Petang semalam aku pergi kedai kasut nak cari stokin untuk anak-anak..
Habis belek stokin yang aku nak, terus amik dan letak kat kaunter..Tiba-tiba uncle kat kaunter tu terus cakap kat aku sambil tunjuk smartphone dia yang menunjukkan fb gambar 'individu-individu' yang sedang hangat diperkatakan di media sosial kebelakangan ini (malas nak mention nama, aku assume korang semua tau kan).
Ok sambil tunjuk smartphone dia sambil cakap, "habislah itu XXY, berani mau kata kita punya anak raja, nengok semua orang sudah marah.." Aku macam speechless, tak tau nak kata apa..Apa aku nak react ni? So aku pun senyum je laa..:)
Lepas tu aku pun jalan lagi dalam kedai tu sambil nengok-nengok sandal dan selipar, saja nak cuci mata..Tetiba auntie kedai tu pulak ikut aku, pun terus berbual dengan aku sambil cakap, "apa nak jadi sekarang ni, itu orang teruk la.." "Sekarang ni dia tak tau ke, semua orang ada fb, apa dia buat atau cakap semua boleh keluar fb, kacau anak raja kita, semua orang sudah marah.."
Wahhh, sekali lagi aku tak tau nak react apa, tapi aku ada la bual-bual sikit tentang isu semasa. Well sana sini orang memang tengah bercakap ok. Yang aku nampak boleh dikatakan semua warga Johor bersatu tak kira bangsa dan disokong oleh mereka-mereka dari negeri lain.
TMJ bercakap tentang perkara yang benar dan ikut situasi yang berlaku sekarang. Kami memang perlukan orang macam TMJ. Nowadays nengokla terlalu banyak perkara yang pelik-pelik berlaku dan terbaru kapal MT Orkim Harmony hilang sejak 11 Jun lepas.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan insya allah pada Khamis ini, sama-samalah kita muhasabah diri..Doa yang baik-baik, aku nak negara kita aman, rakyat saling hormat menghormati dan bersatu padu..
Kakak setuju apa yg diperkatakan oleh Dr. MAZA itu Huda.
ReplyDeleteKita semua kena muhasabah diri - apa lagi semua yg dipanggil 'pemimpin' tak kira pemimpin keluarga, komuniti sedikit, puak, bangsa, rakyat semua kena ambil tanggungjawab dan telus mengikut garisan yg tidak melanggar syariat.
akak seppppp sikit :)
ReplyDeletebtl tu, muhasabah diri..
ReplyDeleteMoga kita semua berada dilandasanNYA.
ReplyDelete