Lama pulak tak update yea hehe. Rindu tak? Rindu tak? Hahah..
Sebenarnya banyak je cerita yang berlaku minggu lepas tapi kita cerita yang berlaku Sabtu lepas ok. Zara sibuk nak masuk pertandingan mewarna kat sekolah rendah lain (bukan sekolah dia), kebetulan sekolah tu buat Hari Amal dan ada la pertandingan mewarna tu. Tak pernah masuk tetiba nak join. Kononnya dah berjanji dengan kawan dia, tiba masa kawan dia tu takde, nak ke taknak kena la masuk jugak pasal dah daftar.
Kategori Zara (7 - 9 tahun) memang ramai yang masuk. Walaupun abah (mrhubby) guru seni tapi tak bermakna anak-anaknya terer jugak..Kadang bila abah ajar teknik warna dan lain-lain, anak-anak semua takmo ikut, dia cuma percaya kata cikgu seni yang ajar diaorang jer, huhu..
Jomlah layan gambar jer.
Jomlah layan gambar jer.
Abahnya pun satu, beria mengajar teknik mewarna guna crayon, susah tuu..
Ha amik kau dok depan sekali, macam nak exam je kan..
Ni baru satu kelas..kelas sebelah pun ada lagi yang sama kategori umur dengan Zara
Sementara kakak Zara mewarna,
jomlah jalan-jalan nengok apa yang ada kat sekolah ni sempena hari amal ni yea..
Cuaca memang panas ohhh, gigih je la aku masa ni demi anak..
Uihh gigihnya bergambar kat panas huhu
Cam ni rupanya lori bomba ek..
Aku nak tunggu tempat redup jer :)
Sekali ternampak abang bomba, aku suruh mrhubby bergambar hehe
Ok jom naik balik kelas nengok kakak mewarna..
Ramai rupanya dah habis buat, terernya, padahal masa panjang lagi tu..
Aiyok cikgu seni tengah pantau, maklum la first time masuk bertanding huhu
Masa ni dia mula stress dan tension, moody lagi kan..
Apam tu aku belikan konon peransang untuk dia hehehe..
End up Zara kalah, even saguhati pun tak dapat. Yang menang tu kaler memang cantik giler laa..Tapi takpe, ni kan permulaan, pada aku Zara berani la jugak sebab nak masuk bertanding. Lepas ni boleh belajar teknik mewarna dengan abah lagi yea..Maybe dia nervous ke apa ke kan, lepas tu nak moody laa..
In sya allah akan datang ada la rezeki dia..
Kakak kita kalah la, tapi takpe kita tetap support dia sampai bila-bila..
Ok, sekian.
Thanks sebab sudi baca..Moga terubat rindu korang :)
Kalau ikut mata kakak dah cantik dah Zara mewarna (ikut usia dialah).
ReplyDeleteAnak kakak selalu ikut bertanding juga Huda tapi tak pernah menang - kalau kat JB ni yg menang mesti budak ca ya nun alif.
perghhhh.....dah cantik cam gitu pun boleh kalah lagi? kalo saya yang masuk pertandingan tu, bukan setakat takde nombor, kena koyak terus dengan juri pertandingan sebab tidak memenuhi kriteria yang di kehendaki. ngan zara pun saya dah kalah...
ReplyDelete