9.2.15

Nah baca la...

Himpunan kisah yang berlaku beberapa hari ni..

Ni baru berlaku - salah seorang staf universiti meninggal dunia dalam kemalangan malam tadi. Katanya arwah dirempuh kereta yang melanggar lampu merah traffic light, innalillahiwainalillahirajiun. Sedih sangat, moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kisah Sufiah, budak genius - Semalam keluar kat rancangan Nona tapi aku tak dapat nengok sebab kerja kan, so malam tadi nengok balik kat tonton.com. Sedihnya kisah dia, well maybe ada orang cakap itu mengaibkan, tapi pada aku kita amik dari sudut lain pulak. Bila dia dah sudi ditemuramah oleh media (setelah 6-7 tahun mendiamkan diri means dia sendiri dah bersedia), kita amik je kisah dia jadikan iktibar dalam mengemudi hidup especially yang ada anak perempuan cam aku ni..Jangan cepat menghukum manusia, mana ada orang yang perfect. Tuhan je layak menilai dia, insya allah masih ada ruang untuk dia terus hidup macam orang lain.

Kisah ibu terlanggar anak sendiri - Ini memang menyedihkan, siapa sangka kan, tapi mak abah aku memang particular sangat hal ni dan selalu ingatkan aku dan mrhubby pasal ni. Aku rasa takde parents pun nak kejadian ni berlaku pada keluarga mereka kan. Tapi dah ajal, Tuhan dah tentukan. Cuma kita sebagai parents memang selalu kena alert, especially yang ada anak kecik. Cam aku yang ada Aisyah dia memang suka ikut mrhubby, kadang mrhubby ni parking kereta mengundur mengadap pintu rumah. Bayangkan la Aisyah ni pulak jenis yang suka terjah je keluar sebab tu kalau mrhubby nak parking kereta, dia akan pastikan Aisyah mesti dengan aku ataupun dia bawak sekali Aisyah dalam kereta..Kita memang tak tau apa yang akan berlaku tapi kalau boleh elakkan kecuaian. Aku tau ibu tu mesti sedih yang amat sangat tapi dia kena terima hakikat dan ketentuan Tuhan. Moga roh anaknya dicucuri rahmat.

Bila pesawat Air Asia X nak ke Jeddah berpatah balik - yang ni seram..Before this salah sorang bos kat opis aku pernah cerita, waktu dia balik dari Sabah dulu, pesawat ada masalah teknikal (break ke apa ke aku pun tak tau), dan pesawat tu terpaksa berlegar-legar kat ruang udara beberapa jam sebab nak habiskan bahan bakar dan lepas tu baru mendarat. Tu yang dia pun cam seram je nak naik flight nak kemana-mana sekarang ni. Aku pun tak paham sangat bab ni, katanya tak boleh mendarat dengan bahan bakar banyak la apa la..Memang seram kan, huhu.. Tapi yelah mati memang boleh kat mana-mana je sebab mati tu memang dah pasti tapi kalau boleh takmolah mati dalam keadaan tragis kan..Pasal tu kita kena doa nak mati dalam keadaan yang baik-baik je. Untung mereka yang mati dalam keadaan tido dan tenang kan..

Kisah maharaja lawak mega - Tahniah la yea pada semua pemenang, personally aku suka Nabil walaupun tak semua lawak dia aku akan ketawa. Kenapa aku suka dia? Sebab aku rasa nak buat performance sorang-sorang adalah sesuatu yang mengerikan. Kau suruh aku berdiri sorang-sorang depan orang je aku dah boleh menggigil belum cakap lagi. Ni nak kerah idea nak suruh orang gelak memang payah. Well tahniah Nabil sebab dapat no. 3. Rezeki bakal anak no. 2. Aku nengok gitu-gitu je buat hilang stress seketika hehe..Kata orang laughter is the best medicine right??

Ok yang ni penting esok bola sepak JDT lawan Bangkok Glass Thailand..Ada live dari TV3 ke TV9, aku tak sure tapi cuba bukak la antara dua channel ni eh...Ready, jangan tak ready..Dr Ziyyad jangan lupa nengok tau :)

Moga JDT menang, yeay go JDT!

Sekian tq.





4 comments:

  1. Kadangkala seram nak tengok berita - banyak sangat kisah yang mengerikan yang bagai tak boleh hendak diterima...

    ReplyDelete
  2. oooohhhhh..ada latest news pasal kes Sufiah tu yer? saya nak cari ka tonton tu la...

    beresssss....tq igt kan...insya allah akan tgk game JDT tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. kes sufiah tu menarik..boleh dijadikan tauladan

    salam perkenalan kak :)

    ReplyDelete
  4. ye la.. kisah sufiyah ni xperlu kot kt nk kondem2 kan..jdkan iktibar utk hidup n ana2k kita...

    y kes ibu tlanggar anak2.. tu pon sesuatu y kt tak nak.. kdg2 dah kemain berjaga-jaga..tp jika itu takdir n caranya..ttp berlaku jugak.. ambik iktibar utk kt semua supaya lebih fokus lg slps ni..

    kes kapal terbang skarang mkin menjadi-jadi..byk kes melibatkan kapalterbang skarang,..

    nabil.. yep.. dia sgt berani.. bkn semua org mmpu buat stand up comedy cam dia kan.. ape2 pon dia dh blot 150k sorang2 tau.. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...