4.6.15

Dah lebih 10 tahun rupanya...

Aku kadang memang pelupa sikit.

Haritu masa dok diam-diam, tiba-tiba terfikir, rasanya macam dah 10 tahun aku kerja sebagai Setiausaha ni..

Bila check buku perkhidmatan online tadi, ermmm yela aku mula masuk kerja pada 16 Mei 2005. Tawaran kerja dapat lepas aku bersalinkan Zarif pada 31 Januari 2005. Ingat lagi pergi temuduga kerja masa dalam tempoh berpantang dan pakai baju mak aku tau..Masa tu yang pergi temuduga semua cantik-cantik belaka, makeup bagai tapi aku takde pun nak makeup sangat...Maklumlah dalam tempoh pantang kan, malas nak beria sangat (walaupun dalam hati meluap nak sangat dapat kerja). 

Banyak la sejarah aku nak dapat kerja ni (senang kata bukan mudahlah lagi-lagi nak masuk agensi kerajaan kan). Ikutkan aku takmo kerja kat Batu Pahat ni, plan nak kerja kat JB kononnya. Tapi inilah yang dikatakan rezeki..Alhamdulillah, syukur bila diingat balik momen tu. Memang betul orang kata, anak tu pembawa rezeki dan Zarif membawa rezeki pada aku..:)

10 tahun bekerja - 3 ptj (pusat tanggungjawab/ ofis) - masuk 8 bos sekarang - alhamdulillah itu je yang mampu aku cakap. Karenah bos yang pelbagai, kawan-kawan yang happening, semua tu jadik momen paling best dalam hidup dan dalam kerjaya. 


Kalau korang nak tau, aku memang tak suka dan tak minat jadik secretary..Aku lebih minat kepada bidang editor, kewartawan, penulis skrip dan apa saja janji kerjanya ada kaitan dengan keyboard dan komputer..So end up inilah aku - secretary yang kerjanya dengan keyboard gak kan..:) Yang penting bersyukur sebab dapat jugak kerja.


Dari tak minat lama-lama ok la kerja ni..Ye la bukan setakat ada kemahiran menaip tapi menambah cabaran bila bekerja dengan bos kita kena paham body language bos..Kena pandai tackle emosi dan mood bos dalam satu-satu situasi. Kena buat keputusan bagi pihak bos dan macam-macam lagi, dalam erti kata lain, kita la orang kanan dan rapat dengan bos. 

Well haritu, dalam sejarah perkhidmatan aku, untuk kali pertama - aku tersalah booking flight bos. Ye tersalah yea, dan dia pun tak perasan sampai dah check in baru perasan. Phewwww, tak tau nak kata apa. Tulah masalah aku, kalau bos nak pergi mana-mana esp naik flight selagi dia tak naik flight dan tak sampai selagi tu la aku akan berdebar dan ada rasa something..Tapi selalunya ok cuma haritu la memang nasib tak baik tapi benda dah nak jadik ok..Nasiblah domestik je tapi tetap aku rasa bersalah. Berkali-kali aku mintak maaf siap nak ganti duit bagai tapi bos kata takpe dan dia maafkan.

Memang cuai dan tak taulah nak kata apa lagi. So takpelah dari situ kita belajar kan. Kalau tak kita tak tau..Nasiblah bos baik (tapi bukanlah nak amik kesempatan atas kebaikan) tapi lebih mengajar aku untuk lebih alert dan berhati-hati.

Insya allah tak kiralah siapa bos aku, aku akan cuba baiki perkhidmatan aku dengan lebih baik, lebih berkeyakinan dan lain-lain lagi. Semoga semuanya dipermudahkan untuk masa-masa akan datang.

Tq Allah atas peluang kerja yang diberikan. Tq mak abah atas doa yang selalu dititipkan. 

Sekian, tq sudi baca.








6 comments:

  1. Kita lebih kurang cuma kakak swasta Huda
    Apa pun jawatan yg kita galas andai ada keseronokan ia menjadi indah
    Isu tersilap setiap kita ada membuat kesilapan.. toleransi bos itulah buat kita rasa selesa.

    ReplyDelete
  2. 10 tahun jugak akak di UTHM kan..masa pantas berlalu kan :)

    ReplyDelete
  3. Macam tu jugak dengan ai..
    Bagus jugak bila sesekali berlaku kesilapan (yang tidak disengajakan).. kita akan lebih alert untuk kerja/arahan seterusnya.. ;)

    ReplyDelete
  4. baca pasal salah booking tiket flight teringat wife saya pernah terkena. bos dia suruh booking tiket flight ke "kuching". hanya sepatah perkataan dia sebut. gigih la wife booking tiket ke kuching sarawak. rupanya ada tempat lain lagi yang nama hampir sama dari segi sebutan tapi ejaan berbeza. tak salah saya tempat tu di india ke apa nama tempat tuh.... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Aku hari tu siap tersalah bagi time untuk appointment kat boss aku. Mengamuk si jepun tu! patutnyer pukul 8 mlm, aku letak 6.30 petang. Kondipen. Bersalahnyer la hai aku rase.. takut pun ada. heheh. Sebab boss asses kita kan.. tensi!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...