    xpela..dh sihat nnti blh la restock smula..'
    skarang mmg musim dia..lya pon x sihat ni.. dh 2 ari mc.. demam complete dgn pakej skali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...