16.4.15

Meh kita berbual..

Dah hari Khamis pun, kerja setengah hari je hari ni. 

9 hari lagi dah mula majlis kahwin adik aku kat Batu Pahat ni. Tak buat kat rumah tapi buat kat dewan je. Ni pun rumah mak abah aku dah bersepah dengan barang-barang. Mujurlah adik yang ni lelaki, kalau perempuan lagi havoc kot. Insya allah harap semua dipermudahkan pada majlis tersebut.

Nanti kalau rajin aku update la persiapan untuk majlis sambut menantu ni yea. 

Konon semalam cakap berdegar-degar pasal diet la kan, tapi hampeh la..So jaga makan dan control apa yang patut je la, better puasa kan lagi senang, nak-nak lagi next week dah masuk bulan Rejab elok puasa, mana yang belum ganti pun elok ganti sementara ada masa..Ni Aisyah tetiba dah nak demam pulak terus rasa bersalah nak diet bagai, huhu. So kena makan makanan yang berkhasiat dan kasi Aisyah bf biar dia cepat sihat k. 

Pagi semalam kawan aku ajak breakfast, ok makan lagi. Selagi boleh makan, ye kita makan, lepas tu tengahari aku boleh lapar pulak, beli nasi makan lagi. Petang ada pasar malam tapi aku tak beli apa la sebab tetiba mood baik nak buat mi hailam..:) Dua minggu lepas pegi makan mi hailam kat kedai tapi sumpah tak sedap...Takde rasa mi hailam pun yang aku rasa tepung jagung jer, huhuhu, frust yang amat sangat ok. So tu yang aku tak puas hati tetiba nak buat mi hailam jugak.


Buat mi hailam ni senang je, aku amik resipi dari En Mat Gebu kalau tak silap la. Kebetulan bahan semua ada so buat jela.. Mi hailam ni sedap makan panas-panas. Nasib jugak la anak-anak aku pun makan sebab ikutkan si Zarif tu tak suka mi kuning tapi mungkin ada kuah camni dia makan kot, takpun sebab lapar tu yang dia makan.

Sebenarnya aku ni bukanlah makan sangat setakat rasa gitu-gitu je, tapi aku boleh jadi kenyang kalau anak-anak dengan mrhubby makan sampai abis..Betul tak? Mesti korang pun ada rasa camtu kan? Kita yang ibu ni akan rasa bahagia dan terus jadik kenyang kalau diaorang makan bersungguh dan sampai habis. :)

Pagi ni, aku bangun pukul 5.30, macam malas nak buat bekal tapi macam kesian. So perasaan kesian tu lebih mengatasi perasaan malas. Dok dapur kemas-kemas dan capai itu ini sampai dekat pukul 6.15 baru siap..

Roti bakar letak cheese - Roti gulung sosej - Creampuff


Itu jelah yang ibu sempat hari ni, pandai-pandailah diaorang kongsi dengan kawan. Tadi mrhubby dah masakkan nasi tak tau nak masak apa pulak tengahari ni, nengoklah camana nanti.

Jadik ibu ni, otak ni memang tak berhenti berfikir. Fikir nak buat apa, fikir nak masak apa. Dah masak pagi ni terus fikir untuk tengahari, dah sampai tengahari, fikir untuk malam dan esok..Bukan setakat fikir menu makan je tapi macam-macam la yang difikirnya..Betul tak?? Macam tadi baru nak masuk toilet nak mandi, terus terfikir yang baju Aisyah kat taska dah habis, so keluar balik dari toilet, amik dulu baju dia dan pampers letak kat ruang tamu..Kalau aku tangguh dan cakap nanti nak buat confirm lupa terus.

Lepas tu tadi baru nak melangkah keluar rumah, terfikir ada creampuff yang aku bakar kat oven. Terus masuk balik dan amik creampuff yang dah siap bakar dalam oven dan simpan dalam fridge dulu..See, sibuk sangat kan, hehe..Nasiblah ofis dengan sekolah semua dekat jer..:)

Tapi itulah realiti kehidupan. Mohon aku dan korang yang baca entry ni terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, insya allah. 

Sekian, tq sudi baca!
















2 comments:

  1. Kakak kalau dah tak ada idea kan Huda, bekalkan aje nasi putih, gorengkan ayam, letak timun (anak kakak hantu timun) curah sikit sos itu aje Huda. Anak kakak dah besar senang sikit dia tak kisah apa pun dia makan. Janji tiap hari bawa bekal. Yg penting ada buah tak kisahlah buah apa pun - hari ini bawa nasi putih, ayam merah, timun dan honey-dew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tadi terfikir gak nak bawakkan nasi tapi Zara tu susah sikit nak makan nasi..Tu yang kena buatkan makanan yang Zara boleh makan sampai abis. Buah semalam dah abis terlupa pulak nak beli,

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...