Assalamualaikum..
Oh wow, tahap nak menulis begitu merosot sekali. Apa la nak jadik ni.
Oklah aku hutang dua kisah birthday orang yang tersayang. Konon nak published on their birthdays tapi tinggal harapan..Maafkan saya yer..
Pertamanya of course la my mrhubby's birthday pada 28 Oktober yang lalu. Nak masuk sebulan baru ler nak masukkan dalam blog ek..
Si kecik tu mengada je, birthday orang sama dengan birthday dia jugak hehe
Aku bake cake yang serupa je macam sebelum ni..Guna bahan apa yang ada jer..
Yeaa - Happy Birthday Abahh!!
Ni la semuanya anak-anak bapak hehe..
Untuk sayang - Happy 39th birthday..Next year going to 40s..Semoga terus setia dengan saya dan terus dengan kesabaran mendidik saya dan anak-anak. Dan diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. Love u so much!
Keduanya adalah birthday anak kedua aku, Zara Afina yang ke 8 tahun pada minggu lepas iaitu 17 November 2016.
Ok amik gambar sebelum pergi sekolah je..
Dah besar dah anak ibu ni..Rasa macam Zara ni baby je lagi, sebab tu sampai sekarang panggil dia adik lagi huhu..
Ohh ni lagi teruk ni..Buat cake hias dalam loyang je, huhu..
Ala ok jer .. kek pun simple macam aku pernah buat sebelum-sebelum ni, kan dah kata guna bahan apa yang ada jer.
Bila tanya Zara, dia nak apa untuk hadiah birthday, dia kata taknak apa..Cuma dia teringin nak makan nasi lemak ayam berempah dengan KFC je..Yup Zara peminat ayam goreng hehe. Ok, disebabkan harini hari gaji maka bolehla direalisasikan yea, hehe..
Last week memang busy so this week boleh spend quality time dengan anak-anak.
Happy Birthday Zara sayang ibu..Ibu selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak ibu. Semoga Zara terus membesar sebagai anak yang baik, solehah menghormati ibu abah serta orang lain. Moga Allah panjangkan umur Zara dan sentiasa dalam perlindunganNYA..Amin..
Lega betul dah tulis entry birthday ni hehe..
Thanks pada yang masih sudi lawat dan baca entry di blog ini.
Sekian....tata..
Happy belated birthday untuk kedua2nya...semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Ilahi... :)
ReplyDeletehappy birthday a girl :)
ReplyDeleteSelamat ulangtahun buat keduanya (walau dah agak lewat)
ReplyDeleteKebahagiaan diharap terus menjadi milik semua.