30.6.15

Dera budak

Assalamualaikum dan Salam hari Selasa..

Semalam kan, aku rasa pahala puasa aku menipis tau. Bukannya apa, kelmarin masa keluar berita pasal budak didera tu aku buat tak kisah je sebab aku ingat tu macam kes dera biasa la kan, setakat cubit-cubit dan pukul-pukul je dan aku tak baca pun berita penuh.

TAPI pagi semalam bila aku terbaca tajuk yang mengatakan budak tu mengalami cacat kekal, terus aku baca berita tu sampai habis..Wahh, apa lagi la la kan, dari taknak komen, terus komen kat fb..Tapi komen dalam baik la tapi dalam hati Tuhan je tau. Aku rasa satu Malaysia pun sakit hati dan berang kot. Dahla nama panggilan budak tu yaya sama dengan anak bongsu aku..

Apa la punya perangai bapak kandung dengan mak tiri tu? Gila ke atau lebih dari gila? Mental? Come on la, budak 5 tahun kot? Apa la kau dah buat sampai usus budak tu berlipat dan kena operation nak betulkan usus tu? Sampai satu badan cedera, tulang patah bagai semua tu??? Eh aku tak boleh nak imagine la, diaorang ni banting ke budak tu? Sepak ke apa ke? Aku tak boleh fikir pasal kita semua ada anak kan, garang jugak dengan anak tapi takde la sampai macam tu..Ada je kawan aku yang ada anak tiri tapi dia punya sayangkan anak tu lebih dari sayang anak sendiri la..Mental la, banyak orang Malaysia ni sakit mental ok..Baguslah dah kena tangkap, biar la undang-undang yang menentukan esok kat akhirat confirm takkan terlepas!

Kesiankan kat anak kecik tu, tak boleh bayangkan tangisan kesakitan, kepedihan, ketakutan, kelaparan dan macam-macam lagi la..Kita ni marah-marah anak jugak tapi takdelah sampai nak banting-banting anak..Dengan kucing pun kita tak boleh nak baling inikan pulak manusia..

Oklah dah malas nak bebel banyak, kang menipis lagi pahala puasa aku hari ni..

Hari Jumaat hari tu terajin la pulak nak buat menu soto untuk buka puasa..

 Nengok sedap je si Yaya ni makan begedil, macam mem besar nak layan dia tau

Ni memang makanan favourite aku
Tang nak buat kuah tu risau jer pasal dahlah tak boleh rasa so main agak-agak je berpandukan resipi
Kira boleh la sedap la jugak :)


Kelmarin pulak aku buka nasi putih, sardin, telur dadar dengan sambal hitam. Eh takdan nak amik gambar la, pasal lauk yang macam tu pantas je abis. Kalau boleh nak makan lagi sardin semalam, entah kenapa aku ni, craving tak pasal-pasal ni..

Semalam memang hari penat aku, so plan asal nak masak tapi lepas tu tinggal plan je la..Ayam dan daging yang aku keluarkan semua simpan balik dalam freezer. Dari tempat kerja sampai nak balik rumah yang tak sampai 5 minit pun aku boleh tertido..End up beli jelah nasi kerabu.

Tu pun nasi kerabu aku boleh share 2 orang pasal banyak betul orang tu letak nasinya, maybe dia nak bersedekah kot, alhamdulillah kalau ada peniaga yang ikhlas macam ni.

Hari ni maybe masak kot. Tapi tak tau nak masak apa, nak masak simple-simple jer, goreng mi pun sedap kan..

Pagi ni terbangun sahur lagi 10 minit 5.30 so telan la apa yang sempat dan minum air masak, hmmm..

Oklah sekian untuk hari ni..
Tq sudi baca!






25.6.15

Tips untuk mengetahui sekiranya gambar kita / anak kita digunakan oleh pihak lain

Susulan pelakon Harith Iskander terjumpa gambar anaknya di laman web porno sangat mengejutkan aku. Takut jugak kalau-kalau ada kaitan dengan pelaku pidofila, zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku.

Lagi la pulak macam aku memang aktif upload gambar anak-anak kat blog dan Instagram amnya. Tapi bila ada kes  macam ni mungkin aku akan lebih berhati-hati sebab kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Cuma pagi tadi, sepupu aku ada share macamana kita nak tau kalau ada orang atau pihak lain menggunakan gambar atau imej kita atau anak kita;






Ultimately, the most important thing for anyone to do is to be careful of what you post online and to always enable the privacy setting on your accounts. When you do a reverse Google image search, hopefully you will find that your, or your child’s photos, aren’t anywhere they’re not supposed to be. But Google isn’t the only company to offer this service. You can also search for specific images usingBingTinEye, and Image Raider



Akhir zaman ni banyak orang yang pelik-pelik suka buat perkara pelik-pelik..Didoakan semoga yang baik-baik untuk ahli keluarga aku, begitu juga kawan-kawan yang baca blog ini.

Sekian untuk hari ini.
Tq sudi baca..

Hari terbuka sekolah Zarif dan Zara

Semalam adalah hari terbuka sekolah Zarif dengan Zara.
Memula aku takmo ikut, biar jelah mrhubby uruskan tapi lepas tu eh takpelah biar aku ikutlah so aku boleh tau perkembangan pelajaran anak-anak. Kebetulan bos takde so keluar la kejap.

So disebabkan ada dua anak meh kita bagi dua, mrhubby masuk ke kelas Zarif dan aku masuk ke kelas Zara. Alhamdulillah Zara boleh buat exam kali ni walaupun dia kan baru baik demam panas masa nak exam tu kan. Dan hari pertama exam dia mc tak amik pun paper BM, tapi naik cuti sekolah hari tu cikgu suruh dia amik paper BM tu..:)

Keputusan semua ok, walaupun kat rumah nengok macam main-main, lepas tu macam blur dan asik la nak kena marah tapi alhamdulillah. English dia dapat A, cikgu tanya aku hantar tuisyen ke? Aku cakap taklah tapi lebih kepada buat latihan kat rumah. .:) 

Memang aku tak hantar Zara dengan Zarif pergi tuisyen sebab aku rasa kami ada kelebihan yang boleh mengajar walaupun ada kalanya memang tak sempat tapi aku cuba buat macamana abah buat kat aku dan adik beradik dulu. So Zarif dengan Zara asiklah buat latihan English je sebab aku tau diaorang kena bersaing dengan kawan-kawan yang lain esp mereka yang pergi tuisyen. Bukan takmo hantar tuisyen tapi masa diaorang dah pack sangat, aku yang nengok aku yang penat. Maybe Zarif aku akan pertimbangkan untuk ke tuisyen tahun depan.

Zarif pulak ok la jugak, cuma taulah dah tahap 2 kan, pelajaran lebih sukar. Lepas tu memang banyak main dan nengok tv je. Keputusan ok je tapi aku tau dia ni banyak main, padahal dia boleh buat lebih baik lagi. Aku kena tekankan pada latihan Maths la pulak.

Sebenarnya aku suka bagi anak-anak ni latihan sebab silibus sekarang tak sama macam zaman aku belajar. So secara tak langsung aku pun boleh la belajar sekali dengan diaorang, aku cuba ikut kemampuan aku je. Mujur mrhubby cikgu dan ada kenalan cikgu sekolah rendah so kalau tak paham tu boleh la tanya. 

Macam aku ingat nanti Zarif ada UPSR tapi katanya dah takde nak guna Band la apa la, aku pun tak paham lagi --- nanti aku rujuk pada kawan-kawan yang cikgu, ye ke memang dah takde UPSR.

Sebenarnya aku takde pun nak harapkan anak-anak cemerlang sangat. Sebab aku kerja kat U dan berdepan dengan ramai pelajar so aku nampak senario yang berlaku sekarang.

Jangan ingat yang cemerlang terus cemerlang sampai ke U ok..So aku akan pastikan anak-anak belajar ikut tahap kemampuan masing-masing dan pastinya memanglah nak ke U kan. Tapi ada satu lagi yang aku nak fokuskan adalah kemahiran. Aku akan pastikan Zarif dengan Zara ada kemahiran macam memasak, mengurut, menggunting rambut, menjahit dan lain-lain yang boleh bagi sumber pendapatan di masa akan datang. Kalau nengok zaman sekarang, yang ada kemahiran jauh lebih berjaya dan lebih kreatif untuk menjana income. Muda-muda dah ada bisnes sendiri tapi kena yakin dan sentiasa berani berhadapan dengan risiko kan.

Insya allah, doakan la semoga apa yang aku hajatkan akan berjaya.

Sekian, tq sudi baca.







24.6.15

JDT menang weh! | Sahur roti jer

Alhamdulillah pasal dapat bangun awal pagi tadi walaupun tido lambat penangan nengok game JDT malam tadi. Ingatkan takde live game JDT pasal last week dah ada live kan. Tau tak sekarang kalau ada game JDT je kat tv dah macam tertunggu-tunggu filem atau drama yang ada ramai pelakon hebat dan handsome, haha..Tak kiralah kalah ke menang yang penting ada live gitu..

Disebabkan ada game malam tadi, Zara pun tak dapat nak nengok fav drama dia malam tadi pasal mrhubby control tv ok. Oklah malam tadi dapat tido lena pasal JDT menang 2-0. Tapi team Terengganu main memang hebat ok, bukan senang nak bolos gol tu..Nak tunggu this wk pulak JDT lawan Pahang, kira game hebat jugak tu, confirm la ada live kat tv, kalau takde live memang rugi laa..

Oklah tutup pasal bola, meh kita cerita pasal buka puasa. Asik la pasal makan je kan, sorry la...

Semalam aku buat nasi goreng belacan dengan telur bungkus je. Ala buka biasa dan simple je, itupun tak abis dah kenapa..Semua makan sikit je kot, takkan tak sedap? Aku masak confirmlah sedap kan, hehe..Si Zara cakap, pedas, ek eleh mana ada pedas..Tu aku cakap, kalau nak masak memang kena ikut selera budak-budak ni, lagi la Zara memang cerewet yang amat sangat. Petang ni tak tau nak masak apa..Mrhubby suruh buat western, tapi aku cakap mana kenyang untuk budak-budak..Bila tanya Zarif, nak ke makan burger time buka nanti, dia senyap je ---- confirm nak nasi  :)

Sahur tadi;

Roti piza tuna yang simple

Ha, tu je untuk sahur

Mrhubby dengan Zarif memang pelik takmo makan nasi. So kena la pelbagaikan roti untuk diaorang, memang senang kerja aku takyah susah dari dulu sampai sekarang hehe.

Oklah itu je untuk harini.
Sekian, tq sudi baca!








23.6.15

Terlewat lagiii!!

Pagi ni aku boleh bangun lewat lagi, lebih lewat dari semalam pukul 5.15 pulak. Fuh mencabar betul, padahal aku tido awal malam tadi, dah niat nak bangun awal, dah kunci jam pukul 4 pagi tapi entah kenapa la pulak tak terbangun..

Bila dah tersedar lewat tu, apalagi meloncat la aku dari katil terus ke dapur dan siapkan roti untuk Zarif dan mrhubby. Aku tak bagi Zara puasa hari ni sebab dari malam dia kata nak makan nasi untuk sahur, abis dah pukul 5.15 nak masak nasi pun dah tak sempat kan. Berseri-seri muka Zara bila aku kata takyah puasa, kata mrhubby nak amik balik sekolah tadi siap boleh main kejar-kejar dengan kawan lagi..Cuba suruh puasa, bukan main toya je muka tu..

Semalam aku buat nasi serai (RESIPI) je, lepas tu beli ayam golek. Sekor ayam golek harganya RM18, oklah kot takde gst pasal harga yang sama macam tahun lepas. 



Aku cuma buat nasi dengan kuah sup je padankan dengan ayam golek. Dah tu je kot dengan kuih muih beli sikit tapi mrhubby kata karipap je yang sedap lain tak sedap. Dah petang ni macam malas pulak nak beli kuih baik buat jemput-jemput ikan bilis je kan, jimat dan confirm sedap haha..

Dah, korang doakan la supaya sahur pagi esok aku boleh bangun awal, seram pulak aku. Kelmarin sedar pukul 5, tadi sedar pukul 5.15 kang esok sedar pukul 5.30 pulak camana tu??? Hishhh, haraplah termakbul doa aku nak sedar pukul 4 pagi.

Selamat berbuka yea untuk semua, masak sedap-sedap untuk keluarga dan jangan dilupa pada mereka yang susah.

Sekian, tq sudi baca!!











22.6.15

Bangun sahur lewat | Kemas rumah

Pagi ni aku terlewat bangun, sedar-sedar dah pukul 5 pagi. Patutnya pukul 5 pagi tu dah mula makan, waaaaa...Kelam kabut aku buat roti pizza (ala guna roti gardenia je, nasiblah bahan lain aku dah mula potong malam tadi) dengan goreng nugget je. Anak-anak aku dengan mrhubby tak makan nasi, semua suka makan roti jer. Tak sempat nak buat air panas so masing-masing minum air masak, harap mampu bertahan yea, insya allah.

Semalam malas pulak nak masak beria so yang simple sudah.


Aku buat spageti tapi guna sos spageti rendang..Ikut aku dan mrhubby ok la boleh telan la, sebab dah boring kan makan sos original yang sama jer. Tapi untuk anak-anak diaorang memang tak gemar. So lepas ni kalau nak memang kena beli sos spageti perisa yang original atau cendawan jer. Maybe perisa ni tak in dengan diaorang, maklumlah dah biasa dengan sos yang biasa kan...

Itupun lepas buka siap ada lebih, maklumlah menu tak laku sangat hehe..Oklah untuk hari ni aku tak tau nak buka apa, kata mrhubby masak yang biasa sudah. Tapi dia kata kalau tak masak pun takpe, wahh seronok tu, tapi nak beli apa ek? Nengoklah petang macamana, mana tau time tengah kerja ni tetiba datang idea nak masak menu apa kan..

Malam tadi tetiba aku rasa semak sangat nengok rumah..Aku macam tu la kalau mood tak ok kan, tetiba rasa lemas dan semak..So mulalah mood nak mengemas bagai..Dengan Zara sekali aku ajak mengemas nasib mood dia ok.


Aku vacum bawah kerusi bukan main lagi jumpa mainan la, gula-gula, pen, marker, pensil kaler, tisu, facial cotton dengan buah kurma lagi..Ya Allah sapa punya kerja la tu kan, sabar la hati.. Lap sana sini, mop lantai - pheww rasa lega sangat, barulah boleh tido dengan lena. Tu kalau mood aku rajin la, kalau mood tak rajin memang kirim salam la nak mengemas bagai..

Sekian untuk hari ni..Kejap je dah 5 Ramadhan kan.
Tq sudi baca!




21.6.15

Cerita puasa

Alhamdulillah dah 4 Ramadhan dah. Kejap kan masa, nanti pejam celik, pejam celik tau-tau dah seminggu lepas tu dah sebulan..Sementara ada Ramadhan ni mehla kita hargai waktu yang ada dan buatlah amal sebanyak mungkin, insya allah.

So far, cuti 3 hari yang baik untuk kitaorang sejak Khamis lalu (Johor kan cuti umum sempena 1 Ramadhan) dan Zarif dengan Zara pun dapat puasa penuh walaupun Zara tu first time latih puasa penuh dan biasa la ada rengekan haus la lapar la, kecur nengok air Aisyah la apa la, hehe..Tapi aku tau Zara mesti boleh punya sebab dia bukannya pemakan pun, baik dia puasa je. 

Cuma hari ni la nak tau dia macamana sebab waktu sekolah ni jadual pack la pulak. Balik sekolah rendah hari ni pukul 1, pukul 1.30 dah masuk sekolah agama, tapi balik sekolah agama diawalkan. Lepas tu start esok dah masuk ngaji waktu petang pulak, bertabahlah Zara dan Zarif, waktu bulan puasa ni bulan ujian so sabarlah banyak ganjarannya nanti..

Aku memang takde letak upah ke apa ke untuk latih anak-anak puasa ni, cuma cakap benda yang betul je la..Dah memang puasa tu wajib kan, cuma kena selit sikitlah kisah-kisah agama dan kisah orang susah. Insya allah diaorang memahami, ala budak-budak memang la ada dia punya ragam tu kan..Cuma aku akan upah masak makanan fav diaorang je la..


Ni macam semalam, semua tu ada fav masing-masing..
Memang takde beli kat bazaar pun pasal pemalas nak berjalan dan nak bersesak-sesak

Tapi semalam je la macam meriah sikit..Hari ni dan hari-hari bekerja lain, nanti menu biasa je la kot pasal lagi la pemalas haha..Nanti mulalah aku penat la apa la, mengada kan..Tapi pemalas-pemalas pun aku cuba masak kecuali kalau dah tahap penat giler dan tak larat nak berjalan ke dapur memang terpaksa ke bazaar la kot..Insya allah aku tekadkan diri nak memasak, lebih puas kan..

Tapi semalam kan berlaku insiden kat dapur, tengah aku nak goreng sayur - kira menu last la..Tetiba mrhubby menjerit, "Yaya main apa tu?!" Haihhh, aku yang tengah masak ni tak tenang ok. Terus nengok si yaya;


Waaa ini budak kicik sudah main aku punya baking powder laa, dia ingat tu bedak muka ke, siap sapu kat muka bagai --- mrhubby yang kata pasal dia nampak yaya ni siap sapu baking powder tu ke muka..

Yang aku pelik tu macamana la dia boleh bukak bekas ni, pasal nak bukak tu kena pusingkan penutup, dia dah terer pusingkan penutup tu ke?? Aihh, ni akal panjang sangat ni, ingatkan tak sampai amik bekas tu, rupanya sampai jugak la dia ni..

Masa tengah masak tu aku memang tak perasan dia kat dapur pasal aku kat wet kitchen dia kat belah dry kitchen. Dia pun projek senyap-senyap je, aku ingat dia main dengan kakak dengan abang dia..Elok je eh dia buat perangai gini, haiihh nasib bulan puasa, memang bertabahlah ibu ni nak..Dia ni kalau marah pun takde kesan, kena guna cara lain nak terangkan apa yang boleh dan tak..

Oklah tu je pun nak cerita pagi ni.

Nasib baik JDT menang semalam, walaupun 1-0 tetap bermakna, 3 mata tu oiii..

Sekian, tq sudi baca!
Selamat berpuasa semua.






16.6.15

Sana sini orang bercerita itu dan ini

Petang semalam aku pergi kedai kasut nak cari stokin untuk anak-anak..

Habis belek stokin yang aku nak, terus amik dan letak kat kaunter..Tiba-tiba uncle kat kaunter tu terus cakap kat aku sambil tunjuk smartphone dia yang menunjukkan fb gambar 'individu-individu' yang sedang hangat diperkatakan di media sosial kebelakangan ini (malas nak mention nama, aku assume korang semua tau kan). 

Ok sambil tunjuk smartphone dia sambil cakap, "habislah itu XXY, berani mau kata kita punya anak raja, nengok semua orang sudah marah.." Aku macam speechless, tak tau  nak kata apa..Apa aku nak react ni? So aku pun senyum je laa..:)

Lepas tu aku pun jalan lagi dalam kedai tu sambil nengok-nengok sandal dan selipar, saja nak cuci mata..Tetiba auntie kedai tu pulak ikut aku, pun terus berbual dengan aku sambil cakap, "apa nak jadi sekarang ni, itu orang teruk la.." "Sekarang ni dia tak tau ke, semua orang ada fb, apa dia buat atau cakap semua boleh keluar fb, kacau anak raja kita, semua orang sudah marah.."

Wahhh, sekali lagi aku tak tau nak react apa, tapi aku ada la bual-bual sikit tentang isu semasa. Well sana sini orang memang tengah bercakap ok. Yang aku nampak boleh dikatakan semua warga Johor bersatu tak kira bangsa dan disokong oleh mereka-mereka dari negeri lain.

TMJ bercakap tentang perkara yang benar dan ikut situasi yang berlaku sekarang. Kami memang perlukan orang macam TMJ. Nowadays nengokla terlalu banyak perkara yang pelik-pelik berlaku dan terbaru kapal MT Orkim Harmony hilang sejak 11 Jun lepas.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan insya allah pada Khamis ini, sama-samalah kita muhasabah diri..Doa yang baik-baik, aku nak negara kita aman, rakyat saling hormat menghormati dan bersatu padu..




15.6.15

Cerita durian yeaayyy - rezeki

Sabtu lepas ada majlis kenduri tahlil kat kampung arwah atuk aku kat Kesang Muar. Semua adik beradik abah sama-sama berkumpul dalam majlis ini. Biasanya setiap tahun sebelum puasa memang akan diadakan majlis tahlil ni.

Tapi tahun ni special sikit sebab ada durian yeaayyy...Musim ke? Tapi ni durian datang dari kebun yea, fresh lagi memang rezeki semua la, alhamdulillah..

Gambar aku malas nak watermark pulak sebab ni semua aku terima dari whatsapp group cousin bukan aku yang amik pun..:)

 Tu ada cousin, makcik dan mak aku tu, tapi mak aku tak makan pun sebab dia baru makan nasi lemak so dia cover dulu takmo makan. Aku pun makan seulas je, cover line..

 Ha tu semua pakcik-pakcik aku..

 Hai meriah ko...Petang pun ada lagi tau, non stop semua makan..

 Ni masa tahlil berlangsung - rezeki mereka semua termasuk anak-anak tahfiz yang hadir dapat makan bubur kacang plus durian, tapi semua gambar makanan aku tak dapat nak amik sebab lapar sangat kot plus malu oi dengan semua orang..

 Ini durian yang kitaorang dapat bawak balik, yumsss
Semalam mrhubby kopek, alahaiii sedapnya (jangan tanya aku durian jenis apa, sorry memang tak tau, tau makan je haha) 

Aku suruh mrhubby kopek dan simpan isi tu dalam freezer, lepas tu malam tadi aku makan sejuk-sejuk (bukanlah makan beku-beku tu) tapi adalah sesejuk sikit, memang sedap gilaaa...

Kata mrhubby, yang dalam bekas biru tu lembut, tapi bekas oren tu isinya keras sikit..
Mak kata suruh buat pengat yang isi keras sikit tu, huhu..
Kena bukak resipi la pasal aku ni manalah reti buat pengat..


Aku upload gambar ni terliur pulak, yang tak menahan si Aisyah pun kuat makan durian tau..Takpelah balik nanti, sambung lagi la makan durian :)

Sekian, tq sudi baca!

Dah jom sambung buat kerja..

11.6.15

Buku Srikandi Yang Benar

Next wk dah mula naik sekolah so bermula rutin aku yang akan datang awal ke ofis..Kalau time cuti ni memang berlemak la sebab aku memang sampai ngam2 dekat pukul 8 maklumlah taska Aisyah pun bukak pukul 7.30 pagi. Macam pagi tadi, keluar rumah pukul 7.53 sampai (Aisyah dah hantar dulu la), sampai ofis pukul 7.56, nasib baik sempat slide..:)

Malam tadi entah kenapa aku tertarik nak baca buku yang aku dah beli lama ni..



Ada 3 kisah di dalamnya...





Terbuai-buai aku baca malam tadi, ya allah seronoknya..Rasa macam aku pulak yang ada di zaman tu..Aku memang minat membaca buku ok, tak kira la buku apa sekalipun kau bagi kat aku, memang aku suka baca kecuali buku teks sekolah haha..


Sekarang aku baru baca sampai bab 7, Aminah nak kahwin dengan Abdullah, kisah cinta yang suci lagi menyeronokkan la..:) Dari perkahwinan tu la mereka menerima junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.. Ye la kan dari aku terbuai-buai baca novel khayalan, baik la aku baca kisah benar ni betul tak??

Dari hasil bacaan aku tu barulah tau susur galur Aminah dan Abdullah tu. Tak taulah nak describe macamana tapi ia memang menyeronokkan. Nanti kalau habis baca maybe boleh aku rumuskan. Tapi elok jugak la kalau korang beli kan untuk pengetahuan kita semua dan boleh dibacakan untuk anak-anak. 

Dulu-dulu kalau sekolah agama, cikgu yang bacakan cerita ni semua untuk kita, so sekarang kenalah baca sendiri dan bolehla aku cerita kat anak-anak..

Ini adalah penulis bukunya..


Sekian, tq sudi baca!

10.6.15

Bila huda masak

Ohh pemalasnya nak update..Nak cerita pun tak tau nak cerita apa, sebab sama je. Ada jugak cerita tertunggak pasal adik aku kahwin tu tak abis lagi, hoi malas betul laa, nak jadik apa ni..

Ni la namanya cuti sekolah so update pasal makanan je la. Betul la kata orang makin anak besar, makin kuat makan, yang kecik tu pun bukan main lagi serupa jugak macam abangnya kuat makan. Yang Zara tu payah betul nak makan. Kadang aku terpaksa buat makanan yang hampir serupa je sebab ikut selera anak-anak. Ikutkan selera aku ni lain tapi kang anak-anak taknak makan terutama Zara tu la..Nak nengok dia makan banyak memang kena ikut selera dia jugak la. Kadang penat gak nak buat lauk lain-lain, so pasrah je la aku dengan mrhubby makan apa yang ada hehe.. 

 Puding roti ikut resipi emak Hanis Zalikha

 Roti jala yang kata adik aku kurang jaringnya
Memang first time ever buat ni, tapi mrhubby kata rasa pahit - maybe pada kuah kari kot

 Nasi Goreng Belacan simple jer

 Ayam masak halia dan telur mata masak kicap - dinner malam tadi

 Roti bunga inti tuna suka hati namanya :)

Mihun singapore dan lempeng kesukaan Zara dan sambal ikan bilis sikit
Zara n Zarif suka makan dengan gula..

Aku ni masaklah banyak kali resipi yang serupa tetap kena bukak hp (yang aku dah screenshot) ataupun aku google jer. Sampai mrhubby tegur, "eh b, dah selalu masak pun nak kena google jugak ke?" hahaha..Maybe level confident aku low kot pasal tu kena google, bila masak ikut cara aku cam tak sedap je...Yang penting prinsip aku tak sakit perut dah ok la tu..Setakat komen-komen jujur, ikhlas lagi berbisa dari mrhubby dan anak-anak ku telan jua..:)

Sekian..
Thanks sudi baca - #bilahudamasak






4.6.15

Dah lebih 10 tahun rupanya...

Aku kadang memang pelupa sikit.

Haritu masa dok diam-diam, tiba-tiba terfikir, rasanya macam dah 10 tahun aku kerja sebagai Setiausaha ni..

Bila check buku perkhidmatan online tadi, ermmm yela aku mula masuk kerja pada 16 Mei 2005. Tawaran kerja dapat lepas aku bersalinkan Zarif pada 31 Januari 2005. Ingat lagi pergi temuduga kerja masa dalam tempoh berpantang dan pakai baju mak aku tau..Masa tu yang pergi temuduga semua cantik-cantik belaka, makeup bagai tapi aku takde pun nak makeup sangat...Maklumlah dalam tempoh pantang kan, malas nak beria sangat (walaupun dalam hati meluap nak sangat dapat kerja). 

Banyak la sejarah aku nak dapat kerja ni (senang kata bukan mudahlah lagi-lagi nak masuk agensi kerajaan kan). Ikutkan aku takmo kerja kat Batu Pahat ni, plan nak kerja kat JB kononnya. Tapi inilah yang dikatakan rezeki..Alhamdulillah, syukur bila diingat balik momen tu. Memang betul orang kata, anak tu pembawa rezeki dan Zarif membawa rezeki pada aku..:)

10 tahun bekerja - 3 ptj (pusat tanggungjawab/ ofis) - masuk 8 bos sekarang - alhamdulillah itu je yang mampu aku cakap. Karenah bos yang pelbagai, kawan-kawan yang happening, semua tu jadik momen paling best dalam hidup dan dalam kerjaya. 


Kalau korang nak tau, aku memang tak suka dan tak minat jadik secretary..Aku lebih minat kepada bidang editor, kewartawan, penulis skrip dan apa saja janji kerjanya ada kaitan dengan keyboard dan komputer..So end up inilah aku - secretary yang kerjanya dengan keyboard gak kan..:) Yang penting bersyukur sebab dapat jugak kerja.


Dari tak minat lama-lama ok la kerja ni..Ye la bukan setakat ada kemahiran menaip tapi menambah cabaran bila bekerja dengan bos kita kena paham body language bos..Kena pandai tackle emosi dan mood bos dalam satu-satu situasi. Kena buat keputusan bagi pihak bos dan macam-macam lagi, dalam erti kata lain, kita la orang kanan dan rapat dengan bos. 

Well haritu, dalam sejarah perkhidmatan aku, untuk kali pertama - aku tersalah booking flight bos. Ye tersalah yea, dan dia pun tak perasan sampai dah check in baru perasan. Phewwww, tak tau nak kata apa. Tulah masalah aku, kalau bos nak pergi mana-mana esp naik flight selagi dia tak naik flight dan tak sampai selagi tu la aku akan berdebar dan ada rasa something..Tapi selalunya ok cuma haritu la memang nasib tak baik tapi benda dah nak jadik ok..Nasiblah domestik je tapi tetap aku rasa bersalah. Berkali-kali aku mintak maaf siap nak ganti duit bagai tapi bos kata takpe dan dia maafkan.

Memang cuai dan tak taulah nak kata apa lagi. So takpelah dari situ kita belajar kan. Kalau tak kita tak tau..Nasiblah bos baik (tapi bukanlah nak amik kesempatan atas kebaikan) tapi lebih mengajar aku untuk lebih alert dan berhati-hati.

Insya allah tak kiralah siapa bos aku, aku akan cuba baiki perkhidmatan aku dengan lebih baik, lebih berkeyakinan dan lain-lain lagi. Semoga semuanya dipermudahkan untuk masa-masa akan datang.

Tq Allah atas peluang kerja yang diberikan. Tq mak abah atas doa yang selalu dititipkan. 

Sekian, tq sudi baca.








2.6.15

Zahia Aisyah 2 tahun

12.56 tgh 2 Jun 2013 adalah momen yang terindah bila Zahia Aisyah dilahirkan dengan mudah. Satu kenangan yang sampai bila takkan dilupa..:)



Budak yang paling keletah, tak reti diam, aktif, panjang akal, kuat makan dan macam-macam lagi perangai budak seusianya. Inilah penghibur kami sekeluarga, alhamdulillah dia membesar dengan sihat dan ceria biarpun ada sedikit dugaan.


Sampai sekarang masih bf dengan aku lagi, susah betul nak berenggang, ni la yang paling lama. Nak minum botol susu macam terseksa dan kena paksa. Kalau dapat minum macam kat gambar atas ni memang bertuah sangat la pasal kebiasaannya dia takmo pun. Tak taulah sampai bila nak berenti bf, so aku ikut flow je la..:)


Ibu doakan semoga Aisyah membesar sebagai anak yang sihat, solehah, bijak dan menghormati sesama manusia. Love u so much!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...