29.4.15

Persiapan majlis menyambut menantu

Ok seperti dijanjikan aku terus ke cerita majlis menyambut menantu. Aku story persiapan la dulu yea. Majlisnya adalah pada hari Sabtu 25hb April 2015. So aku takde pun amik cuti sebelum majlis, kerja macam biasa je. Kebetulan adik no. 3 memang dah balik BP seminggu sebelum majlis so dia kira macam orang kuat mak abah dalam tempoh tu. Thanks to Rai..:) Walaupun dia ada anak kecik, Umar yang clingy all the time tapi still dia boleh manage and handle everythings. Thanks to her. Aku cuma amik cuti selepas majlis hari Ahad dan Isnin.

Pertamanya maaf sebab tak dapat jemput semua kawan pada majlis ini sebab jemputan memang terhad..Maaf bagi kawan-kawan yang baca blog ini yang duduk di Batu Pahat dan tidak dijemput, maaf sangat-sangat ok..



Tu adalah antara goodies bag yang nak diberikan pada tetamu. Kitaorang sediakan dalam 1200, mulanya risau jugak kalau tak abis tapi alhamdulillah semua settle..


Isi dalam beg - kerepek pisang (semua sama) dan satu lagi kerepek yang pelbagai
dan telur pindang


Amboi semua bz nengok buat kerja, budak kecik ni bukan main kusyuk lagi eh..


Aku pun tak kira berapa banyak meja ada kat dewan ni tapi yang pasti dewan bomba ni memang kecik sikit dari Dewan Jubli Intan kat bandar tu, tapi oklah..


Adik aku memang taknak pelamin so ganti dengan meja makan beradap je..So pengantin sampai je terus makan..Budak-budak muda sekarang mana suka dok atas pelamin kan? Eh, tapi aku pun tak suka, malu tau..Dulu tu terpaksa jer hihi


Hari Jumaat malam aku dan adik-adik (kecuali adik no 2 sebab dia otw balik ke BP) ke dewan untuk nengok persiapan akhir dan tolong adik ipar aku buat photobooth


Disebabkan dewan bomba ni kecik dan agak limited so penat mencari ruang untuk photobooth disebabkan panel kayu yang digunakan agak besar.


Nengok budak bertuah Umar ni, mommy dengan daddy dia bz buat photobooth dia boleh baring pulak kat situ hehe..


Akhirnya kitaorang decide letak je kat area pintu masuk ni..Memang ngam-ngam je photobooth tu tapi oklah..


Kesian pengantin pun kena tolong jugak sampai 12 lebih tengah malam tu..


Ok lega akhirnya settle...:) Aku ingat buat photobooth ni senang tapi susah rupanya ek..


Ok nanti petang ke esok aku sambung lagi ok..Penat pulak nak pilih gambar dan create stories hehe,..

Till then, tata..
Tq sudi baca..:)














4 comments:

  1. Kalau buat kerja kawen ni memang letih Huda
    Kalau tak nak letih semua hal difranchisekan. Tapi duit kena tebal!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut menantu. Saya tak lama lagi pula akan disambut. Ahakss..
    Salam singgah dari DiariDandelion ^_^

    ReplyDelete
  3. hye sis , boleh tahu macam mana nak dapat no contect nak sewa sewan bomba ni ye ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...