2.11.16

Pandangan peribadi aku tentang filem Train to Busan dan drama Surihati Mr Pilot

Memang aku agak terlambat dan ketinggalan untuk buat review ni semua. Tapi tetap nak jugak buat review ni. Memandangkan aku baru saja beli filem Train to Busan ni dari Astro first so hati sangat meluap-luap untuk buat ulasan.

1) Filem Train to Busan


Waktu semua orang semua sibuk bercerita pasal filem Train to Busan aku tak pernah kisah pun. Sebab aku dengar-dengar semua orang cerita filem ni pasal filem Zombie dan aku takde pun nak baca sinopsis atau pun review dari orang lain sampai la aku sendiri nak beli dari Astro First dan nengok sendiri. Knowing me, serius aku tak pernah minat dengan drama or filem Korea ekk, lepas ni boleh dipertimbangkan kot hehe..

Apa yang aku boleh cakap ek, sebagai pandangan peribadi aku bagi 5/5. Sebab aku rasa filem ni sangat beremosi sampai aku terbayang-bayang sampai tido. Sampai nak pergi kerja pun terbayang dan emo bagai...Lagi 10 ke 15 minit filem ni nak abis, lagi aku emooo, kenapa la ayah dia tu kena mati, kenapa?? Dan ada lagi satu pakcik ke orang tua yang pentingkan diri dalam filem ni, hoi angin betul aku, disebabkan penting kan diri, dia dah buat beberapa orang jadi mangsa zombie, at the end dia pun jadik mangsa gak tapi telah menyebabkan ayah budak ni mati, stress i..Haih entah la yea, dari mula cerita sampai la abis, semuanya serba laju dan buat aku tak tentu arah. Bukan semata-mata zombie saja, tapi filem ni sarat dengan pengajaran dan juga kasih sayang terutama kasih sayang dari ayah kepada anaknya. Aku ni kalau filem-filem yang membabitkan kasih sayang antara ayah dan anak, memang emo lebih tak tau la kenapa. Maybe seorang ayah ni susah nak tunjukkan rasa sayang dia kan, so bila dia tunjuk melalui tindakan, kita tau yang dia memang ikhlas sayangkan anaknya macam jugak dalam filem The Pursuit of Happiness tuu..Well done pada semua yang berlakon dalam filem ni. 

Bagi siapa yang tak nengok lagi boleh la nengok baik dari Astro First atau download je..Aku ni kalau bab download filem ni selalu fail tu yang terpaksa beli tuu, nyampah. Serius tak rugi langsung nengok filem ni..Segala kekurangan yang ada aku maafkan tapi aku rasa macam ok je haha..


 1) Drama Surihati Mr Pilot


Ok drama yang tengah hot meletup sekarang ni. Ok fine, bagi yang tak minat drama melayu memang akan rasa meluat dan menyampah la kan. Biasalah tipikal drama melayu kan.
Yea aku nengok ok. Walaupun aku tak pernah baca novel ni..Never ever. Sekarang macam dah tak sempat nak baca novel. Lagi satu aku bukanlah peminat Neelofa ataupun Fattah Amin. Langsung tak minat ok. Tapi tak tau kenapa bila nengok drama ni terus jadi minat, ala bukan fanatik pun, minat gitu-gitu je. Percayalah abis je drama ni semua tu akan berakhir haha.

Tak payahlah nak review kan drama ni, korang google bersepah kot orang cerita pasal drama ni. Cumanya aku pun tak tau la kenapa nak nengok drama ni maybe sebab aku suka dengan pilot tu pasal aku nengok. Memang la aku nengok drama ni tahap macam perempuan meroyan, senyum sorang-sorang tapi mrhubby aku langsung buat bodoh ok. Well knowing him dia memang tak minat dengan segala drama melayu ni. Sorry la, dia kan western haha, so layan movie omputih je laa..Tapi kan aku takde nya la tak nengok langsung filem atau drama lain. Dalam hidup ni kena fleksible la. Aku tak malu mengaku nengok drama melayu dan dalam masa sama aku layan semua rancangan even dokumentari dan sukan ok.

Memang kena terima hakikat penonton kita dah bijak, sometimes bila aku nengok drama atau filem melayu ni memang ada jugak rasa menyampah sebab ada benda-benda yang tipikal baik dari segi dialog mahupun props yang tak masuk akal. Tapi aku ignore jer, dan aku anggap diaorang tak cukup bajet je. Kalau tanya pendapat peribadi aku, rasanya lakonan Neelofa dan Fattah dalam drama ni okla dan boleh dipertingkatkan lagi...

Ok yang peminat-peminat meroyan semua nak suruh si Neelofa dan Fattah ni couple dan kahwin la, rileks2 ok. Aku rasa apa yang diaorang buat ni more to marketing strategy untuk naikkan rating drama je. Lain dari tu takde laa, saja je nak buat penonton drama ni terbuai-buai dengan khayalan haha..Well aku berpijak di bumi yang nyata ok..Like i said, I am so fleksible..I layan semua drama n movies..Dalam hidup kita ada pilihan, kalau kau rasa ok, kau layan kalau rasa tak ok then cari pilihan yang lain.

Ok, sekian dulu.
Thanks sudi baca!


4 comments:

  1. Kakcik tengok juga drama Suri Hati tu tapi sekadar tengok, bukan kerana minat atau apa...kadangkala tengok reaksi wajah pelakon macam tak kena dengan watak yang sedang dibawa...

    ReplyDelete
  2. 1. Tain to Busan tu kakak tengok VCD dia dgn anak-anak masa cuti bila lupa. OK juga cuma terkilan lelaki baik tu terkorban - ada terkesanlah juga.

    2. Cerita melayu ini kakak tak pernah menonton Huda. So tak tahu nak komen.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & hi Huda :)

    Saya penah tengok TTB je, SHMP tu tak tengok sebab rumah takde tv. Hehe.

    TTB tu best jugaklah, betapa ada orang tetap nak jadi selfish dan biar diri sendiri je selamat. Geram je ngan pakcik tu!

    SHMP tu ikut kata kawan2, suka tengok Neelofa je sebab cantik. Hihi

    ReplyDelete
  4. xde mood nak tgk citer 2 nih...tertarik nk tgk movie jepun yg sunk in the womb ke apa ntah tajuknya... a real story katanya! agak scary tapi mcm best...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...