30.4.15

Bila Zarif menulis

Aku ingat nak sambung cerita kahwin adik aku tapi tak jadiklah, nanti aku sambung. Ni aku nak kisahkan pasal Zarif yang kebelakangan ni suka sangat menulis..Pegi sana sini dok kepit buku nota dan tulis macam-macam ikut lenggok bahasa dia la. Zarif ni memang ikut aku la, memang suka menulis, kira seni menulis gitu..Aku tulis blog dia tulis kat buku nota la..:) Budak-budak menulis kan jujur..:)

Sebenarnya aku dah share kat Instagram malam tadi untuk tatapan adik beradik aku hehe..Ni aku saja share kat blog buat kenangan gitu..Kalau Zarif tau aku share kat Insta dengan blog confirm aku kena marah..Ala takpelah Zarif, bukan selalu hehe...

Tak taulah ni sejarah hidup ke, azam dia ke apa ke..


Korang nengok yang no. 6 tu..Tersedak aku bila baca tau, INGIN MENDAPAT LAGI SATU ADIK, hahaha..Dia tak puas hati la tu pasal dia sorang je laki..Zarif la Zarif... Badan ibu ni pun tak balik lagi pada shape asal lepas bersalin haritu, kalau tambah lagi taktau camana rupa badan ibu tau..:)

Pastu berazam nak masuk UTHM..Nak masuk U tu dah ok, tapi takmolah UTHM, pegilah jauh sikit, ni hari-hari aku masuk sini boring ok.. Tapi kalau ditakdirkan rezeki dia kat sini satu hari nanti terima je la yea...

Oklah sekian dulu..

Tq sudi baca, dan selamat berhujung minggu, selamat bercuti lama. Dan selamat la semuanya. Aku sendiri tak tau nak pergi mana maybe nak dok rehat-rehat kat rumah dengan anak-anak, sebab penat wedding haritu tak abis lagi.



29.4.15

Persiapan majlis menyambut menantu

Ok seperti dijanjikan aku terus ke cerita majlis menyambut menantu. Aku story persiapan la dulu yea. Majlisnya adalah pada hari Sabtu 25hb April 2015. So aku takde pun amik cuti sebelum majlis, kerja macam biasa je. Kebetulan adik no. 3 memang dah balik BP seminggu sebelum majlis so dia kira macam orang kuat mak abah dalam tempoh tu. Thanks to Rai..:) Walaupun dia ada anak kecik, Umar yang clingy all the time tapi still dia boleh manage and handle everythings. Thanks to her. Aku cuma amik cuti selepas majlis hari Ahad dan Isnin.

Pertamanya maaf sebab tak dapat jemput semua kawan pada majlis ini sebab jemputan memang terhad..Maaf bagi kawan-kawan yang baca blog ini yang duduk di Batu Pahat dan tidak dijemput, maaf sangat-sangat ok..



Tu adalah antara goodies bag yang nak diberikan pada tetamu. Kitaorang sediakan dalam 1200, mulanya risau jugak kalau tak abis tapi alhamdulillah semua settle..


Isi dalam beg - kerepek pisang (semua sama) dan satu lagi kerepek yang pelbagai
dan telur pindang


Amboi semua bz nengok buat kerja, budak kecik ni bukan main kusyuk lagi eh..


Aku pun tak kira berapa banyak meja ada kat dewan ni tapi yang pasti dewan bomba ni memang kecik sikit dari Dewan Jubli Intan kat bandar tu, tapi oklah..


Adik aku memang taknak pelamin so ganti dengan meja makan beradap je..So pengantin sampai je terus makan..Budak-budak muda sekarang mana suka dok atas pelamin kan? Eh, tapi aku pun tak suka, malu tau..Dulu tu terpaksa jer hihi


Hari Jumaat malam aku dan adik-adik (kecuali adik no 2 sebab dia otw balik ke BP) ke dewan untuk nengok persiapan akhir dan tolong adik ipar aku buat photobooth


Disebabkan dewan bomba ni kecik dan agak limited so penat mencari ruang untuk photobooth disebabkan panel kayu yang digunakan agak besar.


Nengok budak bertuah Umar ni, mommy dengan daddy dia bz buat photobooth dia boleh baring pulak kat situ hehe..


Akhirnya kitaorang decide letak je kat area pintu masuk ni..Memang ngam-ngam je photobooth tu tapi oklah..


Kesian pengantin pun kena tolong jugak sampai 12 lebih tengah malam tu..


Ok lega akhirnya settle...:) Aku ingat buat photobooth ni senang tapi susah rupanya ek..


Ok nanti petang ke esok aku sambung lagi ok..Penat pulak nak pilih gambar dan create stories hehe,..

Till then, tata..
Tq sudi baca..:)














28.4.15

Pergi dengan tiba-tiba

Alhamdulillah masih lagi dapat menaip di blog tercinta ini. Memang lama aku tak tulis sebab bz dengan wedding adik. Tapi tu nanti aku ceritakan kemudian ok sebab aku agak terkesan dengan satu lagi berita yang berlaku pada keluarga kami.

Hari Ahad petang dapat berita kematian abang ipar encik suami. Arwah meninggal dunia dalam tido dalam pukul 4 lebih kalau tak silap. Semalam baru buat post mortem dan dr mengesahkan arwah meninggal dunia disebabkan arteri tersumbat. Takziah pada kakak ipar aku dan dua orang anak lelakinya.

Sungguh kematian sangat dekat dengan kita kan, tanpa dijangka bila ia akan datang. Padahal arwah datang masa kenduri adik aku. Tapi masa tu keadaannya pun diam je tak seperti selalu (arwah sangat peramah orangnya).

Yang paling penting kita kena sentiasa bersedia dengan segala amalan. Aku pun tau aku bukan orang yang baik dan banyak kekhilafan. Kadang perkara yang berlaku dekat dengan kita tu Allah nak bagi peringatan. Moga aku terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Hari ini 28 April 2014 genap 4 tahun arwah mak mentua kembali ke rahmatullah. Moga arwah mak tenang dan damai di sana. 

Ni pun aku nak check kesihatan la, nak check darah dan lain-lain. Rasa seram pulak asik makan je lepas tu malas nak senam...Aku pun malu nak kata diri ni kurus pasal bukan main sedap badan ni dipam-pam..Tapi aku akan pastikan tidak mendekati 60kg hehe..Insya allah berkat puasa dalam bulan ni dan bulan depan boleh kot...:)

Esok aku akan cerita pasal wedding adik aku di Batu Pahat k.

Sekian tq sudi baca...Alfatihah untuk arwah Rosli b. Hamzah ~

20.4.15

1 Rejab

Alhamdulillah dah 1 Rejab hari ni, kejapnya masa, tau-tau nanti dah Ramadhan kan.. Tapi sedih tak dapat puasa harini sebab masalah perempuan. Insya allah esok lusa dan seterusnya kalau diizinkan Tuhan kan? Selamat berpuasa pada kawan-kawan yang berpuasa. 

Malam tadi gigihlah aku menunggu drama Cintaku Tertinggal di Mostar lakonan Remy Ishak dengan Siti Saleha. Mata dahlah ngantuk lepas tu nak menunggu kan rancangan apa ntah kat TV3 tu QuPuteh Mencari Bintang ke apa namanya..Aku tak nengok pun tapi nak menunggu rancangan tu abis lama betul..

Nasiblah boleh bangun pagi ni, dan terus siap-siap buatkan pancake untuk budak-budak..:) Tinggal lagi berapa hari je nak ke majlis kahwin adik aku ni - dup dap dup dap..Aku nak mohon cuti lepas majlis kahwin pun tak mohon lagi ni dahlah bos takde..

Oh yea semalam ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - tahniah pada semua yang terima anugerah baik APC, Anugerah Khas PPSM, Anugerah Jasa Bakti (10 tahun bekerja), Anugerah Taat Setia dan macam-macam la..Suka nengok kawan-kawan yang naik pentas :) Insya allah kalau diizinkan Tuhan jugak tahun depan dapat la aku naik pentas untuk AJB. Macam tak caya aku dah 10 tahun bekerja tahun ni. Tapi cerita 10 tahun aku kerja di sini nanti aku cerita k, tu kena bukak lain entry :) Tahniah untuk semua yea, moga terus sukses dalam kerjaya..

Maaf yea aku letak gambar makanan bagi yang berpuasa..:) Confirm korang tak terliur kan, dah besar kan hehe..


Last wk ada orang order creampuff tapi 20 biji

Bulan ni aku memang macam tak hantar kat kedai pasal sibuk nak uruskan adik kahwin so lepas majlis adik baru kita fokus semula. Lepas tu memang bulan ni bz lain macam la..


Ni menu dinner hari Khamis malam Jumaat haritu, budak-budak lapar so masaklah apa yang ada je
Dari aku yang konon taknak makan pun terjebak sekali huhu


Balik rumah mak, tolong dan packing la apa yang patut..Nasiblah adik aku sorang kat KL tu dah balik dan bolehlah tolong mak abah. Aku pun kalau ada masa free akan ulang alik dari rumah ke bandar la.


So ini je dulu entry untuk hari ni. Ada banyak kerja nak buat ni..
Sekian, tq sudi baca kawan-kawan semua..








16.4.15

Meh kita berbual..

Dah hari Khamis pun, kerja setengah hari je hari ni. 

9 hari lagi dah mula majlis kahwin adik aku kat Batu Pahat ni. Tak buat kat rumah tapi buat kat dewan je. Ni pun rumah mak abah aku dah bersepah dengan barang-barang. Mujurlah adik yang ni lelaki, kalau perempuan lagi havoc kot. Insya allah harap semua dipermudahkan pada majlis tersebut.

Nanti kalau rajin aku update la persiapan untuk majlis sambut menantu ni yea. 

Konon semalam cakap berdegar-degar pasal diet la kan, tapi hampeh la..So jaga makan dan control apa yang patut je la, better puasa kan lagi senang, nak-nak lagi next week dah masuk bulan Rejab elok puasa, mana yang belum ganti pun elok ganti sementara ada masa..Ni Aisyah tetiba dah nak demam pulak terus rasa bersalah nak diet bagai, huhu. So kena makan makanan yang berkhasiat dan kasi Aisyah bf biar dia cepat sihat k. 

Pagi semalam kawan aku ajak breakfast, ok makan lagi. Selagi boleh makan, ye kita makan, lepas tu tengahari aku boleh lapar pulak, beli nasi makan lagi. Petang ada pasar malam tapi aku tak beli apa la sebab tetiba mood baik nak buat mi hailam..:) Dua minggu lepas pegi makan mi hailam kat kedai tapi sumpah tak sedap...Takde rasa mi hailam pun yang aku rasa tepung jagung jer, huhuhu, frust yang amat sangat ok. So tu yang aku tak puas hati tetiba nak buat mi hailam jugak.


Buat mi hailam ni senang je, aku amik resipi dari En Mat Gebu kalau tak silap la. Kebetulan bahan semua ada so buat jela.. Mi hailam ni sedap makan panas-panas. Nasib jugak la anak-anak aku pun makan sebab ikutkan si Zarif tu tak suka mi kuning tapi mungkin ada kuah camni dia makan kot, takpun sebab lapar tu yang dia makan.

Sebenarnya aku ni bukanlah makan sangat setakat rasa gitu-gitu je, tapi aku boleh jadi kenyang kalau anak-anak dengan mrhubby makan sampai abis..Betul tak? Mesti korang pun ada rasa camtu kan? Kita yang ibu ni akan rasa bahagia dan terus jadik kenyang kalau diaorang makan bersungguh dan sampai habis. :)

Pagi ni, aku bangun pukul 5.30, macam malas nak buat bekal tapi macam kesian. So perasaan kesian tu lebih mengatasi perasaan malas. Dok dapur kemas-kemas dan capai itu ini sampai dekat pukul 6.15 baru siap..

Roti bakar letak cheese - Roti gulung sosej - Creampuff


Itu jelah yang ibu sempat hari ni, pandai-pandailah diaorang kongsi dengan kawan. Tadi mrhubby dah masakkan nasi tak tau nak masak apa pulak tengahari ni, nengoklah camana nanti.

Jadik ibu ni, otak ni memang tak berhenti berfikir. Fikir nak buat apa, fikir nak masak apa. Dah masak pagi ni terus fikir untuk tengahari, dah sampai tengahari, fikir untuk malam dan esok..Bukan setakat fikir menu makan je tapi macam-macam la yang difikirnya..Betul tak?? Macam tadi baru nak masuk toilet nak mandi, terus terfikir yang baju Aisyah kat taska dah habis, so keluar balik dari toilet, amik dulu baju dia dan pampers letak kat ruang tamu..Kalau aku tangguh dan cakap nanti nak buat confirm lupa terus.

Lepas tu tadi baru nak melangkah keluar rumah, terfikir ada creampuff yang aku bakar kat oven. Terus masuk balik dan amik creampuff yang dah siap bakar dalam oven dan simpan dalam fridge dulu..See, sibuk sangat kan, hehe..Nasiblah ofis dengan sekolah semua dekat jer..:)

Tapi itulah realiti kehidupan. Mohon aku dan korang yang baca entry ni terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, insya allah. 

Sekian, tq sudi baca!
















15.4.15

Diet sangat la kan..

Diet? Atkins Diet?

Erm, semalam aku tak makan nasi..Yeaaa semalam aku tak makan nasi ok. Diet ke? Erm actually takla diet pasal pagi tu aku makan 2 roti canai kosong haha..

Tapi balik kerja semalam aku terus nak timbang berat, dan mrhubby bagitau 60 kg, giler ke? Aku suruh dia adjust timbang tu balik dan baca betul-betul berat tu..Dia bagitau dalam 58 ke 59kg, ok fine takde beza pun..OMG, ni memang gila sedangkan nombor 60 tu la yang aku paling benci dan paling nak dijauhkan..

Ok, so...so totally terus google dan nengok segala menu diet, baru terfikir nak diet bagai tapi terpandangkan Aisyah terus macam goyah pulak haha. Yelah aku kan still bfeed Aisyah so takmolah aku beria diet tapi Aisyah minum susu aku takde zat (walaupun dia dah makan). Tapi still aku nak bagi susu yang berkhasiat (konon la tu, alasan taknak diet haha)..

Malam tadi makan ni je weh oklah not bad :)

Takdelah, betul..Aku bukan nak kurus sangat dapat 55-50 kg pun dah ok sebab aku taknak kurus sangat. Tak cantik ok masa zaman remaja dulu aku kurus memang tak cantik, sekarang ni cantik sikit la kot :):):):) cuma nak buang la part berlemak-lemak yang tak patut tu..

Diet atkins ni takdelah susah mana sebab ikutkan time induction tu memang kena disiplin sangat ler memandangkan yang tak boleh makan tu banyak fav aku huhu. Tapi yang boleh makan time induction tu pun fav aku jugak esp ayam, daging dan telur. So takdelah susah mana tinggal jemu dengan tak je, plus macamana nak pelbagaikan menu tu. 

Less fat and all the calories, kurus tapi tak sihat pun tak guna kan. Yea aku pencinta karbohidrat dan gula juga..Tapi depends la, cuma aku kalah kalau nengok nasi dan segala lauk kampung, macam tak tentu arah gitu. Pastu pemalas nak senam, skipping pun malas tau nak melengkor jer camanalah badan tak naik.

Ok insya allah aku cuba, sebab nak ikutkan aku ni bukan pemakan sangat orangnya. Serius kalau aku dah makan sekali pagi, sampai ke petang aku boleh tahan. Even nak kunyah-kunyah pun aku rasa aku boleh tahan TAPI kalau ada orang ajak makan ke, ha tu memang lain cerita la :)

Aku belum mula diet atkins ni tapi a few days ni aku nak ajar diri jauhkan karbohidrat dan gula dulu, nengok mana yang aku boleh bertahan dan banyakkan minum air masak sebab aku memang susah nak minum air masak..Then kita ke langkah seterusnya..

Macam aku cakap bukannya nak kurus sangat, nak alter sikit here and there jer..:)

Sekian, thanks sudi baca :)


p/s - Tido lena malam tadi bila JDT menang..






14.4.15

Cerita bekal anak-anak

Orang macam aku ni bukannya ada cerita jugak, kadang teringin nak cerita pasal isu semasa tapi takut kang aku terlebih-lebih terus termasuk dalam akta hasutan la apa la huhu..So aku suka baca komen dalam fb dan komen orang lain jer. Aku biasa bercerita pasal isu semasa ni dengan mrhubby. Tak pun dengan kawan-kawan yang sekepala je. Maklumlah isu-isu semasa ni bukannya semua boleh geng hehe..

Oklah hari Sabtu malam lepas, aku menghabiskan masa dengan melipat kain berbakul-bakul, entah lebih seminggu aku tak lipat baju. Penat entah kenapa la kan, ke memang aku pemalas nak lipat sebab tu la aku biarkan je. Semua nak carik baju memang tertonggeng-tonggengla bongkar dalam bakul termasuklah diri sendiri.

Sampailah tahap aku benci dengan keadaan tu dah macam serabut je nengok kain yang tak terurus so aku pun paksa dirilah melipat baju. Pheeewww, hebatnya aku setengah malam settle lipat semua..Yang paling tak tahan baju mrhubby la, Ya Allah banyak gila ok..Entah kenapa la baju dia banyak sangat mengalahkan baju aku ok. Segala baju ada baik tshirt, kemeja dengan baju melayu siap kain pelikat bagai, Tapi takpe semua dah settle aku hanger kan. Mrhubby takmo baju dia lipat, dia nak semua hanger je sebab dia senang nak menggosok :)

Disebabkan penat melipat baju semua, so kelmarin aku tak sempat nak buatkan bekalan untuk anak-anak..Eh? Ada kaitan ke? Yelah penat lipat baju, pastu nak bangun awal pun malas so tak sempat nak buat bekal, gitu...

So beli jelah yea anak-anak.

Ni kat area rumah je..


Tapi semalam aku buatkan la bekal untuk diaorang - jemput-jemput ikan bilis jer. Simple janji ada bekal kan? Rasa bersalah kalau tak bawakkan bekal sebenarnya terutama untuk Zarif sebab dia suka makan dan tak suka beli.



Hari ni pulak aku bawakkan bekal lain, tapi semua pun simple jerlah. Malam tadi dah tanya diaorang nak bawak bekal apa? Diaorang kata nak roti telur je, ha oklah senang kerja ibu :). Kebetulan pulak roti beli hari tu ada lebih. Lepas tu aku pun buatkan biskut jejari coklat (daripada roti jugak). Korang google je cari resipi biskut jejari coklat tu, memang senang sangat buatnya. Mrhubby la yang mulakan dulu cari kat internet resipi biskut jejari coklat ni, memang sedap laa..



Memang aku saja bawakkan bekal lebih untuk diaorang ni sebab diaorang tak makan sorang dan biasanya makan dengan kawan-kawan..Dapat buatkan bekal untuk anak-anak ni satu kepuasan dan menuntut pengorbanan. Mana yang bahan-bahannya boleh disediakan dari malam tu sediakanlah yea..

Alhamdulillah Zarif masih lagi nak bawak bekal sampai sekarang dia dah darjah 4, sejak darjah satu memang aku bawakkan bekal untuk dia. Kadang terfikir bila makin besar confirm la dia malu ke kan, tapi ok je setakat ni..:)

Oklah sekian tq sudi baca :)


9.4.15

Emosi tak stabil

Emosi aku lately ni sangatlah tak stabil.

Semalam aku cuti sebab ada beberapa urusan. Urusan besar la sangat kononnya hehe, walaupun cuti bukannya duduk rumah tapi keluar sana sini, penat ok.

Lately ni memang aku sangatlah tak stabil sebab memikirkan yang bukan-bukan. Entah kenapa terasa macam aku dah tua sangat, fikirkan siapakah aku akan datang nanti, berapa lama akan hidup lagi? Takutnya..Hakikat mati itu pasti tapi bagaimanan cari kita akhiri hidup dengan bekalan ke alam kekal itu yang entah mencukupi atau tak?

Banyak sangat persoalan tentang itu kebelakangan ni. Tapi aku cuba bertenang, maklumlah hormon tak stabil kot, ataupun aku tengah serabut tunggu MISS P aku yang tak entah bila akan datang ni. Lepas tu bila baca kisah berita macam-macam buat aku lagi terasa dengan tertekan. Walaupun takde kaitan tak tau la kenapa nak tertekan.

Selalu kan bila aku ditimpa masalah aku rasa masalah aku tu la yang paling berat dan aku la manusia yang paling stress. Tapi bila baca kisah si polan gitu dan si polan ni gini buat aku rasa bersyukur dengan apa yang aku sekarang. Mungkin nasib aku tak sebagus dan tak sebaik orang lain tapi memikirkan dan membaca kisah orang lain yang lebih hebat dugaannya aku bersyukur dan redha dengan segala ujian yang diberi.

Baru sekejap ni aku dikejutkan dengan berita kawan baik sekolah diduga dengan penyakit kanser lidah di saat dia tengah mengandung. Ya Allah, tabahlah sahabat, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya. Jujur aku menangis bila dapat berita tu. Aku cuma harap sahabat ini akan terus tabah dan kuat semangat dalam mengharungi dugaan ini dan berita yang baru diketahui semalam.

Sungguh Tuhan akan duga setiap hambaNya mengikut kemampuan mereka. Moga hormon aku akan elok dan pulih kembali. Moga apa yang menganggu fikiran aku akan elok dan aku percaya sebaik-baik tempat untuk mengadu adalah pada Allah jua. Hanya dia Maha Memahami lagi Mengetahui.

Sekian tq sudi baca!

6.4.15

Kisah si bongsu | Masak memasak

Aku mulakan ucapan takziah pada keluarga kanak-kanak yang jatuh dari escalator di Kenanga Wholecity weekend lalu. Tak guna menunding jari bila perkara dah pun berlaku. Yang penting jadikan iktibar dan sebagai ibu bapa kita kena lebih alert dengan kejadian yang menimpa dan beri perhatian pada anak-anak (peringatan termasuk diri sendiri sebab adakalanya aku pun lalai).

Juga ucapan takziah pada anggota keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Semenyih Selangor, harap pada semua anggota keluarga bersabar atas ujian yang menimpa. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Sungguh kematian itu tidak kira usia, masa dan tempat. Moga kita mengambil iktibar atas segala kejadian yang berlaku.

Ok aku teruskan dengan kisah aku pulak.

Meskipun bermacam kejadian yang berlaku, tapi kita kena tetap teruskan kehidupan. Aku pun macam dah lama tak cerita pasal anak bongsu aku si Zahia Aisyah yang dah pun 1 tahun 10 bulan dan 4 hari, hari ini..Wah kejap betul masa kan, kenapalah dia cepat sangat nak besar. 

Gigi dah banyak tu, tapi bila nak berus gigi dengan ubat gigi dia tak suka eh..
Tapi aku paksa jugak walaupun dengan ubat gigi kanak-kanak yang sedap tu pun dia tak suka tau.

Nampak tak muka mengada tu? Siap maruku kat tangan lagi tu, huhu
Eii geram tau..

Dia ni memang menggeramkan semua orang kat rumah. Macam-macam sangat perangai dia sekarang yang buat kitaorang sakit hati tau. Dia ada perasaan cemburu yang ketara sangat dengan kakak dia Zara tau. Kalau aku baring dengan Zara, automatik dia akan menyelit dan suruh Zara ketepi..Senang kata apa je yang aku atau mrhubby buat dengan Zara, dia memang cepat cemburu. Memang kena bersabar banyak la. 

Even kalau aku nak bacakan buku atau tunjukkan Zara buat kerja sekolah, dia tak bagi ok. Dia akan menyelit antara kitaorang dan terus interrupt. Punyalah dia punya dengki kan..Tu yang dr pernah kata jangan provoke dia. Tapi aku pun tak bolehlah nak ikutkan je perangai dia ni kalau memang terang dan nyata benda tu salah kan. Tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi huhu. Memang nak kena slow talk dan psiko sehabis baik laa..Haihh entah perangai sapa la dia ikut niii..

Sebab kalau kitaorang ni terus marah dia, dia akan nangis sekuat-kuatnya sampailah nak biru la apa lah sampailah nak jadik breath holding attack. Tu yang dr kata, anak aku ni jadikan nangis dia sebagai senjata nak pertahankan diri..So dr kata parents kena pandai macamana nak kendalikan anak macam ni, huhu..Means kena ada cara psikologi yang betul la untuk anak-anak begini.


Ni malam tadi tau, kakak Zara tengah buat kerja sekolah sambil mewarna, dia amik kaler kakak dia ni dan terus bawak lari. Bila kakak nak amik semula, dia genggam kuat sambil hempaskan badan dan menangis tak agak-agak..So conclusion yang aku boleh buat di waktu malam tadi, tenangkan dan pujuk dia baik-baik tapi tetap takmo pulangkan..Kesian kat kakak tau dik..Kitaorang ada bagi dia kaler lain pun dia takmo ok, dia baling lagi ada laa..Aku pun pelik laa..

So far ni masih bertahan lagi, ada masa dia ok, tapi waktu dia tak ok tu, aku kena nasihatkan Zarif dan Zara untuk mengalah pada adik ikut situasi. Tapi Aisyah ni problem dia dengan Zara je, dengan Zarif ok je..Macamana nak duduk sebilik ni??? Haraplah makin besar Aisyah ni makin ok, mungkin kecik-kecik ni je dia camni kan (pujuk hati hehe).

Gitulah kisah anak bongsu aku yang menggeramkan tapi penghibur hati semua orang :)

Ni bekal hari Rabu kot?

Selalu 3 bekal je, tapi tetiba ada 4 pulak hehe. Aku paksa mrhubby bawak bekal makan kat sekolah, selalunya dia malu bawak bekal. Tapi aku kata, sekarang ni harga semua naik, baiklah bawak bekal, kalau beli kat luar pun bukannya sedap haha..Dia bawak bekal tapi end up dia makan kat rumah, bukan sebab dia malu tapi sebab dia bz sangat hari tu..Oklah alasan boleh diterima :):)

Tu aku buat spageti blackpepper dengan popia berinti telur dan isi ketam, alhamdulillah.


 Ni aku buat karipap masa weekend haritu.
Ala takdelah pandai mana tapi bolehla kan, janji tak sakit perut makan :)
Budak-budak dan mrhubby kata "sedap"..Berani diaorang kata tak sedap haha..
Banyak lagi nak kena belajar walaupun dah kali ke dua buat ikut resipi yang berbeza..


Ni pulak malam tadi - aku buat ayam goreng kunyit makan dengan nasi goreng butter
Diaorang ni kalau nak makan ayam suka lauk cam ni la, takpun ayam paprik, ayam masak halia dll
Kalau masak yang cam ni laju je makan, kalau yang berkuah-kuah tu susah pulak nak abisnya
Tapi tak kisahlah kan, aku masak ni pun ikut kemampuan, kalau penat beli je hehe..



Oklah sekian dulu, tq sudi baca ~













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...